Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Malaysia Airports. Show all posts
Showing posts with label Malaysia Airports. Show all posts

Monday, February 1, 2016

Terminal 2 Kota Kinabalu International Airport Dalam Kenangan 2015


Tanggal 14 November 2015 merupakan tarikh bersejarah antara aku, AirAsia dan Terminal 2, KKIA.

Pesawat AK5135, membawa aku terbang keluar dari Terminal 2 ke KLIA. 

Ini merupakan pesawat terakhir yang membawa aku terbang dari Terminal 2 kerana selepas ini semua operasi AirAsia akan bepindah ke Terminal 1, KKIA.


Kali terakhir melihat perkataan Terminal 2 dalam pesawat yang parking kat sini.


Ermmmmm....x pernah lagi aku naik kapal terbang PRINCE ni....mungkin satu hari nanti.

Banyak kenangan manis dan pahit berlaku di lapangan terbang ini.

Antara yang paling aku tak suka ialah bila nak menghantar kawan-kawan aku yang nak berpindah balik pulang ke semenanjung. Tapi aku, masih di sini di bumi indah di bawah bayu.

Mat blek je aku hantar kat Terminal 1. 

Berjaga semalaman kat KFC dan Surau sebab nak naik pesawat awal pagi.

Parking kereta dam moto sesuka hati kat Terminal 1 sampai berminggu-minggu hahahaha...=)

Dan pengalaman pertama puteraku menghirup udara segar Kota Kinabalu, Sabah pada 22 Julai 2015...=)

Pindah ke Terminal 1 sebenarnya aku tak berapa minat sangat. hahhahaha. 2 tiket aku dah kena bagi notification minta tambah duit airport tax. cisssss

Parking moto kereta dah tak boleh secara percuma. Semua berbayar unless berduit nak bayar saman abam polis. IPK Sabah dekat je pon hahahhaha.

Kemudahan dan keselesaan memang diaras berbeza tapi bagi aku nak menapak ke acah acah skybridge pastu turun tangga skybridge pastu nak naik balik tangga kat pesawat buat aku berfikir macam mana kalau ada masalah nak berjalan. Macam mana aku nak bawa mak nanti. pelan-pelan la jawabnya.

Apa-apa pon aku masih tercari-cari dimanakah Starbucks Terminal 1 KKIA hahahha...=)

Babai Terminal 2, KKIA...=)

Wednesday, October 7, 2015

Tragedi Oktober 2015

5 Oktober 2015 detik bersejarah buat aku sekeluarga.

Tidak disangka-sangka Pulau Langkawi dilanda jerebu yang dahsyat.

Walhal semasa datang haritu, Langkawi cerah.

Langit tidak selalu cerah, mendung bukan bererti hujan

Langkawi dilanda jerebu tebal.

Seawal pagi jam 9am 5 Oktober 2015, kami sekeluara bergerak ke Langkawi International Airport (LIA). Flight aku pukul 10am manakala H & KA jam 11.30am.

Selesai urusan check in aku, kami beratur di kaunter check in AirAsia. Just nice H selesai urusan check in keluar pengumuman yang LIA tutup selama 4 jam dan akan dibuka jam 2.00pm.

Kami sekeluarga melepak kat kerusi depan MarryBrown. Keluar pengumuman yang flight aku cancelled. Minta ke Kaunter MAS untuk dapatkan Boarding Pass yang baru untuk flight yang baru ada pukul 1.00pm.

Bila Airport dibuka semula pada jam 12.00 aku pon masuk Boarding Hall duduk dalam tu dan dengar pengumuman flight H dan KA delayed sampai jam 3.00pm. Lepas tu dengar pulak pengumumuman yang flight aku pula cancelled.

Airasia buat pengumuman minta passengers untuk keluar ambil luggage dan beratur tukar flight keesokkannya sebab semua flight hari ini bagi AirAsia cancelled.

Aku p tanya MAS dia cakap tunggu dalam boarding hall nanti flight pukul 7.55pm mereka akan bagi boarding pass baru.

Tahi kucinggggggg (baca macm Mr Os cakap)

Selesai aku beratur dengan H berganti-ganti untuk tukar flight H yang hanya kosong pada 7 Oktober 2015. Aku pon saja-saja p tanya kaunter check in. Dia cakap sepatutnya aku keluar tadi ambil boarding pass baru dan dapat flight 7.55pm. Kesudahannya aku dapat flight 9.45pm dan disudahi dengan tukar flight lagi ke 7 Oktober 2015 2.35pm. Binawe betul orang MAS yang kerja kat dalam boarding hall tu. Aku ada kursus woiiiiiiiiiiiiii. Aku dapat tukar tiket dalam pukul 9.00pm.

Kesian KA tak memasal baby lagi dah stranded dalam airport lebih 12 jam.

Dapat tiket aku, kami ambil teksi dan ke Pekan Kuah pergi cari hotel. Simple survey dan buat keputusan stay di Coco Valley Inn. Badan dah penat otak dah lemas. Mandi2 solat2 tidur. KA masuk bilik, nenen terus tidur. Penat dah dia. Kesian.