Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Miri. Show all posts
Showing posts with label Miri. Show all posts

Friday, January 16, 2015

Our Next Trip - Gunung Mulu World Heritage Area

Gunung yang mana harus didaki
Lurah mana yang harus disusuri

Rancang dengan apa yang ada di tangan.
Semoga capai apa yang diangan-angankan

=)



Friday, September 5, 2014

Kajian Meta-analisis Roadtrip Kota Kinabalu - Bandar Seri Begawan - Miri 2014


450KM

Miri, Swak -
Sg Tujuh (CIQ Swak, Msia-Brunei) - Tol = RM10.00 + BDN3
Lamunin(BN) - 
Kuala Lurah (CIQ-BN) -
Limbang (Msia) - 
Puni (post CIQ-BN masuk balik) - 
Temburong (post CIQ-BN keluar balik) kat temburung ni yg naik feri tuh, Sg Temburong kot - (Tambang feri RM10.00)
Lawas (S'wak) - 
Sindumin (Post CIQ border Swak-Sabah) -
Sipitang(Sabah) -
Beaufort-
Papar-
KK

source: 
http://azimashaary.blogspot.com/2011/07/miri-trip-part-1-roadtrip-from-miri-to.html



ada 10 pos immigration, miri-brunei, brunei-limbang. limbang-brunei, brunei-lawas, dan lawas-sabah. kat miri kene tukar duit brunei siap2 sbb ada tol 3 dollar (tol msia 10inggit). minyak pun isi penuh, sbb kalau isi minyak kat brunei mahal.. foreign car xleh isi minyak yg subsidi kerajaan brunei. pastu buleh la isi minyak lg kat limbang atau lawas. owh, lagi satu pastikan ada dokumen kereta (panggil apa ntah, ala, dokumen yg masa beli kereta dpt tu, tulis cc bape, road-tax, n segala bagai.. sbb nnti kene isi borang utk masukkan kereta dlm brunei).
source: 
http://qurrataaayun.blogspot.com/2012/01/bintulu-to-kota-kinabalu-via-brunei.html


Wajib bawa:

Geran BMW 
Brunei Dollar
Malaysia Ringgit
Petrol sentiasa penuh tangki
Pen

Wednesday, June 18, 2014

Miri Handicraft Centre, Miri, Sarawak

Miri Handicraft Centre ni adalah satu tempat yang menjual barangan kraftangan dan cenderamata.

Dalam bangunan ni ada dekat 6 kedai rasanya yang menjalankan perniagaan.

Ini kali pertama aku ke sini sebab hari tu aku ngan H pergi kedai yang satu lagi yang berdepan dengan Mega Hotel.

Kiranya boleh jadi sebagai tempat wajib dikunjungi untuk membeli survenior hahhaa.

Tutup jam 5.30 petang. Kalau yak sempat, pergi sahaja Bintang Mall tu. Ada je kedai jual cenderamata buka malam.



Boleh pula kannnn. H beli baju I LOVE MIRI untuk dia seorang je kannnnn.

haishhhhh....geram pulak aku hahahha.

takpa, panjang umur murah rezeki bulan 9 aku datang lagi

boleh la beli baju I LOVE BRUNEI. eh2...tetiba hahha.

kena beli dua la kan H. satu I LOVE MIRI satu lagi I LOVE BRUNEI hahahha.

Ini merupak FINAL DESTINANTION (seram tengkuk aku) untuk kami bagi trip kali ini. Lepas tu kami pergi makan LALAPAN di MUARA RESTAURANT dan kemas-kemas barang di tempat penginapan dan bergerak ke MIRI AIRPORT dan pulang ke pengkalan masing-masing hihiiii.

Tuesday, June 17, 2014

Tamu Bekenu, Miri, Sarawak

Tamu Bekenu terletak di Pekan Bekenu.

Masuk je Pekan Bekenu sampai jumpa Stesen Minyak Petronas dan Shell belok kanan sampai jumpa Tamu ini hihiiiii

Tipikal tamu, aku tak nampak beza berbanding dengan tamu-tamu yang lain hihiii.

Jual barangan hasil pertanian, makanan dan minuman








H beli mangga besar. Sekali rosak berulat pula kannn...kesiannnn hiihiii.

Monday, June 16, 2014

Gua Niah, ke sini kembali


Awal pagi lepas sarapan pagi di kawasan sebelah Bintang Mall kami semua bergerak menuju ke Batu Niah untuk meneroka keindahan alam ciptaan maha agung maha pemurah lagi maha mengasihani. 

Alhamdulillah kali kedua aku ke sini. 

Tapi kali ini aku hantar kawan-kawan sahaja.


Tempat wajib nak check in kalau datang kat sini hihiii


Signboard kat tempat bangunan pengurusan yang lama


Jeti yang dulunya licin dan kini kering bila kami ke sini. 


Happy dieorg semua seberang sungai yang ada buaya hihi. 


Takla jauh mana kot antara dua jeti ni hihii


Jeti yang jauhnya sepelaung suara. 


Gambar yuyun dan ayu, ehsan dari audrey hihii. 

Cumanya semasa aku berada di bangunan pengurusan yang lama ramai pelancong pelawat yang datang ke sini tidak mengetahui yang mana jika nak masuk taman negara ini perlu
1) Beli tiket masuk berharga RM10.00 di bangunan baru berwarna hijau sebelah pintu masuk pintu gerbang utama. 
2) Lokasi jeti yang tidak mempunyai penunjuk arah yang jelas
3) Kurang pekerja untuk membantu para pelawat dan pelancong.

Tidak semena-mena aku dan H memjadi perkerja Taman Negara menunjuk arah dimana hendak beli tiket dan ke mana arah menuju ke jeti untuk ke Gua Niah. 

Sekembali rakan-rakan ke pengkalan, semua muka letih tapi kepuasan terpancar dari cerita-cerita pengalaman ke Gua Niah. Semoga kalian dapat menyaksikan gambar dalam buku sejarah dan geografi masa nak ambil PMR dengan kanta bola mata masing-masing dan keindahan alam ciptaanNYA. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan terindah buat semua. 

Sunday, June 15, 2014

Miri Rent A Car - Casbumi Car Rental Sdn Bhd

Sepanjang di Miri kali kedua ini aku menggunakan khidmat sewa kereta dari syarikat Casbumi yang ada booth di Miri Airport. Keluar sahaja dari pintu selepas ambil beg akan jumpa booth dia ni paling hujung sebelah kanan pintu keluar.




Servis bagus. Boleh lagi di bawa runding. Penghantaran sehingga ke hotel yer hahhaa. Takda keroje aku nak p airport p ambil kereta sewa hihihiiiiii.

Buka harga untuk saga RM158 dan Insurans RM28

Pada mulanya kami booked 2 biji Alza
tukar kepada BLM dan Alza
Last2 BLM 2 ketul
Memang takda diskaunla kan.
huhuuuuuuu


Saturday, June 14, 2014

Pantai Bungai, Bekenu, Miri, Sarawak

Tatkala kawan-kawan aku pergi menjelajah ke Gua Niah, aku dan H bergerak ke menuju ke Pantai Bungai, Bekenu. 

Pantai yang cantik. 

Seringkali masuk itinerary bagi sesiapa yang ke Miri. 

Ini merupakan kali pertama aku ke sini. Owner homestay pon ada mencadangkan aku untuk ke sini. 

Kalau tidak, homestay yang kedua yang aku booking berada di sini la. Tapi nasib baik juga. Sejam perjalanan juga ke Bandaraya Miri. Jauh juga tu kalau nak gerak ke Brunei. 

Kalau dari Miri kita akan jumpa jalan masuk ke pantai ini (sebelah kanan) dahulu kemudian baru simpang ke Pekan Bekenu (sebelah kiri). 


Nampak je signboard ni terus masuk yer hihiiii





Sempat juga aku melelapkan mata kannnn. Thanks H tangkap gambar ni. Nampak sangat handsome hahahaha. 






Pantai ini tak lama lagi akan jadi lebih baik sebab ada perancangan kerajaan untuk membangunkan pantai ini. Mungkin lepas ni akan menjadi tarikan utama tumpuan pelancong. 

Di kawasan pantai ni ada tamu, tempat jual hasil tanaman. H beli mangga seringgit je hihi. Dapat 6 biji rasanya. Ada juga jual sayur, nasi goreng, berger, pisang goreng, kelapa muda dan lain-lain lagi. 

Mungkin kalau next time kalau nak tinggal di sini. Mungkin untuk beristirehat menenangkan jiwa, menyejukan hati luaskan pemikiran ini merupakan tempatnya.

Homestay yang aku booking tu namanya Rashidah Homestay, ada 4 bilik, tepi laut. Boleh BBQ oooo hihiiiii. Semalam hanya RM150. 




Wednesday, June 11, 2014

Kenyalang Miri Homestay & Guesthouse, Miri, Sarawak


Selepas kami menginap semalam di  Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri kami menginap di Kenyalang Miri Homestay & Guesthouse di Jalan Piasau 3D. Sangat dekat dengan Pasar Malam Seberkas dan Taman Bulatan.

Alkisahnya masa merancang ke Miri aku telah menempah satu homestay, tiba-tiba dibatalkan kerana pemilik mahu bercuti dan tiada siapa yang boleh urus kemasukan kami. Aku pon mencari homestay yang lain. Ok, aku dapat di Pantai Bungai, Rashidah Homestay. Perkara yang sama berlaku dibatalkan booking aku kerana pemilik homestay tersebut ingin menggunakan homestay tersebut kerana ada perkahwinan saudara mara beliau. Ok, aku pasrah. Ermmm duduk hotel la nampaknya huhuuuuu. Tetiba tingggggggg. Buka mudah.my la. Ok aku jumpa iklan seperti di bawah





RM250 semalam. Agak mahal sebab kedua-dua homestay yang telah aku booking berharga RM150/malam.

Dah jadi macam ni. Aku sambar je sebab kebetulan homestay ini baru sahaja ada orang cancel booking.

Rezeki namanya.

Ok deal. RM250 telah aku masukkan ke dalam akaun Maybank Puan Masniah Suhailie.




Homestay ini sesuai untuk didiami bagi satu rombongan yang ramai. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Master bedroom boleh masuk 4 orang, 2nd & 3rrd boleh masuk 4 orang juga tapi agak sempit la. Semua bilik fully aircond.

Tv dan Astro bersaluran Njoi, DVD Player dan 2 keping DVD, Pengering rambut, Seterika dan alas, Meja makan 2 set, Sofa, Peti sejuk, Mesin basuh, alatan memasak. Owh ya, Both bathroom dan sinki ada ari panas.

Yang uniknya, rumah ni tak pakai Tong Gas untuk memasak. Dia guna gas yang disalurkan melalui hose/paip. Style betul laaaa.

InsyaAllah ada rezeki kalau pergi ramai-ramai memang akan aku pergi Homestay ini lagi.

Pn Masniah Suhailie - 016 8705315


Monday, June 9, 2014

Jalan Jalan Miri Untuk Yang Kedua Kalinya 6 Jun 2014


Selesai sahaja kerja rasmi disudahkan. Aku menghubungi Encik Tony untuk urusan penghantaran kereta sewa semasa berada di Miri ini.

Kami memilih untuk menggunakan kereta nasional Proton Saga FLX hihi.



Selesai urusan check out. Aku memandu ke arah Bandaraya Miri dengan sesuka hati haha.
Kami sewa 2 kereta. Aku, H, Nani, Yuyun dan Audrey satu kereta dan satu kereta lagi wan dan ayu & brothers.

Destinasi pertama kami pergi ialah ke kedai Money Changer. Berpusing juga mencari sebab katanya kedai tu menawarkan kadar tukaran yang bagus. Jumpa juga aku kedai tu. Ceruk sangat. Kalau orang baru sampai Miri memang tak jumpa kot.

Selesai tukar duit kami ke Kedai Kek Lapis Siti Payung

Macam biasa yang wanita sibuk membeli yang jejaka semua dok luar kedai haha.

Suprising, H x beli pon kek lapis hahaaha. Magic.




Selesai berkek lapis, kami berpecah sebab team wan ada urusan yang lebih penting yang melibatkan kewangan.

Aku memandu dengan handsomenya ke arah Jalan Krokop 9, untuk membawa Nani, Yuyun dan Audrey (YAN) melihat Tokong besar.







Selepas itu kami pergi tokong yang berada di Jalan Krokop 8 pula. Di situ kami dipelawa oleh seorang wanita untuk masuk ke dalam tokong tersebut. Wanita tersebut sangat friendly dan datang ke tokong tersebut sebab suaminya sedang buat kerja-kerja baik pulih tokong tersebut.

Sebelum kami beredar dari tokong tersebut, wanita tersebut bergegas ke arah kami dan memberitahu bahawa Jerudung Park, Brunei sudah buka kembali setelah beberapa lama tidak beroperasi. Baru 2 minggu beroperasi katanya. Macam seronok je kalau dapat pergi situ. Tapi takpa ikut perancangan sedia ada. Cukup masa pergi, kalau tidak, next time sahaja laaaa.

Kemudian kami berlima ke Canada Hill untuk melihat pemandangan Bandaraya Miri dari atas bukit. Aku lihat macam ada kesan pokok terbakar. Sedikit mencacatkan pemandangan yang cantik pernah aku lihat sebelum ini.

Bergambar adalah sesuatu yang biasa bila berlima dan sudah semestinya dalam gambar akan ada 4 orang sahaja hahaa. Dan seorang lagi itu adalah aku haha.


Nampak tak M . I. R. I   ?? hahaha  kreatif sangat kannn.




Alhamdulillah, sempat juga masuk muzium petroleum di situ. 

Kemudian bergambar di The Grand Old Lady.


Selesai bergambar di bawah sinaran terik mentari, panas betul. basah ketiak. Kami menuju ke Taman Awam Miri. Jalan-jalan di atas jambatan gantung, Sesi bergambar ala-ala post wedding (sorry YAN kalau ada yang berdarah hidung hahahaha)




Perjalan kami berlima kali ini macam ada satu keunikan. Setiap kali kalau nak berhenti beli minuman dalm tin, Air Kelapa menjadi pilihan mereka berempat hahhaa.






Siap jalan-jalan di sini, kami menuju ke Luak Bay Esplanade (LBE).

Hajat nak layan sunset, tapi bila sampai LBE semua layan smartphone. Anti Social sangattttttt hahaha.

Hasilnya ialah, tak sedar pon dah sunset hahahhha.

Kemudian kami bergerak ke Pasar Malam Seberkas.

Macam biasa (padahal baru 2 kali datang miri), aku dan H beli-beli majalah untuk dibaca tambah ilmu pengetahuan.

Kami beli makanan untuk makan malam dan makan di tempat kediaman Kenyalang Homestay yang telah di tempah 2 hari sebelum berangkat ke Miri. Kena cancel 2x dengan owner homestay yang lain. Nasib last minute ada juga homestay yang still available. Rezeki kan.

Kami sampai rumah terus rehat-rehatkan badan. Dinner sama-sama. Pastu tunggu team wan sampai. Pastu kami masuk tidur sebab esok paginya kami rancang untuk bergerak awal pagi ke Brunei Darussalam.

Saturday, June 7, 2014

Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri

Perjalanan kali ini lebih berbentuk lawatan  sambil berkerja. 

Dari MIRI AIRPORT kami ke:

Eastwood Valley Golf & Country Club



Menaiki teksi eksekutif dari Miri Airport. Teksi ni warna biru kereta Innova. Kalau yang teksi ekonomi teksi yang merah tu. Kadar tambang dari Miri Airport ke Eastwood Valley Golf and Country Club ialah sebanyak RM30.00


Published rate.











Long House, 4 single bed. Tapi aku tinggal dengan H berdua sahaja. Cantum katil terus. Besar terus keluasan katil kami haha. Bilik luas.Tv kotak besar tapi siaran/ channel sikit la pula. Bathroom ok la ala-ala Hotel Tabung Haji, Kota Kinabalu sebelum direnovate

Dari Club House ke sini kena naik Club Car. Kalai tak, pakai deodoren yang power punya. Kompem basah celah ketiak haha.

Tempat ni tenang tapi bagi aku jauh sikit daripada bandaraya Miri.

Menginap satu malam sahaja. Lepas ni, tinggal di homestay hihi.