Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, April 15, 2015

Tahap Perkembangan Bayi

Persedian awal aku ngan H hihiii

Tuesday, April 14, 2015

Fast & Furious 7 (2015)


Yeahhhhh Brian o Conner =)

Ermmmmm....pelakon tambahan ni hebat, susun atur pon terbaik muhahaha


Meng Chicken Rice Shop bukan sekadar nasi ayam sebelum sky diving muahhahaha

Ohsemmmm...boleh tengok banyak2 kali Fast 7 ni =)

Ermmmmm, boring gak tengok movie bila H takda ni huhuhuhu

Sunday, April 12, 2015

Happy Birthday Sofiya & Nawrah

Semoga menjadi anak yang solehah :)






Wednesday, April 8, 2015

Namsan Guest House, Seoul, South Korea

Terjumpa pula Business Card ni.

Namsan Guest House ni terletak di lokasi yang strategik. Walking distance ke Namsan Tower dan Myeondong.

Layanan yang mesra dari pihak Namsan Guest House ini. Breakfast free katanya tapi macam setiap masa ja free hahaha. Selagi ada food boleh belasah aja kat pantry dia tu

Mula-mula aku stay dalam bilik dorm ala-ala capsule tapi kena pindah masuk bilik secara percuma hihiii. Mungkin ada orang nak masuk bilik dorm aku ramai-ramai kot.

Tel: (02)752-6362, 070-4164-0007
Mobile Phone: 010-9610-7650
Fax: (02)752-6364



Overall 5 stars :)




Monday, April 6, 2015

Road to Kampung Bayangan, Keningau

Cerita lalu bertarikh 14 Mac 2015

Apalah sangat berjanji dengan kawan aku sorang ni. Janji jam 10am tp aku 0% yakin ianya tidak akan berlaku hahaha...

Jam 11 juga jalan hahaha.

Riz1 fetch aku kat rumah then kami berdua bergerak ke keningau. H tak dapat ikut. Dia p kerja di hari sabtu.


Ni pertama kali brader ni ke keningau drive sendiri dan untuk pertama kali setelah resign dan pindah keluar keningau. Near 3 tahun kot hahhaha.

As usual jalan Kota Kinabalu - Papar - Kimanis - Keningau.

Sebelum panjat naik banjaran Crocker kami menikmati mengenang kembali tempat kami pernah eksiden hahha.

Turun Bukit Kimanis, brek hangit dan berasap. Direct workshop favourite aku. 

Pergi Workshop Tukar Brake Pad, Brake Pad mahal

Muhaha

Siap tukar brake pad kami ke masjid daerah then solat. Terus ke Kampuang Bayangan.



Ex-housemate aku akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati.

Yes, ada juga linopot. Linopot ni makanan tradisi yang mana nasi dimasak dibungkus dengan daun. Aku tak dapat kelupis. Kalau dapat seronoknya aku hihiiii

Kat sini dapat jumpa balik kawan kawan yang masih setia menyumbang bakti di Keningau.

Lepas kenduri aku, Riz1, fred, alip dan mas p layan kupi kupi di Aw'Wan Coffee House. Last time datang sini dengan hatta. Dengan ucapan selepas melangkah keluar ialah aku tak kan datang lagi sini. Tapi kali ini berbeza. Banyak perubahan dari segi menu dan kopi yang dihidangkan seperti baru di brew hhahhaaa. Macam iklan nescafe pula.


Lepas minum minum aku melangkah masuk ke Hiap Lee tempat aku membeli belah untuk 3 tahun setengah di sini.

Elok nak balik Kota Kinabalu boleh pula Riz1 baru perasan yang bekas air dia tertingal kat Workshop. So terpaksa korbankan la kan hihii

Takpa, boleh minta tolong fred ambilkan.



Ini merupakan kali ke-2 aku pulang kembali ke Keningau =)

Sunday, April 5, 2015

Hard Rock Cafe and Shop, Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia


Di kala keseorang di KK tatkala H sudah berada di kampung.

Aku pon buat pertama kalinya ke Oceanus Shopping Mall semalam. Mall baru buka di KK. Banyak lagi kedai2 kosong.

Tujuan aku ke sini adalah untuk ke Hard Rock Cafe. Nak beli merchandise, puted pesan.



Bergegar pula aku ambil gambar ni kan hihihi


Topi Slash, Guns N' Roses. Tetiba teringat baju dan payung Rihanna kat hard rock Cafe Istanbul.


Banyak juga pilihan pin nya ni.





Pilihan pertama puted



Pilihan kedua Puted

aku minat betul pin yang ni. Cantik ooooo

Setelah meracuni Puted maka dia bersetuju untuk rembat yang ini juga hahahaha






Baju Official HRC KK. Ori punya,


Selesai beli pin 3 ketul, g Pejabat Pos kat UTC, KK pos laju terus hahahha =)




Saturday, April 4, 2015

Steamboat Bakar, Citarasa Asli Dapur Arang Kota Kinabalu


Lama dah aku peratikan kedai makan ni hampir setiap hari ulang alik pergi kerja keluar ke bandaraya.


Lokasi yang strategik dan santai. Ada perkhidmatan mencuci kereta.

Keunikan steamboat ini ialah pada DAPUR ARANG nya.

ya, dapur arang. bukan portable stove yang biasa digunakan. Dengan menggunakan bontot ayam sebagai minyak aku ngan H masak-masak.

Kat sini Laksa kuah Laksam adalah terbaik. Menambah yer aku hahahha.

Steamboat macam biasala, mana-mana pon sama cuma kuahnya sedap la juga. Ada satu jenis kuah sahaja.

Sekepala RM28.00. Boleh la kan.

Terletak di Jalan Lintas kalau dari RTM ke Terminal 1 KKIA ianya terletak di tengah-tengah antara RTM dan Petronas,






Friday, April 3, 2015

Malaysian Red Crescent 10 km Charity Run for Humanity, Kota Kinabalu, Sabah 2015

MRC 10km Charity Run for Humanity anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Sabah.

Masa minum-minum selepas X12 Dark Run, tetiba aku kena tanya join tak MRC 10km Charity Run. Goshhhhh hahaahah tak kan dah termasuk dalam golongan suka berlari 10km hahaha.

Ermmmm, memandangkan closing date aritu dan aku terlupa nak register maka dengan buat rilek nya tak register sebab rasa taknak masuk hahhhaa

Pagi-pagi lagi syafiq dah text suruh register event ni hahahhaa.

Arghhh sudah, bila nak register rupanya tiada medium online registation. Borang pula kena ambil dekat outlet. Ok, aku malas nak urus hahahha.

Tanya syafiq, dia jawab dia register via email, so aku pon register via email dan tak da rasa nak sangat join.

Tetiba, dapat email dari organizer. Registration received hahahahha

Maka dengan itu, aku kena prektis larian ini dengan ensemnya bagi memperbaiki rekod larian chewahhhhh hahahaha =)




Anjuran:



Dengan bantuan mat baju dan bip aku dia yang ambil kekeke...

Baju cantik kain bagus =)


Ini pertama kali aku bangun awal dengan niat buat 10km hahhaa.

Selesai solat subuh, start engine moto terus pergi Stadium Likas.

ramainya manusia masa ni tau.

masuk stadium terus pergi ke starting point. Dimulakan dengan senamrobik.

Larian kali ini tidak seperti masa lari X12 Dark Run sebab kali ini kau tahu jalan dan boleh target aku punya larian ikut tempat.






Aku mulakan larian betul-betul bawah starting point hahaha...last-last kena tinggal dengan manusia yang hobinya berlari larian muhahahha.

TYT yang membunyikan siren suruh kami lari cepat-cepat hihihi








Keluar dari Stadium Likas aku lari menuju Likas Square masuk bulatan dan terus menuju bulatan Masjid Bandaraya dan terus membuat u turn di Bulatan Bangunan Bateri, TFS. dan kembali ke Stadium Likas semula.



Mengikut apps Runkeeper aku menghabiskan larian sejauh 11.05km mengambil masa selama 1 jam 31 minit dan average pace 8.15km/h.

teruk gila masa aku hahahha =)


Sijil tanpa nama tanpa medal =(

medal ambil bila pihak penganjur maklumkan kemudian.

Penat lari pagi ni lain macam sikit berbanding aku lari masa X12 Dark Run.






Tetiba aku jumpa Fred, Fred cakap aku terima menang hadiah cabutan bertuah. hahahhaha

Yeayyyyyy dapat hamper =)






Medal cepatlah sampai. Cantik ooooo =)