Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Cave. Show all posts
Showing posts with label Cave. Show all posts

Monday, June 16, 2014

Gua Niah, ke sini kembali


Awal pagi lepas sarapan pagi di kawasan sebelah Bintang Mall kami semua bergerak menuju ke Batu Niah untuk meneroka keindahan alam ciptaan maha agung maha pemurah lagi maha mengasihani. 

Alhamdulillah kali kedua aku ke sini. 

Tapi kali ini aku hantar kawan-kawan sahaja.


Tempat wajib nak check in kalau datang kat sini hihiii


Signboard kat tempat bangunan pengurusan yang lama


Jeti yang dulunya licin dan kini kering bila kami ke sini. 


Happy dieorg semua seberang sungai yang ada buaya hihi. 


Takla jauh mana kot antara dua jeti ni hihii


Jeti yang jauhnya sepelaung suara. 


Gambar yuyun dan ayu, ehsan dari audrey hihii. 

Cumanya semasa aku berada di bangunan pengurusan yang lama ramai pelancong pelawat yang datang ke sini tidak mengetahui yang mana jika nak masuk taman negara ini perlu
1) Beli tiket masuk berharga RM10.00 di bangunan baru berwarna hijau sebelah pintu masuk pintu gerbang utama. 
2) Lokasi jeti yang tidak mempunyai penunjuk arah yang jelas
3) Kurang pekerja untuk membantu para pelawat dan pelancong.

Tidak semena-mena aku dan H memjadi perkerja Taman Negara menunjuk arah dimana hendak beli tiket dan ke mana arah menuju ke jeti untuk ke Gua Niah. 

Sekembali rakan-rakan ke pengkalan, semua muka letih tapi kepuasan terpancar dari cerita-cerita pengalaman ke Gua Niah. Semoga kalian dapat menyaksikan gambar dalam buku sejarah dan geografi masa nak ambil PMR dengan kanta bola mata masing-masing dan keindahan alam ciptaanNYA. Semoga pengalaman ini menjadi kenangan terindah buat semua. 

Saturday, February 22, 2014

Kembara Miri, Sarawak - Day 3 - Taman Negara Niah / Niah National Park


Hari yang ditunggu-tunggu telah tiba. Akhirnya sampai juga aku di Gua Niah. Sebelum ini tahu dan nampak di buku teks Geografi je kan haha

Awal juga aku bangun sebab janji dengan kawan H (kawan di universiti dulu), pukul 6.30 pagi  dah nak gerak ke Gua Niah naik kereta dia. Sebab tu aku sewa kereta sehari ja hihi

Agak jauh perjalanan ke gua niah. H siap tidur-tidur lagi kan

Ada blogger cakap 90km dari bandaraya Miri

Sampai di sini kena mendaftar dan bayar  tiket masuk taman negara RM 10.00 seorang

Design tiket dia sama ja dengan tiket nak masuk Taman Negara Lambir Hill


Lepas mendaftar kita perlu menuju ke kaunter pemeriksaan tiket, tiket tadi akan kena cop. 

Sesiapa yang terlupa bawa lampu suluh boleh sewa di sini ya. RM 5.00 seketul


Jadi, dari jeti di kaunter tadi kita perlu untuk menyeberangi sungai tersebut. Dekat je pon. Tambang bot sorang RM 1.00 sehala. 


Masa kami sampai hujan turun. Licin betul masa nak turun dari jeti ke pelantar nak naik bot. Terbrek-brek kaki aku kan


Naik bot ni pon tak sempat nak feeling-feeling Jack dengan Rose hahaa


Signboard ini adalah kelakar haha. I love u is prohibited ya haha


Camni trek perjalanan menuju gua niah. Ingatkan kena ikut trek mencabar, sekali ada jalan cantek daaa


Gua Dagang:


Gua dagang ni tempat tinggal orang yang pergi mengambil sarang burung dalam gua niah. Peraih akan tunggu di sini. Tempat ini juga dijadikan tempat tinggal sementara bagi penuai sarang burung


Lobang Kuala:


Tempat arkeologi yang menjadi bukti wujudnya satu hubungan manusia dan alam semula jadi


Ini rumah tempat tinggal pengkaji artifak di gua niah:


Bermula perjalanan gelap masuk ke dalam gua niah. Tinggi ooooo


Kat sini kita boleh nampak buluh yang dijadikan tiang untuk mengambil sarang burung dan kelawar. Stalaktit dan stalagmit yang cantik. Indah sungguh ciptaanNYA



Painted Cave:

Ada lukisan bewarna oren yang dilukis lada dinding gua



Kembali ke pangkal jalan hahaa. Hampir 1 jam lebih aku rasa nak masuk dari sini ke painted cave dan kembali semula ke sini


Fauna yang aku jumpa:




Sampai kembali ke jeti, kami pergi ke muzium gua niah. Sekali terputus bekalan elektrik daaa


Rehat-rehat sekejap dan kami pergi ke jeti bot dan balik ke seberang

Jangan lupa bayar tambang bot ya hihi


Ini horror lagi menakutkan ya. Nasib tak nampak bujang senang masa seberang sungai tu kan hahaha


Perjalanan kali ini memberi satu pengalaman yang baru dan tidak dapat dilupakan

Masa hendak memulakan perjalanan H jatuh tergelincir. Senak susah bernafas dia. Sampai ke hari ini tak hilang-hilang. Kesian H huhuuu

Aku pon sama..!!!!!!

Aku tergelincir masa hendak turun tangga semasa perjalanan dari west mouth ke trade's cave. Nasib masa aku jatuh tangga tu aku tak pegang tangan H kuat-kuat. Kalau tidak, dengan H sekali jatuh tangga. Nasib juga masa aku jatuh tangga tu aku tak slide orang depan aku juga. Sakit bontot aku..!!!! Tapi imej dan kejantanan kena jaga. Maintain: 'ok ok, aku ok, tak sakit' hahahaha. 



Walaupon kasut aku ni untuk outdoor tapi tetap licin huhu. 

Dah habis grip dia mungkin. Ye la, Gunung Kinabalu, Bukit Tun Fuad Stephen, Seoul, Korea, Lambir dan Gua Niah aku tibai kasut ni. Belum lagi buat kasut jogging kan haha

Keperluan hiking:
1) baju dan seluar yang sesuai
2) kasut yang grip (ada ja aku tengok orang pakai selipar...mesti pakai asadi kan hihi)
3) lampu suluh. (Dalam gua sangat gelap)


Next Trip: GUA MULU yawwwww

Hahahahha......

Alhamdulillahhhh. Sampai juga aku dan H  ke sini. H banyak kali dah ajak g sini. Tertunai juga akhirnya hajat dia =)