Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label KLIA2. Show all posts
Showing posts with label KLIA2. Show all posts

Monday, October 12, 2015

Opsss i did it again =)


Laut China Selatan ke lintasi, Selat Melaka ku susuri dan Laut Andaman ku saksi buat kali kedua dalam sejarah hidup ini dalam sehari perjalanan =)

Again with AIRASIA =)





Pergi best balik tak best sebab stranded di Langkawi selama 2 hari. Patut balik 5hb, x memasal balik 7hb Oktober 2015.


hahahhahahahahahahhaaahaha

Sunday, September 6, 2015

MITSUI OUTLET PARK, KLIA Sepang

MITSUI OUTLET PARK, KLIA (MOP) seperti memanggil aku setiap kali aku nak ke airport vice versa dan hari ini baru aku berpeluang untuk ke situ.

Aku sampai airport dalam pukul 2pm dan uruskan H dan KA check in barang then hantar ke pintu masuk boarding hall KLIA2. Pukul 3, aku dah mati akal...boring. Aku p beli tiket ERL, RM2 untuk ke KLIA sebab malam ni pukul 10pm aku ke Kuantan dengan MAS by MAB kekekekkeke.

Sampai KLIA aku kembali mengeras haahaha.

X boleh jadi ni, aku pon turun tingkat 1 dari tingkat 5 pastu terus ke pintu 2 tunggu shuttle ke MOP.


Bas sangat selesa ala ala Intra Kota hahahahhaa...phuiiii, RapidKL baaaaa.

Ada tempat letak bagasi dalam bas


Kekerapan dalam 20 minit sekali dan punctual ya. Punctual sampai, punctual gerak semula dari MOP.



Banyak betul kereta kat sini kat parking lot. Entah-entah ramai yang parking sini sebab murah. Kalau kat KLIA semalam rm32.Kalau seminggu...perghhhhhh. Kalau sebulannnn..?? Kekekkekee

Mall dia macam JPO jugakla

Namapon Mitsui, so Japan mari. Kedai kedai pon bnyak yng datangnya dari Japan jenama dan kedai makannya.


Yang paling entah apa apa kalau nak masuk Nike, Adidas, Kedai Spec ngan Puma kena beratur ya bila nak masuk.
Kepandaian apakah ini..?? ko ingat ko nak buat macam Fareeda. Phuiiiiiiii


Yeahhhhhh dapat kasut sepasang 72% and sehelai baju 43% diskaun from NIKE. Kat JPO pon layan NIKE gakkkkk kekekkeke......

Ermmmmm, x da rasa nak pergi lagi. Sorry hhahha...=)
(Unless H ajak maka terpaksalah aku pergi hihiiii)


Hari ni H dgn KA berdua balik KK. Kesian H sorang2 urus KA. Kalau ada aku, boleh gak aku dukung depan belakang depan belakang, tukar pampers cuci montot hihiiiiii. Anakandaku, baik-baik yer kat rumah. Jgn bagi ibu stress. Dahla boss besar nak datang tempat ibu work huhuu...good luck H. U can do it syg... =)

Tuesday, November 4, 2014

Barang-Barang Yang Dibenarkan Ke Dalam Kabin Pesawat

Barang-barang yang dibenarkan ke dalam kabin pesawat ialah:

1) Beg Tangan Wanita/ Ladies Handbag
2) Baju Kot/ Overcoat
3) Tongkat/ Walking Stick
4) Bakul Makanan Bayi/ Infant Food Carrying Basket
5) Tupang/ Crutches
6) Bahan-bahan Bacaan/ Reading materials
7) Kamera/ Camera
8) Kereta Sorong Bayi (tertakluk kepada jenis pesawat)/ Fully collapsible baby stroller (subject to space availability)
9) Kamera Video/ Video camera


Friday, October 17, 2014

Jadual Perjalanan Bas Teluk Intan ke KLIA & KLIA2

Star Shuttle - Star Sitiawan i-Port Express

Jadual Perjalanan bas dari Sitiawan ke KLIA & KLIA2

Jadual Perjalanan bas dari Teluk Intan ke KLIA & KLIA2

Jadual Perjalanan bas dari KLIA & KLIA2 ke Sitiawan

Jadual Perjalanan bas dari KLIA & KLIA2 ke Teluk Intan

No Telefon Teluk Intan: 05-621 8000
No Telefon Sitiawan: 05-692 8000/017-539 1117

Online Ticket: www.starwira.com

Tuesday, October 7, 2014

Langkawi, Hang Tunggu Aku Mai

LIVE...!!!

Alhamdulillah.

Ke Langkawi pula aku ni haaa

Tapi, sorang ja. H x ikut.
(Aku yg x bagi ikut sebenarnya hihiiii)

Aku naik bas ja dari Teluk Anson.
Ambil bas pukul 9pm sampai KLIA2 dalam 1am
Tiket berharga RM48.00


Aku join the crowd hahahhha


Dalam pada masa aku dok boring tak boleh lelap ni, aku dok usha barangan langkawi yang kena cukai.


Informasi: LADA
http://www.lada.gov.my/v2/informasi/e-duty.html



Jadinya, sampai langkawi dalam pukul 10am karang aku plan nak p makan laksa tepi airport tu

Pastu p mencari DSLR hahahaha.

Harap-harap dapat good price.

Sempat juga aku survey tadi kat kedai kamera KLIA2 td,
Nikon D5300 = RM3599
Canon 700D = RM2999
Canon 600D = RM1899
Full set yang standard

Nak juga tangkap gambar chantek-chantek nanti kat Turki opsssssssss..... Hihiiiiii





Friday, August 22, 2014

MH17 Dalam Kenangan - 22 Ogos 2014

Hari ini hari Jumaat, Penghulu segala hari. 

Aku bermusafir balik ke semenanjung. 

Hari ini, penumpang nahas MH17 yang telah dikenalpasti akan dibawa pulang je Malaysia. 

Semasa di KK aku berharap agar aku sempat untuk menyaksikan Upacara Istiadat Penghormatan mangsa tragedi MH17. 

Mendaratnya AK5111 di KLIA2 aku mencari-cari di mana Kompleks Bunga Raya. 

Ya Allah. Sayu hati terasa bila aku tengok upacara istiadat telah selesai. Aku tak dapat tengok. Yang tinggal Kapal terbang yang membawa mereka pulang. Khemah berscallop kuning dari jauh aku nampak. 


Sebelum ini, perasaan aku tidak sebegini malah seperti tiada apa-apa yang berlaku. 

Seorang penumpang yang aku kenali tapi tidak pernah berbicara merupakan mangsa tragedi tersebut. 

Beliau pernah menjadi pelakon dalam cerita sejarah diri aku. Namun cerita itu kini tinggal sejarah masa lalu yang aku rasakan tidak perlu untuk aku ingati kerana kini aku mempunyai sebuah cerita cinta kita antara aku dan H yang kurasakan indah harum mewangi tiada hujungnya. 

Innalillah wainna ilahi rojiun. 

Semoga syurga untukmu. 

Saturday, May 24, 2014

KLIA KLIA2 Taxi Services


En Yusof Lajis
No Tel: 
1) 019-3094028
2) 012-9400816

Servis tiptop. Suka sharing pengalaman hidup. :)

Wednesday, May 21, 2014

KLIA2 Bersama Malindo Air

Tak sabar rasanya nak menjejakkan kaki ke KLIA2 LCC. Hihiiii. 

Dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur seperti biasa bersama Malindo Air. 






Nampak tak kerajinan aku di situ..?? Buat kerja sambil layan cerita david beckham. Multitasking. Tak buang masa lala lala laaaaaa hahaha. 


Pemandangan Kota Kinabalu dari angkasa. Aku rasa kat kawasan Pulau Gaya ni. 




Ok, nak sampai dah kat kawasan KLIA, Sepang kalau nampak bunga raya ni dari angkasa hihii. 


Hoyeahhh dah sampai KLIA2. Oh maiiii. Parking AirAsia paling jauh ya. Cissssss. 




Hello KLIA2


Adeiyhhh jauhnya nak keluar dari boarding hall. Nak claim bag pon jauh. 

Lama gila tunggu beg. Huhuuu. 

Lepas keluar dari ambil beg. 

Fuiyohhhh 

Shopping mall yer. 

Ok satu hal lagi. Nak ambil teksi atau bas kena turun satu tingkat dengan menggunakan LIF..!!!! x jumpa pula aku escalator macam kat midvalley megamall tu. Beratur panjang dan lama gila tunggu turn. 


Sampai kat teksi. Ada kaunter teksi berkupon dan bermeter. Aku dan H ambil. Teksi berkupon. 

Bermeter untung kalau jarak dekat dan ANDA TAHU JALAN KEMANA HENDAK DITUJU. KALAU TIDAK ANDA AKAN DIKENCING SEHABIS-HABISNYA SEBAB AKAN DIBAWA IKUT JALAN YANG JAUH. - kata pakcik teksi yang aku naik tu hihiiii. 

Harga teksi berkupon sama seperti di LCCT dulu. 


=============================

Pulang ke Kota Kinabalu







Aerobridge yang dikatakan meningkatkan harga kos yang perlu ditanggung oleh pengguna KLIA2. 

Seperti biasa H akan borong roti-roti semenanjung ke Kota Kinabalu. Lokasi kedai di belakang Baskin Robin

Selamat tinggal KLIA2. Bulan Julai kita jumpa lagi

=============================

Thanks Malindo Air for the cheapest ticket compare to other airlines.
OD1001 RM258.00
OD1028 RM252.00