Kisah bermula ditepi sinki menyatakan hasrat kepada isteri untuk berlari dimalam hari nanti tatkala warga shah alam menyepi diri diulit mimpi kebayangan syurgawi
Lama betul aku tak berlari ni, last masa Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah kat Kuala Kangsar bulan november TAHUN LEPAS..!!!!!!!
Fuhhhhhh....Shah Alam Half Marathon ni macam mimpi je aku masuk hahaha.
Dalam tengahari aku ke rumah mat dengan hajat nak jumpa penyewa rumah kat Star Avenue, Subang. Then g cari stokin. Nak lari takdak stokin dalam kereta. Haruuuu. Nasib bawa tracksuit. Baju suar lari aku kat kereta satu lagi. Yaiiiii. Mujurla kasut aku ada kat kereta H hahahaha.
Dalam Star Avenue, dalam 2 jam aku fast walking. Kegilaan apakah ini, dahla tak training nak lenjan 21km. Hahahaa.
Pukul 10.30 gerak g shah alam. Parking tepi maybank.
Orang ramai. Pundi kencing buat tunjuk perasaan. G cari toilet, beratur panjang. Terkepit kepit aku hahaaha. Masuk jamban, 1 je yg fungsi, 1 lagi kena mangga. Rosak kot.
Habis tu g astaka, lepak2 ambil gambar buat tabata then flag off 12.30 malam. Tetiba nampak DJ upload kat insta. Ehhhh...ada dia nih haahhaa. Jumpa juga kawan lama masuk belajar medic dulu.
Popper hari jadi diletupkan, larila aku ni haaaa. Dah terpisah dah dari mat, mat yeq ngan jaar. Biasala aku. LOW PROFILE phuiiii hahahahaa.
Larila aku, elok nak turn left simpang pertama, hujan rintik, masuk turn right simpang kedua terus hujannnnnnnn. Hahaaha. Syukur alhamdulillah, mat bagi aku beg simpan henpon. Waterproof.
Lariiiiii Lariiiiii Lariiiiiiiiii macam KA selalu cakap hahahahaa.
Sampai kilometer 12 dah ada tanda tanda cramp kat area atas patella. Masuk kilometer 13 dah kenot go hahahaha. Jalannnnn sambil makan roti ngan snickers. Minum air, alhamdulillah hilang rasa cramp.
Track shah alam ni aku mampu katakan alaaaaamakkkkkkk. Dia punya mendaki tu panjang betul....tak cukup tabungan makian aku nak sampaikan hujung pendakian tu hahaaha.
Sampai kilometer 19, kat bulatan kayangan tu aku happy, nak dekat dah. Sekaliiiiii kena ambil 1st exit. Woiiiii psiko....ko dah tau padang merdeka kat mana, sekali ko kena pusing jalan lain. Terus rasa macam woiiiiiiiii hahahaha. Dia punya mendaki kali ni serupa macam ko tunggu kawan ko datang cakap 'jap jap, aku on the way' hahahahaha.
Jumpa sorang akak ni, dok cramp kaki, tp mild. Aku minta dia jalan sikit sikit ikut aku....sampaila dia ruku', then cakap kat aku, jalan la, akak tak larat...kesiannnya.
Sempat jugala aku selfie kat board kilometer 20 hahaahaha.
Sampai kat garisan penamat macam tak caya je dah sampai. Yessss, aku berjaya habiskan.
3 jam 52 minit 46saat 1343 out of 1366 - A Men Open Half Marathon 21km
Ambil medal, ambil finisher t shirt, roti. Ambil gambar. Pergi kat kereta. Sekali banyak kereta kena pecah kena curi kena rompak. Alahaiiiii. Sebelah kereta mat pon kena, syukur kami tak kena. Bebudak sebelah kami tu hilang laptop wallet. Modus operandi macam profesional. Dia retakkan kemudia tarik sekeping cermin tingkap tu wehhh. Kagum dalam penyumpahan la aku kannnn. Kawan jaar hilang rm2k, duit sales baru habis closing malam tu. Kesian duit company kot.
Balik rumah solat dan tidur. Bangun pukul 10 tu sedap betul badan. Tidur sekejap tapi berkhasiat hahahaha.
Ok. Nak try 42km pulak lepas ni haahhahaha.....haaaaaarapan, haaaarapan menjadi sasaaaaran. Ehhh, silap lirik lagu nihhhhh hahahaa.
Hajat di hati nak join mat blek Putrajaya Night Run, tapi tetiba aku ternampak Larian Hari Keputeraan Sultan Nazrin Shah. Terus aku excited hahaha. Tak sangka. Kebetulan pulak time tu aku rasa aku ada kat rumah hihihihi.
Bila aku baca-baca, Yuran Penyertaan; RM25.00. (macam-macam organiser bagi siap ada chip time - tu yang buat aku rasa terliur je hahhaha)
Murahhhhh....terus aku register. H nak juga tapi dia nak medal je. tak dapat la kannn...habis lari dulu baru dapat medal hiiihhhihiii.
Ada 3 Distance, 15km/ 10km/ 7km
dan aku ambik 15km hahaha...mampu ke aku oiiiiiiiii
Tengok Facebook : LHKSNS rupanya tahun lepas dah ada larian ni.
aku. tunggu masa tunggu time pakai kasut, lariiiiiiiiiiiiiii hihihihi...=)
MRC 10km Charity Run for Humanity anjuran Persatuan Bulan Sabit Merah Cawangan Sabah.
Masa minum-minum selepas X12 Dark Run, tetiba aku kena tanya join tak MRC 10km Charity Run. Goshhhhh hahaahah tak kan dah termasuk dalam golongan suka berlari 10km hahaha.
Ermmmm, memandangkan closing date aritu dan aku terlupa nak register maka dengan buat rilek nya tak register sebab rasa taknak masuk hahhhaa
Pagi-pagi lagi syafiq dah text suruh register event ni hahahhaa.
Arghhh sudah, bila nak register rupanya tiada medium online registation. Borang pula kena ambil dekat outlet. Ok, aku malas nak urus hahahha.
Tanya syafiq, dia jawab dia register via email, so aku pon register via email dan tak da rasa nak sangat join.
Tetiba, dapat email dari organizer. Registration received hahahahha
Maka dengan itu, aku kena prektis larian ini dengan ensemnya bagi memperbaiki rekod larian chewahhhhh hahahaha =)
Dengan bantuan mat baju dan bip aku dia yang ambil kekeke...
Baju cantik kain bagus =)
Ini pertama kali aku bangun awal dengan niat buat 10km hahhaa.
Selesai solat subuh, start engine moto terus pergi Stadium Likas.
ramainya manusia masa ni tau.
masuk stadium terus pergi ke starting point. Dimulakan dengan senamrobik.
Larian kali ini tidak seperti masa lari X12 Dark Run sebab kali ini kau tahu jalan dan boleh target aku punya larian ikut tempat.
Aku mulakan larian betul-betul bawah starting point hahaha...last-last kena tinggal dengan manusia yang hobinya berlari larian muhahahha.
TYT yang membunyikan siren suruh kami lari cepat-cepat hihihi
Keluar dari Stadium Likas aku lari menuju Likas Square masuk bulatan dan terus menuju bulatan Masjid Bandaraya dan terus membuat u turn di Bulatan Bangunan Bateri, TFS. dan kembali ke Stadium Likas semula.
Mengikut apps Runkeeper aku menghabiskan larian sejauh 11.05km mengambil masa selama 1 jam 31 minit dan average pace 8.15km/h.
teruk gila masa aku hahahha =)
Sijil tanpa nama tanpa medal =(
medal ambil bila pihak penganjur maklumkan kemudian.
Penat lari pagi ni lain macam sikit berbanding aku lari masa X12 Dark Run.
Tetiba aku jumpa Fred, Fred cakap aku terima menang hadiah cabutan bertuah. hahahhaha
Result Chip Time aku kurang dari Timing guna jam. Mesti aku tekan awal ni kan. Ye la, sesak-sesak nk lepas pintu gerbang tu dah berapa lama da kan. Aku dahla dok belakang-belakang muahhaha.
Chip Time mula kura dari aku lepas pintu gerbang sampai aku patah balik belakang lalu bawah pintu gerbang so aku rasa ianya tepat la kunun hahaha =)
Masa beli kasut ni aku baru dapat satu pelajaran pengajaran dan pembelajaran hahahaa =)
kalau nak pilih kasut yang rasa-rasa nak beli
Saiz US = 10
Saiz UK = 9
Kasut Clark aku aritu aku dah pelik kenapa saiz kasut aku 10. Masa beli running shoes New Balance aku pilih saiz 9 (memang ketat sikit aku pakai) dan masa beli kasut yang ni baru aku tahu yang saiz pada kotak yang besar eye catchy tu ikut origin kasut tu. So lepas ni aku nak pakai satu saiz sahaja. UK 9 supaya tak silap pilih lagi hihihiiii.
H la ni suruh dan menyebabkan aku memaksakan diri dan secara kerelaan untuk menyertai event ini.
Tanya kat mat blek macam mana nak register dan terus aku register haha. Tak sangka dapat no 9. Mungkin No. 9 yang register..?? hahahahha. Awal betul.
Early Bird Registration RM70.00. Mahal kan, nak lari je pon hahha.
27 Feb 2015
semasa dalam perjalanan pulang ke rumah aku singgah Nexus Karambunai untuk mengambil Race Kit yang dalamnya ada ada baju, running bib/ chip.
Berdebar dah aku sebab dahla tak prektis. Nak lari 10km tu takdahal tapi bila dah ada masa yang ditetapkan ni, aku mula la goyang. cisssss.
Singgah likas bagi race kit mat blek dan mat blek ajak p Pizza Hut, dia nak payung bagi rasa serabut perut aku hilang tapi memang tidak membantu langsung. Lagi berdebo adala hahhha =)
Race kit aku, mat blek, syafiq dan runi =)
Gambar belakang t-shirt
Gambar depan t-shirt
Sayang betul baju kena tusuk jarum pin sebab nak pasangkan nombor tu. Bila teringat tudung H mahal-mahal letak kerongsang so akupon yakinkan diri dan hasilnya seperti di atas dan habis lari dalam kereta cebat2 aku bukak pin tu sebab takut karat hahaha.
Lepas maghrib aku ngan H ke Ming Garden Hotel untuk menghadiri majlis perkahwinan colleague. Hidangan jenis Chinese Style buat aku rasa marah sebab sedap dan aku tak boleh makan banyak. Nanti takut sakit perut masa lari. Sabar je aku menahan godaan makanan haha =)
Jam 9 malam aku ngan H mohon undur diri dan aku hantar pulang H ke rumah dan aku ambil barang-barang keperluan untuk berlari dan menuju ke rumah mat blek. Parking kereta kemas-kemas, adrenalin terasa mengalir tetapi masih dapat dikawal haha =)
Perjalanan dari Likas sehingga Nexus Karambunai dipenuhi dengan kata-kata melunturka semangat oleh aku ngan syafiq kepada mat blek hahhahaha
Aku ngan Syafiq lawan 10km tapi mat blek layan 21km.
Sampai di Nexus Karambunai punya jauh nak menapak dari tempat parking di siring jalan sampai ke tempat pelepasan. Kat situ dah rugi kalori sebab unnecessary calorie burning hahahaha. Tapi aku kena anggap ini sesi warming up memanaskan badan sebab aku memang tak prektis hahahaha.
Dalam kereta pon aku dah sejuk-sejuk tangan berdebor2 jantung hahahhaa.
Sampai kat kaunter pendaftaran, takda pon kena daftar. Ambil batang yang akan keluar warna tu kalau ketuk kuat2 pastu pasang buat gelang. Aku pilih warna kuning florosen muhahaha =)
Sebelum kami declare Toilet is Everywhere (yela time malam kot kan) kami pergi menyiapkan diri mencuci muka dan membersihkan diri dari hadas kecil hahahha
Keluar je dari Ballroom crowd dah tiada, amboi.....tak sabar2 dieorg ni kan, aku je yang bersabar sebab makin berdebor pulak aku hahaha.
1 Mac 2015
So aku ngan syafiq pergi masuk lane 10km dan mat blek g masuk lane 21km. Kami dilepaskan lebigh kurang jam 12.20 tengah malam.
Pintu Gerbang Mula dan Penamat larian malam tu. Time ni aku dah siap-siap apsang earphone kat phone konon-konon nak dengar radio masa lari. Ececehhh. Last-last ke laut. Aku memang tak boleh lari ada benda kat telinga. Tak selesa dan aku rasa mengganggu. hahaha.
Video ni sempat aku ambil sebelum larian dimulakan =D
Elok sahaja dilepaskan aku buka langkah comel tapi syafiq buat langkah kangkang. Laju gila meninggalkan aku hahhaha. Tapi aku maintain je jogging-jogging kedek-kedek ayam.
Tetiba aku nampak Izzah, kawan sepejabat H.dan dia memilik sebuah gadjet yang berharga bernama torch light hahaha. Namapon Dark Run, relek je aku tak bawa lampu suluh kan hahahha.
So aku ikut je tempo Izzah dalam kegelapan agar ada sinar cahaya yang boleh dikongsi
Sampai water station pertama aku berhenti minum 2 caup air. pastu betulkan kasut sebab aiku ikat kuat sangat sampai kelingking kaki tersepit. Pedih aku rasa.
Tetiba aku teringat kat Izzah. Oh Emmmmm Giiiiiiiiiiii Izzah hilang dari pandangan dalam kegelapan hahaha.
Aku pon meneruskan jogging aku tu sampai satu ketika aku terdenga runkeeper sorang minah ni cakap lari dah sejam. Pastu aku terus rasa stress sebab rekod aku 7km = 1 jam 10 minit. tapi perjalanan aku macam setengah pon belum. Haishhh aku seteresssss.
PLAN AKU: Maintain jogging untuk 1 jam 10 minit dan jalan kaki sampai habis.
So plan aku terbubar serta merta.
Mula la aku malas kan...jalan kakiiiiiii jogginggggg jalan kakiiiiiiii jogginggggggg.
Lepas tu aku nampak Izzah depan aku so aku follow dia sekejap. Pastu aku bukak langkah potong dia dan buat U-turn minum air.
Lesson Learnt: di water station ambil 2 cup air then jalan, xyah gatal sangat nak berhenti ehhhh. Buang masa sahaja =)
Minum air jadi insan tidak bertamadun sekejap, campak papercup tepi jalan dan sambung jogging+jalan..
Tetiba aku tengok jam 1 jam 45 minit. Ini tak boleh jadi ni. Aku cakap kat akak sebelah aku tu. Kak, sejam 45 minit da ni, jom lari. Kalau tak, tak dapat medal hahahaha.
Kami pon lariiiiiiiii tetiba dia dah takda sebelah aku. dia berhenti belakang. Aku takleh tunggu dia, aku sambung lari+jogging+jalan sampai selekoh ke-2 terakhir. Masa tu aku rasa penat sebab pecut.
tengok jam lagi 5 minit.
Masa ni la aku pecut sehabis-habisnya sampai ke garisan penamat dan tengok jam aku dapat habiskan larian malam tu 1jam 59 minit (saat aku tak ingat).
Aku dikalungkan dengan medal pertama aku untuk running event hhahahaha
Hari ini dalam sejarah la katanya.
Penat aku cari air then cari syafiq. Melepak tepi longkang sambil minum 3 tin 100plus memang mengasyikkan hahahaha,
Syafiq dapat buat 1 jam 40 minit tersasar dari targetnya 1 jam 30 minit.
Pastu syafiq cakap. Bukan 10km weh, 12.38km phuiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii
Patutla timing aku pon lari.
Aku bajet less than 1 jam 50 minit sebab last aku prektis aku buat masa tu. Sekali bila dah 1 jam 59 minit aku ada sedikit frust. Rupa-rupanya jarak dia bukan 10km. Patutla penat dia lain macam.
Kira ok la tu aku dapat habiskan
12.38km = 1 jam 59 minit.
Tak boleh compare dengan orang lain yang kaki lari hahahha.
Pastu nampak runi. Syafiq tanya timing dia berapa dia cakap 2 jam 4 minit dan dapat medal. Ok mungkin lepas sikit je kan sebab kena habiskan bawah 2 jam.
Sekali aku nampak Izzah and the gang pon pakai medal.
Hoiiiiiiiiiiiiiiiiiii............
buat penat eku perah otot gastrocnemius aku je weh nak habiskan bawah 2 jam.
hahahhhahhaahahahahhahaha
Syukur Alhamdulillah dapat menghabiskan larian dengan tidak ada sebarang masalah kecederaan.
Medal pertama aku... yeayyyyyyyyyyyyy =)
Muka mat blek baru habis 21km. hahahhaha
Lejen ko mat boleh habiskan 21km. Saluteeeeee
Bergambar dengan background X12 Dark Run
Ni haaaa.....larian aku malam tu =)
They mentioned:
Race package includes
a) T-shirt (for all categories of runners)
b) **Finisher's T-shirt (for runners who COMPLETE the 42km run only)
b) surprise gift (for all categories of runners)
c) e-certificate (for all categories of runners)
d) a running bib / chip (for all categories of runners)
e) Medals (for runners who complete 10km / 21km / 42km run only)