Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, March 20, 2015

Petronas Mesra Card Redemption

Yihaaaa

Bole pula aku redeemed air kopi wonda bernilai 190 point kat petronas...cerah sikit mata aku nak drive hihihiiiii :)

Wednesday, March 18, 2015

Asus Zenfone 5


Ermmmmm, angkara Lenovo S939 tidak memuaskan hati dan tetiba H bagi aku zenfone 5 ni buat aku rasa seronok hahahha

Retail Price: RM599

dan aku dapat Free

hahahahaha

Tarak kisah la janji boleh beronline dan malas dah aku nak invest banyak2 kat phone last2 jadi Top Loser (perghhh macam saham pula hahahha)

RIP Iphone ku...phuiiiiiiii kuat2.




Dimensions (mm)
148.2 x 72.8 x 5.5
Weight (g)
145
Screen Size
5.0” (1280 x 720 pixels with 294 ppi pixel density)
Display / Screen Type
  • IPS LED backlight TFT display
  • 178° wide-viewing angle
  • Corning® Gorilla® Glass 3
  • Anti-fingerprint coating
  • Ultra-sensitive touchscreen
  • Glove Touch support


Primary Camera (back)
  • 8.0MP
  • 1080p HD video-recording (30 fps)
Secondary Camera (front)
  • 2.0MP
Additional Camera Features
  • Auto-focus
  • Special low-light technology
Platform (OS)
Android™ v4.3 Jelly Bean (upgradeable to Android™ v4.4 KitKat)
CPU
Dual-core 1.6GHz
GPU
PowerVR SGX544MP2
Internal Memory
16GB storage, 2GB RAM
Expandable Memory
microSD (up to 64GB)
2G Network
GSM 850 / 900 / 1800 / 1900
3G Network
HSDPA 850 / 900 / 1900 / 2100
4G Network
No
Data / WLAN
GPRS / EDGE / HSDPA, 42Mbps / Wi-Fi 802.11 b/g/n / Wi-Fi Direct / Wi-Fi hotspot
Battery Type
Non-removable battery, Lithium-polymer (2,110 mAh)
Extras
Info not available

Friday, March 13, 2015

Itinerary Turki dari Andalusia Holidays

EKSPLORASI TURKI 2014
Turkish Airlines (DIRECT FLIGHT)
-12 HARI 09 MALAM-
14 DEC – 25 DEC


Istanbul – Bursa – Canakkale - Kusadasi – Pamukkale – Konya – Cappadocia - Ankara – Bolu – Istanbul

Klik di bawah:


Menggunakan perkhidmatan:

ANDALUSIA HOLIDAYS
Andalusia Travel & Tours Sdn Bhd 107273-P/KKKP:1050
NO.9-1, WISMA ANDALUSIA, JALAN BELANGKAS, OFF JALAN KAMPUNG PANDAN,
TAMAN MALURI, 55100 KUALA LUMPUR
TELEPHONE : 03-9283 6150/ 03-9283 6160 FAX : 03-9283 7566
EMAIL: holidays@andalusia2u.com / WEBSITE: www.andalusiaholidays2u.com


(menggunakan adf.ly (URL shortener). Jangan risau, tunggu 5 saat, tengok kotak bahagian kanan atas. Tekan Skip Ad, Masuk dalam Dropbox, tekan download.)

Wednesday, March 11, 2015

WEB CHECK-IN cutoff times for both AirAsia domestic & International flights :)


WEB CHECK-IN cutoff times for both AirAsia domestic & International flights :)

At least sejam ya baggage drop di KLIA2

Ermmm...Boarding pass kena print siap-siap sebab ada masalah tiada kiosk boarding pass.

Harap dah ada macam di LCCT.


Monday, March 9, 2015

2015 Running Event in Sabah, Malaysia


Senarai running event di Sabah untuk tahun 2015 =)



Sunday, March 8, 2015

Kingsman: The Secret Service 2015

Lama dah nak tengok cite ni, akhirnya dapat juga tengokkan.

Semalam Aku ngan H ke GSC, Suria Sabah. Setel solat zuhur kami p masuk GSC awal atas sebab-sebab yang tidak diingini berlaku hahaha.

Lepas habis movie ni kiteorg stay, sekali  ada lagi scene best Eggsy ikut style Harry hihi =)

(pelikkkkkkk....ada couple duduk sebelah aku. Aku syak dieorg ada 1 tiket je sebab tetiba datang 3 orang datang duduk seat tu. So si awek stay lagi, yang laki keluar cinema. Ermmm kalau betul dia takda tiket macam mana laki tu boleh lepas kan..)





Best cerita ini bagi aku. Cuma seram sket masa Lancelot kena belah dua...ngeri oooo.

Aku bagi 4 bintang sebab nak simpan lima bintang bagi kat Fast & Furious 7 hihih


Sinopsis:

Gary "Eggsy" Unwin (Taron Egerton), whose late father secretly worked for a spy organization, lives in a South London housing estate and seems headed for a life behind bars. However, dapper agent Harry Hart (Colin Firth) recognizes potential in the youth and recruits him to be a trainee in the secret service. Meanwhile, villainous Richmond Valentine (Samuel L. Jackson) launches a diabolical plan to solve the problem of climate change via a worldwide killing spree.







Dannnnnnnnnnnnn

Yang ditunggu-tunggu...

Fast and Furious 7





Saturday, March 7, 2015

RESULTS FOR X12 DARK RUN IS OUT!



Result Chip Time aku kurang dari Timing guna jam. Mesti aku tekan awal ni kan. Ye la, sesak-sesak nk lepas pintu gerbang tu dah berapa lama da kan. Aku dahla dok belakang-belakang muahhaha.

Chip Time mula kura dari aku lepas pintu gerbang sampai aku patah balik belakang lalu bawah pintu gerbang so aku rasa ianya tepat la kunun hahaha =)

Thursday, March 5, 2015

Perfect Tips For Runner


Semenjak dapat selesaikan X12 Dark Run ni makin seronok pula aku nak join running event

29 Mac 2015 ni ada MRC 10km Charity Run.

Semoga aku enjoy dengan event tu nanti hahahahha =)



Tuesday, March 3, 2015

10km X12 Dark Run 2015 with NIKE Dual Fusion Run 2 MSL

NIKE Dual Fusion Run 2 MSL

Masa beli kasut ni aku baru dapat satu pelajaran pengajaran dan pembelajaran hahahaa =)

kalau nak pilih kasut yang rasa-rasa nak beli
Saiz US = 10
Saiz UK = 9

Kasut Clark aku aritu aku dah pelik kenapa saiz kasut aku 10. Masa beli running shoes New Balance aku pilih saiz 9 (memang ketat sikit aku pakai) dan masa beli kasut yang ni baru aku tahu yang saiz pada kotak yang besar eye catchy tu ikut origin kasut tu. So lepas ni aku nak pakai satu saiz sahaja. UK 9 supaya tak silap pilih lagi hihihiiii.


Fish Eye sket kasut ni haha =)



Running Event pertama kau yang berbayar hihi =)

H la ni suruh dan menyebabkan aku memaksakan diri dan secara kerelaan untuk menyertai event ini.

Tanya kat mat blek macam mana nak register dan terus aku register haha. Tak sangka dapat no 9. Mungkin No. 9 yang register..?? hahahahha. Awal betul.

Early Bird Registration RM70.00. Mahal kan, nak lari je pon hahha.

27 Feb 2015 
semasa dalam perjalanan pulang ke rumah aku singgah Nexus Karambunai untuk mengambil Race Kit yang dalamnya ada ada baju, running bib/ chip.

Berdebar dah aku sebab dahla tak prektis. Nak lari 10km tu takdahal tapi bila dah ada masa yang ditetapkan ni, aku mula la goyang. cisssss.

Singgah likas bagi race kit mat blek dan mat blek ajak p Pizza Hut, dia nak payung bagi rasa serabut perut aku hilang tapi memang tidak membantu langsung. Lagi berdebo adala hahhha =)



Race kit aku, mat blek, syafiq dan runi =)



Gambar belakang t-shirt 


Gambar depan t-shirt



Sayang betul baju kena tusuk jarum pin sebab nak pasangkan nombor tu. Bila teringat tudung H mahal-mahal letak kerongsang so akupon yakinkan diri dan hasilnya seperti di atas dan habis lari dalam kereta cebat2 aku bukak pin tu sebab takut karat hahaha.

Lepas maghrib aku ngan H ke Ming Garden Hotel untuk menghadiri majlis perkahwinan colleague. Hidangan jenis Chinese Style buat aku rasa marah sebab sedap dan aku tak boleh makan banyak. Nanti takut sakit perut masa lari. Sabar je aku menahan godaan makanan haha =)

Jam 9 malam aku ngan H mohon undur diri dan aku hantar pulang H ke rumah dan aku ambil barang-barang keperluan untuk berlari dan menuju ke rumah mat blek. Parking kereta kemas-kemas, adrenalin terasa mengalir tetapi masih dapat dikawal haha =) 

Perjalanan dari Likas sehingga Nexus Karambunai dipenuhi dengan kata-kata melunturka semangat oleh aku ngan syafiq kepada mat blek hahhahaha

Aku ngan Syafiq lawan 10km tapi mat blek layan 21km.

Sampai di Nexus Karambunai punya jauh nak menapak dari tempat parking di siring jalan sampai ke tempat pelepasan. Kat situ dah rugi kalori sebab unnecessary calorie burning hahahaha. Tapi aku kena anggap ini sesi warming up memanaskan badan sebab aku memang tak prektis hahahaha.

Dalam kereta pon aku dah sejuk-sejuk tangan berdebor2 jantung hahahhaa.

Sampai kat kaunter pendaftaran, takda pon kena daftar. Ambil batang yang akan keluar warna tu kalau ketuk kuat2 pastu pasang buat gelang. Aku pilih warna kuning florosen muhahaha =)

Sebelum kami declare Toilet is Everywhere (yela time malam kot kan) kami pergi menyiapkan diri mencuci muka dan membersihkan diri dari hadas kecil hahahha

Keluar je dari Ballroom crowd dah tiada, amboi.....tak sabar2 dieorg ni kan, aku je yang bersabar sebab makin berdebor pulak aku hahaha.

1 Mac 2015

So aku ngan syafiq pergi masuk lane 10km dan mat blek g masuk lane 21km. Kami dilepaskan lebigh kurang jam 12.20 tengah malam. 


Pintu Gerbang Mula dan Penamat larian malam tu. Time ni aku dah siap-siap apsang earphone kat phone konon-konon nak dengar radio masa lari. Ececehhh. Last-last ke laut. Aku memang tak boleh lari ada benda kat telinga. Tak selesa dan aku rasa mengganggu. hahaha.


Video ni sempat aku ambil sebelum larian dimulakan =D

Elok sahaja dilepaskan aku buka langkah comel tapi syafiq buat langkah kangkang. Laju gila meninggalkan aku hahhaha. Tapi aku maintain je jogging-jogging kedek-kedek ayam.

Tetiba aku nampak Izzah, kawan sepejabat H.dan dia memilik sebuah gadjet yang berharga bernama torch light hahaha. Namapon Dark Run, relek je aku tak bawa lampu suluh kan hahahha. 

So aku ikut je tempo Izzah dalam kegelapan agar ada sinar cahaya yang boleh dikongsi

Sampai water station pertama aku berhenti minum 2 caup air. pastu betulkan kasut sebab aiku ikat kuat sangat sampai kelingking kaki tersepit. Pedih aku rasa.

Tetiba aku teringat kat Izzah. Oh Emmmmm Giiiiiiiiiiii Izzah hilang dari pandangan dalam kegelapan hahaha.

Aku pon meneruskan jogging aku tu sampai satu ketika aku terdenga runkeeper sorang minah ni cakap lari dah sejam. Pastu aku terus rasa stress sebab rekod aku 7km = 1 jam 10 minit. tapi perjalanan aku macam setengah pon belum. Haishhh aku seteresssss.

PLAN AKU: Maintain jogging untuk 1 jam 10 minit dan jalan kaki sampai habis. 

So plan aku terbubar serta merta.

Mula la aku malas kan...jalan kakiiiiiii jogginggggg jalan kakiiiiiiii jogginggggggg. 

Lepas tu aku nampak Izzah depan aku so aku follow dia sekejap. Pastu aku bukak langkah potong dia dan buat U-turn minum air. 

Lesson Learnt: di water station ambil 2 cup air then jalan, xyah gatal sangat nak berhenti ehhhh. Buang masa sahaja =)

Minum air jadi insan tidak bertamadun sekejap, campak papercup tepi jalan dan sambung jogging+jalan..

Tetiba aku tengok jam 1 jam 45 minit. Ini tak boleh jadi ni. Aku cakap kat akak sebelah aku tu. Kak, sejam 45 minit da ni, jom lari. Kalau tak, tak dapat medal hahahaha.

Kami pon lariiiiiiiii tetiba dia dah takda sebelah aku. dia berhenti belakang. Aku takleh tunggu dia, aku sambung lari+jogging+jalan sampai selekoh ke-2 terakhir. Masa tu aku rasa penat sebab pecut.

tengok jam lagi 5 minit.

Masa ni la aku pecut sehabis-habisnya sampai ke garisan penamat dan tengok jam aku dapat habiskan larian malam tu 1jam 59 minit (saat aku tak ingat).

Aku dikalungkan dengan medal pertama aku untuk running event hhahahaha

Hari ini dalam sejarah la katanya.

Penat aku cari air then cari syafiq. Melepak tepi longkang sambil minum 3 tin 100plus memang mengasyikkan hahahaha,

Syafiq dapat buat 1 jam 40 minit tersasar dari targetnya 1 jam 30 minit.

Pastu syafiq cakap. Bukan 10km weh, 12.38km phuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Patutla timing aku pon lari.

Aku bajet less than 1 jam 50 minit sebab last aku prektis aku buat masa tu. Sekali bila dah 1 jam 59 minit aku ada sedikit frust. Rupa-rupanya jarak dia bukan 10km. Patutla penat dia lain macam.

Kira ok la tu aku dapat habiskan 
12.38km = 1 jam 59 minit
Tak boleh compare dengan orang lain yang kaki lari hahahha. 

Pastu nampak runi. Syafiq tanya timing dia berapa dia cakap 2 jam 4 minit dan dapat medal. Ok mungkin lepas sikit je kan sebab kena habiskan bawah 2 jam.

Sekali aku nampak Izzah and the gang pon pakai medal.

Hoiiiiiiiiiiiiiiiiiii............

buat penat eku perah otot gastrocnemius aku je weh nak habiskan bawah 2 jam.

hahahhhahhaahahahahhahaha




Syukur Alhamdulillah dapat menghabiskan larian dengan tidak ada sebarang masalah kecederaan.

Medal pertama aku... yeayyyyyyyyyyyyy =)



Muka mat blek baru habis 21km. hahahhaha

Lejen ko mat boleh habiskan 21km. Saluteeeeee



Bergambar dengan background X12 Dark Run


Ni haaaa.....larian aku malam tu =)



They mentioned:
Race package includes
a) T-shirt (for all categories of runners)
b) **Finisher's T-shirt (for runners who COMPLETE the 42km run only)
b) surprise gift (for all categories of runners)
c) e-certificate (for all categories of runners)
d) a running bib / chip (for all categories of runners)
e) Medals (for runners who complete 10km / 21km / 42km run only)


Tak dapat pon surprise gift huhuuhuhu

========================================================================

NO FEAR. NO LIMITS. NO REGRETS
MY LIFE. MY RACE. MY CHOICE
X12 DARK RUN
NEXUS KARAMBUNAI, SABAH
1 MAC 2015