Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts
Showing posts with label Kota Kinabalu. Show all posts

Tuesday, June 7, 2016

Biar Lobster Berbicara di Kota Kinabalu

Shopping Lobster adalah shopping paling rare pernah aku buat hahahhaa

Lobster hidup lagi mahal dari mati

hidup boleh cecah rm180, mati boleh serendah rm80

adik aku beli mati beli hidup, beza hanya harga, rasa tetap sama =)
(ye laaa...nak bawa balik semenanjung jugakkan...sampai rumah mati juga dia kikikiii)


Boleh beli di Pasar Ikan di belakang Pasar Kota Kinabalu...=)

Saturday, March 12, 2016

Dengan Handphone Ajlaa Mengembara di Kota Kinabalu


Tahniah Ajlaa a.k.a Si Puteri Mendaki....bukan daki kat kolar baju eh. Mendaki bukit or mendaki gunung kekekeke....=) berjaya mendaki menawan Low's Peak buat kali ke dua dan merasmikan laluan tangga yang baru dari Laban Rata ke Sayap-Sayap Hut yang mana lebih mudah berbanding dengan trail yang lama.

Syukur Alhamdulillah diberikan ruang dan masa untuk berjumpa dengan alaa buat kali ini. Ya, Misi Lokan belum lagi tertunai walau dah banyak kali datang KK. Mahu 3x dah kot.

Hiiihiiihiii

Call sign pon Putri Mendaki, aku jumpa alaa di Signal Hill, KK. Aku dengan kereta alaa dan rakan-rakan mendaki dari tangga belakang Green Hotel.

Lagi 15 minit nak sunset. Dan alaa & rakan-rakan nak tengok sunset kat Tanjung Aru. Okay...jangan buang masa. Start engine terus g sana hihiii.

Alhamdulillah sempatla dieorg menikmati keindahan alam ciptaan Allah ala ala aurora sabah kekekekke....=)


Lawa pulak gambar ni kannn

Shima - badrul - aishah - ajlaa

Aku bawa dieorg ke beach 1 yang ada foodcourt. Pub & bar dah kena roboh. Musykil aku..hhahaa...lama sangat kot tak datang sini.

Lepas tu aku bawa dieorg makan ABC buah yang jadi favourite aku ngan H. Tapi kedai yang biasa aku pergi tu tutup pula. Mujur ada kedai sebelahnya. Okla...tidak menghampakan

Ajlaa - Aishah - Shima

Siap-siap layan ABC aku ke Masjid Negeri. Proper sikit nak solat =)

Perjalanan diteruskan ke Pasar Malam, Kampung Air.

Dok discuss nak pergi ke tak nak pergi ke tak....silap dieorg la tanya aku....kalau aku, memang kena pergi semua hahaha...risau dieorg kalau2 lokan tutup. Kalau aku, yakin ja buka. Janji dapat pergi semua hahahhaa....=)

Banyak gak dieorg ni menyopping. At least ada la kan something nak bawa balik yang agak murah berbanding dengam harga di Pasar Filipin tu....

Settle semua baru kami ke Salut. Memcari lokan. Dengan menggunakan khidmat abam google, memcari nama kedai yang masuk JJCM. Namanya Bibi.

Dapat cari tapi ada lokan sahaja, makan minum takda sebab tukang masak dah balik huhuuu.... 

Maka ke seberang jalan lah kami kekekke....

Yes, lokan ada, makan ada, minum pon ada.

Lokan kedai ni macam sikit. Yang besar rm12 setompok, yang kecil rm10 selonggok. Order yang besar 2 tompok dapat extra lebih sikit bila akak tu tambah ambil sikit yang rm10 pastu ditambah lagi yang ada dalam bakul dia hihiiii...rezeki alaa & the gangs.

Aku macam biasa, menelan Jeli Kelapa dalam cawan hihiiii.

Bagi dieorg minum air kitchai or kicai hahahaha.....baru sabah style...=)

Tapi sayang, kelapa bakar takdak pula. Akak tanya kedai sebelah, kedai sebelah pon takdak stok. Ermmmmm


Ermmmmm, aku rasalakan, macam lagi sedap yang ni je dari lokan JJCM tuuu...hahhaha..=)

Siap2 makan, hantar balik dieorg balik hotel...=)

Utk ajlaa...Misi Lokan anda telah terlaksana hihiiii...=)


Friday, March 4, 2016

Bukit Taman Tun Fuad, Bukit Padang, Kota Kinabalu, Sabah


Taman Tun Fuad, Bukit Padang menyediakan satu medium fasiliti yang baik untuk sesiapa yang ingin eksesais macam aku hahhaa.... =)

Selalu juga aku ke sini.

Taman Tun Fuad ni ada trek jogging, water theme park, restoren nelayan (seafood), gerai pasar tani dan yang paling utama bagi aku ialah Bukit Taman Tun Fuad hihiii... Suka hati la pula bagi nama. Ya, setau aku tiada la pula namanya kikikiiii.

Tujuan utama aku ke sini selalunya berjogging kemudian naik bukit =)

Kalau nampak signboard bawah ni, kalau turun ke bawah kita akan menuju ke jambatan tasik untuk ke seberang.



Bergoyang - goyang pulak aku rasa bila aku jalan atas jambatan ni.


Yang macam rumah tu la Restoren Nelayan. Belum pernah aku cuba


Set RunKeeper pergi hiking, START.

Bermua mendaki tangga depan tu dan terus terus dan terus lagi hahahaha

Sampai jumpa bukit ada tangga kayu.

Bermulalah daya ketahanan kaki, peha dan betis diuji dengan dahsyatnya. Hahahaha

Berbekalkan sebotol air 500ml, aku memdaki tanpa melihat ke atas. Naik je tangga. Psiko jugakla kalau tengok ke atas. Berhenti sekejap, tengok bawah, seram pulak aku tengok hahahha


Dah sampai atas baru boleh tangkap gambar hahahahaa

Kalau naik bukit ni, aku kalah dengan H. Dia boleh turun naik turun naik turun naik dengam selambernya. Sangat kuat. Bagus kannnnn....

Yang tak bagusnya, sebab dah biasa eksesais kuat, masa getir nak bersalin, selamber jalan kaki dari A&E ke Wad Bersalin. Check rupanya dah bukak 6cm. Fuhhhhh bahaya betul. Aku pulak yang seram nihhhhhh

Ok, sampai kat dataran pertama ni, aku rehat sekejap sebelum aku sambung balik jalan untuk ke puncak.



Bukit yang kedua pulak ni best sikit. Ada 2 jalan. Pecah 2...nak naik tangga buatan ikut kanan, nak landai sikit ikut kiri.


Tangga trail ini ada 2 jenis pulak..sebelah kanan tangga kayu, sebelah kiri jalan tangga tayar isi tanah.


Ya, sikit lagi nak sampai puncak. Lagi nak sampai, lagi penat oooooo


Haaa sinila dataran puncak. Aku ingat aku panjat pukul 3 terang matahari ni, aku sorang je la kan... Sekali ada je orang melepak-lepak buang penat kat sini hihiiii

Terus aku snap gambar. Boleh nampak likas, country height, KK







1st time pulak aku tengok menatang ni. Apa benda ntah. Aku pon tak tahu



Last time aku naik layan sunset. Kali ni aku naik, x sabar aku nak turun.

Panas woiiiiiii hahhahaa.=)

Esok H ajak jogging sini...alamak, macam penatt je hahhaha...=)

Kalau dapat pusing jogging lari atas trek, jauhnya 2.11km tapi kalau pakai RunKeeper doa kira bila time lari ja, kalau berjalan tak kira.

Cehhhhh....2 round kot aku jogging, check RunKeeper dia cakap 2km lebih je...citttttt

Hiking turun naik 3km. Dari tempat tangga naik mula-mula kat jambatan ke carpark dekat dekat 1km.

Achievement aku:
Semalam :
 jogging 1 round

Hari ini:
Jogging walking 2 round
Naik puncak
Jalan kaki 1km balik ke carpark

Hasilnya:
Badan aku berpeluh dalam aircond time nak sleep.....

Cehhhhhhh......peluh aku weh.

4 mac naik sorang2, 6 mac ada tambahan 10kg kat depan...bawak KA dalam baby carrier panjat bukit hhaahhaah...=)

Saturday, August 22, 2015

Jalan Jalan Cari Makan di Kota Kinabalu, Sabah

Post ini aku tujukan khas untuk kawan aku Dayah J =)

Katanya nak datang masa cuti merdekan nanti dan bertemakan rutin harian menjadi kesukaan jiwa dan raganya iaitu MAKAN La Kauuuuuuuuu......!!!!!!!!!!

Time of contact Less than 24 Hours.

Katanya hari Ahad 31 Ogos 2015, akan balik dari Kudat menuju ke KK.

Makanya aku bajet-bajet dia sampai KK masa tengahari.

So, destinasi pertama ialah: 

1. Lokan Bakar + Dadih Kelapa + Kelapa Bakar
di Salut.

Sebab: Kalau jalan dari Kudat, elok just nice lalu depan Shell Telipok yang ada sekolah, turn right direct terus ke Salut. =)







2. Sessi ABC Buah-buahan + berJERUK-Jerukkan dan berSunSet
di Tanjung Aru





3. Dinner Seafood di Segama atau belakang Pasar Filipon tapi kalau nak lagi nice pergi Gayang Seafood. Ada surau...lepak sampai lebam pon boleh hihihihi


4. Coffee session di Signal Hill. View KK dari atas bukit =)

5. Sebelum balik ke semenanjung, aku plan nak bawa dia g makan 
Ngau Chap di Ngau Chap Keningau di area OUM, Lintas




========================================================================

Benda kena bawa balik:

1. Kopi Tenom Cap Yit Foh

(ini yg 2in1. Better yang serbuk lagi)

2. Teh Sabah (kalau x beli pon xpa sebab kat Semenanjung pon ada jual)
3. Kuih Cincin made in Papar
4. Amplang made in Tawau
5. Ikan Bilis Mata Biru
6. Ikan Liking made in Kota Belud
7. Madu made in Kudat


Tuesday, April 14, 2015

Fast & Furious 7 (2015)


Yeahhhhh Brian o Conner =)

Ermmmmm....pelakon tambahan ni hebat, susun atur pon terbaik muhahaha


Meng Chicken Rice Shop bukan sekadar nasi ayam sebelum sky diving muahhahaha

Ohsemmmm...boleh tengok banyak2 kali Fast 7 ni =)

Ermmmmm, boring gak tengok movie bila H takda ni huhuhuhu

Friday, April 3, 2015

Malaysian Red Crescent 10 km Charity Run for Humanity, Kota Kinabalu, Sabah 2015

MRC 10km Charity Run for Humanity anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Sabah.

Masa minum-minum selepas X12 Dark Run, tetiba aku kena tanya join tak MRC 10km Charity Run. Goshhhhh hahaahah tak kan dah termasuk dalam golongan suka berlari 10km hahaha.

Ermmmm, memandangkan closing date aritu dan aku terlupa nak register maka dengan buat rilek nya tak register sebab rasa taknak masuk hahhhaa

Pagi-pagi lagi syafiq dah text suruh register event ni hahahhaa.

Arghhh sudah, bila nak register rupanya tiada medium online registation. Borang pula kena ambil dekat outlet. Ok, aku malas nak urus hahahha.

Tanya syafiq, dia jawab dia register via email, so aku pon register via email dan tak da rasa nak sangat join.

Tetiba, dapat email dari organizer. Registration received hahahahha

Maka dengan itu, aku kena prektis larian ini dengan ensemnya bagi memperbaiki rekod larian chewahhhhh hahahaha =)




Anjuran:



Dengan bantuan mat baju dan bip aku dia yang ambil kekeke...

Baju cantik kain bagus =)


Ini pertama kali aku bangun awal dengan niat buat 10km hahhaa.

Selesai solat subuh, start engine moto terus pergi Stadium Likas.

ramainya manusia masa ni tau.

masuk stadium terus pergi ke starting point. Dimulakan dengan senamrobik.

Larian kali ini tidak seperti masa lari X12 Dark Run sebab kali ini kau tahu jalan dan boleh target aku punya larian ikut tempat.






Aku mulakan larian betul-betul bawah starting point hahaha...last-last kena tinggal dengan manusia yang hobinya berlari larian muhahahha.

TYT yang membunyikan siren suruh kami lari cepat-cepat hihihi








Keluar dari Stadium Likas aku lari menuju Likas Square masuk bulatan dan terus menuju bulatan Masjid Bandaraya dan terus membuat u turn di Bulatan Bangunan Bateri, TFS. dan kembali ke Stadium Likas semula.



Mengikut apps Runkeeper aku menghabiskan larian sejauh 11.05km mengambil masa selama 1 jam 31 minit dan average pace 8.15km/h.

teruk gila masa aku hahahha =)


Sijil tanpa nama tanpa medal =(

medal ambil bila pihak penganjur maklumkan kemudian.

Penat lari pagi ni lain macam sikit berbanding aku lari masa X12 Dark Run.






Tetiba aku jumpa Fred, Fred cakap aku terima menang hadiah cabutan bertuah. hahahhaha

Yeayyyyyy dapat hamper =)






Medal cepatlah sampai. Cantik ooooo =)