Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Baby. Show all posts
Showing posts with label Baby. Show all posts

Wednesday, June 24, 2015

Permata Hati Ayahanda dan Bonda

Assalamualaikum dan Selamat Pagi h2diaryku =)

Tanggal 24 April 2015 merupakan detik bersejarah aku dan H apabila menerima kehadiran cahaya mata amanah Allah. Berkat hari Jumaat sebelum subuh lahirlah seorang Khalifah yang akan menjadi seorang anak yang soleh insyaAllah =)

Sebelum subuh 23 April 2014 aku meluncur laju ke Jeti Kuala Abai, Kota Belud untuk menjalankan tanggungjawab untuk meingkatkan taraf kesihatan di Pulau Mantanani, Sabah. Sempat aku bertanya kepada H dia macam mana keadaan H pada waktu itu. H kata dia OK dan aku beranikan diri untuk ke Pulau Mantanai sebab EDD ialah pada 6 Mei 2015.

Gelombang arus ombak di tempuhi. Sesampai sahaja di Pualau Mantanani aku dan yang lain-lain memulakan kerja.

Pada waktu malam tersebut tetiba aku baik hati beli seekor Ikan Merah yang besar amat untuk dimakan oleh kami semua. Saja ja nak buat makan-makan. Cari ikan yang ada duri tajam yang sedap tu tiada la pula.

Hati aku rasa macam ada yang tak kena tapi aku cuba mententeramkan diri sebab tiada line telefon Mr Digi di sana dan WiFi sekolah pon tiada line pada waktu itu.

Subuh tersebut amat mudah bagi aku dan aku dikejutkan dengan text Line dari Ucu mengatakan H dan masuk ward pada pukul 1.58am dan aku tahu berita tersebut pada 5.58am dan pada pukul 6.35am H text dia selamat melahirkan putera sulung kami pada pukul 4.45am. Perasaan pada waktu itu hanya Allah yang tahu. Kegembiraan namun ada sedikit sedih tidak dapat teman H semasa proses kelahiran.

Kemas-kemas barang aku ngan yang lain-lain menunggu di jeti untuk loading barang masuk dalam bot nak balik ke Jeti Kuala Abai. Tetiba bila aku tengok henpon aku lagi satu ada Celcom 3G yer hahaha. Kuasa Allah sebenarnya ni. So dapatlah aku berhubung dengan H. Perjalanan kami dipermudahkan ke Jeti Kuala Abai, ombak arus tidak bergelora, kalau pergi sejam lebih balik setengah jam dah sampai. Syukur Alhamdulillah.

Sampai di Jeti terus aku ke tengok homepage paling hot dalam dunia, AirAsia hihihi.
Dapat beli tiket last minute dengan harga yang tidakla terlampau mahal seperti biasa RM232.30. Sampai jeti pukul 7 lebih, bila nak beli tiket hanya boleh beli tiket 4 jam dari waktu pembelian. Makanya tiket pukul 2.00pm la yang aku beli.

Dalam perjalanan ke KK aku sempat maklumkan kepada boss yang aku bercuti dan kepada yang lain-lain bagi mengelakkan kesulitan yang mungkin akan timbul jika aku tiada.

Sampai rumah, mandi-mandi, kemas barang dan terus ke Terminal 2, KKIA naik motosikal. Masa tu, siapalah yang free nak hantar aku ke airport kan hihii. Gamble je la naik moto.

Pukul 2 naik kapal terbang tu nak je aku minta encik pilot drive laju-laju hahhaha. tapi apakan daya siapalah aku. Tapi, sebelum touchdown aku minta clearance awal dari peramugara. Elok nak landing dia suruh aku pindah tempat duduk. Landing je buka pintu terus aku gerak keluar hahahha



Awan pon mengerti berapa gebunya perasaan aku pada waktu itu hihiii =)

Sampai KLIA2 aku naik ERL ke Putrajaya Sentral. Abg Edi dah tunggu aku kat situ. Balik ke rumah kajang, mandi-mandi siap-siap terus balik kampung.

Dalam perjalanan berbincang dengan Kak La dan Abg Edi nak bag nama apa kat baby. Keputusan dibuat iaitu KA telah dipilih.. Nama yang padu bagi aku. =)

Sampai disimpang nak masuk rumah aku ingatkan abg edi nak masuk rumah sekali dia lajak terus ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam. Kami sampai ke hopital pukul 2.00am dan Alhamdulillah aku dapat berjumpa anak lelaki aku buat kali pertama dan isteriku yang tersayang =)

Seronok tidak terkata bila tengok babyboyku itu =)

Tengok sekejap sahaja kemudiaanya aku balik semula ke rumah.

25 April 2015

Ibu dan KA dibenarkan discaj dari hospital dan aku bawa kesayangan berdua balik rumah atuk & nenek =)

26 April 2015

Aku tersentak, adik aku cakap yang KA kuning sampai ke kaki. Aku dah risau.

27 April 2015

aku ngan H ke KK Sungai Besar untuk bawa KA buat ujian bilirubin. 320 mikromol/L dan terus kami dirujuk ke Hospital Sabak Bernam semula. Masa menunggu untuk mendapat rawatan di kecemasan mengecewakan aku apabila melihat bilangan pesakit yang ada, seharusnya KA boleh menerima rawatan agak awal tapi 4.30 baru selesai masukkan branula ke dalam tangan KA  masa tu aku rasa nak je menangis tapi memandangkan H ada depan mata, aku kena kuat.


berapa kali percubaan pon entah aku pon tak tahu. Kesian KA huhuhu =(

Dr cakap kat aku yang bacaan bilirubin KA semakin meninggi dan perlu dihantar ke Hospital Teluk Intan.



Tenang je KA masuk dalam bekas ni.


Ambulans yang berjasa bawa KA & Ibu ke Hospital Teluk Intan.

Memang laju, aku balik Sungai Besar nak ambil baju tetiba Ibu dah call dah sampai hahaha =)

Sampai Hospital Teluk Intan, KA masuk ke NICU.

Kesian KA, menangis-nangis dia, Sakit kot UV Photo Light tu. Biru pekat haaa warna cahaya tu.

28 April 2015

Ibu warded sebab Hipertension. Stress ibu huuuhuhuu. Ibu tingkat bawah, KA tingkat 4, Naik turun naik turun aku tengok kesayangan berdua siap Guard pon dah cam aku hahhaa =) hantar susu, pampers n so on.

29 April 2015

KA dah discaj dari NICU dan dibawa ke tingkat bawah. Sihat dah nampak KA tapi Dr., kata kuning masih ada cuma tidak tinggi seperti mula-mula dan perlu buat rawatan susulan di tingkat bawah dan selepas discaj.

30 April 2015

Lepas Asar, Ibu pula discaj. Jadinya aku pon bawa balik kesayangan ke rumah atuk & nenek.


Pengalaman di hospita buat aku terfikir beginila ceritanya semasa aku admit dulu masa baby. Kesian abah mak mengurus aku hhuhuhhu

25 Mei 2015

aku ngan H bawa KA ke Klinik Desa untuk berklinik 1 bulan.

Anak appa betul, lahir 3.79kg dan setelah sebulan 5.0kg hahhahha =)


Semoga KA menjadi anak yang soleh berkeperibadian mulia, sihat tubuh badan, cemerlang akal minda  dan kualiti kepimpinan yang tinggi =)

Wednesday, April 15, 2015

Tahap Perkembangan Bayi

Persedian awal aku ngan H hihiii

Wednesday, February 18, 2015

Kasut Baby Super Comel =)

Semalam jalan-jalan ke Centre Point masuk kedai Grace Point jumpa satu point yang agak bagus pointnya di situ

Point tersebut ialah: Kasut Baby

Comel =)

Grrrr.....iols is geramness.



Akan ku beli nanti muhahaha =)

Friday, January 23, 2015

Alhamdulillah...Murah Rezeki Baby Hari Ini

Alhamdulillah.

Walaupon baby belum keluar lagi dari perut ibu, dah ada yang bagi baby hadiah hari ini.

Thanks auntie afizah bagi baby belanja masuk tabung dan kawan ibu bagi baby napkin, baby bath towel ngan gunting. 
X tahu pula fungsi gunting kecil itu untuk apa dalam penjagaan baby hahahaha. 

Thanks both of u la auntie...=)

Menanti dirimu 5/5/15 syg =)

Sunday, January 18, 2015

Arabada Bebek Var

Baby on board dalam bahasa turki hihi =)

Murah ja ni 1 Lira =)

Arabada bebek var =)

Friday, October 3, 2014

Hip Popo, Centrepoint Bandar Utama

Angkara iphone aku yang mengalami simptom-simptom penyakit yang susah betul nak diagnosis, aku ke Centrepoint Bandar Utama. Perbaik iphone 5 aku dan jailbreak iphone 3G mak.

Sementara menunggu siap, aku jalan-jalan satu bangunan tu.

Tiada apa yg menarik bagi aku kecuali satu tempat atau kedai yang unik

HIP POPO

Ada baby spa oooooo....!!! Biasa orang dewasa yang ingin memanjakan diri. Ini pula baby yang manja itu dimanjakan oleh pemanja di spa ni

Coollllllll hihiii.

Berapa lah harga servis baby spa ni kan.

Ok baby, nanti appa ngan ibu bawa baby g try eh.....

Hihiiiiii

Thursday, May 29, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 14 - Day 7

Pasar Baru lagiiiiii....



Beli barangan baby kami.

==========================================================

Jalan Riau


Smart betul tas tangan ni. Nasib mahal ja. Kalau tak, aku dah sambar dah hahaha. Banyak Factory Outlet di kawasan ini, Sediakan ongkosnya saja ya bapak-bapak ibu-ibu hihi


==========================================================

Saung Angklung Udjo






Tempat yang wajib dilawati. 5 Bintang yaaa. Persembahan daripada pelajar dari peringkat kanak-kanak kecil sehingga dewasa.

Macam-macam lagu yang dibawa menggunakan angklung

Dan para penonton juga diajar untuk memainkan lagu menggunakan angklung dengan dibantu oleh anak-anak pak udjo.

Diakhir persembahan budak-budak comel akan mengajak penonton untuk menari bersama di lantai persembahan. Ok..!!!! H kena ajak ngan sorang budak tu hihiihihi....

Maklumat lanjut boleh ke laman web mereka seperti di bawah










Friday, May 2, 2014

Solat Sambil Mendukung Bayi