Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Ancient World. Show all posts
Showing posts with label Ancient World. Show all posts

Wednesday, January 7, 2015

Pre 1st Anniversary - GO TURKEY - HARI 07: CAPPADOCIA

20 Dis 2014 (6th Night)


Seperti di dalam aturcara perjalanan yang diberi:

- Sarapan Pagi di Hotel.
- Melawat Sekitar Bandar Cappadocia.
Underground City of Kaymakli, Goreme Open Museum.
- Membeli belah di Leather Shop dan Seramik Shop (tak pergi)
- Makan Tengahari di Restauran Tempatan.
- Melawat Carpet Factory & Pottery in Avanos Village. (pergi kilang karpet sahaja)
- Melawat Pasabag Valley & Uchisar Village (tak pergi dari dekat, mungkin lalu hihihi)
- Makan Malam di Hotel. (Buffet or Set Menu) - CAPPADOCIA

========================================================================

Seawal jam 4.30 pagi aku bangun dan kami ada masalah hahahha. Ali minta kami yang nak naik Hot Air Balloon jam 5.30 pagi tapi subuh masuk 5.20 pagi. So kami minta accuse untuk lewat berkumpul.

Kami menuju ke Kapadokya Balloon satu syarikat pengusaha HAB dengan menaiki Coaster yang di ambil oleh pilot HAB kami sendiri. 

Sesampai kami di pejabat kami di minta untuk mendaftar dan menyerahkan fee yang dikenakan sebanyak USD200 seorang. Aduyaiiiii. aku takda USD so aku bayar guna lira sebanyak 920 Lira berdua.

Kemudian kami bersarapan di kafe sambil menunggu kempulan kami dipangil untuk menaiki HAB.

Lama betul kami tunggu. Katanya tidak boleh naik lagi sebab kabus tebal. Alamak, ada tanda-tanda tak boleh naik sebab ada orang cakap hari semalamnya tu tidak boleh naik.

Lama-lama tunggu aku lemas. Ajak H keluar ambil gambar di luar dengan Ghaz & The Doctors. 

hihihihihihi...=) Nak jadika cerita, Ghaz & The Doctors ni senior medic aku. Masa aku 1st year diaorg bertiga ni 3rd year medical school.



Tetiba Ali datang ke tempat kami melepak dan ajak kami balik ke hotel. Ya, pada waktu pagi tersebut, semua HAB dibatalkan. Ok, rasa kecewa melanda hahaha.

Kami pulang ke hotel sekitar jam 8.00 pagi dan sambung sarapan 2nd round haha. H pergi naik bilik cuci baju sebab boleh pulak Dawn Jacket dia kena Coklat hahhaa. Aku malas nak naik dok kat bawah melepak di lobi hotel

Destinasi pertama adalah sebuah kilang dan showroom carpet permaidani handmade yang mana kami tidak dibenarkan mengambil gambar semasa masuk dalam bilik showroom. Opsss, banyak juga yang aku TERambil gambar. Mula-mula kami dibawa ke tempat dimana beberapa orang wanita sedang menenun permaidani dengan sangat teliti. Diberitahu bahawa wanita-wanita ini ala-ala ibu tunggal yang menyara kehidupan untuk keluarga masing-masing.

Wakil kilang tu siap cakap kalau tidak mahu beli permaidani kami, belilah kerana ianya dapat membantu ekonomi wanita-wanita ini. Namun bagi aku harga permaidani ini di luar batas kewarasan aku dalam berbelanja

Pertama kali juga aku dapat melihat benang sutera dihasilkan dari kokun ulat sutera (macam gambar di bawah).

Warna permaidani ini juga asli dan kekal lama berbanding dengan mengunakan pewarna.

Aku ngan H bergambar je la. hahahaha

Semasa dalam showroom kami dihidangkan dengan segelas teh epal panas. Memang sedapla kan sebab musim sejuk dapat minum air panas. Memang sedap hahhaa..=)

Semasa aku minum teh tersebut sambil menikmati permaidani yang dihampar dihadapan aku dengan Ghaz. tidak langsung timbul minat aku pada permaidani tersebut malah tiada pon yang aku suka hahaha.

Bila didatangi oleh promoter, beliau bertanya aku berminat untuk beli..?? jawab aku i have no idea. ya, minda aku memang kosong pada waktu itu hahaha. Promoter pon ok tidak memaksa membeli seperti di Kicilar Leather, promoter cakap ada ataupon tiada carpet itu tiada masalah tetapi carpet ini memberi satu kepuasan dalam hidup. Perghh ayat dia kan. Nasib tak tertelan ayat manis dia.

Semalam pergi karamunsing, karpet made in turkey RM120 je hahahaha. Yang dihamparkan kepada kami rata2 bernilai 1000USD. x mampu den, tp kat karamunsing den mampu hahahha =)


Selesai menjamu mata aku ngan H keluar dari showroom dan pergi ke kedai cenderamata di luar kilang tersebut.

Wife abg suhaimi berminat beli table cloth. Cantik. 65Lira rasanya. H macam nek beli macam xnak beli. Silap besarla dia tanya aku kan. memang jawab aku. X PAYAH BELI hahahha...=)

Benda kalau tak kena dengan hati aku tu memang susah sikit aku nak terima hahahaa.

Tetiba aku tertarik dengan sebuah kereta di kawasan parkir kilang tersebut. Oh maiiiii Proton Wira di Capadocia, Turki hahahahaha. memang aku bangga dengan ko PROTON =) Luaskan pengaruhmu dipersada antarabangsa. kekekekkeke.

Seperti biasa naik bas dan menuju ke:

KAYMAKLI UNDERGROUND CITY

Apabila sampai di kawasan lawatan Ali berpesan supaya masuk dulu tempat lawatan dan berbelanja kemudian sebab di sekita tempat ini banyak kedai-kedai yang menjual barangan kraftangan, beg tangan wanita, souvenir dan kedai makanan. Aku tertarik dengan orang jual aiskrim main-mainkan budak tu masa dia nak beli aiskrim haha. Hebat dan lucu pon ada.

Beberapa perkara perlu diambil perhatian. bagi sesiapa yang lelah asma ampus tidak digalakkan untuk masuk.

Tidakla sempit mana tetapi bila aku cuba bayangkan kehidupan dulu. Makaihhh macam mana la dieorg hidup dulu di sini.

Siap ada tempat bagi haiwan ternakan makan, tempat simpanan barangan, church, dapur dan bilik.

Anak panah berwarna biru digunakan untuk masuk ke dalam kawasan kota bawah tanah ini dan merah untuk keluar dari situ. Ada beberapa tingkat dan kami masuk kesemua tingkat yang dibenarkan untuk melawat di bawa dan pandu arah oleh Ali.

Kagum aku macam mana orang dulu-dulu buat dan bina ruangan kota bawah tanah ini.


Sedikit info dari Mr. Wiki

Kaymaklı Underground City (Cappadocian Greek: Μαλακοπή) is contained within the citadel of Kaymaklı in the Central Anatolia Region of Turkey. First opened to tourists in 1964, the village is about 19 km from Nevşehir, on the Nevşehir-Niğde road. The ancient name was Enegup. The houses in the village are constructed around the nearly one hundred tunnels of the underground city. The tunnels are still used today as storage areas, stables, and cellars. The underground city at Kaymaklı differs from Derinkuyu in terms of its structure and layout. The tunnels are lower, narrower, and more steeply inclined. Of the four floors open to tourists, each space is organized around ventilation shafts. This makes the design of each room or open space dependent on the availability of ventilation.

A stable is located on the first floor. The small size of the stable could indicate that other stables exist in the sections not yet opened. To the left of the stable is a passage with a millstone door. The door leads into a church. To the right of the stables are rooms, possibly living spaces.
Located on the second floor is a church with a nave and two apses. Located in front of the apses is a baptismal font, and on the sides along the walls are seating platforms. Names of people contained in graves here coincide with those located next to the church, which supports the idea that these graves belonged to religious people. The church level also contains some living spaces.
The third floor contains the most important areas of the underground compound: storage places, wine or oil presses, and kitchens. The level also contains a remarkable block of andesite with relief textures. Recently it was shown that this stone was used for cold-forming copper.[1] The stone was hewn from an andesite layer within the complex. In order for it to be used in metallurgy, fifty-seven holes were carved into the stone. The technique was to put copper into each of the holes (about 10 centimetres (3.9 in) in diameter) and then to hammer the ore into place. The copper was probably mined betweenAksaray and Nevsehir. This mine was also used by Asilikhoyuk, the oldest settlement within the Cappadocia Region.
The high number of storage rooms and areas for earthenware jars on the fourth floor indicates some economic stability. Kaymaklı is one of the largest underground settlements in the region. The large area reserved for storage in such a limited area appears to indicate the need to support a large population underground. Currently only a fraction of the complex is open to the public.


Selesai melawat aku ngan H pergi jalan-jalan di kedai sekitar kawasan tersebut. H berkenan kat satu beg tu tapi bargain pon nipis je orang tu bagi. Last-last tak beli.

Elok nak naik bas terkejut pula aku ada orang jual souvenir gambar kita dan dilekatkan atas piring. Sebab ko main curi-curi ambil gambar maka sudah tentulah muka aku sememeh je kan. So 10 Lira aku selamat kekekkekeke =) Kalau hensem kacak bergaya mutu keunggulan memang aku angkat hahahha.

Kemudian kami dibawa ke:

HAN RESTAURANT

untuk makan tengahari. semasa dalam perjalanan ke restaurant, auntie hajah aziah memaklumkan kepada kami yang dia ada meminta Ali untuk mengaturkan naik HAB petang tersebut sebab cuaca agak ok namun masih berkabus sedikit. Kami setuju sebab malas dah rasanya nak bangun awal pagi pastu kecewa hahaha.


Selesai makan kami dibawa ke Blue Art Center terletak di bahagian sisi Han Restaurant.

Menjual barangan kemas dan batu permata. Auntie wan beli set barang kemas. cantik. dalam 300USD rasanya. tak ingat pula aku.

Perempuan promoter kat bawah ni fasih berbahasa Melayu hihii. Semua orang suka bila dia bertutur.



TIBA_TIBA Ali berkara 'Bapak bapak ibu ibu yang mahu naik belon panas minta berkumpul di luar'

Haaaaa..............?????????????

Yahooooooooooooooooo =)

aku suka.

Kami dijemput oleh sebuah coaster yang mana syarikat yang lain iaitu Atmosfer Balloons dan Pilot kami bernama Mukhsin =)

http://www.atmosferballoons.com/en/

Kami melalui valley yang banyak batunya memiliki topi di atas puncaknya hahaha.

Cuaca agak baik namun angin kuat. Maka kami menunggu sehingga angin kurang. Masa digunakan untuk bergambar hahaha.

Tiba-tiba hati sedih semula sebab driver coaster suruh naik coaster dan pindah tempat lain huhuhuhuh

hati berkecamuk chewahhhh





Kami di bawa satu kawasan yang lain.

Kembali menunggu sehingga angin tidak kuat meniup.

Nampak Pilot Mukhsin menyalakan lighter sambil menggeleng-gelengkan kepala.

Hmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmmm

Tetiba Mukhsin menjerit dengan bahasa turki la kan yang mana semua crew dia kelam kambut mengelembungkan balloon. Okay, hati bertambah ceria kerana ada sedikit sinar.

Suasana menjadi hiruk pikuk oleh crew atmosfer balloons. Dan apabila api digunakan untuk mengelembungkan belon tu aku dah seronok, bila mana basket di posisi sempurna kami diminta untuk masuk ke dalam bakul tersebut dengan membahagikan sesama akmi yang mana dalam basket ada 5 ruang, 2 di kiri dan 2 lagi di kanan manakala satu lagi ruang milik Mukhsin dan tong gasnya.
Setiap basket  penumpang boleh diisi seramai 5 orang.

Senang pula aku tengok H masuk basket hahaha. Actually aku risau H naik ni mana tahu apa-apa jadi kan sebab dia tengah pregnant ngam-ngam 20 minggu masa tu. Tawakal je aku sebab apa-apapon yang terjadi semua atas kehendak Allah kan =)

Yang menambah keseronokkan kami ialah HAB kami merupakan HAB yang kedua berlepas di udara.



Yahooo...

Masa ni aku sangat bersyukur dapat naik HAB yang menjadi idaman aku. Terus feeling-feeling Manisnya Cinta di Cappadocia.

Ambil gambar sekejap then kami menikmati permandangan indah dari udara.

Memang cantik kawasan Cappadocia ni. Unik dengan batu-batuan yang seoalah-olah diukir oleh seorang artis profesional sedangkan sebenarnya ianya merupakan kesan daripada proses hakisan yang normal.


Gambar diatas sebelah kanan merupakan satu kawasan yang di panggil LOVE VALLEY. Nampak jugak la bentuk love nya hhhiihihhii.

Lebih kurang 50 minit di ruang udara capppadocia menyaksiakan keindahan alam ciptaan Allah. Mukhsin bersuara Landing Position, This Side sambil menunjukkan arah yang mana kalau landing senget mmg aku baring terus kat tanah dan bakal ditimpa oleh orang dari basket sebelah hahahha (dapat bayangkan..??)

tak sampai seminit kami landing position secara beramai-ramai Mukhsin bersuara Stand Up Stand Up, Soft landing hahahhahhaa

Masa tu aku tangok H, memang ucap alhamdulillah berkali-kali yer hahaha. Nak dijadiikan cerita 2 hari sebelum kami sampai Cappadocia ada seorang rakyat Cina mati akibat terkeluar dari basket sebab katanya semasa landing position dia ingkar dan bangun mengambil gambar. Pada masa yang sama pelancong dari Malaysia dan Trip Andalusia juga terbabit dan patanh tangan je kot rasanya sebab hard landing masa tu.

Tambah cool bila mana kami landing terus atas truck Atmosfer Balloons. Cool gila la ko Mukhsin. Memang pilot terbaik la.


aah, temgok gambar atas sebelah kiri bawah tu kan. Kami memang landing atas tu hahha. Hebatkan.

Selepas selesai landing, bergambar semasa crew kempiskan belon dan ada ceremony minum dan makan kek. Bagi yang minum Champagne, Champagne akan dihidangakn manakala yang tidak, kami dihidagan dengan Cherry Juice. Sedap oooooo =)

Macam rasa dapat ijazah pula masa Mukhsin bagi sijil naik HAB ni kan hihihi.

Selepas selesai makan minum dan bergambar dengan Mukhsin aku pergi membuat pembayaran bernilai USD420 dengan menggunakan debit card Maybank yang telah aku open kan sebelum berangkat aritu. Kalau tak open tak boleh guna ya. Kalau cash bayar USD400 sahaja. Kenapa aku bayar pakai USD ? sebab pada waktu itu nilai matawang Lira macam jatuh. yang mana aku kena bayar 920 Lira jika dibandingkan dengan RM aku rugi hampir RM500 jika bayar dengan Lira.

Jadi sebelum buat apa-apa payment buat kira-kira dulu ya.

Dengar kata HAB di Cappadocia merupakan antara yang terbaik dan best dari segi scenery di dunia ini so aku rasa ini pertama dan terakhir mungkin aku naikHAB hahahhha.

Untung baby, kecik-kecik dah naik HAB. =)

Sekali baby belajar or kerja kat sinikan satu hari nanti. terpaksalah baby belanja appa ngan ibu hahahhha...=)

selesai semua kami naik coaster semula dan dibawa ke Gerome Open Air Museum sebab jemaah lain tunggu kami di situ.

dan kami di bawa ke dua tempat untuk bergambar. Unik tempat ni tau.

Kalau perasan gambar di bawah ni sebelah kanan, batuan tu berbentuk muka manusia hihihihii =)



Selepas bergambar kami dibawa untuk menyaksikan Whirling Dervish di Motif Kultur Merkezi (Kultur = Budaya) (Merkezi = Pusat)
Kalau Sehir Merkezi = Pusat Bandar hhahahah tetiba =)

info: http://www.kapadokya-motif.com/



Whirling Dervish Dance ini sebenarnya bukan tarian semata-mata. Ianya merupakan cara bagi mevlana ni berzikir. Aku pon kompius sebenarnnya boleh ke berzikir macam ni. Mereka akan berpusing-pusing pusing pusing pusing pusing dan pusing berulang-ulang kali tau. Setiap kali berhenti elok je takda terhoyong hayang macam kalau kita main helikopter hahahha, Hebat keseimbangan mereka ini. Setiap Dervish yang berpusing ini akan angkat tangan kanan dan menadah ke atas seoalah-olah menerima sesuatu yang baik dari Allah dan tangan kiri pula dihadapakan ke bawah yang memberi gambaran benda yang baik di sebelah kanan tadi akan di agihkan kepada semua orang. Ala-ala macam tu la yang aku faham hihihihi.


Selesai di Motif Kultur Merkezi kami pulang ke hotel. Penat hari ini seharian berjalan. Tapi kepausan terpancar di muka aku hahahha

balik hotel makan dinner dan balik bilik,

Sekaliiiii tengok atas katil, towel bentuk LOVE da hihihih

Thanks housekeeping team yang buatkan love tapi sekejap je. ambil towel p mandi. Penat badan oooooo.

Hotel yang kami tinggal ni berstatus 4 bintang RAMADA Hotel =)

Kalau pergi sendiri mahu aku dok dalam hotel dalam bukit tu hahaha =)

Monday, January 5, 2015

Pre 1st Anniversary - GO TURKEY - HARI 05: KUSADASI - PAMUKKALE

18 Dis 2014 (4th Night)

- Sarapan Pagi di Hotel dan daftar keluar hotel.
- Melawat Kota Ephesus & Artemis Temple (Wonders in the world)
- Makan Tengahari di Restauran Tempatan.
- Bertolak ke Pamukkale. (Anggaran Perjalanan 03 Jam)
- Melawat sekitar Bandar Pamukkale. Antique City of Hierapolis (Cotton Castle)
- Makan Malam di Hotel.
- Daftar Masuk Hotel. (Buffet or Set Menu) - PAMUKKALE

===============================================================

Bangun pagi siap-siap sarapan di Hotel Tatlises kami berangkat menuju ke satu kedai menjual barangan kulit bernama Kircilar Leatherium.

Di sini kami diberikan minuman teh epal panas dan diberi peluang untuk menyaksikan fashion show depan mata kawwww...hahaha..=)

Macam dalam program runaway pulak kan hihihi..=)

Dimaklumkan kedai barangan kulit ini merupakan pembekal kepada jenama terkemuka dunia seperti Burbery dan Prada.

Harga dia toksah nak cakap la kan. hihihhiihi...=)


Hihiiiiii...dua orang daripada kami kena panggil jadi model runaway kekeke...=)

Selepas fashion show kami di bawa ke showroom. Masa dalam fashion show kita dibekalkan dengan borang nak pilih mana yang berkenan di hati. Aku berkenan kat satu ni haaa...macam dalam gambar di bawah. Tu yang aku tanda dalam kertas tu. Last-last aku mampu untuk mengambil gambar dan borang tu sahaja hahaahhahaa...=)


Jaket kulit yang paling aku minat terus aku cari hahhaa...elok-elok nak try sekali datang pula salesman dia kan.... pastu tolong-tolong aku pakaikan. Aku dah agak dah kalau dah macam ni kompem kena pujuk beli hahhaha...So aku dah stand by da fizikal dan mental untuk menangkis segala ajakan dan pelawaan.

Memang best yer pakai jaket yang aku try ni. Tengok harga USD 1200. umakaihhhh. mau cecah RM4K kot. Lepas aku try-try dia ajak nak p bayar kan...ok aku dah ready, aku kat tak nak. bagi masa fikir, dia dah angin kat aku lalallalllalalallallala.

Tetiba aku nampak Uncle dan Auntie tengah belek-belek jaket, Ok, Auntie angkat sehelai jaket dan Uncle angkat beg golf yer hahaha..=) Abg Suhaimi pon angkat 2 helai jaket kulit untuk dia dan isteri walaupon sebenarnya untuk isteri dan anak dia yang tak ikut. Last-last dapat kat dia hahhha...=)

BASIC IS THE BEST tagline kedai ni mungkin.

Masa nak tangkap gambar H kat tagline tu, uncle yang layan aku tadi marah aku ambil gambar kat situ hahahha...emo pula si uncle ni kan.

Sorry la uncle, tempat ni bukan tempat aku. Aku rasa aku boleh dapat harga jauh lebih murah dari kedai kau ini. Ini semua kerja travel agent untuk membawa kami semua dan melariskan produk ko.

Oleh itu, janganlah terpedaya unless duit mu sangat banyak dan berkepok2 dalam ikatan getah (moga satu hari nanti aku mcm tu hahahha)

Selesai di Kedai Kicilar kami di bawa ke Kota Ephesus. Besar kota ni. Jalan masuk lain, jalan keluar pon lain. Kiranya sehala jalan je la kan.

Masuk je Kota Ephesus harus mencari batu blok berwarna kelabu yang ada tulis nama tempat tersebut kekeke...=)

Aku ngan H apa lagi, silih berganti bergambar dan minta tolong Uncle dan Ghaz & The Doctors ambil gambar kami berdua kekekke...=)


Banyak tinggalan sejarah dalam Kota Ephesus ni dan difahamkan Kota ni merupakn Kota zaman silam yang terbesar.



Banyak tinggalan arkeologi di sini dan aku rasa ahli arkeologi sangat sukakan tempat ni hihihi..=)


Hamam tandas orang dulu-dulu open yer. Yang H tunjuk tu adalah tempat melepaskan tinja yang penuh dalam usus dan sangat dalam. Dihadapannya ada air terjun. Mungkin berfungsi sebagai penebat bunyi. kekekke.

Dimaklumkan jika musim sejuk, hamba akan duduk di atas tempat nak berak ni sampai panas kemudian barulah golongan bangsawan melepaskan hajat. Perghhh penyiksaan dan penderaan berlaku yer.


Dan dari jauh tersergam indah bangunan di bawah yang merupakan satu perpustakaan kedua terbesar di dunia pada waktu itu.

Macam selalu je kan jadi background dalam filem-filem lama.

Alhamdulillah sampai juga kami di sni =)



Gambar d atas dari kiri H, Makcik, Auntie Hajah Aziah dan Auntie Asmah

Aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka dan juga ahli-ahli jemaah yang lain sebab sangat menitik beratkan keselamatan H dalam perjalanan ini. Semua pangkat mak kepada kami. Tu yang terasa aura keibuan masing-masing tu. terima kasih semua =)

Selepas tu kami keluar dan sampai sahaja dipintu bas banyak pula gambar aku telah diprint kan oleh photographer di situ. Sekeping 10 Lira. H cakap x payah la, nanti last2 sijmpan juga. (fuhhh selamat duit aku hahahaa...=)

Kami di bawa makan tengahari dan dapat la tengok orang jual aiskrim menguli aiskrim tersebut hihihi..=)


5 Lira satu kon aiskrim

Selesai makan kami menuju ke Pamukkale. Tempat yang aku paling nak pergi. Syukur Alhamdulillah.

masa nak sampai, dari jauh kelihatan satu kawasan berwarna putih. Yes, dah sampai hihihhihi.

Cotton Castle

Subhanallah. Cantiknya keindahan dan kejadian alam ini.


dalam kawasan ini juga terdapat tinggalan arkelogi zaman ancient dinamakan Kota Hierapolis. Tapi disebabkan masa yang diperuntukkan tidak mencukupi dan Kota tersebut sangat jauh untuk berjalan kaki kami berdua menghabiskan masa di Cotton Castle sahaja. Ghaz dengan Rahman pergi Kota Hierapolis. Berpeluh dieorg dalam musim sejuk kekekke. (memang jauh gila kalau berpeluh tau hahahaa)


Cantik sangat tempat ini. Aku suka. Memang aku nak pergi lagi sini satu hari nanti insyaAllah




Aksi di atas merupakan aksi Dont Do This at Home sebab lepas buat aksi kena sound ngan pak guard sebab buat aksi merbahaya hahahaha =) yang kanan tu ilusi optik ye. terapung tu hahahha..=) boleh pulak seakan-akan belum lagi melompat hihihihi


Setelah satu jam berada di Cotton Castle kami menaiki bas turun dari bukit dan menuju Hotel Tripolis. Dari bilik kami boleh nampak Cotton Castle yang sangat cantik dan indah. Hebat 700D aku ni boleh capture gambar dalam gelap dan hasilnya sungguh mengagumkan hihihihihhihihi =)

Hotel Tripolis ni best siap ada Indoor Thermal Pool yer hihihi...=)

Tidur macam biasa, dengan nyenyak sekali tetapi tidak bagi H. Hujan lebat oooooo malam tu...sejukkkkk. tapi aku sedar-sedar, eh-eh subuh pula hihihihih =)

=========================================================

Artemis Temple macam aku tak jumpa pula masa di Kota Ephesus huhuhuhuu =(

Sunday, January 4, 2015

Pre 1st Anniversary - GO TURKEY - HARI 04: CANAKKALE - IZMIR – KUSADASI

17 Dis 2014 (3rd Night)

Bertolak ke  KUSADASI

Perjalanan ke Kusadasi mengambil masa selama 6 jam. Jarak perjalanan yang jauh tidak terasa sebab bas yang selesa dan balik-balik tidur haha..=)

Dalam perjalanan ke Kusadasi singgah berhenti untuk ke toilet dan membeli belah di Gozbasi Mola sebuah kedai yang menjual minyak zaitun dan produk-produk yang dihasilkan dengan minyak zaitun.n

Aku tertarik dengan Olive oil with Anemone Oil (Body Oil). Sangat wangi dan aku suka. Sekali tengok harga 44 Lira (RM81.40) atau USD20 (RM70.00). Jadi nampak tak perbezaan dari segi mata wang RM kita jika dikadarkan dengan mata wang Lira dan USD. (semasa pergi 1 Lira = RM1.85 dan 1USD RM3.50)

Jadinya jika nak membeli barang yang memiliki tanda harga USD dan Lira bagus buat kira-kira. namun begitu bagi kedai yang menetapkan harga USD sebagai matawang utama. USD lebih jimat berbanding Lira.


Setelah selesai tidak membeli belah, aku ngan H naik bas dan kami semua menuju ke sebuah kota lama di Bergama yang dipanggil Akropolis. Akro = Atas, Polis = Kota Akropolis = Kota yang di atas bukit hihihi..=)

Untuk menuju ke akropolis perlu menaik Cable Car macam ala-ala di Langkawi hihi...=)


Pergamon was a small settlement during the Archaic Period. Lysimachos, one of the generals of Alexander the Great and who had become the sovereign of Anatolia after 301 B.C., delivered the war expenditures, at the amount of 9000 talents (1 talent is believed to be US$ 7,500 approx.), to Philetarios who was the commander of Pergamon, and the kingdom founded by Philetarios by using this sum of money following Lysimachos's death, flourished and became the most eminent center of culture of the Hellenistic period for 150 years. Eumenes I, Attalos I and Eumenes II were enthroned successively after Philetarios. Eumenes II took acropolis of Athens as an example and had the acropolis of Pergamon adorned with works ofart which reflected fine taste, and Pergamon became one of the most graceful cities of the world. Attalos III who succeeded Attalos II, handed over his land to the Romans when he died in 133 B.C.
In the Acropolis, the remains that you see on the left hand side while going in, are the monumental tombs or heroons built for the kings of Pergamon during the Hellenistic period. Shops are situated at their side. When you enter the Acropolis, the remains seen at your left side, are the foundations of Propylon (monumental gates) which were constructed by Eumenes II. When you pass to the square surrounded with three stoas of the Doric order you'll notice the ruins of the temple of  Athena, built during the time of Eumenes II in the 3rd century B.C. It's just above the theater. The famous Library of Pergamon which contained 200,000 books, was situated north of the square. Antonius gave all the books of the library to Cleopatra as a wedding gift. The remains near the library, are some houses from the Hellenistic period. If you go up the stairs, you'll see the remains of the palaces of Eumenes II and Attalos II. Inside the Acropolis there are houses, military barracks and military warehouses called "Arsenals". The building that has been restored at present, is the Temple of Trajan. Trajan started it but after his death Emperor Hadrian (117-138) finished the temple in Corinthian order and it was placed upon a terrace with dimensions of 68 x 58 m. Attempts have been continuing by the German archaeologists since 1976 to erect this temple which has 6 x 9 columns and a peripteros plan (one row of columns around the temple). It is completely marble.
The Theater of Pergamon, one of the steepest theaters in the world, has a capacity of 10,000 people and was constructed in the 3rd century B.C. The theater underwent changes during the Roman period under the reign of Caracalla. There is a 246.5 meters long and approximately 16 m wide stoa (portico) in front of the theater. The road in front of the theater leads to the Temple of Dionysos (known in Rome as Baccus, god of wine). The temple was constructed in the 2nd century B.C. and reconstructed in marble during Caracalla's period (211-217 AD). Its dimensions are 11.80 x 20.22 meters. The temple, which arouses interest because of the staircase in front with a height of 4.5 meters and 25 steps, has an exquisite appearance.
The famous Altar of Zeus in Pergamon is on the south of the theater. Eumenes II (197-159 BC) constructed it as a memorial of the victory against theGalatians. This Altar has the shape of a horseshoe and its dimensions are 36.44 x 34.20 m. It is composed of four parts and the high relieves on it describe the war between the giants and the gods. The Altar which was taken away from Pergamon in 1871 and carried to Germany by the German engineer Carl Humann, is exhibited at the Museum of Pergamum in Berlin, in a manner conforming to its original. Today Turkish government is trying to get it back from Germany bringing the issue to the international court. On the south of the Altar, the Agora (market place) belonging to the 2nd century BC, is situated. In the middle of the Agora there is a small altar. Downwards in the Acropolis, the central city is placed. Inside Pergamon, there is the Temple of Serapis, built for the Egyptian Gods in the 2nd c. AD. and called as the Red Courtyard by the locals. This is a basilica shaped building constructed under the reign of Hadrian, then, in the 4th century, it was converted into a church dedicated to St. John and became one of the Seven Churches of Christianity.
In 2014 Pergamon site and its multi-layered cultural landscape entered into the World Heritage List of UNESCO.
The museum is in Bergama and Asklepion (the ancient medical complex, hospital) is out of the city. It is comprehended that Asklepion, built in the name ofAesculapius, the god of Health and Medicine, has existed since the 4th century BC. It contains premises such as a small theater with a capacity of 3,500 people, rooms where the patients were cured by the sound of water and music, the temple of Asklepion and the library. Here, the dreams of the patients were analyzed by their doctors (priests) 2000 years before Sigmund Freud did. One of the important personalities of Asklepion was Galen (Galenus) from the 2nd century AD.
Today the town of modern Bergama is also famous for its cotton, carpets, and gold production

Info: http://www.allaboutturkey.com/pergamum.htm



Info Berkenaan Akropolis Boleh Klik di SINI

Above, the Traianeum (Temple of Trajan) on the Acropolis of Pergamum.

Below, Pergamum's dramatic theater.

penat eh turun bawah g Odeon Theater tu...gayat pon ada haha..=) lereng bukit kot, silap langkah terus turun bawah.

Kat sini ada perpustakaan yang besar pada zaman dahulu. Mangikut kata Ali ada beberapa runtuhan telah dipindahkan ke Berlin.

Masa nak balik aku ngan H lambat naik bas. Sekali kena sound da ngan Ali sebab katanya ank pergi satu lagi tempat. Dia tak cakap pon nak pergi tempat lain sebab kalau ikutkan tiada dalam aturcara perjalanan. Hati mula rasa tak sedap. Kang sampai tempat tu tutup pula kang, tak ke naya rasa bersalah tahap maksimum hahahhaa.

Naik bas hati tak tenang kekekekeke

Selesai jalan-jalan di Acropolis, kami makan tengahari di sebuah restaurant dengan tidak hati tidak tenang dan kemudiannya solat di sebuah masjid berhadapan dengan restaurant ini. Punya sejuk air time ambil wuduk..Tapi cakap kat otak yang air tak sejuk...so ok la boleh handle hahaha..=)



Oooooooooooooooooooooo

Nak pergi tempat ni rupanya. 

House of Virgin Mary

Meryem Ana. (dalam bahasa turki)

Lokasi di atas bukit dan melalui jalan masuk untuk ke Kota Ephesus dan 7 sleepers.
Mengikut kata Ali, tempat ini menjadi tempat umpama mengerjakan haji bagi orang beragama kristian.


Nasib sempat sampaikan...kalau tak lagila rasa bersalah yang mendalam sebab lambat keluar dari akropolis. Nasib baik juga semua jemaah cakap macam tak perlu datang sini pon takpa hahahha...=)

Lega hati den.


The resolutions of the council of 431 held that the Virgin Mary came to Ephesos. According to them, she came here together with Saint John, four to six years after the death of Christ. After the proclamation of Pope Paul VI in 1967, Pope John Paul II came to Ephesos and declared the House of Mary to be a place of pilgrimage for Christians. The house on the top of Bülbüldağ is believed to be the last home of the Virgin Mary. It is a world-famous place of pilgrimage. The structure is a church that dates to the seventh century, and was restored in 1951. The church was supposedly built on top of the house in which the Virgin Mary lived. The structure is cruciform, and has a domed roof. The nave and its apse are accessible from the vestibule. The House of Mary is a place of pilgrimage not only for Christians, but also for Muslims. Muslims use the room to the south, which is believed to be the bedroom of the Virgin Mary, as a prayer chapel. Translations of the Quranic suras that mention Mary are on display here. After the proclamation of Pope Paul VI in 1967, John Paul II came here in 1979 and declared the House of Mary to be a place of pilgrimage for Christians. The resolutions of the council of 431 held that the Virgin Mary came to Ephesos. According to them, she came here together with Saint John, four to six years after the death of Christ. Excavations in this area uncovered architectural components from the fırst to seventh centuries. The first major Church of Mary and the tomb of Saint John on Ayasuluk could be evidence of the resolutions of the council.

This house, where the Virgin Mary is supposed to have lived during her last days, and to have died with Johanna at her side, is situated 7 km south of the antique city of Ephesus in İzmir. The German Nun Katharina Emmerich (1774-1824) described the surroundings of the house from a dream she had. Lazarist monks in İzmir set out in 1891 to find the house based on sister Emmerich's description. They found the remains and built a chapel here. Pope John XXIII declared it a pilgrimage site in 1961. 


Selepas keluar dari Hous of Virgin Mary kami dibawa ke sebuah kedai menjual Turkish Delight bernama Natureast Anatolian Taste. Kami diberi penerangan tentang produk-produk yang dihasilkan.

Harga dalam USD dan sila bayar guna USD. Kalau bayar pakai lira x bagus. Kita akan rugi. Nasihat aku kepada diri sendiri, beli kat tempat lain je kat spice bazaar atau Grand Bazaar hihihihih.

Ini bukan taraf aku beb. Sekilo Lokum dari madu pon USD40. Kepala otak dia hahaha. kat Spice Bazaar boleh dapat TL40 je kekeke.

Selesai menjamu selera (dia bagi kami rasa tapi aku MAKAN hahahaa), kami menuju ke Hotel untuk menginap pada malam tersebut.

Dari jauh tulisan hotel ni macam salib. Hotel Tatlises


Hotel ini ada kedai dibawahnya, sekali tengok olive cream 2 for 10 Lira, terus H beli sebab kedai yang awal Gozbazi Mola tu jual mahal gila. 1 for 15 Lira. Nasib aku ngan H tak beli. Tapi jemaah lain hangin je kan hahaha...=) beli banyak pula tu kekeke...Kat sini juga kami beli lokum sekotak 5 Lira. Kat kedai Anatolian sekotak pon dah 12USD kekekeke...=D

Disebabkan hotel ini tidak menyediakan cerek., aku ngan hensemnya pergi bawah bawak tupperware ambil air panas hihihihih..=) Milo dan Maggie again. Memang sedap ya maggie time sejuk-sejuk ni. Kalau kat malaysia maggie ni time malas nak kuar beli makanan je kan hahhaha...=)

Aku tidur ngan nyenyak sekali sedangkan H tidak. Boleh pula malam tu ribut tapi aku x sedar kekekke...maafkan saya sayang hahahahha...=)

Saturday, January 3, 2015

Pre 1st Anniversary - GO TURKEY - HARI 03: BURSA – CANAKKALE

16 Dis 2014 (2nd Night)
.
- Bertolak ke Canakkale
- Daftar Masuk Hotel.
- Makan Malam di Hotel. (Buffet or Set menu) - CANAKKALE

Perjalanan dari Bursa ke Canakkale (sebutan: cha nak ka le) mengambil masa selama 5 jam 25 minit mengikut peta yang diberikan.

Memang jauh terasa tapi bas persiaran Mercedez Benz tu buat aku ngan H rasa selesa, Tidak terlampau letih.

Sampai di Canakkale kami singgah makan tengahari di Wilusa Restaurant & Cafe. Dihidangkan makanan turki. Di sini pertama kali aku makan Salad bersos Pomegranate. Sos Delima. Sedap oooo. Setiap kali singgah makan mesti aku cari Sos Delima ni hahaha...=)

Dalam restaurant ini ada jual cenderamata dan juga boleh tukar duit.

Alahai, nasi sejemput je dia bagi aku makan. Mana cukup huhuuhuhh



Kat sini belu FM 2 biji. 5 Lira. Mahal...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Selesai makan kami semua berangkat ke TROIA satu kota lama zaman dahulu kala. Macam kembali ke zaman silam pula aku kannn hahahahaha.

Risau juga aku masa naik kuda kayu besar tuh. Tangganya kecil. Sekali H nak naik juga, Seriau aku eh. Tambah pula fetus dalam perut dah membeso. Nak melangkah x nampak kot hihihii...=)

Sesi fotografi sangat best yer hihi. Kawasan tinggalan bangunan yang runtuk unik dan cantik. Ada Odeon yang masih utuh.

Selesai melawat kota TROY kami menuju ke Tusan Hotel. Check in barang rehat-rehat sekejap dan turun semula ke pantai. Hotel ini terletak di tepi pantai. Namun tidak terjaga sebaiknya. Kotor.

Makan malam again, nasi sejemput ngan ikan. Mana kenyang kalau perut aku hahahha.

Balik bilik p layan maggie curry cup  ngan air milo hihi =)

Layan tv yang banyak sungguh channelnya dan tidur yang sangat lena. H pula basuh baju kemudian sidai kat ampaian air panas. Kagum aku sekejap hahaha...=) Memang kering la baju kiteorg kan. Inovasi sungguh hihii...=)