Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Friends. Show all posts
Showing posts with label Friends. Show all posts

Tuesday, June 7, 2016

Selamat Pengantin Baru Yuyun

       Selamat Penganti Baru Yuyun =)

Semoga berbahagia dan bersama selamanya InsyaAllah.

Perkahwinan bukan satu mainan
Ianya satu anugerah satu corak idah hiasan
Bukan hanya mahu berteman
Tapi satu perjalanan indah penuh perhentian




Wednesday, December 23, 2015

Bila Pilot Itu Kawan Aku

19 Dis 2015 aku balik semenanjung sorang2. H & KA tinggal dan akan balik malam ini.

Tiket mahal betul kalau nak balik sama-sama. Cecah seribu yer.

Ini juga 1st time aku naik AA dari Terminal 1, KKIA. Pakai warrant so dapatla 40kg check in luggage + meals + hot seat.

As usual Senior FA akan bagi annoucement dan tetiba dia cakap pembantu juruterbang Faiq.

Eh eh...nama kawan aku tu. Dia juga memang pilot AA. Tapi, kalau dia cakap Pembantu Juruterbang Dr Faiq. Aku boleh kompomkan hahahahhaa.

Bila landed di KLIA2 aku tunggu sekejap Pilot keluar dan yes, betul hahahhaa.

Seronok juga ye bila kawan kita jadi pilot, bawak kita terbang laju2 dan sampai dengan selamat hihii. =)

Harap-harap sorang lagi kawan aku dzerg dapat bawa aku pula pasni hihi. =)

Monday, September 28, 2015

#SehatiSejiwa



Alhamdulillah

Hajat untuk membuat makan-makan kesyukuran atas kelahiran permata hati ayahanda dan bonda terlaksana juga. Mula - mula plan lepas raya tapi tak sempat. 

Kebetulan aku balik dari Kuantan, makanya aku dapat ikut hari terakhir je kursus di KK.

Adik beradik kat sabah cakap nak datang tengok KA kat rumah time aku ada. So tingggggggg makanya, buatla makan-makan bersempena KA dah balik Sabah hihihihi...

Tetiba boleh pulak H nak masuk office petang tu, makanya aku la kena take over.

Pikio punya pikio punya pikio....sebab chef sorang je yakni aku. Buat Sup Ayam + Nasi Himpit je la hahahahhahahaha..... Sonanggggg =)

Pong pang Pong pang.....bersilat bertaichi ber karate do dan tae kwan do tatkala bersilambam dan juga ber kung fu...siap dan bila uji rasa dilakukan...oh mai goddddddddddd.....eh silap silap....Allahuakbar.... Pahitttt....terover Black Pepper kikikikiiiiii...tapi aku suka je mmg semgaja letak seganggam hahahaha..=) ubat ba tuuuuu

Bila adik beradik datang...meriah suasana. KA macam biasa...cool....=) 





Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Nasi himpit tak cukup...aduyaiiiii ni la masalahnya kalau aku yang jadi abang chef paling ensem dalam dunia.....

Kesian diaorg....

Next time buat makan makan lagi kasi lebih  yiiihaaaaaaaaaaaaaaaaa =)

Tuesday, April 14, 2015

Fast & Furious 7 (2015)


Yeahhhhh Brian o Conner =)

Ermmmmm....pelakon tambahan ni hebat, susun atur pon terbaik muhahaha


Meng Chicken Rice Shop bukan sekadar nasi ayam sebelum sky diving muahhahaha

Ohsemmmm...boleh tengok banyak2 kali Fast 7 ni =)

Ermmmmm, boring gak tengok movie bila H takda ni huhuhuhu

Monday, April 6, 2015

Road to Kampung Bayangan, Keningau

Cerita lalu bertarikh 14 Mac 2015

Apalah sangat berjanji dengan kawan aku sorang ni. Janji jam 10am tp aku 0% yakin ianya tidak akan berlaku hahaha...

Jam 11 juga jalan hahaha.

Riz1 fetch aku kat rumah then kami berdua bergerak ke keningau. H tak dapat ikut. Dia p kerja di hari sabtu.


Ni pertama kali brader ni ke keningau drive sendiri dan untuk pertama kali setelah resign dan pindah keluar keningau. Near 3 tahun kot hahhaha.

As usual jalan Kota Kinabalu - Papar - Kimanis - Keningau.

Sebelum panjat naik banjaran Crocker kami menikmati mengenang kembali tempat kami pernah eksiden hahha.

Turun Bukit Kimanis, brek hangit dan berasap. Direct workshop favourite aku. 

Pergi Workshop Tukar Brake Pad, Brake Pad mahal

Muhaha

Siap tukar brake pad kami ke masjid daerah then solat. Terus ke Kampuang Bayangan.



Ex-housemate aku akhirnya menamatkan zaman bujangnya dengan wanita pilihan hati.

Yes, ada juga linopot. Linopot ni makanan tradisi yang mana nasi dimasak dibungkus dengan daun. Aku tak dapat kelupis. Kalau dapat seronoknya aku hihiiii

Kat sini dapat jumpa balik kawan kawan yang masih setia menyumbang bakti di Keningau.

Lepas kenduri aku, Riz1, fred, alip dan mas p layan kupi kupi di Aw'Wan Coffee House. Last time datang sini dengan hatta. Dengan ucapan selepas melangkah keluar ialah aku tak kan datang lagi sini. Tapi kali ini berbeza. Banyak perubahan dari segi menu dan kopi yang dihidangkan seperti baru di brew hhahhaaa. Macam iklan nescafe pula.


Lepas minum minum aku melangkah masuk ke Hiap Lee tempat aku membeli belah untuk 3 tahun setengah di sini.

Elok nak balik Kota Kinabalu boleh pula Riz1 baru perasan yang bekas air dia tertingal kat Workshop. So terpaksa korbankan la kan hihii

Takpa, boleh minta tolong fred ambilkan.



Ini merupakan kali ke-2 aku pulang kembali ke Keningau =)

Saturday, November 29, 2014

Acap Bukan Milik Kami Lagi

Acap a.k.a buddy aku masa undergrad.
Mewarisi kehenseman dan ketampanan aku namun aku tetap dan masih unggul.

Akhirnya berpindah semula ke wilayah asal kepangkuan isteri dan keluarga tercinta.

Syukur arini aku sempat menghantarnya pulang di airport. Sepertimana aku menghantar azimah dan izz kali ini aku dan H bersama-sama nani dan Bf serta yuyun yang gigih dari Keningau turun ke Terminal 2, KKIA. Alhamdulillah kami semua sempat dan melihat kelibat acap selepas pemeriksaan kastam dan menuju ke kaunter imigresen dengan lambaian yang sukar diungkapkan rasa dan ciri apakah lambaian tersebut. Nani merah matanya, yuyun pandang ke bawah dan H teringat kisah menghantar azimah & izz juga housematenya tim.

Ajimah pon balik hari ini tapi tak sempat nak hantar sebab H ada program 10 000 langkah pagi tadi di Taman Awam Teluk Likas.

Semoga acap dapat menjadi seorang yang hebat dalam kerjaya sekarang dan setup tempat baru dengan baik.

InsyaAllah.

Monday, November 24, 2014

Sabtu Terakhir Bagi Mereka di Kota Kinabalu bagi Tahun 2014

22 Nov 2014

Aku dan H limpang-limpang saja di rumah waktu pagi akibat penangan main futsal court besar jumaat malam sabtu. Dah lama tak main buat badan aku sengal-sengal satu badan dan muncul pula tanda-tanda nak demam.Adeiyhhhhh.

Lepas solat zuhur aku dan H bergerak ke Chung Fatt Kee sebuah kedai jam di sebelah Maybank, Jalan Gaya. Aku dan H buat keputusan untuk beli jam sebab nak cari sesuatu yang kekal dan berharga. Jam akan kekal dan masa yang berharga.


Seperti rutin biasa misi mencari jam yang sesuai memang mengambil masa sebab mengambil kira bajet dan kesesuaian si pemakai. Perempuan yang layan kami ini dah siap kenal dah sebab dah masuk kali ke-3 kami masuk kedai ni beli jam tangan hahahha...=)

Acap:
Setelah deskripsi diberikan kepada si penjual kedai, maka dengan itu beliau mencadangkan agar memilih jam yang muka dailnya warna putih. Berdekah kiterog ketawa hahahhaa...=)

Azimah:
Si penjual mencadangkan disebabkan aku tak pernah tengok azimah pakai jam makan dengan itu untuk playsafe kami pilih jam yang macam bangle dan kecil.

Nathirah:
Si penjual mencadangkan untuk memilih yang blink-blink bagi mengurangkan kelakian  nat hahaha...=) kelakauuuuuu



Jam ini milik Acap. Tali dia style. 1st time tengok macam tu.


Kenangan milik Azimah. Feminim sangat hahahha...=) berkilauuuuu


Sa'ah milik Nathirah...kikikiiiii...keayuan jam ini terserlah. Apabila dengan si pemakai, aku pon tak tahu hahha...=)


Selesai membuat pembayaran aku ngan H maju ke 1 Borneo. Sekali belum lagi sampai Mini Putrajaya di kawasan Bulatan ke Kingfisher dah jem nenas dah...phuiiii....aku pon apalagi memberi cadangan yang genius dengan mengajak H makan di Kingfisher kat kawasan Hospital Likas. Perghhhhh salah pilih restoren. Tak sedap langsung...tapi makan juga la sebab itukan rezeki kami pada waktu tersebut.

Selepas makan kami ke 1Borneo dah terus aku ngan H masuk kedai H&M yang baru je buka. Mak aihhhhh....bajunya memang la cantik, sekali tengok saiz. terus aku banned dieorg selama setahun. Ada tag yang saiz sampai L sahaja tauuuuu

aaaahhhhhh.......mencikkkkkkkkkkk

Jumpa acap, wan ngan we dalam H&M sekali boleh pula dieorg keluar dengan hasil tangkapan masing-masing...sakitnya ati kite kat H&M tauuuuuu

hahahhahhahaha



Ermmm wan boleh pula sambar pakaian kat Calvin Klein kannn...kikikkiiii...=)


Disebabkan tiada perancangan tetiba je keluar idea g karaoke di KK Box Karamunsing.
Perghhhh...lama gila tak buat latihan suara semenjak kahwin ni kannnn.

Bolehla sebab kami 11 orang, ambil Pakej Group 10 Orang dan tambahan 1 orang yang berjumlah semua RM506.00 bahagi 11 dapat la sorang RM46.00

Buffet Dinner + Bilik 4 Jam




Penyampai hadiah kepada Acap Nat dan Azimah dilaksanakan dengan penuh teratur dengan nyanyian lagu Teman Pengganti habis maka upacara dimulakan dan diakhiri dengan lagu Sandarkan Pada Kenangan. Mungkin bagi mereka ianya hanya kebetulan tapi tidak kalau aku. H memahami aku sebab apa yang aku lakukan mesti ada sebab dan ada nilai-nilai kenangan sentimental hahahha..=)



Di susuli dengan ucapan kepada teman sekerja yang lain yang mana yuyun ditugaskan mengambil video dan post dalam group telegram.



Pukul 11.30 malam kami keluar dari KK Box dan mereka meneruskan agenda malam masih muda pergi menonton wayang Hunger Game: Mockingjay. Aku ngan H dah berpinau mata dah. Balik umah, mandi, solat, tidoq hahahhaa....=)

Selamat maju jaya kepada mereka ber-3. InsyaAllah kami akan menyusul kemudian.

naik 44 mungkin hahhaha...=)

aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn


Monday, August 18, 2014

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 16 Ogos 2014

Alhamdulillah, Sabtu lepas, (1.00 hingga 6.00 petang) selesai Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri kami berdua tahun ini.

Persediaan dibuat agak lama. Hampir dua minggu hihiiiii.

Malam tu H la jadi orang paling sibuk dalam menjayakan majlis ini.

Aku tak tahu nak bantu apa sebab kekok sikit di dapur muhahahhaa.




Nasi himpit mini adabi =) lama juga H rebus. kataya nak betul-betul masak untuk mengelakkan nasi himpit ni cepat rosak.


Kacang dan ikan bilis goreng.


Sambal Ikan Bilis yang super pedas. Sedapppppp ....=)


Rendang kerang yang limited. Sorry bagi sesiapa yang tak dapat rasa sebab limited. hihiiiiii.
Tahun depan boleh buat banyak lagi hihiiiiiii.



Tetamu pertama kami. Hasnani. nani balik kampung hari tu. Nasib sempat dia sampai dan makanan pon ada yang dah siap so sempat juga jamu dia makan sebelum bergerak balik kampung. =)


Tetamu-tetamu seterusnya Wani, Azimah dan Nat. Nasib la diaorang ni datang awal. Boleh juga bantu membantu H di dapur untuk penyediaan makanan. Nak harapkan aku ?? Makan pandai la hihiiii.


Serius ajimah potong kek hihiiii. Tahap fokus yang tinggi.


wani yang ceria membantu kami berdua. Padahal baru lepas dating. Memangla ceria kan hihiiiii.

 

Taraaaa.....siap sudah hidangan kami
1) Nasi Himpit
2) Kuah kacang
3) Rendang kerang
4) Nasi Lemak
5) Sambal ikan bilis
6) Ikan bilis dan kacang goreng
7) Telur rebus
8) Timun jepun (zuchini)
9) Bubur pulut hitam
10) Buah Nenas dan anggur (azimah sponsor)
11) Kuih raya (sponsor oleh wani dan nani)
dan banyak lagi makanan-makanan yang disponsor oleh kawan-kawan ku. Terima kasih daun keladi, semog Allah balas jasa budi. Amin.





Sessi tetamu yang datang membantu makan hihiiii. Thanks ya wani, ajimah ngan nat membantu kiteorang =)


bekas housemate H dan pengganti H kat rumah sewa lama H.


Adam sekeluarga =)


Suka mikael haaa dengan wani hihiiii.




Maslia dan puterinya serta Chin =)


Adam. Intan dan Hakim


Acap dan wan sampai juga. Walaupon jauh tetap hadir. Thanks.


Abang Ocen dan famili juga memeriahkan majlis aku. Best-best ada sepupu datang beraya.


Hye. My name is Keyla.


Officemate H. Cik Norehan dan kawan dia.


Perbincangan yang hangat oleh acap tatkala anak saudara aku tidoq...!!! hahaha.


This is Brasillllllllllllllll................ =)

ya, kawan-kawan perantau. Shahir, Mat, Syafiq


Jaar =)


Jemput makan uolsssss =)


Shahir dan Mohar =)

Shahir dah nak balik semenanjung. Sob sob sob =(




3 gambar di atas hanya memfokus kepada kek puding roti yer. Bukan perut wan ataupon peha dia hahahahaa..=)


Mikail suka kakak yang mana ...??
M:Yang ni ... (tunjuk kat wani)
Kenapa..??
M:kakak cantik

yang ni (tunjuk kat nat)
M:Kakak tak cantik

yang ni (tunjuk kat ajimah)
M:kakak buruk

oh my god.....

HAHAAHAHAHAHHAHAHAHAHAA...=))))))))))))))))))))))

PENAMBAHBAIKAN:

1) Duit raya untuk kanak-kanak yang hadir

InsyaAllah aku nak buat lagi tahun depan dengan Izin-Nya =)