Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Labuan. Show all posts
Showing posts with label Labuan. Show all posts

Saturday, March 8, 2014

Kembara Labuan - Taman Damai


Taman Damai

Kat sini ada beberapa monumen bersejarah dan ada tempat untuk berehat sambil makan dan minum



Dalam kawasan Taman Damai ini ada gerai makan jual air kelapa, sayap ayam, sate, nasi dan lain-lain lagi. Tapi macam para penjual ni ada masalah sikit hahhaa. mungkin sebab persaingan perniagaan. Kalau order yang penjual tak jual. Jangan mimpila makanan tu nak sampai haha. Padahal boleh je pesan-pesan kan. Untung sama-sama. Rezeki datang dari Allah kot. Aku order ABC dengan sate je pon. Datang ABC ja. Sate kena tunggu pakcik jual sate ambil order. Masalahnya yakin gila makcik tu ambil order sate aku kan. Siap tanya berulang kali ni minta kepastian berapa cucuk nak order. Aduhhh sandiiiii. ABC: RM3.00, Sate: RM6.00 (60sen secucuk). H order air kelapa segar dari bijinya: RM4.00


Aku datang lagi sekali ke tempat ini untuk melawat apa yang ada kat Taman Damai, Pantai Layang-Layangan ini. Haritu tak sempat, rushing nak balik ke arah pekan sebab nak g airport. Sekali member g hotel naik teksi daaaa..... Kali ke-2 aku pergi ni, H tak ikut.


Monumen yang dibina oleh Kerajaan Jepun bagi memperingati perajurit mereka semasa perang dunia ke-2.


PEACE IS THE BEST



Seronok betul budak berdua ni bergambo hihi.. =)



TUGU PERINGATAN PERDAMAIAN


Cuma aku ada beberapa isu yang dibangkitkan semasa berada di tempat ini dan dibincangkan bersama-sama dengan kawan-kawan sebab masa aku ke sini H tak ikut aku.

Pihak Jepun telah menakluk Pulau Labuan dan diusir oleh pihak Australia. Surrender Point Memorial sebelah dengan Taman Damai. Monumen Taman Damai sangat besar dan kawasan yang luas. Bingung sekejap fikir sebab kalau ikut sejarah Jepun ni banyak melakukan kerosakan sepertimana yang tertulis pada Surrender Point Memorial. Mungkin sebab itu nama tempat ini Taman Damai. Maksudnya sentiasa aman damai makmur dalam kehidupan seharian. Walaupon Jepun banyak buat kerosakan di tanah melayu dan borneo, kena guna pakai peribahasa melayu, buang yang keruh ambil yang jernih. Sepertimana pada plak di Surrender Point Memorial - Lets We Forget.

Tidak semudah itu bagi para perajurit-perajurit yang mempertahankan kedaulatan kemanan negara kita. (aku rasa laaaaa)

Jasamu dikenang wahai pahlawan yang mempertahankan pertiwi

Kembara Labuan - Muzium Marin/ Marine Museum


Muzium Marin, pergi untuk kali kedua selepas hampir 2 tahun aku x menjejakkan kaki ke Pulau Labuan ini.

Tapi kali ini special sikit, dulu jalan ngan member bujang sekarang datang dengan isteri dan rakan-rakan muhaha

Tiada beza aku tengok dari segi tempat dan lokasi. Cuma aku rasa, tempat ini perlu ada pembaharuan dari segi landscape dan kecerian. Terasa seperti berada dalam suatu tempat yang agak sunyi dan tiada daya tarikan. Walhal, tempat ini merupakan salah satu tempat yang paling aku suka lawati. 

Muzium Marin ini terletak di dalam Kompleks Sukan Laut Antarabangsa Labuan


Masuk sahaja bangunan tadi kita akan dapat melihat ikan terjojol keluar dari batu konkrit. Keras terus haha


Tiada sebarang bayaran dikenakan kepada pengunjung. Cuma kena tulis nama pelawat. Kalau secara berkumpulan, wakil sahaja yang tulis.

owh yeahhhh.... ini adalah belangkas. Teruja aku ngan H hahhaaa


Boleh pula belangkas ni berkawan baik ngan shark kan. kena kokak kang baru tahu hihi


Ikan ni cantik tapi malu bila tahu aku nak ambil gambar dia


Ini adalah ikan buntal yang pelik. Biasa tengok bulat kat perut. Ini petak pula bentuk badan dia. hihi


Ini paling aku suka. LOBSTER. Apadahal. Sekilo pon nak dekat beratus-beratus dekat Pasar Pilipin. Kalau dah bela macam ni, beso gedabak. Aku rasa mahu dekat 3 kilo berat Lobster ni haha.


Ikan Singa katanya. Bolehla, bulu leher seakan-akan singa


Ini kalau pada papan tanda, dia tulis Trigger Fish. Betoi idak aku x tahu sebab cari-cari duri dia, x nampak pula. First time aku dengar nama ikan ni masa pergi Pulau Mabul haritu. Katanya, durinya sangat bahaya. Sakit kalai kena trigger.


Umang-umang laut. Hahahahaha....pandai-pandai je aku kan lalalalla. tak tahu nama dia. lupa nak tengok kat papan tanda kat akuarium


Selesai di timgkat bawah muzium, bolehla naik ke atas. Ada lagi pameran. Kat sini boleh nampak ikan dugong yang telah diawet. Ori beb hihi... =) Kat sini juga ada rangka ikan paus kot. Beso gila. 


Ikan nemo aka Clown Fish memang banyak tapi musykil aku sebab cari-cari tak jumpa pula gambar dalam iphone. mungkin tak ambil gambar nemo hahahaa... masihku ingat berenang bersama-sama nemo masa pertama kali aku ke Pulau Mabul bersama H.

Apa-apa pon, ini adalah tempat yang menarik untuk dilawati. Ala-ala Aquaria KLCC la kan tapi versi masuk percuma.

Nanti dah ada baby insyaAllah, aku nak bawa baby datang sini tengok ikan. Best... =)

Thursday, March 6, 2014

Kembara Labuan - Pantai Pohon Batu

Perjalanan diteruskan ke Pantai Pohon Batu

bergambar ramai-ramai, bersuka ria bersama-sama

=)

Berjalan tapi tak sampai hujung sebab panas terik mentari. Sunburn aku wehhh... dahla x berapa nak cerah. H memang balik-balik ajak balik haha.



Cantik pemandangan dari jauh... saujana mata memandang =)


Ni la Toyota Avanza yang kami semua sewa hihi... masih baru =)


Macam siput buat keychain


Kembara Labuan - Surrender Point Memorial

Selepas Chimney aku bergerak menyusur pantai ke Surrender Point Memorial yang terletak bersebelahan dengan Taman Damai. Pantai Layang-Layangan nama pantainya tu.

Tempat ini merupakan tempat bersejarah bagi negara kita di mana disinilah tentera Jepun mengangkat bendera putih.



Sejarah berkaitan tempat ini seperti di bawah:






LETS WE FORGET ....!!!

Peace

Wednesday, March 5, 2014

Kembara Labuan - Chimney dan Muzium Chimney



Selepas melawat Muzium Labuan, kami semua bergerak ke Muzium Chimney.

Tempat ini unik. Dinyatakan di dalam muzium ini bahawa terdapat beberapa lorong bawah tanah di beberapa tempat sekitar labuan untuk mengambil arang batu. Salah satunya ada berhampiran muzium ini. Kami pergi tengok separuh jalan sebab tidak boleh masuk menaiki kereta. Malas nak menapak. Nanti hitam hahaha. Panas betul kat pulau ni. Bahang.



Inilah CHIMNEY


Fakta-fakta menarik tentang CHIMNEY ini.


Dilarang memanjat. Strictly no climbing hihi.

Update: Aku and the gang (tanpa H pula tu haishhh) datang lagi ke sini pada 5 Mac 2014 hihi
Baru perasan muzium ini ada 2 tingkat rupanya
Bahagian atas banyak menceritakan berkenaan Chimney tersebut



Muzium ini buka setiap hari kecuali Hari Raya Puasa dan Hari Raya Haji


Kembara Labuan - Muzium Labuan / Labuan Museum


Setelah selesai makan tengahari, H, aku dan kawan-kawan menapak ke Muzium Labuan tidak jauh dari Restoren Warisan Kari Kepala Ikan. Berhadapan Labuan Square, bersebelahan Pejabat Pos.

Tidak dibenarkan sesiapa untuk mengambil gambar di dalam muzium ini. Muzium ini menggambarkan sejarah Pulau Labuan. Menarik untuk kita mengetahui sejarah di Labuan kerana ianya melibatkan cerita Perang Dunia ke-2 sehingga Pulau Labuan menjadi Wilayah Persekutuan Labuan.

Restoren Warisan Kari Kepala Ikan, Labuan

Selesai check-in di tempat penginapan, kami semua pergi mencari restoren yang dicadangkan oleh kawan kami yang berkhidmat di Labuan ini

RESTOREN WARISAN KARI KEPALA IKAN



Sedap masakan kat kedai ni cuma ikan patin yang aku makan ada bau sikit. Gatal nak makan ikan patin kan. Dekat pulau, makanla makanan laut. Apadaaa.....

Yang menarik kedai ini minuman ambil sendiri dan telah disediakan. Ada cendol, jus tembikai, air teh bunga. Macam segelas tu RM1.50

Total aku makan RM9.00 hihi.

Rent a Car/ Sewa Kereta di Labuan


Sewa kereta di Labuan pada kali ini melalui Grendline Car Rental 019-8016865 En. Salim Lamat

Aku sewa Toyota Avanza dengan kiraan jam berjumlah RM90 + RM20 minyak petrol. 

Sama seperti di Miri, pulangkan mesti seperti mana takuk petrol semasa diberi hihi

Beta Service Apartment, Labuan Financial Park, Labuan


Holla labuan.

2 Mac 2014, Ahad, 9.46 pagi aku dan H serta rakan-rakan sekerja sampai ke Wilayah Persekutuan Labuan untuk menghadiri taklimat dan latihan.

Sebelum ke labuan, aku telah menempah sebuah kereta sewa untuk aku dan H jalan-jalan sekitar Pulau Labuan. Setibanya kami di airport, kawan-kawan aku pon nak join. Telefon balik brother tu dan minta tukar dari kereta kancil ke Toyota Avaza baru hihi.

Sejam jugala menunggu sebab nak tukar balik kereta sebab brother tu dah hantar orang ke airport. So dia kena patah balik belakang tukar ke Avanza

Selesai tandatangan borang nak sewa kereta dan bayar sewa kereta. Kami semua bergerak ke Beta Service Apartment, Labuan Financial Park dengan bantuan Waze haha. Tiada map dalam kereta ooooo hihi.


Apartmemt ni terletak sebelah Ujana Kewangan. Dekat Shopping Complex. Jadi, mudahla nak beli coklat murah-murah kan hihi.

Syukur Alhamdulillah aku ngan H dapat bilik yang sama. Ini pertama kali aku menginap di hotel atas sebab kerja bersama-sama dengan H. Ingatkan kami kena tinggal asing-asing hihi.

Dalam rumah ini ada 3 bilik, 1 bilik katil queen, 1 bilik twin sharing, 1 bilik single. Dan, aku sorang-sorang lelaki dalam rumah ni haha... =)









Nahhhhh...tengok kadar sewa sehari. Ok, aku pengsan hahahhaha.

Kami semua simpan beg cepat-cepat dalam bilik masing-masing terus berkumpul di Lobi BSA dan terussss jalan-jalan.... yi haaaaaa.... =)


Tuesday, March 4, 2014

Maswings : Wings of Love



Alhamdulillah, for the first time..!!!!!

Akhirnya dapat juga aku terbang bersama-sama Maswings. 

Comel je kapal terbang ni. 

Pilot dan Peramugara masing-masing ada dua orang sahaja. 




Tutup windscreen pakai newspaper je ya hihiii... =)



Tempat simpan luggage adalah kecil ya. Hihiii. Comel la katakan


Pengumuman keselamatan guna TV kecik uols. Tapi dia punya kata-kata bikin lucu ja hihi


Dapat makan dan minum ni ja tau. Uhuuuu


Panduan Keselamatan ATR 72-500


Perjalanan dari kota kinabalu ke labuan hanya mengambil masa 30 minit

Dia punya landing seram oooooo hihi

Tapi bila mengenangkan kapal terbang pon comel, tayar pon kecil mungkin agak mencabar bagi pilot untuk mendaratkan kapal terbang aku hihi

Kenapa aku ke labuan..??

Aku berkursus....!!!!

Dan.... Jalan-jalan labuan yawww...

Hihi... =)