Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Holiday. Show all posts
Showing posts with label Holiday. Show all posts

Saturday, December 13, 2014

Kembara Troy Bermula

Buku Biru jangan lupa bawa,
Buku Merah jangan pula lupa
Dua-dua perlu diguna
Baru boleh keluar Sabah dan Malaysia

=)

Tuesday, October 7, 2014

Langkawi, Hang Tunggu Aku Mai

LIVE...!!!

Alhamdulillah.

Ke Langkawi pula aku ni haaa

Tapi, sorang ja. H x ikut.
(Aku yg x bagi ikut sebenarnya hihiiii)

Aku naik bas ja dari Teluk Anson.
Ambil bas pukul 9pm sampai KLIA2 dalam 1am
Tiket berharga RM48.00


Aku join the crowd hahahhha


Dalam pada masa aku dok boring tak boleh lelap ni, aku dok usha barangan langkawi yang kena cukai.


Informasi: LADA
http://www.lada.gov.my/v2/informasi/e-duty.html



Jadinya, sampai langkawi dalam pukul 10am karang aku plan nak p makan laksa tepi airport tu

Pastu p mencari DSLR hahahaha.

Harap-harap dapat good price.

Sempat juga aku survey tadi kat kedai kamera KLIA2 td,
Nikon D5300 = RM3599
Canon 700D = RM2999
Canon 600D = RM1899
Full set yang standard

Nak juga tangkap gambar chantek-chantek nanti kat Turki opsssssssss..... Hihiiiiii





Wednesday, July 23, 2014

Its Syawal..!!! We're Coming Home

Alhamdulillah,

Selesai urusan check in luggage berjumlah 46.8kg + 5kg udang harimau hahahhaa. 

Mak aihhhh. Berattt oooooo. 

Pertama kali aku & H pulang menyambut aidilfitri berstatus suami yang hensem dan isteri yang chantek =)

Muhahahahaa. 





#prayforMH17
#prayforMH370
#prayforgaza

Semoga perjalanan ini mendapat restu dan rahmat Allah. Selamat pergi dan selamat juga kembali nanti. 

Babai wani, babai yuyun, babai nani yang demam. Weols duluan =)



Friday, May 30, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 15 - Kartika Sari

Hari hari terakhir di Bandung diisi dengan jalan - jalan di Jalan Cihampelas, Ciwalks. Bergambar dengan patung-patung superhero hihi.

Dapat juga la aku baju Transformers sehelai kat sini hahhaa

Lepas jalan-jalan kat sini, tahan teksi kami pergi ke Kartika Sari, Jalan Dago. Perghhhh besar betul tempat dia ni. Banyak juga yang kami beli. Pisang bolen dan yang kat bawah ni nama apa pon aku dah lupa muhahaha


Lepas beli ole-ole kat sini, kami balik ke hotel, kemas-kemas barang. Call teksi. Gerak g Bandung Airport. Dalam perjalanan ini baru aku perasan yang Pasteur ni dekat ja ngan airport hihihii.

Yes...Alhamdulillah jalan-jalan kami ni ada manis ada pahit. Asam garam dalam kehidupan. Ke Bandung ini adalah hadiah honeymoon aku kepada H. Harap-harap dia enjoy dengan trip ini.

Friday, May 2, 2014

1 Mei 2014 - Selamat Hari Buruh/ Pekerja


Oh yeahhhhh

Both of us is cuti....

You and me. 

Setelah bersolat subuh 2 rakaat aku terus menidurkan diri tanpa mengenal erti jemu dan di kala berkumandang azan zuhur...alamakkkk lama gila aku tidur hahahaa. 

Bangun-bangun H bising-bising sebab baru bangun tidur. Padan muka aku hahaha. 

Selesai mandi dan solat zuhur, aku dan H ke segama untuk ke kedai baju. H mo beli baju sebab bajunya dah kurang katanya. Padahal kat almari tu belambak kot. Yg kain tak jadi baju pon belambak lagi hahaha. 

Ok...pencarian berakhir dengan mendapat 2 tudung dan sehelai jubah yang boleh nampak H kurus kesan daripada permainan corak motif dan desainnya. 

Kemudian ke Suria Sabah dengan tujuan untuk ke kedai SWATCH. Tak sempat ke kedai swatch. Aku dan H termasuk kat kedai kasut LEA CENTRE. Fulamak kauuuu. 50% discount all item yer... Hahaha. 

Apa lagi kannnn. Memang buat OPS KASUT la. Aku p beli sandal dan kasut jalan. Sandal dan kasut joging untuk ucu, kasut jalan untuk H dan Owyte. Dengan mengakibatkan kehilangan sejumlah wang bernilai RM232.70. Ini bererti nilai kasut yg aku bayar itu ialah RM465.40. Wowwww...ini satu penjimatan. Awak memang bijak dari kecil ke..?? Hahahaa


Gila ramai. Sapa taknak barang murah-murahkan hihi. 


Calon kasut owyte tapi aku beli yang lain sebabnya aku pon tak tahu hahaa


H menggayakan kasut barunya hihi



Selesai beli kasut ngam2 azan maghrib. Ok waktu berbuka puasa hihii. Aku puasa sorang-sorang arini. Nak prektis bulan ramadhan yang bakal menjengah tiba 60 hari lagi. Pening aku + nguap2 beso tak berenti henti yeaaa...penangan dah lama x puasa. Dengan sebiji gula-gula DAIM. aku berbuka puasa kerana Allah ta aala. 

Tiba masanya ke surau, terjumpa kawan lama amir dan rek serta anak comelnya. Sedikit duit raya diberi untuk dibelanja makan aiskrim Baskin Robbin hahahah. 

Belum sempat ke surau singgah pula kat City Grocer untuk cari Milkis. Sekali tiada pula kannn. Selama ini ada je. 2 botol yourgurt dan nescafe mocha aku beli. 

Terus langsung ke surau menunaikan solat fardhu maghrib dan terus menuju ke belakang Pasar Filipin. G layan ikan bakar. Mencari kedai akak yang biasa kami makan. Kedai kat sini sama ja. Semua bakar-bakar. Yang menbezakannya hanyalah sambal asam dan jenis ikan. 

Aku beli ikan sulit bakar rm18, sotong bakar 5 ekor rm10, jus mangga rm4 dan nasi 2 pinggan rm2 dan latok rm3 = rm37

Owh ya. Nak jimat. Aku bawak air minuman sendiri hahaha. 

Selepas itu aku ngan H pergi ke pasar ikan beli ikan cemcaru sekilo rm3, sayur kacang buncis rm2, peria rm1, terung rm1, brokoli rm1.50, cili rm2, mangga rm5 dan ikan bilis kopek sekilo rm18. 

Pulang ke rumah dengan hati yang giramg sebab hari ni adalah dating hihiiii. 

Ok, nak sleep. H dah lama dah sleep. Siap ngigau 'kenapa dieorg macam tu yer,'. Ok, apalah yang difikirkannya sebelum tidur tadi hahaha. 

Good night H. I love you so much. Muaaahhhhhhh =*


Ok, ada anak tudung NINJA SILANG, NINJA BIASA dan NINJA SILANG 4 yer hahahaha. Lucu sekali... Hahhaa
Lokasi: KK PLAZA