Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Movies. Show all posts
Showing posts with label Movies. Show all posts

Tuesday, April 14, 2015

Fast & Furious 7 (2015)


Yeahhhhh Brian o Conner =)

Ermmmmm....pelakon tambahan ni hebat, susun atur pon terbaik muhahaha


Meng Chicken Rice Shop bukan sekadar nasi ayam sebelum sky diving muahhahaha

Ohsemmmm...boleh tengok banyak2 kali Fast 7 ni =)

Ermmmmm, boring gak tengok movie bila H takda ni huhuhuhu

Sunday, March 8, 2015

Kingsman: The Secret Service 2015

Lama dah nak tengok cite ni, akhirnya dapat juga tengokkan.

Semalam Aku ngan H ke GSC, Suria Sabah. Setel solat zuhur kami p masuk GSC awal atas sebab-sebab yang tidak diingini berlaku hahaha.

Lepas habis movie ni kiteorg stay, sekali  ada lagi scene best Eggsy ikut style Harry hihi =)

(pelikkkkkkk....ada couple duduk sebelah aku. Aku syak dieorg ada 1 tiket je sebab tetiba datang 3 orang datang duduk seat tu. So si awek stay lagi, yang laki keluar cinema. Ermmm kalau betul dia takda tiket macam mana laki tu boleh lepas kan..)





Best cerita ini bagi aku. Cuma seram sket masa Lancelot kena belah dua...ngeri oooo.

Aku bagi 4 bintang sebab nak simpan lima bintang bagi kat Fast & Furious 7 hihih


Sinopsis:

Gary "Eggsy" Unwin (Taron Egerton), whose late father secretly worked for a spy organization, lives in a South London housing estate and seems headed for a life behind bars. However, dapper agent Harry Hart (Colin Firth) recognizes potential in the youth and recruits him to be a trainee in the secret service. Meanwhile, villainous Richmond Valentine (Samuel L. Jackson) launches a diabolical plan to solve the problem of climate change via a worldwide killing spree.







Dannnnnnnnnnnnn

Yang ditunggu-tunggu...

Fast and Furious 7





Wednesday, February 4, 2015

The Last: Naruto The Movie

Setelah banyak kali tertangguh berjaya juga aku tengok Naruto tp versi bujang hihiiii =)

Kage Bunshin No Jutsu + Rasenggan

=)

Tuesday, June 24, 2014

How To Train Your Dragon 2

Selepas membuncitkan perut kat Gayang Seafood Restaurant sabtu lepas, Aku, H, Nat dan Azimah bergerak menuju ke arah Suria Sabah.

Saja nak melayan cerita kartun budak-budak How to train your dragon 2.

Hmm...dah kenyang-kanyangkan...harusla ada part yang tertidur hahhaa.




Sinopsis:

When Hiccup and Toothless discover an ice cave that is home to hundreds of new wild dragons and the mysterious Dragon Rider, the two friends find themselves at the center of a battle to protect the peace. (Imdb)

Sunday, June 15, 2014

Maleficent 2014

Cerita semalam...

Yeayyyy...selepas kami lunch, aku dan H ke Terminal 2, KKIA hantar kereta adik udeq. 

Lepas tu langsung kami ke Suria Sabah, nak tengok wayang cerita MALEFICENT. 

Yang bestnya lagi, memandangkan bulan ni bulan birthday aku, maka aku dapat GSC Birthday Treat percuma 2 tiket wayang yang bertanda asterik di senarai cerita hari itu. 

Maka dengan itu MALEFICENT jadi pilihan. 



Nampak tak tiket price adalah RM0 hahaa. 

Kami pergi berempat. Nathirah ngan Sumazni (apahal aku tulih nama betul dieorg pula ni kan hahaa)

Haahaha....dieorg punya tiket RM12 seorang. 

Cerita ni best tapi mengantuk. Haaaa macam mana la tu kannn hihiiii. 

Friday, May 16, 2014

Delayed Miscarriage

Allahuakbar

Dear my lovely wife,

Saya tahu awak sedih, awak kecewa dengan atas apa yang berlaku. Walaupon awak tidak tunjuk pada saya secara luaran. Namun jauh di sudut hati awak saya memahaminya kerana saya juga begitu. 

Itulah dinamakan Qada dan Qadar. 

Kronologi

5 Mei 2014



Kami pergi ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah atau lebih dikenali sebagai Hospital Likas. 

Setelah pemeriksaan dilakukan, dengan menggunakan mesin scan. Dr Suthagar memaklumkan kepada kami berdua yang fetus tidak mendapat blood supply daripada ibunya.

Dr. Suthagar memberi beberapa pilihan dan penerangan yang sangat baik untuk kami memahami permasalahan yang berlalu. Beliau memberikan kami beberapa pilihan iaitu
a) Dilation and Curettage (D&C)
b) Serum Progesterone Test
c) Tunggu dan lihat

Kami pilih b. Buat ujian serum progesteron berharga RM18.00 sebab dilakukan di makmal swasta. Katanya buat kat makmal hospital lambat. 

Penmbahbaikan di pihak hospital adalah, mempercepatkan pelaksanaan dan pengurusan ujian tersebut. Penting. 

Beliau memaklumkan bahawa, apabila terima keputusan, JM Lau akan menelefon dan memaklumkan kepada H. 

8 Mei 2014

Setelah selesai taklimat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, aku dan H sekali lagi ke Hospital Likas untuk buat lagi satu ujian makmal iaitu BHCG. Alang-alang wani, azimah dan yuyun tidur rumah kami. Semua sekali aku angkut ke Hospital Likas

10 Mei 2014

Hari sabtu. Okay, hari ini aku dan H sekali lagi ke Hospital Likas untuk diambil darah bagi ujian BHCG setelah 48 jam dari pengambilan darah yang pertama. Sekali member aku pula yang bertugas di Wad Kenanga 4. Hihiii. Maka dengan utu Dr. Khalif pon menjalankan tugasnya. Ambil darah je pon kan. Selamber je ambil kat kerusi tempat menunggu tu. Kang nak baring-baring kang lambat pula nak menunggu katil kosong hihiii. 

Ok, setelah ambil darah. Kami p layan Spiderman dulu di GSC Suria Sabah hahaha. 



Agak boring laaaa... Peter Parker pon dah ganti dengan orang lain. Tak skema langsung. 

12 Mei 2014

Appointment seterusnya bersama dengan Dr Suthagar. Kalau 5 Mei aritu nampak bentuk fetus yang arch tu. Kali ini bila scan nampak satu ketulan gelap. Aku merasakan sesuatu yang tidak elok telah berlaku. 

Dr. Suthagar cadangakan suruh cuci. Setelah perbincangan pendek, kami setuju dan tarikh cadangan kemasukkan ke dalam wad pada 14 Mei. 

Setelah selesai kami pergi makan di Alamesra. Bertanya dengan adik dan adik ipar aku, mimi dan amy samada nak buat prosedur D&C di semenanjung atau di Hospital Likas. Adik aku risau post operation effect. 

Kami terus ke Hospital Likas untuk berjumpa semula Dr Suthagar untuk meminta pandangan dan pendapat. Setelah diberi penjelasan kami cadang buat sahaja di Hospital Likas sebab Dr Suthagar cakap yang dia beri jaminan prosedur akan berjalan dengan lancar dan kesan yang minima dan boleh pulang ke semenanjung menaiki kapal terbang dengan selamat. 




Lebih kurang jam 10 malam, H sakit perut yang teramat sangat.  Ok, pendarahan berlaku. H pakai pad. Kemudian masa H nak cuci kotoran. Dia memanggil aku. 

Ya Allah. Ada ketulan darah hitam. 

Ok, aku cuak. 


Aku whatsapp gambar kat atas kepada kalep dan amy. Both cakap itu adalah blood clot. 

Ok, aku calm down.

Aku ajak H pergi hospital. Tapi dia enggan. 

13 Mei 2014

Jam 2.00 pagi, H kejut aku dari tidur. Pendarahan sangat teruk. Sakit perut setiap kali contraction. 

Terus aku ajak H pergi ke hospital. 


Aku pergi Jabatan Kecemasan di Hospital Likas. Aku kena tunggu diluar semasa pemeriksaan dilakukan. Setelah selesai, aku dipanggil masuk. Dr plan masukkan H ke dalam ward. Again Kenanga 4. Menyorong H naik kerusi roda. 

H tidak dibenarkan untuk makan atau minum sebagai persediaan untuk melakukan prosedur cuci. 

Kesian pula aku tengok H tak makan tak minum. Dahla masa sampai ward. Dia bole muntah pula apa yang kami makan pukul 8 lebih tu. 

Pukul 5 pagi aku balik rumah. Tidur. 12.30 tengahari terjaga. Siap-siap terus ke Hospital Likas. H belum lagi masuk OT sebab fully booked hihiii. 



Disebabkan H kena puasa, maka dengan itu makanan di atas aku yang telan haha. 

TAK SEDAP..!!!! Hahaha


Masuk Wad Kelas 1. Satu bilik ada 2 katil. Tandas kat dalam bilik tersebut. 

2 malam, 2 roomate H yang berbeza. 

Pukul 6.30 malam aku beredar.

Dalam perjalanna 3 kali aku call H. Tidak bersambut. Ahhh sudahh. What happen. 

Sekali H call, dah siap operation. Aku kompius. Terus aku tanya 'awak ok x..?? Bius separuh sedar atau satu badan?'  . H balas, satu badan. 

OK..!!! Tiada kesan GA ye pada H. 

H ngadu lapar. Yela. Seharian tak makan kan. Aku pula. Bawa balik semua makanan yang diberikan oleh nat, yuyun ngan audrey  masa melawat. 


Ok, H minta makan Bubur Ayam MacDonalds

Terus aku packing barang, tidur rumah mat black. Senang sikit. Dekat dengan Hospital Likas. Tak perlu aku tergesa-gesa. Rumah pon jauh dari Hospital Likas. 

14 Mei 2014

5.40 pagi aku gerak ke Hospital Likas dan singgah MacDonalds di Shell jalan menuju ke hospital. 


Aku bawa sekali buah pemberian nat, yuyun dan audrey. 

Tak lama lepas tu, makanan sarapan pon sampai. Bubur nasi juga hahaa. 





Pad ibu melahirkan anak ini adalah unik hahaha. 


Main tipukan H aku ni. Aku bawa stokin untuk dipakai. Bukan untuk diletakkan di atas kaki hahahaha. 


Alhamdulillah. Setelah doktor cakap boleh discaj dari hospital. Aku pon buka internet nak beli tiket balik kampung. Buka MAS RM580/pax sehala yang paling murah. Itupon awal pagi. Buka Airasia RM199/pax sehala. Ok masuk dalam wishlist. Buka Malindo Air RM128/pax sehala. Ok..!!! Aku beli malindo sebab dapat free luggage 15kg seorang. Syukurrr. Aku beli 15hb Mei 2014 jam 11.00pagi OD1001. 


Muka tak sabar nak balik dah ni kannnn. Hihiiiiii. 

I love you sayang.

Its ok, Allah tu kan hebat. Ada rezeki kita yang lain tu. 

Thanks Dr Suthagar, Dr Khalif , Dr Clifford dan Semua Jururawat di Wad Kenanga 4 . Tidak dilupakan JM/SN Lau dan warga kerja klinik pakar perbidanan dan sakit puan. Tuhan saja yang boleh membalas jasa baik kalian. 

Dear My Lovely Wife,
Awak sangat kuat. Saya kagum dengan awak.