Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Starbucks. Show all posts
Showing posts with label Starbucks. Show all posts

Thursday, February 11, 2016

Selamat Ulang Tahun Sayang


생일 축하 합니다
생일 축하 합니다
사람하는  "여보"
생일 축하 합니다

너무 너무 사랑이에요

Hiiiihiiiii....

Pagi-pagi bermusafir di bumi JDT, aku, H & omel ke Jusco Tebrau jalan-jalan cari barang dapur.

Singgah starbucks celebrate birthday H yg ke 30an hahahaha.

As usual Dark Mocha Frap menjadi pilihan beliau. Omel makan roti ngan nenen je kekekeke.... lambat lagi omel nak kupi kupi.


On the way balik singgah kat Secret Recipe area sebelum masuk JP Perdana. Beli kek luuuu hihiiiii.



Kombo dengan birthday ucu awal bulan aritu.

Selamat Hari Jadi, Semoga Panjang Umur Murah Rezeki dan Dilimpahi Rezeki dan Rahmat Sentiasa. Amin.

Friday, December 5, 2014

Buy One Free One at Starbucks City Mall, Kota Kinabalu

Yihaaaaaaa

Terbaca kat facebook Starbucks Malaysia yang mereka buat promosi beli 1 percuma 1 untuk Franch Vanilla dan Tiramisu Frapuchino.

Lepas main futsal kat BSA Kolombong terus aku singgah hihiiii

Promosi ini dari pukul 5.00pm hingga 12.00am.

Extreme Shopping hahahhaa. (Macam dalam cerita kat channel TLC) hihiiiiii.

Jimat RM15.00 hihiiii.

Ok balik umah. H dah tidur la tu. Esok dia ada kerja.

Saturday, June 14, 2014

Satu hari di pagi hari di hari ini

Bersarapan bersama sungguh best ye

walaupon versi ala-ala diet tapi belasah aje sebab lapar malam tadi habuskan tenaga main futsal.

Set jam 3 pagi ingat nak qiam dan tgk bola Holland lawan Sepanyol.

Sekali sedar-sedar alarm bangun subuh je yang masuk dalam koklea aku haha.



Lepas sarapan aku dan H gerak ke Pasar Besar Ikan dan sayur Kota Kinabalu untuk membeli stok ikan dan sayur-sayuran. Aku beli udang 2 kilo, ikan merah sekilo lebih ngan ikan pari ayam pon sekilo lebih juga serta ikan bawal putih.





Lepas beli-beli, kami balik rumah dan tukar kereta sebab aku nak service kereta H. Suprisingly... Bila aku tinguk sticker maklum tukar minyak engine tu kan...5000km pon tak sampai lagi tapi tarikh nak tukar bulan Disember 2013. hahhahhhaha......

On the way ke OtoSpa Kolombong, sempat juga la aku menSTARBUCKSkan diri di City Mall. Try air baru. Strawberry Cheese Cake Frapucino. Perghhh tak best. Kena kopi juga baru best hhahahaa....



CEPATLAHHHHH SIAPPPPPPP

AKU DAH LAMA TUNGGU NIIIII.....

MO DATING TINGUK MOVIE BAA.

HUHHHHHHHHHHHHH....!!!!!!!!!!!!!!!!


Tuesday, June 3, 2014

2nd June 2014 - My 31st Birthday



Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam.

Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya aku masih bernafas menggunakan oksigen yang dipinjamkan olehNYA bagi meneruskan hidup sebagai hamba yang ditugaskan untuk taat kepada perintah dan suruhannya. Melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Ini pertama kali aku menyambut hari jadi dengan memegang jawatan suami kepada H.

Sebelum tidur (belum masuk lagi 2 Jun 2014), H dah wish Happy Birthday kepadaku. Indahnya bila ianya diungkapkan oleh seorang yang bergelar isteri kepadaku.

Aku tidur lewat sebab aku bersengkang mata untuk cuba menjejak tiket-tiket murah untuk pulang ke kampung sebab AirAsia ada buat sales bagi travel period Jan - 31 Julai 2015. Alhamdulillah aku dapat beli tiket untuk pulang berhari raya aidilfitri tahun hadapan.

Ting...!!!! iphone aku berbunyi. Ada message whatsapp masuk. Sapala msg aku pukul 1.30am ni kan. Oh Muzlifah a.k.a Cik Pah. hihiii...Dia wish aku Happy Birthday. Dia ingat sebab kami pergi Pulau Mabul masa birthday aku tahun lepas. tu yang dia ingat tu hiihiiii. Terharu aku sebab dia ingat. Aku pon dah tak ingat birthday dia. Bulan September rasanya hahaha.

Sarapan pagi bersama H, yuyun dan nani. Sambil-sambil membahan wani dalam kotak chat facebook dengan membawa topik 'tahniah wani, dah bertunang' hahahaa.

Siap sarapan jam 10pagi aku bertolak ke kota belud untuk jumpa boss. Minta tandatangan dia untuk claim. Jem betul. 2 jam baru sampai pejabat. Sampai pejabat boss takda. Dia ada hal. Aku pon balik rumah. 

'Awak balik makan tengahari yer'

Cantik...!!! aku semenjak kahwin ni memang tak suka makan kat kedai apa tah lagi makan luar ataupon 'makan luar' satu lagi tu...hahaha.

Memang aku agak laju jugala balik rumah.

Sampai rumah, dah ada bungkusan parcel yang dikirimkan oleh adik bongsu aku syamel a.k.a owyte. Jam tangan untuk running. Ada heart rate & pulse monitor. Kirim hari khamis dapat hari Isnin. tak berapa laju sebagai poslaju sebab cuti umum Pesta Kaamatan.


Inilah jamnya. Tengah sedap-sedap setting jam sekali suruh masukkan berat badan dalam pound. Memang aku tak tahu la kan hahaha.


Ayam Goreng + Sup Brokolis Cendawan + Ikan Bilis tempoyak
Yummeyhhhh...=)



Akhirnya, penantian berakhir. Yes, aku nak kad happy birthday. Dan akhirnya tercapai dengan pemberian isteriku tersayang. Handmade yer hihi..=)
Cantik dan berbakat.
Tak sangka pula aku H boleh buat kad yang sebegini rupa.

Sebelum tidur aku ada cakap kat H, saya kalau boleh saya nak satu benda ni. Tapi esokla saya bagitahu. Sekali, takyah bagitahu pon kan. hihiiiii. Dapattttt..=)

Jam 2.00 petang kami masuk kereta terus pergi ke Gaya Street. Nak g tengok-tengok jam tangan. H kata nak bagi aku hadiah jam tangan. yeayyyyy.

Semalam dia ada tanya, awk nak spek atau jam tangan. Laju je aku jawab, jam tangan sebab boleh pakai hari-hari. (adalah kebiasaan bagi aku untuk memberi sebab atas sesuatu pilihan jawapan) hahahha...=)




Dan akhirnya kami memilih seutas jam tangan berjenama Buzz. Tak pernah aku dengarpon haha. Suka sebab cantik, automatic dan pilihan hati H juga. Kalau H suka, aku tak perlu risau sebab taste citarasa dia adalah tinggi hahhaha.

Berharga RM988.00. Setelah rundingan dibuat.Satu persetujuan nilai harga termaktub dalam resitnya setelah dibayar. Alhamdulillah.


Terus pakai yer, jam Casio Edifice aku terus masuk dalam kotak hahaha.

Lama dah Edifice tu berjasa. Bermula dari gaji pertama aku dulu pada tahun 2009. Lama dah 5 tahun aku pakai. Calar balar tu adalah perkara biasa haha.

Kemudian aku ngan H pergi ke Karamunsing Capital. I Beauty menjadi tempat dituju. H buat facial treatment. Aku tunggu kat luar. Malas aku nak berfacial hahaha.



Kemudian kami ke Central Point (CP). Popular Bookstore menjadi tempat dituju, Aku suka dengan buku. Rindu dah rasanya sebab dah lama tak pergi sini hihiiii.


Hajat nak p makan kek di Secret Recipe, CP. sekali banyak kek takda. Mango delight aku pon takda. So aku ngan H turun lif g Plaza Warisan. Ada satu lagi Secret Recipe di sini bersebelahan dengan Starbucks.


Beli dulu promo Buy 1 Free 1. haha. Pastu bawa masuk dalam Secret Recipe. Selamber...!!! hahaha



Mango Delight + Tiramisu + Singapore Meehoon Curry


Beso beno haaa. American Express Cards Welcome. Phuiiiiii. tak boleh guna pon. Kalau x boleh kumpul points lagi hahahhaa.

Dear My Wife, H. I love U so much.












Wednesday, March 12, 2014

Starbucks dan Ayam Penyet Padang Jawa


Dating-dating sebelum outstation sampai bulan Jun 2014. Harap-harap ada cuti untuk bawa H pergi booking di klinik. Risau pula aku kalau lambat-lambat booking ini. Kalau tak kenala aku minta H pergi booking sorang-sorang tapi tak bagus pula aku rasa hihiii. 

Jalan-jalan ke One Borneo untuk mencari seluar H. 

Lepas tu pergi starbuck untuk menghabiskan duit dalam Starbucks Card. As usual, Dark Mocha with Chocolate Topping 




Yummehhhhh..... Sedap betul. 

Lepas layan kopi di starbucks

Kami p layan ayam penyet di Padang Jawa, Alamesra



Macam ada mahal pula harga dia kali ini. Ada isu kedai ni kunun-kunun siang ikan keli dalam toilet. Harap-harap khabar-khabar angin je la. Sebab aku suka makan sini hahaha.