Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Guest House. Show all posts
Showing posts with label Guest House. Show all posts

Wednesday, March 9, 2016

Rest House Kaka, Sipitang Sabah


Permusafiran aku ke Sipitang kali ini, aku bermalam di Rest House Kaka berhadapan dengan Hospital Sipitang.

Kedudukan hotel ini sangat strategik dan tidak terlalu jauh dan tidak juga terlalu dekat ke Pekan Sipitang.

Bagi yang berhajat untuk ke Lawas, Limbang, Temburung, Brunei dan Miri boleh la singgah sini, rehat-rehat sebelum gerak semula perjalanan sebab sepemerhatian aku, tiada Rest House/ Hotel or Motel di Sindumin,Sabah mahupon Merapok, Sarawak. 

Di Lawas ada. Cuma mahu sejam lebih jugak dari sipitang kalau laju.


Aku suka rest house ni sebab dia lengkap untuk seseorang bermalam di sini. 

Ada restoren 'Singgah Ngupi', nasi lemak dia sedap. Hihiiii

Ada kedai Car Wash. Mana tau nak cuci kereta kan.

Juga ada Surau utk kemudahan pelanggan

Aku ada juga nampak dewan dan juga van. Untuk kegunaan pelanggan Rest House juga la kot.


Bilik banyak jenis. Ada bilik yang ada dapur.

Aku punya bilik takda dapur. Bukan nak masak pon. Lagipon JIMAT sikit hahaha...

RM100 kot...=)

Sebelum ni aku pernah juga menginap di Timah Motel. Ok juga tempat tu, tapi Rest House Kaka lagi selesa bagi aku.

Akan kembali ke sini jika diizinkanNYA =)

Wednesday, April 8, 2015

Namsan Guest House, Seoul, South Korea

Terjumpa pula Business Card ni.

Namsan Guest House ni terletak di lokasi yang strategik. Walking distance ke Namsan Tower dan Myeondong.

Layanan yang mesra dari pihak Namsan Guest House ini. Breakfast free katanya tapi macam setiap masa ja free hahaha. Selagi ada food boleh belasah aja kat pantry dia tu

Mula-mula aku stay dalam bilik dorm ala-ala capsule tapi kena pindah masuk bilik secara percuma hihiii. Mungkin ada orang nak masuk bilik dorm aku ramai-ramai kot.

Tel: (02)752-6362, 070-4164-0007
Mobile Phone: 010-9610-7650
Fax: (02)752-6364



Overall 5 stars :)




Thursday, October 23, 2014

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan

Kepada semua penjawat awam persekutuan,

Jika anda ingin bercuti bersama keluarga tersayang, buatlah carian dahulu di 

Mana tahu murah rezeki dapat stay di sini. Murah pula tu hihiiii.

Antara lokasi Rumah Peranginan ini ialah
  • Pantai Morib
  • Bukit Fraser
  • Cameron Highlands
  • Pulau Pinang
  • Tasik Kenyir
  • Port Dickson
  • Langkawi
Selamat maju jaya untuk buat permohonan atas talian =)


Wednesday, June 11, 2014

Kenyalang Miri Homestay & Guesthouse, Miri, Sarawak


Selepas kami menginap semalam di  Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri kami menginap di Kenyalang Miri Homestay & Guesthouse di Jalan Piasau 3D. Sangat dekat dengan Pasar Malam Seberkas dan Taman Bulatan.

Alkisahnya masa merancang ke Miri aku telah menempah satu homestay, tiba-tiba dibatalkan kerana pemilik mahu bercuti dan tiada siapa yang boleh urus kemasukan kami. Aku pon mencari homestay yang lain. Ok, aku dapat di Pantai Bungai, Rashidah Homestay. Perkara yang sama berlaku dibatalkan booking aku kerana pemilik homestay tersebut ingin menggunakan homestay tersebut kerana ada perkahwinan saudara mara beliau. Ok, aku pasrah. Ermmm duduk hotel la nampaknya huhuuuuu. Tetiba tingggggggg. Buka mudah.my la. Ok aku jumpa iklan seperti di bawah





RM250 semalam. Agak mahal sebab kedua-dua homestay yang telah aku booking berharga RM150/malam.

Dah jadi macam ni. Aku sambar je sebab kebetulan homestay ini baru sahaja ada orang cancel booking.

Rezeki namanya.

Ok deal. RM250 telah aku masukkan ke dalam akaun Maybank Puan Masniah Suhailie.




Homestay ini sesuai untuk didiami bagi satu rombongan yang ramai. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Master bedroom boleh masuk 4 orang, 2nd & 3rrd boleh masuk 4 orang juga tapi agak sempit la. Semua bilik fully aircond.

Tv dan Astro bersaluran Njoi, DVD Player dan 2 keping DVD, Pengering rambut, Seterika dan alas, Meja makan 2 set, Sofa, Peti sejuk, Mesin basuh, alatan memasak. Owh ya, Both bathroom dan sinki ada ari panas.

Yang uniknya, rumah ni tak pakai Tong Gas untuk memasak. Dia guna gas yang disalurkan melalui hose/paip. Style betul laaaa.

InsyaAllah ada rezeki kalau pergi ramai-ramai memang akan aku pergi Homestay ini lagi.

Pn Masniah Suhailie - 016 8705315


Sunday, April 13, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 2 - Amura Guest House, Bandung

Punya pusing pusing dan pusing akhirnya jumpa juga Buminanienie Family Guest House. 

Almaklumla la kan, carian pada waktu malam adalah yang menggagalkan haha. Enggak nampak pak..!!!

Berjumpa dengan pekerja di situ, rupa-rupanya bilik aku telah dipindahkan ke guest house yang lain. Maybe full house fully booked kali.

Oklah, aku pon menapak dari Buminanienie Family Guest House ke Amura Guest House. X terasa sangat berjalan sebab menuruni jalan bukit. 





Standard room with private bathroom: RM46.09 untuk satu malam tanpa sarapan pagi. Book melalui agoda. Harapan aku agar H selesa. Cumanya tiada WIFI. Zaman serba canggih sepatutnya perlu ada ba kan. 

Jimatkan aku haha...trip kali ini memang sangat bajet. Minimakan di penginapan, maksimakan di toko pakaian hahaa. 

Guest house ini selesa cumanya aku kompius. Ada hiasan islamik adan juga yang gambar-gambar perempuan naked tu. Ada model kereta api beso. Ada anjing putih yang cute dan burung-burung hiasan yang cantik. Burung cenderawasih pon banyak ekor dalam rumah. Tapi dah keras la kan hihi. 

Recomended utk budget traveller macam aku. Asal ada tempat boleh tidur, ada tandas kencing berak, aku takda hal. Yang penting private bathroom. Kesian H kalau shared.