Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Pantai. Show all posts
Showing posts with label Pantai. Show all posts

Thursday, October 16, 2014

Pantai Tengah, Pulau Langkawi

Pantai Tengah merupakan sambungan dari Pantai Cenang.

Ombaknya agak tinggi dan bagi aku tidak sesuai untuk mandi kerana cerun dia tu aku dapat rasakan boleh menarik aku ke tengah pantai dek kerana ombak yang menghempas persisiran pasir pantai.
Kawasan ini dimiliki oleh Holiday Villa namun orang awam bebas untuk menikmati keindahan alam ciptaan tuhan.

Alhamdulillah di beri mata untuk melihat. Syukur.













Kerusi rehat untuk di sewa bagi orang awam. Guest Holiday Villa free of charge


Sekali BENDERA MERAH daaaaaaaaaa

Memang cari nahas la kot kalau p mandi sini hahahha.


Sunday, September 14, 2014

Sepetang di Tanjung Aru

Boring-boring dok rumah,
Boring lagi nyanyi lagu,
Pijak pasir pijak tanah,
Kami berdua ke Tanjung Aru

Hihiiiiiii

Sekali sekala berpantun kannnnn

Saturday, June 14, 2014

Pantai Bungai, Bekenu, Miri, Sarawak

Tatkala kawan-kawan aku pergi menjelajah ke Gua Niah, aku dan H bergerak ke menuju ke Pantai Bungai, Bekenu. 

Pantai yang cantik. 

Seringkali masuk itinerary bagi sesiapa yang ke Miri. 

Ini merupakan kali pertama aku ke sini. Owner homestay pon ada mencadangkan aku untuk ke sini. 

Kalau tidak, homestay yang kedua yang aku booking berada di sini la. Tapi nasib baik juga. Sejam perjalanan juga ke Bandaraya Miri. Jauh juga tu kalau nak gerak ke Brunei. 

Kalau dari Miri kita akan jumpa jalan masuk ke pantai ini (sebelah kanan) dahulu kemudian baru simpang ke Pekan Bekenu (sebelah kiri). 


Nampak je signboard ni terus masuk yer hihiiii





Sempat juga aku melelapkan mata kannnn. Thanks H tangkap gambar ni. Nampak sangat handsome hahahaha. 






Pantai ini tak lama lagi akan jadi lebih baik sebab ada perancangan kerajaan untuk membangunkan pantai ini. Mungkin lepas ni akan menjadi tarikan utama tumpuan pelancong. 

Di kawasan pantai ni ada tamu, tempat jual hasil tanaman. H beli mangga seringgit je hihi. Dapat 6 biji rasanya. Ada juga jual sayur, nasi goreng, berger, pisang goreng, kelapa muda dan lain-lain lagi. 

Mungkin kalau next time kalau nak tinggal di sini. Mungkin untuk beristirehat menenangkan jiwa, menyejukan hati luaskan pemikiran ini merupakan tempatnya.

Homestay yang aku booking tu namanya Rashidah Homestay, ada 4 bilik, tepi laut. Boleh BBQ oooo hihiiiii. Semalam hanya RM150. 




Thursday, March 6, 2014

Kembara Labuan - Pantai Pohon Batu

Perjalanan diteruskan ke Pantai Pohon Batu

bergambar ramai-ramai, bersuka ria bersama-sama

=)

Berjalan tapi tak sampai hujung sebab panas terik mentari. Sunburn aku wehhh... dahla x berapa nak cerah. H memang balik-balik ajak balik haha.



Cantik pemandangan dari jauh... saujana mata memandang =)


Ni la Toyota Avanza yang kami semua sewa hihi... masih baru =)


Macam siput buat keychain