Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Dinner. Show all posts
Showing posts with label Dinner. Show all posts

Monday, November 24, 2014

Sabtu Terakhir Bagi Mereka di Kota Kinabalu bagi Tahun 2014

22 Nov 2014

Aku dan H limpang-limpang saja di rumah waktu pagi akibat penangan main futsal court besar jumaat malam sabtu. Dah lama tak main buat badan aku sengal-sengal satu badan dan muncul pula tanda-tanda nak demam.Adeiyhhhhh.

Lepas solat zuhur aku dan H bergerak ke Chung Fatt Kee sebuah kedai jam di sebelah Maybank, Jalan Gaya. Aku dan H buat keputusan untuk beli jam sebab nak cari sesuatu yang kekal dan berharga. Jam akan kekal dan masa yang berharga.


Seperti rutin biasa misi mencari jam yang sesuai memang mengambil masa sebab mengambil kira bajet dan kesesuaian si pemakai. Perempuan yang layan kami ini dah siap kenal dah sebab dah masuk kali ke-3 kami masuk kedai ni beli jam tangan hahahha...=)

Acap:
Setelah deskripsi diberikan kepada si penjual kedai, maka dengan itu beliau mencadangkan agar memilih jam yang muka dailnya warna putih. Berdekah kiterog ketawa hahahhaa...=)

Azimah:
Si penjual mencadangkan disebabkan aku tak pernah tengok azimah pakai jam makan dengan itu untuk playsafe kami pilih jam yang macam bangle dan kecil.

Nathirah:
Si penjual mencadangkan untuk memilih yang blink-blink bagi mengurangkan kelakian  nat hahaha...=) kelakauuuuuu



Jam ini milik Acap. Tali dia style. 1st time tengok macam tu.


Kenangan milik Azimah. Feminim sangat hahahha...=) berkilauuuuu


Sa'ah milik Nathirah...kikikiiiii...keayuan jam ini terserlah. Apabila dengan si pemakai, aku pon tak tahu hahha...=)


Selesai membuat pembayaran aku ngan H maju ke 1 Borneo. Sekali belum lagi sampai Mini Putrajaya di kawasan Bulatan ke Kingfisher dah jem nenas dah...phuiiii....aku pon apalagi memberi cadangan yang genius dengan mengajak H makan di Kingfisher kat kawasan Hospital Likas. Perghhhhh salah pilih restoren. Tak sedap langsung...tapi makan juga la sebab itukan rezeki kami pada waktu tersebut.

Selepas makan kami ke 1Borneo dah terus aku ngan H masuk kedai H&M yang baru je buka. Mak aihhhhh....bajunya memang la cantik, sekali tengok saiz. terus aku banned dieorg selama setahun. Ada tag yang saiz sampai L sahaja tauuuuu

aaaahhhhhh.......mencikkkkkkkkkkk

Jumpa acap, wan ngan we dalam H&M sekali boleh pula dieorg keluar dengan hasil tangkapan masing-masing...sakitnya ati kite kat H&M tauuuuuu

hahahhahhahaha



Ermmm wan boleh pula sambar pakaian kat Calvin Klein kannn...kikikkiiii...=)


Disebabkan tiada perancangan tetiba je keluar idea g karaoke di KK Box Karamunsing.
Perghhhh...lama gila tak buat latihan suara semenjak kahwin ni kannnn.

Bolehla sebab kami 11 orang, ambil Pakej Group 10 Orang dan tambahan 1 orang yang berjumlah semua RM506.00 bahagi 11 dapat la sorang RM46.00

Buffet Dinner + Bilik 4 Jam




Penyampai hadiah kepada Acap Nat dan Azimah dilaksanakan dengan penuh teratur dengan nyanyian lagu Teman Pengganti habis maka upacara dimulakan dan diakhiri dengan lagu Sandarkan Pada Kenangan. Mungkin bagi mereka ianya hanya kebetulan tapi tidak kalau aku. H memahami aku sebab apa yang aku lakukan mesti ada sebab dan ada nilai-nilai kenangan sentimental hahahha..=)



Di susuli dengan ucapan kepada teman sekerja yang lain yang mana yuyun ditugaskan mengambil video dan post dalam group telegram.



Pukul 11.30 malam kami keluar dari KK Box dan mereka meneruskan agenda malam masih muda pergi menonton wayang Hunger Game: Mockingjay. Aku ngan H dah berpinau mata dah. Balik umah, mandi, solat, tidoq hahahhaa....=)

Selamat maju jaya kepada mereka ber-3. InsyaAllah kami akan menyusul kemudian.

naik 44 mungkin hahhaha...=)

aminnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnnn


Thursday, November 6, 2014

Lemonade Sauce Salmon with Baked Potato Cinta Sayang

Umakaihhhhhhhhhhhhhh

Kata kawwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww

Inilah hidangan makan malam aku malam semalam oleh chef terkenal dan tersohor diserata hati aku iaitu


drummmm rolllsssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss

Ms H ....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 

hihihhiiiiiiiii....=)



Boleh juga aku makan ni....ubi kentang jadi sumber carbohydrate aku.

tidak pula rasa lapar dan boleh pon x makan nasi.

kalau nasi kompem aku menambah

SALMON kotttttt hahahhaa....=)

Thanks my wife sayang.

(H dah tak tahan bau kalau masak goreng-goreng di dapur. Jadi, bakar-bakar je sekarang kekekekeke....=))

Friday, September 19, 2014

Pizza Gemilang

Ukalohhhhh apehal entah lately aku balik-balik nak makam pizza.

Senalam berjaya juga aku makan hhahahha

Cumanya pelik sikit

Kalau aku beli pizza yang baru tu kan...satu pan harganya rm24.80 tapi kalau aku tambah lagi satu pan pizza yang biasa rm30.00 tax excluded.

Umakkkaihhhhh.  Kompem la aku beli 2 la kannnn hhahhaha.

Tapi kalau beli pizza selain dari pizza gemilang tu rm15 la....so kalau beli 2 pon jadi rm30. Cumanya x dapatla rasa pizza baru tu.

Ok, Pizza Gemilang tu akuuuu suuuuuuuka...!!!!!

Hhhhahaha

Tuesday, July 15, 2014

Bila Sang Suami Menunjukkan Taring di Dapur

Yeahhh turn aku masak juadah berbuka...low salt hi protein hi vegie hi fiber hi fruit dinner. Hahahaa. Panjang gila klasifikasi masakan aku tu kan. 

Menu hari ini ialah

Jengggg jengggg jenggggg......


Udon Ikan Bilis Black Pepper dan Fruit Punch hihihiiii...

Ok, aku kekenyangannn...syukur alhamdulillah. Maghrib Isyak Terawikh selagi mampu insyaAllah. 

Sunday, July 13, 2014

Ramadhan Buffet Dinner at G Cafe, Gaya Centre Hotel 2014


Tahun ini Ramadhan Buffet by Groupon.my dah tidak seperti tahun-tahun sebelum ini.

Hanya G Cafe, Gaya Centre Hotel ja ada promosi.

Sabah Oriental Hotel dan Ming Garden tak buat pula promosi untuk tahun ini.

RM40/pax (RM55/pax normal rate)



Semalam aku, H, wani, yuyun, sarah dan wani (MO) berenam memenuhkan gaster, merangsang pengeluaran hormon insulin dan mengakibatkan kekenyangan.



Makanan yang disediakan aku rasakan macam kurang pula kali ini sebab ini kali ketiga aku ke sini. Sekali steamboat dengan H dan sekali lagi lunch dengan family aku.

Nasi Bukhara
Satay
Kambing bakar
Ketam
Daging
Sotong celup tepung
Sayur
Kuewteow goreng
Ayam
Salad Bar
Ice cream
Dessert Stall
Marshmallow with Choco
Jeruk Buah
Teh tarik
Air Bandung
Air kosong

star rating 2/5

(aku suka makan kat sini tapi kali ini macam kureng pula kannn...sebab x rasa bebaloi dengan RM40.00 aku tu tauuuu hahahaha...=))  


Aisehmannnn...wani gerak-gerak pula. Ingat kemera handphone ni setajam DSLR ke apa...hihi.




Surau terletak di aras 3, sebelah kiri bangunan jika mengadap dari Suria Sabah.

Lepas makan, kami p shopping kat Suria Sabah.

Sempatla aku rembat 2 helai work shirt from Charlie


Singgah masuk ke Nature Republic sebab facial wash aku dah abes. Sekali yang aku pakai tu xda pula dieorg jual. Maksudnya kena g Seoul, Korea Selatan lagi la ni kan hihhiiiii

Ok. Suis Saving Onnnnn...=)

Thursday, July 3, 2014

Tawa Dalam Tangisan - Puan Puspawati binti Mohamed

Hari yang dinanti telah tiba.

Tawa Dalam Tangisan menjadi tajuk post hari ini.

Mempunyai kesinambungan dengan post sebelum ini iaitu Patah Tumbuh Hilang Tidak Berganti

Adat resam manusia biasa, Pertemuan dan Perpisahan menjadi rempah dalam resipi kehidupan yang perlu ditempuhi oleh setiap yang bergelar manusia.

Usah ditahan usah dihalang, Walau berat tidak mampu untuk dikendong, lepaskanlah, biarkan ianya pergi kerana pasti ianya terbaik untuk dirinya sendiri.

Bukan tugas kita untuk bermuram durja, Sudah menjadi siulan kata - kata Harimau Mati Meninggalkan Belang, Manusia Mati Meninggalkan Nama. Namun situasi ini berbeza dari yang mati. Tetapi meninggalkan anak-anak buah yang baru celik mentari.

Terkadang kita bersedih, Terkadang kita terkenang. Namun semuanya telah tertulis. Kita tidak mampu untuk mengubahnya tetapi kita perlu mampu untuk menerimanya.

Puan Puspawati Binti Mohamed. Nama indah sinonim diri di sini. Walau kemana pergi, tetap di kenali di serata bumi di bawah bayu ini. 19 tahun menabur budi di sini, namun kini dia melangkah pergi untuk dekat dengan famili. Jangan kita pisahkan kasih sayang ibu bapa kepada anak yang sudah lama merantau.

Seorang yang dedikasi berpekerti mulia diri.

Tahun 5 Julai 2010 titik pertemua aku dan Puan Puspawati. Khabar-khabarnya 7 Julai melapor diri di destinasi hati. Sedar tidak sedar sudah 4 tahun aku di sini. Terima kasih daun keladi. Kepada si empunya diri





Suasana ceria bercampur gembira seperti diada-adakan. Ianya sangat plastik, Manakan tidak semua bola mata berkaca dan merah. Masing-masing menahan diri dari mengalir.

Ucapan kalimah yang diberi tidak seperti biasa. Kali ini lebih berbentuk peribadi. Cerita masing-masing mengikut pengalaman diri. Bila ucapan yang dinanti-nanti. Mula lah mata seperti adanya hirisan bawang ditepi.

Aku dan H seperti biasa, cuba untuk tidak membawa diri ke arah kesedihan. Kami punya cerita kami sendiri. Terlalu berjasa untuk dinilai diri. Syukur Alhamdulillah punya ketua memberi warna dalam hidup ini.

Setiap cerita ada bab-babnya, setiap bab ada adegannya, setiap adegan ada plot-plotnya dan setiap plot ada memorinya.

Jasamu dikenang

Terima kasih segalanya.



Sunday, June 22, 2014

Gayang Seafood Restaurant, Kota Kinabalu, Sabah


Akhirnya, segala perancangan yang dirancang daripada perancangan yang telah dibuat bersama sahabat - sahabat berjaya direalisasikan dengan izin Allah.

Macam mana nak pergi ke Gayang Seafood Restaurant dari 1Borneo Hypermall...??

1 - Dari 1Borneo pergi ke arah kiri (memang kena kiri sebab sehala)
2 - Jalan terus sehingga jumpa simpang 4 yang mana kalau terus akan ke Bukit Sepanggar, ambil susur kiri
3 - Jalan terus sehingga jumpa bulatan, ambil pukul 3
4 - Jalan terus sehingga jumpa bulatan ambil susur pukul 9
5 - Akan nampak gerai-gerai yang terkenal dengan Lokan Bakar dan Kelapa Bakar.
6 - Jalan terus sehingga nampak INTAN SABAH di sebelah kanan
7 - Perlahankan kenderaan anda sebab Gayang Seafood Restaurant sebelah kiri tidak berapa jauh dari INTAN SABAH.
8 - Naik jalan mendaki bukit ke atas dan tadaaaa.....



Ruang parkir luas dan ada banyak tempat. Tapi parkir yang berdekatan dengan Ruang Makan memang selalu penuh. Tapi disebabkan aku dan H sampai awal ke sini seawal jam 6.00 petang, aku parkir depan restoren terus hihiiii.

Semasa aku dan H nak bergerak ke sini, ada aku jumpa Syafiq dan Farah. Aku ajak mereka berdua ke sini, Alhamdulillah, mereka nak join sekali. Dapatla makan-makan sedap sebelum Farah bersalin bulan Ogos nanti hihhii. =)

Disebabkan aku, H, Syafiq dan Farah sampai awal, kami pilih apa yang hendak dimakan, kalau lambat-lambat nanti, lambat pula makanan sampai. Kebulo aku nanti hahahha.

Jadinya, antara pilihan makanan laut ialah
1) Ikan Ayam Masak Stim Nyonya (paling last sampai..!!!)
2) Ikan Kerapu Masak 3 Rasa
3) Siput Tarik Rebus (2kg) - first time tengok first time rasa. Lazat.
4) Udang Masak Butter 1kg
5) Soft Shell Crab 1kg - aku suka yang ni. Superb.
6) Sayur Campur
7) Sayur Fat Choy Rebus - paling tak laku hahaha
8) 3 Jag Air Jus Epal
9) 1 Jag Chinese Tea

Total: RM 595.00


Makanan ini sangat berdosa kerana aku telah overdose makan oooooo hahaha =)

Sekali sekala ba kannn. 2 kali dapat pahala.



Inilah Siput Tarik yang best. Cara nak tarik isi siput tu dengan lidi cungkil gigi dan memerlukan teknik dan taktik yang betul. Kalau tidak, tak semua isi yang keluar dari perumahnya hihi.


Yuyun yang hebat mengeluarkan isi siput. Tahniah hahaha =)


Kesian kat nani ='(. Dia tak tahan makan seafood, tapi dia belasah juga. Dimulakan dengan gatal-gatal kat badan dan diakhiri dengan memuntahkan hasil kunyahan makanan tu huhuuu.Next time kita layan western je eh hihiiiii. Karim dan Daud steady je kannn hahhaha =)




Hoyeahhhh....Inilah keluarga aku di Sabah, Negeri di Bawah Bayu. Semoga tali persahabatan ini sentiasa bertaut walau apa pon yang terjadi.


Ok, apahal yuyun punya gaya pose sama je ni kan hahaha. Sebelah yuyun tu Dr Sarah, Housemate wani. Sebelum ni kenal kat Instagram je. Kali ni berjumpa di medan makanan hihiii.

Berserikan mukan nat. Nani pon berseri juga, Azimah apa tah lagi, Wani..?? mestila tak...!!! Stress abg balik tak hajakkkkk hahahhaha...=)

Tetiba...........!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!




Oh my dear friends. Kek Selamat Hari Tua Sweet Sour June, En. Nan, Pn. Azimah dan Cik Hasnani.

Dah kenyang makan seafood, cuba untuk mengisi kek adalah satu penyiksaan dan berdosa kepada perut hihiiiiii. Bak kata Jeldy masa kajian dulu. INSAF laaaa hahahaha.


Againnnnnn. Yuyun da senget gal bila kena ambil gambar hahahha

Ok guys, next week kita jumpa lagi

Assalamualaikum.

Thursday, June 19, 2014

Dinner ala Italia


Semoga Italy menang World Cup 2014 Brazil


Thursday, June 12, 2014

Ayam Bakar Sayur Hijau ala Isteriku


Yummilicious dinner malam niiii...=)

Thanks kepada insan bergelar isteriku

Sunday, June 8, 2014

BBQ & Karaoke - Post Mortem NHMS 2014

Buat pertama kalinya aku menghadiri majlis makan malam yang mempunyai aturcara yang best. Tak tunggu lama. Baca doa, terus makan. Masa makan ada wakil setiap kumpulan untuk berkaraoke. Habis makan rehat-rehat. Melepak. 9.30 habis acara. Balik. Hahaha. Bahagia aku. =)


Christine mendendangkan lagu yang best. Dapat no.3. Tahniah. 


Ayu dan 'keith foo' nyanyi lagu menghitung hari. Nyanyi versi cakap-cakap. Stylo oooo hihii. 


Boss IKU dan Project Leader bersama menyampaikan hadiah kepada pemenang karaoke. 


Thursday, June 5, 2014

Souq Garden, TH Hotel, Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah

Dinner aku arini bersama H di Souq Garden, Kompleks Tabung Haji, Kota Kinabalu, Sabah.

Aku beli promosi ini di Groupon dengan berharga RM35 untuk 2 orang.

Banyak kali sebenarnya aku dan H call untuk booking tapi tak pernah yang menjawab. Semalam aku  pergi Taha Hotel, terus buat booking kat sana. Senang cerita tapi buang minyak kereta aku je sebab nak booking angkara SOUQ GARDEN tak reti angkat telefon

Piss Off...!!!








Kami pilih Chicken Mandy Rice dan Chicken Beriyani Rice, Vegetable Soup (too salty), Mushroom Soup & Desert seperti diatas dan tambahan Hot Cappuccino & Pineapple Juice. Both drink: RM12.08.

Overall bolehlaaaaa. So Sooo..Tercapai juga la hajat aku nak makan makanan arab. Tapi macam kena cari yang lain je. Kat Cyberjaya tu. Macam best je kan hahhaa.

Next time...?? No no noooooo hahaha...=)

Tempat makan best la. Selesa. Nak tangkap gambar pon cantik. Siap ada singgahsana. Tapi dah kena reserved. Parking luas. Staff bagus. Layanan tip top. Makanan tu baaa...Kureng sket. Sedap lagi Mandi Rice abg edi buat ahhahahaha.

Nak try Ming Garden punya dinner buffet pula lepas ni hihihihi.

Yeaaaa....esok nak pergi Miri untuk kali kedua bagi tahun ini. hahahahaa. Merepek je kannnn. Kalau Seoul ok juga hahahaha. 

Marah aku kat AirAsia. Kualai Lumpur ke Seoul cantik da RM299, Seoul ke Kuala Lumpur RM913. Mampuihhhhh. Memang aku x beli la kannnn hahahaha.

Next trip ke Seoul via Manila. yihaaaaaaa. Murah dan jimat masa.