Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Road Trip. Show all posts
Showing posts with label Road Trip. Show all posts

Friday, September 5, 2014

Kajian Meta-analisis Roadtrip Kota Kinabalu - Bandar Seri Begawan - Miri 2014


450KM

Miri, Swak -
Sg Tujuh (CIQ Swak, Msia-Brunei) - Tol = RM10.00 + BDN3
Lamunin(BN) - 
Kuala Lurah (CIQ-BN) -
Limbang (Msia) - 
Puni (post CIQ-BN masuk balik) - 
Temburong (post CIQ-BN keluar balik) kat temburung ni yg naik feri tuh, Sg Temburong kot - (Tambang feri RM10.00)
Lawas (S'wak) - 
Sindumin (Post CIQ border Swak-Sabah) -
Sipitang(Sabah) -
Beaufort-
Papar-
KK

source: 
http://azimashaary.blogspot.com/2011/07/miri-trip-part-1-roadtrip-from-miri-to.html



ada 10 pos immigration, miri-brunei, brunei-limbang. limbang-brunei, brunei-lawas, dan lawas-sabah. kat miri kene tukar duit brunei siap2 sbb ada tol 3 dollar (tol msia 10inggit). minyak pun isi penuh, sbb kalau isi minyak kat brunei mahal.. foreign car xleh isi minyak yg subsidi kerajaan brunei. pastu buleh la isi minyak lg kat limbang atau lawas. owh, lagi satu pastikan ada dokumen kereta (panggil apa ntah, ala, dokumen yg masa beli kereta dpt tu, tulis cc bape, road-tax, n segala bagai.. sbb nnti kene isi borang utk masukkan kereta dlm brunei).
source: 
http://qurrataaayun.blogspot.com/2012/01/bintulu-to-kota-kinabalu-via-brunei.html


Wajib bawa:

Geran BMW 
Brunei Dollar
Malaysia Ringgit
Petrol sentiasa penuh tangki
Pen

Thursday, June 12, 2014

Itinerary Bandar Seri Begawan, Brunei Darussalam


Alhamdulillah selesai sudah perjalanan ke Negara Brunei yang mengambil masa sehari.

Perjalanan ke Brunei dari Miri Sarawak mengambil masa kurang 3 jam memandu.

Pengalaman yang seronok dan insyaAllah akan pergi pada bulan September 2014 nanti dengan dayah J. Tapi nak pergi Jerudung Park je. Bole..?? hahahhaha

Aduh, tak sempat pergi jerudung sebab nak kejar masa. Nak jalan-jalan di Brunei kena ambil masa 2 hari 1 malam. Baru dapat cover tempat tarikan pelancongan utama.

Yihaaa



(menggunakan adf.ly (URL shortener). Jangan risau, tunggu 5 saat, tengok kotak bahagian kanan atas. Tekan Skip Ad, Masuk dalam Dropbox, tekan download.)

Tuesday, June 10, 2014

Brunei Darussalam - 7 Jun 2014 - Satu Percutian Bajet dan Ringkas

Ini merupakan hadiah hari jadi aku yang ke-31. Umur bukan rahsia bagi saya (petikan daripada kata-kata Amy Search masa Konsert Double Trouble di JB) ececehhhh hahaa. 

Cerita utama iaitu:

Jalan Jalan ke Brunei

Misi pertama ke Brunei adalah dengan menukar duit Malaysia ke Brunei. 

Money Changer Instant Produce menjadi lokasi penukaran wang. Orang miri panggil kedai ni --> money changer hotel 7 

Terletak dicelah kedai-kedai blok di hadapan kawasan tokong cina yang ada pasar ikan. Dekat Public Bank. Kiranya, jika datang dari jalan Tanjung Lobang terus sahaja sampai jumpa tokong warna merah sebalah kiri yang sebelahnya ada pasar ikan. Masuk bulatan dan ambil lorong yang pukul 11 di antara celah-celah bangunan. Ikut flow jalan (sebab sehala) pastu alert ngan signboard Hotel 7. 

Aku ngan H tukar BND75 sahaja. 
(BND1 = RM2.60)


Wajah-wajah ceria melancong ke Negara Brunei Darussalam. Bingung juga sekejap nak tukar berapa duit brunei hahaa. 


Ni haaa. Signboard dia. Cinonet je kan. Tanya en Google tak jumpa ya, tanya waze lagi la. Last-last tanya orang. Baru jumpa hahaha. 


BND75 (habisss. Bawa balik BND1 ja haha)


Kereta team wan


Kereta yang digunakan oleh kami berlima

Jalan menuju ke sempadan agak senang sahaja bagi aku. Yang penting ke arah Kuala Baram. Jumpa emart tu dah kira betulla tu. Ikut sahaja signboard yang ada. Sampai jumpa signboard macam kat bawah ni haaa. Kalau x jumpa, memang la sesat se sesat sesatnya. Sebab signboard ni hanya berada beberapa meter sahaja dari sempadan. 




Cool...takda orang. Tapi sebab kami semua special. Memang lambat sikit nak lepas sebab nak check Dokumen Perjalanan Terhad dan Passport Antarabangsa. Bila dah clear kami masuk ke Negara Brunei, masuk immigresen dia dahulu kemudia booth kastam. Dekat booth kastam Brunei ni. Kita kena bagi pas yang membenarkan kita memandu kereta di Negara Brunei. Kalau tiada jangan risau. Boleh buat pas tersebut serta merta yang penting tahu no chasis dan enjin (either one). Bawa sahaja geran kereta senang. Kereta sewa aku dah buat pas tersebut jadi tak perlu risau sangat dah aku hahaha 



Yihaaaa. BANDAR SERI BEGAWAN



Berbanggalah Menggunakan Bahasa Melayu - respect..!!!!


Sebuah masjid di Kuala Belait



Kupon tol Jambatan Rasau, Kuala Belait bernilai BND3 sehala. Di sebelah miri pon ada tol berharga RM10 hanya kerana menyeberangi sungai dengan menggunakan Asean Bridge. Perbelanjaan wajib masuk Brunei. Kalau tidak, tak boleh masuk Brunei haha. 


Teko di tengah bulatan. Dari Tol Jambatan Rasau kita akan jumpa satu bulatan, jadi ambil susur kiri dan terus sampai jumpa bulatan seperti di atas dan ambil pukul 3. Terus sahaja sampai jumpa destinasi lawatan yang pertama iaitu One Billionth Barrel Monument.  Jumpa sahaja binaan macam kat bawah ni sila masuk simpang yang lagi satu sebab simpang yang ada binaan ini ditutup untuk dilalui

Lokasi tempat ini di mukim Seria

Banyak berjalan luas pemandangan, banyak pemandangan luas pengalaman. Alhamdulillah. Sebenarnya semasa kami masuk ke Brunei kami hanya berpandukan hati dan perasaan sahaja kerana tiada peta yang boleh digunakan untuk ke Brunei. Semasa kami di Bulatan Teko di atas, kami masuk susur kiri terus ke Pekan Kuala Belait. Kami hilang arah. Kami berhenti di satu taman berdekatan dengan Pejabat Pos. Aku turun kereta dan bertanya kepada seorang makcik yang menaiki Honda CRV bagaimana untuk menuju ke One Billionth Barrel Monumen dan OGDC. Dia dengan murah hati berkata. Ikut saya, saya tunjuk jalan. Subhanallah Alhamdulillah Allahuakbar ...!!! Kami follow sahaja makcik ni sampai ke destinasi. Kami mengucapkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada makcik tu. Semoga Allah memberkati makcik. Kalau aku pon, aku akan bagi direction mulut sahaja tau hahahhaa.Makcik tu cakap dia kerja di Pejabat Pos Seria. Aku terfikir, rumah dia kat mana la kan...?? sebabnya, dari Kuala Belait ke Seria adalah jauh yer. Ermmm. Apa-apa pon. Terima kasih banyak-banyak makcik.

TIPS: MALU BERTANYA SESAT JALAN, RAJIN BERTANYA JUMPA JALAN



Fuiyohhhh...terus masuk tanker ya selepas di pam. 



Pam minyak la kot ni kan. Kat mana-mana pon ada. Tengah-tengah padang, tepi laut, depan masjid tepi rumah. 


Akhirnyaaaaa.....



We was here on 7th June 2014

Chewahhhhh 


Ermmm. Ya... Thats me with my lovely wife. I love u so much. 


Reverese Parking sokmo

Siap jalan-jalan ambil gambar kat monumen kami masuk kereta dan terus ke depan sampai jumpa satu tempat yang ada pelbagai replika bangunan, ada Science Centre. Mungkin Shell punya sebab merata-rata tempat ada logo Shell. 

Tempat ini bernama Oil and Gas Discovery Centre


All of us including me as 'smartphone'man









Kalau hari ahad boleh main Traffic Games. Bawa go kart versi kayuh sendiri haha. 

Perjalanan diteruskan dengan berpandukan peta pemberian staff OGDC ke arah Bandar Seri Begawan





Proton Satria di Brunei. Bangga aku sekejap sebagai rakyat Malaysia

Destinasi kedua ialah Masjid Jami' Asri Hassanal Bolkiah

Sangat indah dan cantik ye masjid ini. Dengar katanya kubah masjid ini diperbuat daripada emas. Wallahualam. 

Masjid ini sangat besar. 

Alhamdulillah aku dan H berpeluang menunaikan solat Zuhur dan Asar di masjid ini. 

Ruang solat yang sangat selesa. Hiasan dalaman masjid yang penuh nilai-nilai kesenian Islam. 

Adalah dilarang untuk mengambil gambar di dalam masjid ini








Selepas selesai menunaikan ibadat solat dan bergambar kenang kenangan kami semua menuju ke Pusat Bandar Ser Begawan. Destinasi ketiga ialah Pusat Seni dan Kraftangan


Yuyun sangat fokus tengok baginda Sultan Brunei hihiii


Baginda Sultan Brunei dan Tanah Jajahan Negara Brunei. 

Daripada sini kami bergerak ke pinggir jalan untuk mengambil gambar Kampung Ayer




Selepas mengambil gambar kami bergerak menuju Tamu Kiangeh



Pertama kali tengok ratna wali


Nak kata ikan kering pon yer nak kata ikan salai berlada pon yer. Hihi


Powerpuff Girls



Penat brader ni jalan-jalan. Panas betul cuaca masa ni. 


Destinasi seterusnya Tokong warna merah yang terletak berhadapan dengan Tamu Kiangeh. 




Untuk ke Tamu Kiangeh dan Tokong ni aku parkir kereta dekat carpark bersebelahan tamu. Kadar bayaran 50 sen untuk setengah jam


Beli tiket melalui mesin ini


Inilah rupanya tiket parkir yang perlu dipamirkan di dashboard kereta


Setelah itu kami bersepeluh berdua kereta menuju ke Masjid Sultan Omar Ali Saifuddien




Cantik masjid ini tau





Selepas tangkap-tangkap gambar dengan gegals semua (boboiboy semua malas nak masuk, tunggu kat gate je), aku pergi menunaikan solat sunat di masjid ini. Alhamdulillah  

Selesa badan selesa semuanya selepas solat. Tak sedap pula. Melawat masjid tapi untuk tangkap gambar sahaja. Lagipon aku kan lelaki. Kalau perempuan leceh sket la kan. Kalau H pula, susah nanti dia nak make up. 




Bangunan kat atas ni terletak bersebelah masjid. Bangunan apa pon aku tak tahu. 

Selesai semua kami meneruskan agenda seterusnya iaitu ke The Royal Regalia Building - Bangunan Alat Kebesaran Diraja



Cantikkan bangunan ini berkubah putih




Kurang asamnya buruh. Memberakkan tahinya ke belakang baju aku. Nani perasan terus tegur. Nasib ada Isteri cantik cerdik dan solehah penyejuk di mata menenangkan hati memcuci kesan taikkan tersebut. 

Dalam bangunan ni banyak maklumat informasi yang dapat diperolehi institusi beraja Negara Brunei

Selepas itu kami semua menuju ke destinasi seterusnya iaitu Hua Ho Department Store. Bangunan Yayasan tak silap aku. 

Di celah-celah bangunan ini boleh nampak masjid. Cantik. 





Alhamduillah dapat juga aku makan Jollibee








Nahhhhh...set spegghati, set nasi ayam BBQ dan nasi ayam goreng. BND15 kawwwww. Huhhhh. Pejam mata je la

Siap-siap makan para-para gegals semua p shopping survenior. H kongsi ngan Nani beli fridge magnet. 3 = BND10










Nampak tak pepero dua kotak di sana ahahhaahaha. Murahnya pepero ni kat Brunei. Yang paling penting Nonshing Ramyun Spicy Mushroom kegemaran aku berharga BND3.80. Kat Suria Sabah pon RM15 oiiiiiiii. Hihiiii. 

Tepat jam 7 malam kami beredar dari bangunan yayasan terus menuju jalan pulang sebab kedua-dua imigresen tutup jam 10 malam. Risau pula aku kalau-kalau tak sempat sampai. 


Cantikkan pemandangan masjid di waktu malam. Indah. 


Singgaj sekejap tangkap gambar di Istana Nurul Iman



Tetiba wan bagitahu aku kereta mereka tinggal satu bar petrol sedangka kereta aku ada lagi 3 bar. Musykil. Hairan bin ajaib. Sedangkan kereta kami auto dan sentiasa beraircond kuat haahaha. 

Berhenti stesen minyak pertama selepas Istana Nurul Iman. Dieorg tak bagi isi minyak kereta sebab kereta Malaysia. 

Bertanya aku ngan attendant pump minyak. Dia bilang next station gas boleh isi. Ok..!! Terus memecut. Singgah Stesen Minyak Shell Bunut. Alhamduillah boleh isi minyak

Boleh isi Ron 97 sahaja yang berharga BND1.10 seliter. Mampuihhhh. Kereta aku pon aku isi Ron95 woiiiiii. Kat Brunei ada RON97 dan 92 serta Diesel sahaja dijual di pam minyak ini. 





Jam 9.30 kami sampai di Immigresen Brunei dan seterusnya ke Miri. 



Alhamdulillah. Selesai dan selamat perjalanan kami. Next time aku nak pergi lagi sini sebab ada satu lagi tenpat aku x pergi yakni Jerudung Park. 

Aku sangat seronok jalan-jalan kali ini. Aku rasa lebih bahagia apabila bersama H. Mungkin H dah tahu mainkan peranan sebagai co pilot. Sebab sebelum ini sangat berharap dekat aku. Yang dia tahu nak follow je hihiiii. 

Ya, sayang saya kat awak tidak pernah kurang malah makin bertambah dari hari ke hari. Semoga kita berdua dikurniakan rezeki yang banyak dan berkat serta kekal bersama selamanya bahagia sentiasa dibawah rahmatNYA. 

Bulan September 2014 nantila dengan hipo kot aku pergi hahaha. InsyaAllah.