Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Seafood. Show all posts
Showing posts with label Seafood. Show all posts

Tuesday, June 7, 2016

Biar Lobster Berbicara di Kota Kinabalu

Shopping Lobster adalah shopping paling rare pernah aku buat hahahhaa

Lobster hidup lagi mahal dari mati

hidup boleh cecah rm180, mati boleh serendah rm80

adik aku beli mati beli hidup, beza hanya harga, rasa tetap sama =)
(ye laaa...nak bawa balik semenanjung jugakkan...sampai rumah mati juga dia kikikiii)


Boleh beli di Pasar Ikan di belakang Pasar Kota Kinabalu...=)

Wednesday, July 16, 2014

Sabah's Dried Seafood Products

Adalah menjadi rutin bagi aku dan H jika mahu pulang ke kampung halaman nun jauh seberang Laut China Selatan, aku dan H akan ke Pasar Produk Hasilan Laut, Pasar Filipin sabtu lepas.

Boleh kempis dompet jugala kalau datang sini hahaha...=)

Ikan Bilis
Udang Kering
Keropok Ikan
Amplang

Siap masuk dalam kotak dan di seal 

Ok...its 11kg.

AirAsia punya Checked In Luggage sekarang 20kg = RM30.00 




Aku suka beli kat makcik ni sebab ikan bilis dan udang kering disaring ditapis supaya tidak banyak habuk dalam packaging dia.Kalau kedai lain habuk dia banyak betul. Silap-silap boleh tambah berat packaging huhuh.

Sunday, June 22, 2014

Gayang Seafood Restaurant, Kota Kinabalu, Sabah


Akhirnya, segala perancangan yang dirancang daripada perancangan yang telah dibuat bersama sahabat - sahabat berjaya direalisasikan dengan izin Allah.

Macam mana nak pergi ke Gayang Seafood Restaurant dari 1Borneo Hypermall...??

1 - Dari 1Borneo pergi ke arah kiri (memang kena kiri sebab sehala)
2 - Jalan terus sehingga jumpa simpang 4 yang mana kalau terus akan ke Bukit Sepanggar, ambil susur kiri
3 - Jalan terus sehingga jumpa bulatan, ambil pukul 3
4 - Jalan terus sehingga jumpa bulatan ambil susur pukul 9
5 - Akan nampak gerai-gerai yang terkenal dengan Lokan Bakar dan Kelapa Bakar.
6 - Jalan terus sehingga nampak INTAN SABAH di sebelah kanan
7 - Perlahankan kenderaan anda sebab Gayang Seafood Restaurant sebelah kiri tidak berapa jauh dari INTAN SABAH.
8 - Naik jalan mendaki bukit ke atas dan tadaaaa.....



Ruang parkir luas dan ada banyak tempat. Tapi parkir yang berdekatan dengan Ruang Makan memang selalu penuh. Tapi disebabkan aku dan H sampai awal ke sini seawal jam 6.00 petang, aku parkir depan restoren terus hihiiii.

Semasa aku dan H nak bergerak ke sini, ada aku jumpa Syafiq dan Farah. Aku ajak mereka berdua ke sini, Alhamdulillah, mereka nak join sekali. Dapatla makan-makan sedap sebelum Farah bersalin bulan Ogos nanti hihhii. =)

Disebabkan aku, H, Syafiq dan Farah sampai awal, kami pilih apa yang hendak dimakan, kalau lambat-lambat nanti, lambat pula makanan sampai. Kebulo aku nanti hahahha.

Jadinya, antara pilihan makanan laut ialah
1) Ikan Ayam Masak Stim Nyonya (paling last sampai..!!!)
2) Ikan Kerapu Masak 3 Rasa
3) Siput Tarik Rebus (2kg) - first time tengok first time rasa. Lazat.
4) Udang Masak Butter 1kg
5) Soft Shell Crab 1kg - aku suka yang ni. Superb.
6) Sayur Campur
7) Sayur Fat Choy Rebus - paling tak laku hahaha
8) 3 Jag Air Jus Epal
9) 1 Jag Chinese Tea

Total: RM 595.00


Makanan ini sangat berdosa kerana aku telah overdose makan oooooo hahaha =)

Sekali sekala ba kannn. 2 kali dapat pahala.



Inilah Siput Tarik yang best. Cara nak tarik isi siput tu dengan lidi cungkil gigi dan memerlukan teknik dan taktik yang betul. Kalau tidak, tak semua isi yang keluar dari perumahnya hihi.


Yuyun yang hebat mengeluarkan isi siput. Tahniah hahaha =)


Kesian kat nani ='(. Dia tak tahan makan seafood, tapi dia belasah juga. Dimulakan dengan gatal-gatal kat badan dan diakhiri dengan memuntahkan hasil kunyahan makanan tu huhuuu.Next time kita layan western je eh hihiiiii. Karim dan Daud steady je kannn hahhaha =)




Hoyeahhhh....Inilah keluarga aku di Sabah, Negeri di Bawah Bayu. Semoga tali persahabatan ini sentiasa bertaut walau apa pon yang terjadi.


Ok, apahal yuyun punya gaya pose sama je ni kan hahaha. Sebelah yuyun tu Dr Sarah, Housemate wani. Sebelum ni kenal kat Instagram je. Kali ni berjumpa di medan makanan hihiii.

Berserikan mukan nat. Nani pon berseri juga, Azimah apa tah lagi, Wani..?? mestila tak...!!! Stress abg balik tak hajakkkkk hahahhaha...=)

Tetiba...........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Oh my dear friends. Kek Selamat Hari Tua Sweet Sour June, En. Nan, Pn. Azimah dan Cik Hasnani.

Dah kenyang makan seafood, cuba untuk mengisi kek adalah satu penyiksaan dan berdosa kepada perut hihiiiiii. Bak kata Jeldy masa kajian dulu. INSAF laaaa hahahaha.


Againnnnnn. Yuyun da senget gal bila kena ambil gambar hahahha

Ok guys, next week kita jumpa lagi

Assalamualaikum.

Thursday, June 19, 2014

Octopus Masak Merah ala H versi Ahjuma di Korea

Ini cerita hari ahad lepas bila mana aku ke Pasar Filipin untuk beli sayur-sayuran dan buah-buahan.

Tetiba ternampak ada sorang makcik dan anaknya menjual octopus yang kecil-kecil dan warna putih persis octopus masa aku,H, DJ dan Sue makan di Korea tahun lepas.

Ni haaa..memori terindah bersama H, DJ dan Sue di Seoul Korea

Flashback......




Memang superb makan kat sini. Makan octopus dengan nasi, daun apa entah dan sengkuang hihiiii.

Jadi.....

Aku beli setengah kilo berharga RM3.00. Murahkan. Aku pon pelik sebab apa murah. Mungkin bukan makanan pilihan utama pembeli kot. Aku tengok orang pon lalu lalang je kedai makcik ni. Macam aku je yang menyinggah hahhaaa.

Aku pon apa lagi, memblender cili kering ngan bawang pastu menunggu H ambil turn masak hahaha

tetiba....H tanya. Macam mana nak siang octopus ni ?? hahahah

Aku pon tak tahuuu hahahhaa. Apa lagi, bukak Youtube la kannn.

How to clean OCTOPUS hihi..=)



Okay, dapat ilmu baru macam mana nak siang octopus hihi.

Fasa 1: Octopus yang belum disiang


Fasa 2: Octopus yang telah disiang


Fasa 3: Octopus yang siap siaga sedia di makan hihi...=)


Alhamdulilllah rezeki kurnian tuhan dengan limpah kurnia rezekinya kami dapat makan makanan yang sedap sambi mengimbau kenangan manis kami di Korea Selatan.

Thanks my dear yobo. H memang sangat masterchef bila masak masakan merah pedas.

Ya. insyaAllah kami pencen nanti aku nak buka kedai makan Nasi Lemak hihiii. Mesti laku punya sebab H yang masak lauk ikan bilis dia yang sedap tu hihiiii ...=)


Aku nak g KOREA SELATAN la.... kena kumpul duit semula niiii =)