Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, December 21, 2016

Kad Pelajar KomuterLink, KTMB

Bila mana ditakdirkan aku menjadi seorang manusia bergelar Pelajar, maka dengan itu kelebihan yang ada perlu diambil bagi memastikan poket aku tidak terlampau bocor hahahaha..  =)

Ya, ini kad pelajar untuk komuter, dapat 50℅ diskaun untuk setiap kali perjalanan.

Jimat beb....

#yourbuddy

Thursday, October 20, 2016

Traveloka Buat Kali Pertama


Alhamdulillah aku dipertemukan dengan Mr. Traveloka. Terubat kesal terbuku dihati bilamana aku melengah lengahkan pembelian tiket aku untuk pulang ke KK bagi melepas rindu kepada family aku.

Nyesal beb bila tengok harga tiket dari RM89 jadi RM178 weh hahahhaa. 

Bila aku buka homepage Traveloka, aku tengok kat banner dia tulis. Aku terpana melihat tertulis 15℅ diskaun for flight dan aku tengok SEMALAM. hari ini aku tengok, kussss semangat aku hahahaha. Promosi ni mula pada 17 okt 2016 sampai 20 okt 2016 dan 20 oktober 2016 tu hari ni. Lagi sejam nak jadi 21 okt 2016 hahahahaha 😂😂😂😂😂😂


So masa proses pembayaran aku key in coupon code APPYFLY. Alhamdulillah dapat diskaun 15℅ untuk tiket Malindo Air dari rm159 jadi rm135. Rezeki la tu kan. Alhmdulillah. Daripada aku nyesal x sudah beli tiket rm178 yg kosong tanpa ada add on tu kannnnn hhahahaha.

Friday, October 14, 2016

Malaysia vs Afghanistan 2016


Sebelas haribulan sepuluh tahun dua ribu dua enam belas sejarah tercipta bila mana aku ke stadium menyaksikan friendly match Harimau Malaysia lawan afghanistan.

First time weh tengok malaysia main hihiiiii

First time jugakkla masuk Stadium Shah Alam. Hahaahhaa teruk betul.

Tiket mahal betul. RM30 sekeping. Fuhhhhh
 Kaya FAM sebenarnya kan hihiiii


Nasibla seri satu sama. Kalau kalah bikin panas je. Dahla first time tengok kekekeke.

Tunggu KA dah besar akal dah panjang suka main bola, aku bawa pergi stadium bagi dia rasa suasana dan mengenali apakah itu The Legendary of Burger stadium hahaha. Daging rebus sos sejuk kering, sayur takdak harga mahal hahahha.


Monday, September 26, 2016

Kena Main Dengan Kedai Perabot Seri Jati Enterprise, Penampang, Sabah

Sejak tahu H dapat pindah balik semenanjung, terkeluar jugakla hasrat hati H nak beli Perabot Jati, nak bawa balik semenanjung.

Beberapa kedai kami survey. Dekat jalan Tuaran Bypass, Tebobon dan kami ke Penampang.

Sampai di Penampang kedai Seri Jati Enterprise ni H menunjukkan minat nak beli set kerusi kayu jati dan set meja makan. 

Memang cantik tapi aku cakap kita kena tengok kat semenanjung jugak, manatau harga lebih kurang atau lebih murah

Bila kami balik semenanjung baru baru ni, di Sungai Besar, perabot jati yang sama jauh lebih murah dari kedai ini.

Balik ke Sabah, aku ngan H pergi la ke sini untuk menuntut kembali deposit sebanyak RM200.

naaaaaaa...... Kedai Seri Jati Enterprise ini tak bagi kami ambil balik deposit...!!!!!!

Disuruh kami ambil barang. Kena paksa beli. Patut boleh pergi report kat KPDNKK la kan. Bukak fail baru RM5.

Masa minta deposit aritu dia tak bagitahu pula non refundable, silap aku juga tak tanya. 

Tapi secara logiknya, Perabot Jati kot..slow moving products. Patut aku ngan H buat bodoh je masa minta deposit. Nasib baik. Haritu dia minta RM300 untuk deposit. Haishhhh kenapala aku begitu careless kali ni. H nak sangat. Tak dapat aku nak kontrol. Kelam kabut dia p ambil duit. 


Inilah kerusi yang 'DIPAKSA' beli sebab kalau tak beli tak dapat duit balik. Kena tambah lagi duit RM80.00.... Haishhhh...patut tak payah beli kan...report terus KPDNKK. Ok, Lesson Learnt. Lepas ni, kalau kena lagi report terus.

Kepada sesiapa yang nak beli perabot jati kayt kedai ni. AWAS dan BERHATI HATI...!!!!! 
Tak payah letak deposit. Dah kompom nak beli je terus.

Saturday, September 24, 2016

AirAsia, Thank You !!!


Alhamdulillah syukur pada ALLAH dapat aku menjenguk isteri dan anakku tersayang di Kota Kinabalu

Buat pertama kalinya aku pulang ke KK setelah bergelar seorang pelajar pascasiswazah
wasseehhhhhhh hahahahah

Masa Hari Malaysia haritu geram je aku tengok emel Enrich buat promo 1000 points Econ & Business bagi flight domestic. Boleh pula KK tidak dalam senarai. Perggggg menyirap, menyarsi dan menyairbatucampurletakkacangdannatadecoco.

Alhamdulillah, AirAsia jadi penyelamat ececehhhh

dengan berbekalkan BigPoints sebanyak 3000 dapatla aku pulang ke KK hihihihi dengan tambahan duit sebanyak RM25.84. Kalah tiket bas uolsssss hahahahha.



Harap harap lepas ni aku dapat lagi peluang sebegini rupa dengan izinNYA =) terima kasih AirAsia

Wednesday, September 21, 2016

NOOODLES, Kuala Lumpur International Airport Terminal1.

Jumaat minggu lepas aku ke KLIA menanti permata hatiku daripada Kota Kinabalu, Sabah. Macam pelik pulak aku rasa sebab biasanya balik sama sama tapi kali ni balik asing asing. Almaklumkah, aku kan dah jadi Haksaeng UKM 
Biasa aku makan kat food garden tingkat 2, tapi kali ni tukar angin sikit. Makan kat NOOODLES. Dekat tingkat 5 menghala ke surau anjung tinjau dekat ngan KFC & OLDTOWN WHITE COFFEE.


Duduk duduk minta menu terus order Taiwan Beef Noodle Soup yang berharga RM16.90 dengan Teh Tarik. Aku tak tahu la kenapa kalau teh tarik kat KLIA ni sedap ngattt...Lagi lagi kat food court tingkat 2 hihihihii


Boleh boleh la, indah menu dari rupa. Mangkuk bagak besar tapi isi tak penuh macam dalam gambar hahahhaa


Aku menyarakkan pihak Nooodles boleh datang ke Sabah tengok masakan bernama Ngau Chap. Lagi sedap kota dari Taiwan Beed Soup ni. Disebabkan kelaparan. Boleh boleh je la makan.


Mo try lagi...???

Cukup Cukup Sudahhhh hahahhaha....

Aku bagi 3 bintang.

- Hampir hampir staff lupa nak bagi desert aiskrim
- Improve kuantiti sedikit agar rasa berbaloi dengan harga yang dibayar

Monday, September 19, 2016

Dari Bandar Tasik Selatan ke Putrajaya

Fuhhh, baru habis kelas.

Dengan hensemnya nak ke Putrajaya dengan ERL KLIA Transit.

Tiket macam dah mahal la aku rasa. RM8.00.

Esok  nak balik KK jumpa KA & H

Yahooooo....=)

Friday, September 16, 2016

Sungai Limau Resort Training Centre, Sungai Besar, Selangor

Ini kali ke berapa entah aku ke sini bawa anak saudara mandi manda kolam.

Muhahahhaa.

Nak masuk mandi kolam berbayar ya.
Dewasa RM5 dan kanak kanak 12 tahun ke bawah RM3.

Ada kantin nak makan makan. Ada waffle, ada keropok lekor, laksa, minum minum.


Kolam ada 2

Yang bawah ni kolam budak budak. KA berdiri adala paras2 leher dia muhahaa. Suka betul dia main air.


Yang bawah ni pulak kolam dewasa dan kanak kanak. Tak la dalam mana. InsyaAllah selamat mandi


Dalam kawasan ini aku peratikan ada 3 jenis tempat bermalam.

Yang bawah ni macam rumah teres ni.


Rumah yang hitam tepi kolam tuada dapur, boleh masak masak.


Lepas tu ada satu lagi jenis penginapan. Macam pondok sulap. Kat tepi tepi dewan serbaguna.

Boleh la kalau nak buat family day office kat sini. Kena tunggu aku pindah sini...aku arrange hahahhaa.


Thursday, September 15, 2016

Kembali Berkuliah di UKM


Hari yang ditunggu - tunggu telah tiba. 
5 September 2016
Satu pembuka bicara, penuh pengisian persada ilmu dan insyaAllah diakhiri dengan satu kejayaan bererti dan prestij tersendiri.

Sedarku dari lamunan, membuat minda berbicara lalu, dikala pokok baru memutik menandakan akan adanya bunga indah.

Aku bertolak balik dari semenanjung pukul 12 tenghari, delayed seperti biasa. Pukul 4 sampai KLIA2, ambil bas ke KL Sentral, naik train ke UKM Bangi. Lama sangat rasanya aku tak naik public transport hihii.

Awal pagi aku ke Chanselori UKM, bayar yuran pengajian RM3015.00 fuhhhhh. Sekelip mata habis hahahhaa.


Dari Chanselori aku ke Masjid UKM, lama beno eh aku tak ke sini. Jumpa ajlaa, terus g Dewan Gemilang untuk registration. Terasa macam nak daftar masa 1st year 14 tahun yang lalu ( ye kot...malas nk kira)  hahahaha.

Menjejakkan kaki ke Dewan Gemilang buat aku rasa seksi sangat hahahaha. Rasa macam kelako pon ada hihiiii

Masuk masuk je, tengok barisan...umakaihhh....baguihhh pergi makan dulu kat KTHO hahahah.

Elok aku baris, sempat aku pass medical checkup + x ray aku kat shirin, ada orang suruh duduk kat kerusi.

Abam nuzul...gigih mendaftar walau bertongkat satu. Ukenduit bro.

Yang aku panas, dahla suruh duduk kat kerusi tuh, boleh pulak dieorg suruh beratur ikut brisan kerusi. Its not fair. Chewahhh...sapa datang lambat, tapi dok depan, dia la yang duluan. Pastu yg sebelah kanan je gerak, aku pulak sebelah kiri
Mulala aku memanas kikiikiiiii.
Lama-lama sampai jugakla turn aku.

Register bagi surat tawaran, ambil kad matrik UKM

Ajak nuzul n da gang makan kat shell kikikiiii

Siap siap makan, aku pon siap siap gerak ke UKM Kampus Kuala Lumpur.

Perghhhh kenangan terindah la bila aku tahu kantin UKM KKL tu bekas kantin KTSN. Teh tarik satuuuuu. Sekali neng tu ingat lagi aku. Abg faizul juga hahahaha. Nama aku lupa kot kan.

Memang sungguh memberangsangkan teh ais tersebut haahhaha.


Tunggu sampai pukul 3, ada taklimat fakulti dari penolong pendaftar.

Dapat juga jadual waktu subjek wajib ambil. Biostat. Kesukaan aku hahahaha.


Dapat juga homework untuk kelas English. Muhahahahaha.


Semoga apa yang aku lakukan ini baik untuk aku, baik untuk keluargaku dan baik juga untuk semua.

Akanku berabis demi satu MHSc. (Biasanya MSc kan, ini kali rare laaaa hihiiii)

Sunday, September 4, 2016

2H1M/ 2D1N di Kundasang, Ranau di Hari Kemerdekaan Malaysia

Alhamdulillah.

Kali kedua aku ke Kundasang bersama H dan kali pertama bersama KA. Tapi KA dah 2nd time pergi aritu dengan H masa kawan kak la datang.

Macam biasa tidak mengejar masa. Keluar rumah menuju ke Indah Permai pergi sarapan dulu di area Giant Indah Permai, Restoren Dayang. Entahla, aku kalau p sana mesti kena makan sini dulu hahahha.

Shopping dulu kat Giant, beli barang makanan + Coolant kereta. 

Operasi memanjat dimulakan dengan lancar, Macam biasa, bawa pelan - pelan asal sampai. Kereta kau tu bukan kuat sangat pon nak lenjan.


Ramai orang berhenti ambil gambar kat sini. Aku pon join sekali tapi terdetik sedih dalam hati aku. Orang tengok cantik tapi aku pernah tengok lagi cantik daripada ini. Air terjun yang cantik. Kesan dari gempa bumi, laluan air terjun macam jadi besar dan lebar.

Kali ini kami semua direct terus ke Poring Air Panas dekat area Kg Lohan. Punya ramai umat manusia kat sini. Siap ada kelab kelab bermotor hahahah

Seronok aku tengok KA main air kolam.


Kat sini ada pool ala ala theme park berbayar, ada pool terjun ramai-ramai, ada kolam muat sorang dua tapi ada air panas dan air bukit

Tapi aku ngan KA ngan H dok kat kolam open untuk budak-budak hihihi

Comel je KA kocak kocak air kolam.

Kali ni bagus. dia dah tak minum air kolam. Kalau tak asyik nak minum je...ingat air kolam tu cawan beso ke apa hihihi.

Siap mandi mandi, sambil sambil makan durian beli kat tepi jalan sebelum sampai pekan Ranau. Kami terus ke Kundasang pergi cari Rocky Mountain Lodge.

Siap - siap bayar bilik, apa lagi angkat barang masuk dalam bilik hihii.

Terus aku perasan bila masuk bilik takdak aircond. Sekali H cakap tengok malam karang macam mana hahahaha..... baru aku perasan dok kat bawah kaki Gunung Kinabalu kot hihihi.

Masuk bilik buka pintu beranda. Berlari KA ke luar. Kusss semangat aku. Ye la, takut terjerlos pulak kat lubang lubang tu. Tapi KA pandai. pegang elok elok besi tu. Tapi seriau tetap ada hihiihi.


KA sedang menikmati keindahan alam




Dari bilik boleh nampak perkampungan dan tempat tanaman sayur sayuran penduduk kundasang.


Aku pilih bilik 2 Single RM110/malam. Kalau katil queen RM100/malam dan kalau 1 katil queen + 1 katil single RM120/malam. Worth it. Aku puas hati la stay di sini.




Kenapa aku pilih Rocky Mountain Lodge ?? 

Aku teringin nak dok kat Kiram Village tapi tak pernah pernah kosong tak pernah aku dapat nak booking hahha.

Tapi bila aku check in kat RML ni aku rasa aturan Allah tu hebat. Buka buka pintu direct terus nampak Gunung Kinabalu.


Cantik sungguh keindahan ciptaan Allah...=)

Siap - siap simpan barang rehat rehat sekajap, kami keluar sekajap jalan - jalan ke arah Kiram Village, Knabalu View Chalet sebab nak tengok pemandangan Gunung Kinabalu dari dekat.

Balik dari jalan jalan kat area Kiram Village kami oergi cafe kat RML sebab cafe Kiram Village tak buka lagi.

Kami makan malam nasi goreng daging. Ok la nak alas perut. Sempat beli maggi kat koop dieorg hihihihi..koop la sangat

Naik bilik, terus masuk selimut, Sejuk,,,, terus tidur.

H cakap malam tu hujan, patutla sejuk sampai ke tulang hahaha...tapi aku tidur selamber dua tiga kalki terjaga kesejukan.

bangun pagi, terus repeat pergi Kiram Village. Layan view gunung.


Anakanda tersayang berlatar belakang Gunung Kinabalu


Alhamdulillah aku pernah berasa di puncak...=)



Lepas check out kami ke Ranau semula. lunch di  Anjung Selera. singgah sekejap beli Durian Udang Merah sekilo RM18 terus balik Kota Kinabalu.

Hajat nak pergi Desa Dairy Farm tapi KA tidur pulakkan. Tu yang direct je tak singgah. Walhal RML dah dekat sangat dengan Desa Dairy Farm tu.

Alhamdulillah, hajat nak bawa keluarga aku bermalam di Kundasang tercapai =)