Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts
Showing posts with label Johor Bahru. Show all posts

Monday, September 21, 2015

Dataran Bandaraya Johor Bahru, JDT (Steamboat & Yong Tau Foo)


Assalamualaikum Johor Bahru =)


Syukur alhamdulillah sampai juga aku kat Dataran Bandaraya Johor Bahru. 

Tujuan aku ke sini adalah untuk mengimbau kenangan pertama kali aku ke JB masa kenduri kahwin makcik aku di Pontian Kecil.

Dulu aku makan stimbot yong tau foo di kawasan tepi tambak johor. Pesisir dia la. Makan sambil tengok kota singa di seberang sana dengan harapan satu hari nanti akan ku ke sana hihiiiii. Yela, impian budak-budak kannnnn. Macam masa tu aku baru darjah 6.

Tapi hari ini lain ceritanya, bila aku tanya abg ipar aku, ada lagi ke orang jual-jual kat situ dia cakap dah pindah pergi ke dataran yang ada jam besar.

Ok. Aku mesti pergi cari hahahahahha =)

Dan syukur dapat juga jumpa jalan menuju jam besar a.k.a Dataran Bandaraya Johor Bahru.

Pertama kali memandu masuk JB dengan bantuan GPS Prius C adalah tidak membantu ya. Aku terlepas exit pergi Hospital Sultanah Aminah. Terus masuk EDP or ELP or apa apa je lah. Yang penting dia tulis Woodlands. Hahaahaha =) aku cuak sekejap sebab dalam GPS, hiway tu tak wujud lagi. Yaiiiiiiiii....waze aku x berapa nak wazer sangat malam ni tau. Berenti kat R&R terus telefon shahir. Dia pon x dapat nak tolong tapi bagi pesan jangan sampai masuk Singapore hahahahaha...kalau masuk memang masak aku. Passport geran kereta semua xdak hahahahhaha.






Sampai je dataran aku terus cari port duduk dan peratikan lagak gerak manusia kat sini. Ramai budak budak. Ye la, cuti sekolah dah mulakan. Ada yang baru nak belajar main roller blade, yang terer pakai inline skate la kan, ada main belon buih. Unik, ada yg pakai 2 batang kayu boleh keluarkan buih belon yang besar gila. Ada yg kuarkan buih belon banyak bila di hayunkan 2 kayu tu tadi. Tapi kena celup kat besen ada sabun dulu la kan hahahha

Boring tengok orang, teringin pulak nak tengok makanan hhahaaahhaha

Aku pon menapak ke ruang niaga stimbot. Diorg ni pakai lori pick up tu.

Sebelum g sini, aku tanya dulu yazid mana gerai yang layan. Dia cakap Lori no. 8. Terus aku cari dannnnnn jumpa hahahha.


Lori no 8 ni tulis Lido Stimbot. Lepas pilih bebola + sotong + telur puyuh aku pon cari tempat duduk.


Stimbot dah sampai tapi air tak sampai sampai.

Tetiba sorang mamat ni cakap, air aku tak kan sampai sebab aku duduk kat meja yg owner stimbot orang lain dan aku order kar orang lain.

Teruk juga korang ni berniaga. Melayu dengan melayu kot.

Mamat tu suruh aku pindah meja. Erm, nasib baik ada meja baru siap makan. Aku pindah ke situ. 

Order air kat gerai No 2. Teh tarik satu.

Dapat, terus makan stimbot tu.

Nasibla aku x makan kat meja mula2 tadi. Kalau tercekik, mampus aku xda air nak minum hahhahahaha


Yong tau foo aku yg berharga rm11

Aku main belasah je pilih tapi cara kiranya ikut warna pada kayu lidi tu.

Kuah pencicah dia kuah kacang


Nila kedai no 2 jual air. Gerai Kak Su. Ada jual lempeng, nasi lemak, tauhu bakar, cakoi bakar dan air minuman


Tu haaa, tauhu dan cakoi di bakar


Aku tapau chakoi bakar 1 set. Sedap tapi masin sikit.

Total aku minum air teh tarik dan 1 set cakoi bakar rm6.50

Siap makan stimbot aku balik rumah. Esok jalan jauh nak balik kampung. Kena rehat yang cukup. (Padahal kuat je tido seharian hahahhaa)

Monday, January 19, 2015

Pembuka Kembara 2015 H2 ke Johor Darul Takzim

9 Jan 2015

9.10 malam aku ngan H berangkat dari Terminal 2 KKIA dan sampai ke Senai International Airport 11.30 malam. Aku ngan H duduk jauh-jauh la pulak. Almaklum la tiket promo hihi. Mata ground staff AirAsia sangat cekap. Minta H isi borang consent untuk ibu mengandung menaiki kapal terbang.

Sebelum terbang aku whatsapp abg suhaimi yang aku kenal masa pergi turki haritu. Dia pesan dah sampai airport pilih teksi airport jangan ambil yang bermeter. Takut kena cekik kikiki.

Jadinya, turun je kapal terbang terus menuju ke kaunter teksi dan beli kupon berharga RM45.00. Risau dah aku kalau harga dia mahal sebab dah malam, Kalau kat KK kalau dah malam harga dia lain macam sikit. Tengok jam pukul 11.45 malam. Memang risau hahha.




Teksi Airport berwarna putih dan teksi bermeter warna biru. Tapi aku nampak teksi warna putih je pon, Semua kereta waja. =)

Lama juga menunggu sebab teksi tiada. Mungkin agak lewat malam kan.

Pasang Waze kami pon menuju ke umah fae.

Siap-siap badan kemudian tidur. Budak bertiga ni dah lena ngantuk tunggu dede (panggilan untuk H) diaorg tak sampai-sampai kah kah kahhh =)

10 Jan 2015

Bangun subuh aku ngan H naik ke tingkat atas tengok Hana Hada ngan Hadan =)

Ni kali pertama aku pergi rumah fae kt johor ni.

Ajak budak-budak ni pergi Johor Premium Outlet. Semangat. Semua nak ikut hihiihi =) jadinya terpaksa la fae ikut nak jaga budak 3 orang ni. Kalau aku ngan H tak mampu kot hahaha.

10.00 pagi kami bertolak ke JPO. Nasib aku ada bawa kad Touch n Go aku. Rupa-rupanya kat Johor ni kad Touch n Go adalah wajib. Pergi top up dulu kat Petronas (kena caj 50 sen daa..) then dengan hebatnya kami ke JPO atas bantuan En Waze hahaha =)


Dah bersiap sempat lagi yang gegel minta dede make up kan hihi.

Sampai JPO dengan selamatnya.'

Ingatkan orang kurang sebab pergi awal, sekali semua anggapanku tidak benar belaka. Dah ramai manusia kat sini haha.

Parking JPO ni RM3.00 sekali masuk.





Dalam jam 2.00 petang kami semua balik rumah dan makan tengahari, 
Lepas tu kami keluar semula plan nak jumpa abg suhaimi di Nusajaya.

Sebelum keluar kakak cakap

Kalau datang sekejap sekejap baik tak payah datang

hahahhahha sentap H kikikiiiii

Pergi rumah abg suhaimi punyai misi makan yang agak penting iaitu makan Laksa Johor hihihi.


1st time aku makan. Mee dia spagheti, kuah dia berempah betul dan awas-awasnya macam asam laksa versi aku kikiki


OK, abg suhaimi makan laksa pakai tangan. Unik ni hihihi =)

Lepas ziarah abg suhaimi kami ke AEON Jusco Tebrau. Tempat zamir kerja dulu-dulu hihihi.

tengah J-Card Sale yer. Cissss, barang murah kaw-kaw punya tapi aku tidak punya kad hihihii

Plan nak g Dangan Bay tapi tak jadi sebab nak luangkan masa dengan budak-budak itu. Bila ingat balik kata-kata kakak, terus aku rasa nak tekan minyak dalam-dalam hahahhha.

Sampai rumah sempat juga aku main-main ngan dieorg ni. Ingat nak keluar balik awal pagi esok tapi rasa macam nak hantar budak-budak ni pergi sekolah dan tadika. Pastu baru ke JPO semula sebab tak dan pergi semua pon sebab budak-budak ni dah letih. Hadan jalan pon dah tak betul. Lenguh kaki dia berjalan kot hahahhaa.

11 Jan 2015

Hari ni hari pertama kakak (Hana) masuk sekolah agama dan sekolah rendah darjah 1.
Aku ngan H ambil peluang untuk hantar kakak pergi sekolah. Hada ngan Hadan pergi tadika.

Comel je kakak pakai baju kurung sekolah. Hada ngan Hadan pakai baju tadika masing-masing.


Hantar Hada ngan Hadan di tadika tiada masalah sebab dioerg berdua ni senior hihihi.

Cabaran untuk menghantar kakak yang baru masuk darjah 1.

Lepas hantar Hada ngan Hadan kami ke Sekolah Agama Taman Daya untuk menghantar kakak sekolah agama. Kakak sekolah darjah 1 sessi petang.

Ramai penjaga datang. kami mula-mula melepak di kantin then fae ajar kakak macam mana nak beli makanan di kantin, tunjuk mana tandas supaya senang kakak nanti.

Perhimpunan bermula, time tu aku dah senyum-senyum. 3x ustazah minta kerjasama ibubapa penjaga yang hantar untuk keluar sekolah hahahha.

Tapi macam tak kena layan hihihihi


Kakak steady je cuma aku malas nak layan dia sebab muka dia dah jebik-jebik dah macam tak nak sekolah hahahha

Lepas hantar kakak kami balik rumah dan aku ngan H siap-siap menuju ke JPO semula hahahhha

kali ini aku berlagak, Tak pakai Waze tapi sampai juga JPO hahahaha.


Crepe Signature ni layan gak. Siap ada set meal lagi. Satu apam balik + air smoothie = RM9.50 kalau tak silap hihihhi

2 hari pergi JPO cari kasut kerja namum tiada yang berkenan di hati.

Bagi aku murah barang-barang kat JPO ni. Perfume pon murah. Paco Rabbane 50ml = RM150 sahaja. Aku rasa macam harga biasa dia RM230.

Siapa yang suka Levis memang syokla masuk kedai Levis. 501 bukak harga RM199. Rest RM149 dah boleh dapat.

Ourdoor gears pon agak murah tapi macam dah tak minat dah kan.

Designer Brand masih belum mampu lagi aku untuk memilikinya walaupon dah 70% diskaun hahaha.

Aku cari juga spek mata hitam tapi tiada juga yang berkenan.

Selesai membeli membelah beg duit masing-masing aku ngan H balik rumah dan tunggu teksi datang.

Kali ini aku minta teksi ambil kami berdua di rumah.

Hada & Hadan hantar kami ke teksi tapi kakak masih sekolah.

Janji pukul 4.00 petang tapi abg teksi tu datang awal betul. 3.50 dah ada depan rumah. Memang terbaiklah servis dia.

En Zarin : 014-6131200

Aku sangat-sangat rekemenkan abg zarin ni. =)
Aku tak tahu mahal ke murah rate dia sebab ini pertama kali aku ambil teksi dari rumah fae ke Senai International Airport. Tapi bagi aku servis dia sangat bagus dan baik. =)

Sampai SIA aku ngan H minum-minum dulu di Oldtown White Cofee.

Banyak pula lalat kat sini tau.


Flight pukul 6.30 ptg sampai 8.45 malam

Alhamdulillah dapat juga kami ke Johor Bahru melawat budak-budak comel tu dan jalan-jalan di Johor. Macam kena pergi lagi sekali sebab objektif utama tak dapat dicapai iaitu pergi Universal Studio Singapore hihihihihihi

H ajak pergi lagi kalau ada tiket promo. Nak g JPO lettew muahhhhahaa =)

==============================================================

Kos jalan-jalan ke Johor Bahru ni agak 'menjimatkan' muhahaha:

BKI - JHB : RM160.00 (RM40.00 sehala/pax)
In flight meals : RM24.00 (RM12.00/pax)
Top-Up Touch n Go : RM20.00
Kasut Hush Puppies H : RM100
Kasut Running Nike: RM120.00 (Nike Factory Outlet, JPO)
Perfume H : RM195.00 (Beauty Scent, JPO)
Handbag : RM104.00
Petrol: RM50.00
Jusco : RM100.00