Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pahang. Show all posts
Showing posts with label Pahang. Show all posts

Monday, September 14, 2015

ROCANA HOTEL, KUANTAN, PAHANG

KUANTAN, AOK TUNGGU KOI DATANG

Dah lama aku x pergi kuantan...
Lain sangat dah sekarang ni. Banyak jalan yang dah jadi sehala.

Sebelum ni kalau ke Kuanatan akan cari tempat penginapan yang murah tanpa breakfast. Kali ini sebab atas tugas rasmi aku memilih untuk tinggal di hotel yang aku layak dan berbreakfast hahaha.

Kali ini aku memilih untuk tinggal di Rocana Hotel. Buka homepage dia tulis under maintenance. terpaksa tengok di AGODA. rate agoda dekat rm250.00 per day. Aku pon mencari no telefon Rocana Hotel ni then call hotel dan buat tempahan melalui telefon. Published rate RM220.00, Government rate RM175. Miaowwwwww hahahahha. Terus booking 3 malam =)

Maka dengan itu, teknik nak booking hotel ialah. Usha Agoda, cari no phone. call. Bandingkan harga dan buat pilihan yang super bijak kekekkekkeke =)

Pilih Superior King untuk 3 malam. 


Aku suka bantal dia. Panjang dan selesa muhahaha =) ada 4 ketul pulak tu. Sesuai dengan aku yang suka tidur dengan bantal yang banyak hahahhaha =)


Simple ja. LCD TV, Min Bar, Kettle, Safety Box =) Kalau ada KA boleh simpan susu dia dalam Mini Bar hihihih =)


Bathroom sempoi. cuma shower dia tak berapa nak shower. Slow showerannya kekekkekek. X puas mandi hihiihi


Kata Tugasan Rasmi kan. Perghhhh, minta iron dan ironing board jam 12.30 tengah malam dan dihantar dengan segera adalah  sempoi. tapi bila dapat iron berjenama panasonic ini terus aku menyumpah seranah sekejap. Hot Plate tu ko tak nak balut sekali...?? hahahahaha

Pahtu hot plate dia pulak melekat - lekat sebab ada user yang terlebih terer pakai iron sampai melekat fabrik dan kalau pemanasan melampau akan mengakibatkan pemindahan fabrik ke atas baju or seluar. hoiiiiiiiii....tukar iron please. Buat malu je Hotel dan bagus da, iron pula ke laut.


Tempat makan dia ok la, x besar x kecik. Kuah Dhal untuk roti canai dia sedap. teh kpi milo pakai mesin. Aku paling suka yang ni selepas stay kat Grand Lexis aritu hahahhaha. Makanan tak banyak pilihan tapi memadai untuk mencapai 300 kcal untuk sarapan malah seperti rutin biasa akan sentiasa melebihi sarananan pengambilan makanan hahhaha =)

Akan ke sini lagi...??

InsyaAllah.....sebab:
1) Lokasi walking distance dengan Berjaya Mega Mall dan East Coast Mall
2) Kedai makan banyak dis ekitar hotel
3) Breakfast
4) Keselesaan menginap
5) Kalau dia tukar iron dia...!!!!!!!!!!!!!! hahahhhahaha

Wednesday, September 9, 2015

LILA WADI, KUANTAN, PAHANG 2015

Holla Kuantan,

Selesai berkonferans aku balik hotel dan bersiap-siap nak keluar dinner. Mezah & Suami ambil aku kat hotel pukul 6.00pm =)

Kami bertolak ke arah jalan nak pergi Teluk Cempedak. Banyak betul perubahan aku tengok. Jalan dah banyak yang SEHALA. Banyak bangunan baru-baru dan banyak kedai makan yang menarik disepanjang jalan di kiri dan kanan hahahahha

Izad, husband mezah bawa aku ke kedai ini LILA WADI

Klasik.....restaurant berpremiskan rumah ala-ala D'KL kat Kota Kinabalu tuh hihihii. Tapi xdala buka kasut duduk bersila. Still versi restaurant ada meja ada kerusi.

Environment yang agak menarik dan memang syok la nak lepak lama-lama menyembang cerita lama. Ada dekat 6 tahun kot tak jumpa Mezah ni tau....dari anak dara sampai jadi mak dara dan membuyungkan diri sekarang hahahhhaa....tahniah - tahniah rezeki Allah =)


Kata Izad kedai lila wadi ni ada 2 cawangan.

yang kami pergi ni

Jalan Teluk Sisek, A 637, 25000 Kuantan Pahang
012-985 0095


Minuman wajib order katanya kalau di sini: PANDAN COOLER



Disertai dengan Mango Cheese Cake yang sungguh nyummehhhhh =)


Aku ngan mezah ambil stimbot, izad makan Lamb Fried Rice dan Kakak Marissa tidoq baik punya dalam stroller kekekekke =)

dalam pukul 8.00 malam dieorg hantar aku balik ke hotel. Thank you so much mezah and husband & kakak marissa =)

========================================================================

Hari kedua hari Rabu......Aku datang selalu

Again, aku ke sini lagi sekali dengan nani dan lilo hahahahhahahha =)

Nani nak belasah mango cheese cake dan aku berazam dengan penuh iltizam nak makan toblerone cheese cake hahahahahha =)


toblerone cheese cake pertama sampai ke meja....perghhhh...seksi sangat. sedapppp hahaahaha =)


can't resist katanyaaaaaaa.... Pandan Cooler hahaahahha =)


Beef Fried Rice aku.....


Lamb Fried Rice Nani


Mango Cheese Cake kembali dan disertai dengan:

Tobleron Cheese Cake aku


Dannnnn bagi aku Mango Cheese Cake jugakla yg menawan hati mencuri perasaaan menggegarkan jiwa hahahaha....nyum nyum nyummmmmmm


Lilo da Pilot & Nani da gelap sikit sbb dok kat aloq setaq hihihiihih =)

Esok dah nak balik KK da.....Rindunya kat anakanda huhuhuhu =,(

Monday, August 4, 2014

Romantika Cinta di Cameron Highland 2 Ogos 2014


2 Ogos 2014, Sabtu. 

Yeayyyyyyy....alhamdulillah. Allah memberikan kesempatan aku ngan H untuk meluaskan pengalaman kami ke Cameron Highland, Pahang Darul Makmur (CH)

Perjalanan aku ni ringkas dan selamber aje. Aku ngan H bangun awal pagi, H siap sediakan sarapan untuk family. 

Selesai makan sarapan pukul 9.10 pagi aku dengan H memulakan perjalanan kami ke Tanah Tinggi Cameron. Bawa juga pakaian mana tahu tertidur kat CH kan hihiiiii. Ajak Obi ngan Sya. Tak nak pula diaorg ikut huhuuu. 

Pergi aku ikut Tapah. Perjalann ambil masa dalam 2 jam setengah sampai ke Tanah Rata. 


Perjalanan ke Tapah membuka mata aku. Dah lama aku tak ikut jalan lama. Dah ada UITM Kampus Cawangan Tapah, Sekolah Menengah Sains Tapah dan ada flyover yang menyeberangi Jalan keretapi Tapah Road. Kalau dulu macam kena ikut sisi jalan keretapi tu hahaha. Lama sangat kan x lalu jalan ni. Terus excited cerita kat H Tapah Road dari kaca mata aku pada waktu dulu. 

Dalam perjalanan mendaki, aku melalui Hutan Lipur Kuala Woh. Tempat mandi-mandi ni. Dulu masa kecil-kecil abah suka bawa kami adik beradik ke sini berkelah. Dah masuk sekolah menegah macam tak pernah dah jejak kaki ke sini. 

Lepas tu jumpa Lata Iskandar. Aku berhenti tepi jalan. Kejut H yang sedap tidur bagi tahu ada air terjun. Plan nak turun tapi macam malas hahaha. Terus je gerak semula panjat banjaran titiwangsa ( yer ke..?? Hmmm entah). 

Akhirnya aku sampai Ringlet. 


Aku lalu je kat pekan Ringlet

Tetiba baru aku sedar yang aku belum study tentang Cameron Highland hahaha. 

Terus aku minta H search internet cari info pasai CH hahahaa. 

Dalam pada masa H search kami cari tempat tarikan di Ringlet ke arah Tanah Rata. Aku ngan H jumpa signboard ni. 

Bee Farm dan BOH Tea Centre


Apa lagi, bagi signal kanan masuk terus bila selamat. Terus mencari. 

1) BEE FARM

Destinasi yang pertama. Masuk percuma. 
Parking kat luar ada, kat dalam pon ada. 

Di luar pejabat ada jualan cenderamata


Dan bahagian dalam ada jua madu lebah, biji benih dan produk-produk berasaskan strawberi. Ada juga jual sayur sawi 2 ikat rm3 =)


Pemandangan luar pejabat Bee Farm. 


Tetiba nampak pokok Orkid kan. Aku dah gila Orkid tapi belum lagi masanya untuk memiliki dan menjaga Orkid hahahaha. Nanti dah pindah semenanjung aku nak Orkid. Wajib..!!!


Ni la Bee Farm nya. Tempat diaorg bela lebah untuk mendapatkan madu dengan menggunakan Bunga Matahari sebagai agen madu. 


Di bawah pejabat pula ada taman strawberi. Boleh petik sendiri kalau nak. Lepas tu timbang, bayar dan ngap..!!! Hihiii. Teringat aku kat strawberi Korea Selatan beli kat Namdaemun. Manis dan sedap. 


My Strawberi =)




Diluar Bee Farm ni ada orang jual Rock Melon. Terbeli la pula kannn. Sekilo RM8 dia jual. Mahal betol. Anep punya free je pon hahahaa. 

2) BOH Tea Centre

Destinasi kedua dituju. Masuk percuma. 
Tutup hari Isnin


Masuk kawasan ni kan kita kena mendaki. Dengan kereta aku maksudkan. So jalan pon macam ular kena palu. Setiap kali jumpa selekoh yang kena lindung akan ada signboard Bunyikan Hon Anda. Maka akan ada pesta hon sekejap hahahaha. 


Sampai je kat tempat parking kereta. Ada pekerja yang akan tunjuk kat mana kita perlu untuk parking kereta. 

Biasa orang akan layan teh dulu kat Tea House. Tapi aku ngan H p bakar lemak degil dulu g panjat puncak bukit. Aku ngan H x tahu ada apa kat situ. Kami pon layan je la panjat bukit tu. Mengah jugala kan. 

Iyahhhhhh....gaya seorang peminum tegar teh yang kini hensem tidak terkata. Hahahaa. 


Adeiyhhhh. Penat panjat. Trek dia ada tangga, jadi selamat untuk mendaki sewaktu trek kering. Time basah tak sesuai kot. Licinlah aku rasa. 


Sekaliiiiiii. Ada pencawang telekomunikasi je pon. Hahahhhaa. Ponat aihhh den panjat bukit niiii. 

Tapi pemandangan seluas saujana mata memandang melihat muka bumi yang dilitupi oleh pokok teh menjadi tarikan dan idaman aku. 

Alhamdulillah terlaksana hajat aku untuk berada di celah-celah pokok teh. 

Pertama kali kot. Koman betul huhuuu. 


Sekejap ke kat atas. Kami turun menuju ke Tea house. H g beli kek lobak + pisang dan air teh ais. 




Tetiba sedap-sedap aku menunggu H bawa teh. Ada seorang pekerja BOH bagi pengumuman ada Factory Visit pukul 1.30 petang. Cantikkkkk. Masa tu baru pukul 1.00 petang. 

Aku ngan H minum dan makan. Pastu pergi la kat pekerja tu. Terus dia cakap. Masuk la dulu. Hahaha. Apa lagi. Kami masuk je la. Tapi takda la tour guide kan. 






Hasil akhir yawwww. Jadi serbuk teh cap BOH. Hihiii. 






Fakta Menarik: Pengeluaran sebanyak 1,250,00 kilogram teh setahun bersamaan 1,710,000 cawan teh sehari



Kemudian aku ngan H bergerak ke Tanah  Rata. Tetiba terjuma destinasi ketiga

3) Cameron Valley, Bharat Group

Masuk percuma. Kedudukan sebelah kiri jalan. 



Model Cameron valley Tea disamping produk-produk teh yang pelbagai. 


Haaaa...punya banyak jenis teh yang dihasilkan kau. Dari teh biasa sehingga yang berperisa. 

Kami beli:
- 2 kotak teh berperisa strawberi
- 1 kotak teh berperisa blackcurrant
- 1 bungkus serbuk teh hijau
- sebotol teh beperisa mangga

NASIHAT DAN PESANAN DARI AKU DAN H: 

JANGAN BELI TEH YANG BERPERISA TU KAT SINI. MAHAL. RM9.80 SEKOTAK. DEKAT PASAR MALAM BOLEH DAPAT SEKOTAK RM9.00. PHUIIIIII. PATUTNYA KALAU BELI KAT KILANG ASAL PATUTNYA MURAH LAGI LA KAN DARI YANG KAT LUAR. GRRRRR..!!!!! MARAH NIIII MARAHHHHH. 








Aku yang memandang ladang teh seperti ingin berlari-lari bersama H sepertimana Irwansyah dan Acha Septriasa dalam cerita My Heart. Muhahahahaa. 

4) TAMAN AGRO AL - MASHOOR

Terletak di Kampung Taman Sedia, Tanah Rata yang terkenal sebagai satu perkampungan HOMESTAY. macam semua rumah pula aku tengok diaorg buat homestay hihiii. 

Taman Agro ni milik bumiputra. 


Kat sini sekotak dijual RM9.50 teh Cameron Valley ni. Adeihhh. Mengelegak jiwa dan raga. Hmmm xpela. Murah 30 sen. 




Kat sini aku layan strawberi coklat yang juga menjadi kegemaran Dato' Siti Nurhaliza hihiiii. 


Order straberry ice blended, strawberry jelly dan waffle chocostraeberry. 




Macam best pula aku tengok strawberi ni. Comel dan cantik dan sedap dimakan hahahaha. 

5) TAMAN AGRO TOURISM, BIG RED STRAWBERRY FARM

Destinasi diteruskan di sini. 


Singgah sini sebab tak sengaja jumpa bila mana jalan di CH ni jadi sehala hahaha. 


Lawa betul kaktus ni. Oren. 


Macam-macam jenis kaktus aku jumpa. 


Aku rasa ni pokok lavender. Tapi entahla. Xda bau yang macam dekat perfume ambi pur lavender tu pon hahhahaa. 


Besar tempat ni sebenarnya. Siap ada replika kaktus besar kat bumbung dia. 

Masuk percuma untuk kedai-kedai jual bunga, kaktus dan strawberi. Tapi ada satu bahagian masuk kena bayar dekat taman kaktus dia kot. Yang sebelah bawah kaki bukit. 

Perghhhh masa nak keluar dari tempat ni kan. Seram betul. Curam jalan nak balik tau. Nasib kereta mak tayarnya mencemgkam hihiiii. 

Kemudiannya kami beruntung sebab datang hari sabtu sebab ada

6) PASAR MALAM

Terletak di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah Cameron Highland dan Hotel Star Regency. Besar-besar hotel ni ada tulis RM88.00 net. Hampir-hampir juga la aku ngan H check in hotel ni. Tapi fikir punya fikir aku ambil keputusan balik rumah terus. 

Seperti kembara ke pasar malam sebelum ini. Mencari sesuatu makanan tempatan yang unik. 

Terkejut aku ya. Kadar parking kereta RM4.00. Agak mencekik darah. Mohon Majlis Daerah Cameron Hihgland ambil tindakan yang sewajarnya kerana ianya membebankan rakyat. Lokasi pasar malam yang memastikan setiap pengunjung perlu masuk ke kawasan parking ini kerana tiada pilihan. 


Nahhhhhhh... Sekotak teh Cameron Valley berharga RM9.00 di pasar malam. Jadinya sila beli teh di pasar malam ya. Rugi je beli kat ladang teh Cameron Valley huhuhuuuuuuu. 



Ini katanya Ginseng. Pertama kali eh aku tengok ginseng. Biasanya bila dah jadi pharmaton ataupon minuman pra campuran hahahaha. 


Strawberi saiz besar. 2 lapis 2 bekas percuma 1 bekas kecil berharga RM15. Ada juga jual coklat untuk dicelup. Saru bekas RM5.00


Boleh pula wanita ni offer satu bekas biru tu RM20.00. Banyak sangat. Kang beli kang buat busuk je nanti. 


Yeahhhhh jumpa asparagus. Terus beli hahahaha. 5 ikat RM20.00. Mahal juga tapi belasah aje la kan. Kecil-kecil saiznya. Pergi kedai depan sket aku stress. Besar pula asparagus dia. Sakitnya hati kiterrrr. 


Lobak putih yang besar sangat. Subur betul tanah kat sini. 


Kelapa Laut. Segelas dia jual RM3.00. Nak rasa punya pasal. Belasah aja. Tutup mata masukkan air ke dalam perut. 




Kedai ni adalah kedai snek. Kimcan goreng, brokoli goreng; sawi goreng durian goreng pon ada muhahaha. Nak test durian goreng tapi kehalalan toyibannya diragui hihiiii. 




Ini adalah kimcan. Water cress goreng katanya. Pertama kali makan. Sedap juga. 

Lepas berpasar malam. Start engine kereta lajak ke 

7) KEA FARM

Singgah kat tempat jualan hasil tani kea farm. 




Buah cinta kata budak yang jual tu. Kulit kena kupaa sebelum dimakan.  


Ni Epal Cameron dia cakap. Boleh makan terus. 




Singgah sini beli jagung je hahahaa. Mahal ooooo. 2 tongkol RM5.00. Kat Kota Belud baru RM1.20 setongkol jangung manisnya. 

Habis jalan-jalan aku ngan H balik rumah ikut Simpang Pulai. 

Terserempak pula dengan eksiden. Kesiannn. 


Perjalanan kembara pendek ni agak sempoi sekali. Dah lama hajat aku nak pergi Cameron Highland. Rasanya dah dekat 8 tahun kot tak jejak CH. Hihiiiii. 

Lagi syok sebab pergi dengan isteri hihiiii. 

Jadinya,

Kos Jalan-Jalan Menambah Kasih Sayang dan Cinta antara Suami Isteri:

Teh n kek BOH Tea Centre RM10.30
Taman agro almashor RM11.50
Rock melon RM8
Straberi + asparagus RM35
Ubi keledek RM6
Kimcam RM5
Key chain RM3
Air kelapa laut RM3
Tomato ceri RM3
Sayur RM10/10 bungkus
Buah limau RM10
Minyak Shell Teluk Intan RM61
Parking RM4

Total RM170.00