Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Eid Mubarak. Show all posts
Showing posts with label Eid Mubarak. Show all posts

Monday, August 18, 2014

Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 16 Ogos 2014

Alhamdulillah, Sabtu lepas, (1.00 hingga 6.00 petang) selesai Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri kami berdua tahun ini.

Persediaan dibuat agak lama. Hampir dua minggu hihiiiii.

Malam tu H la jadi orang paling sibuk dalam menjayakan majlis ini.

Aku tak tahu nak bantu apa sebab kekok sikit di dapur muhahahhaa.




Nasi himpit mini adabi =) lama juga H rebus. kataya nak betul-betul masak untuk mengelakkan nasi himpit ni cepat rosak.


Kacang dan ikan bilis goreng.


Sambal Ikan Bilis yang super pedas. Sedapppppp ....=)


Rendang kerang yang limited. Sorry bagi sesiapa yang tak dapat rasa sebab limited. hihiiiiii.
Tahun depan boleh buat banyak lagi hihiiiiiii.



Tetamu pertama kami. Hasnani. nani balik kampung hari tu. Nasib sempat dia sampai dan makanan pon ada yang dah siap so sempat juga jamu dia makan sebelum bergerak balik kampung. =)


Tetamu-tetamu seterusnya Wani, Azimah dan Nat. Nasib la diaorang ni datang awal. Boleh juga bantu membantu H di dapur untuk penyediaan makanan. Nak harapkan aku ?? Makan pandai la hihiiii.


Serius ajimah potong kek hihiiii. Tahap fokus yang tinggi.


wani yang ceria membantu kami berdua. Padahal baru lepas dating. Memangla ceria kan hihiiiii.

 

Taraaaa.....siap sudah hidangan kami
1) Nasi Himpit
2) Kuah kacang
3) Rendang kerang
4) Nasi Lemak
5) Sambal ikan bilis
6) Ikan bilis dan kacang goreng
7) Telur rebus
8) Timun jepun (zuchini)
9) Bubur pulut hitam
10) Buah Nenas dan anggur (azimah sponsor)
11) Kuih raya (sponsor oleh wani dan nani)
dan banyak lagi makanan-makanan yang disponsor oleh kawan-kawan ku. Terima kasih daun keladi, semog Allah balas jasa budi. Amin.





Sessi tetamu yang datang membantu makan hihiiii. Thanks ya wani, ajimah ngan nat membantu kiteorang =)


bekas housemate H dan pengganti H kat rumah sewa lama H.


Adam sekeluarga =)


Suka mikael haaa dengan wani hihiiii.




Maslia dan puterinya serta Chin =)


Adam. Intan dan Hakim


Acap dan wan sampai juga. Walaupon jauh tetap hadir. Thanks.


Abang Ocen dan famili juga memeriahkan majlis aku. Best-best ada sepupu datang beraya.


Hye. My name is Keyla.


Officemate H. Cik Norehan dan kawan dia.


Perbincangan yang hangat oleh acap tatkala anak saudara aku tidoq...!!! hahaha.


This is Brasillllllllllllllll................ =)

ya, kawan-kawan perantau. Shahir, Mat, Syafiq


Jaar =)


Jemput makan uolsssss =)


Shahir dan Mohar =)

Shahir dah nak balik semenanjung. Sob sob sob =(




3 gambar di atas hanya memfokus kepada kek puding roti yer. Bukan perut wan ataupon peha dia hahahahaa..=)


Mikail suka kakak yang mana ...??
M:Yang ni ... (tunjuk kat wani)
Kenapa..??
M:kakak cantik

yang ni (tunjuk kat nat)
M:Kakak tak cantik

yang ni (tunjuk kat ajimah)
M:kakak buruk

oh my god.....

HAHAAHAHAHAHHAHAHAHAHAA...=))))))))))))))))))))))

PENAMBAHBAIKAN:

1) Duit raya untuk kanak-kanak yang hadir

InsyaAllah aku nak buat lagi tahun depan dengan Izin-Nya =)

Thursday, July 31, 2014

Hari Raya Ke-2


Bangun pagi, mandi-mandi, solat subuh pastu tido balik. X bagus, x bagus hahahaaa. 

Pastu tidur aku dikacau oleh Hana dengan Nawrah. Grrrrr... Boleh pula dia tarik kaki aku. Ni H la ni suruh hahahaa. 
Punya malas aku nak bangun. Sekali Hana bawa solivite sebagai sarapan. Yela-yela...aku pon bangun dan minum sampai habis muhahahhaa. 

H g siapkan sarapan pagi untuk satu keluarga.

Kemudian seperti yang dirancang kami semua tunggu misbah sampai dulu di rumah kemudiannya baru bergerak ke Kampung Sungai Buluh yang dekat Bukit Rotan tu. 

Aku & H berjaya kidnap Hana dan Hada naik kereta yang aku pandu hihiiii.

Seperti biasa, ude (H) melayan kerenah budak berdua ni sambil-sambil tu tangkap gambar hihiiiii. 

Hada sebelah kiri dan Hana (kakak) sebelah kanan. 






Dan akhirnya.....


Tidur hahahhha...comel-comel hihiiiii. 

Nak dekat sampai rumah Angah Sungai Buluh, budak-budak ni terjaga sebab ude pasang lagu dalam cerita Frozen. Apa benda tah bait-bait liriknya. Yang aku tahu ada 'snowman...' Hahahaha. 

Timing baik punya dengan kak la. Sampai sama-sama sebab kak la datang dari umah abg edi di klang. 


Baby Sofeya Humairah in da house yawww...


Aku suka datang sini sebab rasa dialu-alukan hahahaha. Macam tu. Dah 2 kali dah aku datang sini. Mula-mula dulu selepas kenduri kahwin aku dengan isteri. Eh2...dengan H. 

Sihat dah Angah Laki ni. Haritu macam sakit-sakit aku tengok. Raya kali ni dah sihat. 

Makanan...?? Ermmm sambal kerang memang superb. Aku bukannya suka kerang pon. Tapo menambah jugala kekerangan dalam piring aku hahahaha. 


Comelkan Hada. Pandai dia bergambar, memosing. Agak photogenic hihi =) Lawa wa Chantek sungguh ude sebelah Hada tu kan hihiiii. Dia Isteriku. H. 

Dah siap beraya semua, Din dan Fae siap-siapkan anak-anak semua untuk bertolak ke Johor. 


Sedih muka kakak. Peace pon macam kerna terpaksa oleh ude. 

Kemudian kami ke rumah kawan misbah dan terus pulang balik rumah. 

Malamnya untuk pertama kali aku mengimamkan solat jemaah kat rumah ni secara beramai-ramai. (Apadaaaa namapon jemaah). Manakan tidak. Biasanya dengan H sahaja hahahaaa. Ni pula dengan adik-adik ipar dan mak mertua hahahaa. =) 





Wednesday, July 30, 2014

1 Syawal 1435 : 28 Julai 2014 : Hari Raya Berdua Bersama


1 syawal menjelang tiba,
Selesai mandi solat subuh bersama,
Memohon maaf kita bersama,
Rangkum semua agar kosong-kosong semula. 

Janggal sungguh ke dapur terasa,
Berbaju baru hensem dan canthek terasa,
Makan juadah alas perut bersama ayahanda dan bonda,
Kemudian ke masjid solat sunat hari raya. 


Usai solat taman perumahan dironda,
Tunjuk surau tunjuk semua,
Sampai rumah senyum gembira,
Pohon kemaafan pada ayahanda dan bonda. 

=============================

Ewah2 berseloka di hari raya pula kannnn

Hihiiiii. 

Hari ini hari bersejarah bagi aku dengan H menyambut hari lebaran bersama. 

Selesai solat dan makan2 petangnya raya kami pulang ke kampung Parit Nibong, Rungkup jumpa opah dan sanak saudara sebelah abah. 



Malamnya selepas maghrib aku ngan H balik ke sungai besar pulang beraya ke rumah H pula. Balik awal sebab kakak H nak balik johor esok hari. Rugi pula rasanya kalau balik awal pagi raya kedua. Bukan buat apa pon malam2 raya kan hihiii. TOLERANSI =)

Serius best berhari raya bersama insan yang bergelar isteri =) syukur alhamdulillah.