Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Apartment. Show all posts
Showing posts with label Apartment. Show all posts

Wednesday, March 16, 2016

Mee Tuaran: Sweets & Treats Cafe, Likas Square Apartment Hotel


Cubaan kali pertama Mee Tuaran:


Cubaan buat kali ke-2 makan Mee Tuaran.  Last time makan boleh tahan sedapnya.

Maintain pula rasanya....tukang masak dia Chef kot kekekkee


Cafe ini terletak di bawah bangunan Likas Square. Dari tepi jalan dah nampak.


Rasanya sedap, ada rasa telur pada mee nya.. Ayam besar. Nampak macam masin tapi tidak langsung. Secukup rasa. Ayam macam direbus.

Ada masa lain hari nak datang sini makan dengan H...=)

Makan kat sini best. Angin kuat. Macam duduk tepi pantai kekekkee...tapi memang pon. Dekat dengam Tanjung Lipat =)

Harga RM8.00

Sunday, October 19, 2014

Secangkir Kopi Celik Hartanah Bersama Sahabat


Seperti hari-hari yang lalu. Sudah berkahwin bukan alasan untuk aku tidak peruntukkan masa bersama brothers di sini.

Melepak kopi-kopi sembang-sembang masa depan seperti selalu di CBTL Wisma Merdeka.

Dua-dua order Coffee Mocha haha...


Lepas layan kopi ngan croisant Yoyo aku nan mat blek jalan kaki ke Suria Sabah sebab ada Sabah Property Expo.
Saja jalan-jalan tengok rumah-rumah yang baru nak naik.


Ada satu company Sunsuria satu developer yang buat Suria Residence menarik perhatian aku.

Lokasi di Bukit Jelutong, Selangor.

Sebuah apartment, 600sf, 1 bilik = RM375 000

Good for investment.

Dijangka siap pada 2018.

Dalam masa tersebut, dijangkakan nilai hartanah meningkat kepada RM467 000.

Aku tertarik cuma hati kecil ku berkata, ada ka orang nak beli sebuah apartment yang mempunyai 1 bilik dengan nilai harga tersebut.

Ok, dapatla aku mmbayangkan yang mana pada waktu tersebut, nilai hartanah akan meningkat dan jika pendapatan seperti sekarang, maka dengan itu ramailah orang yang tidak mampu untuk memiliki sebuah rumah 1 bilik. 2 bilik atau 3 bilik, sendiri mahu ingat.

Pasang azam, cari hartanah semampu yang boleh tanpa menganggu keperluan hidup. Kehendak boleh diminimakan semahunya.