Alhamdulillah ...=)
Search This Blog
Showing posts with label Marriage. Show all posts
Showing posts with label Marriage. Show all posts
Tuesday, December 29, 2015
Saturday, December 27, 2014
1st Anniversary
27 Disember 2013 - 27 Disember 2014
Syukur ke hadrat Allah atas nikmat yang dikurniakan dapatlah kami berdua menjalani hidup berkeluarga walaupon waktu permulaannya agak lambat tatkala umur menjengah 30 tahun hihiii =)
(macam 1st time je aku upload gambar aku kat dalam blog ni hahaha...=D)
Semoga Allah memberkati perkahwinan kami ini dan mendapat limpahan nikmat dan kurnia yang tidak terhingga kepada kami insyaAllah. Semoga baby dalam kandungan H sentiasa sihat dan memiliki keperibadian terpuji, soleh solehah serta mempunyai pemikiran yang bijaksana dan sentiasa mendoakan kesejahteraan hidup kami berdua di dunia dan di akhirat samada kami masih hidup ataupon kami telah mati. 5 Mei 2015 dijangkakan akan lahir permata hati kami insyaAllah. Semoga jodoh ini berpanjangan hendaknya. Amin.
Tuesday, November 11, 2014
11 NOVEMBER 2014
Hari ini hari selasa 11 November 2014.
Satu tarikh yang tidak akan aku lupakan yang menjadi satu kluster memory yang perlu defragment supaya ianya menjadi satu data yang teratur dan tersusun selamanya.
Hari ini, atas ilmu yang diberi pinjam oleh Allah kepada Doktor dan Jururawat, Tarikh ini merupakan satu tarikh di mana aku akan menimang 2 cahaya mata =)
Namun begitu, semuanya telah tertulis sejak azali lagi.
5 bulan 4 minggu 1 hari yang lalu, memberi kesan yang mendalam kepada aku.
Pengalaman mendewasakan fikiran, mematangkan jiwa dan menjadi sejarah hidup bagi aku dan H.
Dengan diagnosis Delayed Misscariage, pengalaman itu ada aku coretkan di blog ini
Jika pada 5 Mei 2014 yang lalu, Melalui medium seorang doktor, Allah memaklumkan kepada aku dan H yang mana twins kami memang dah tiada. Tetapi dengan kuasa Allah juga memberikan semula kegembiraan kepada kami berdua yang mana H sekarang sedang mengandung yang mana tarikh dijangka akan bersalin pada 5 Mei 2015.
Aku tidak kisah tentang tarikh tersebut tetapi, aku panjatkan doa kepada mu Ya Rabb agar mengurniakan aku dan H anak yang soleh/ solehah, boleh mendoakan kesejahteraan kepada kami samada masih hidup ataupon setelah tiada, seorang yang memiliki sifat-sifat terpuji, sihat tubuh badan cerdas pemikiran dan menjadi seorang yang berguna untuk agama dan masyarakat dengan berlandaskan ISLAM, seornag pemimpin yang hebat dan niat hanya untuk mendapat keredhaan mu Ya Allah.
Alhamdulillah sehingga ke hari ini, pemeriksaan di klinik tiada masalah. Cuma H suka muntah-muntah di awal pagi dan sudah semestinya aku tak sedar langsung kekekekke. Maafkan saya.
Bau masakan dapur menjadi musuh dan spray febreeze menjadi teman.
Independant seperti selalu.
Setelah apa yang berlaku, aku tidak terlalu berharap kerana takut keciwa lagi tetapi jika ada rezeki aku dan H menimang cahaya mata aku bersyukur kepadamu Ya Allah.
Ini kali pertama aku coretkan di sini tentang kehamilan yang baru ini.
Sekarang, umur kandungan 14 minggu. Jauh lagi perjalanan. Semoga H sentiasa sihat dan positif sepanjang kehamilan ini.
Kepada twins appa ngan ibu, walaupon kita tidak pernah bertemu, kami berharap agar tunggulah kami nanti di sana yang kekal abadi ya. Will always love and remember both of you.
Assalamualaikum
Labels:
Marriage,
Perkahwinan,
Pregnancy,
Wife,
Wifey
Thursday, November 6, 2014
Lemonade Sauce Salmon with Baked Potato Cinta Sayang
Umakaihhhhhhhhhhhhhh
Kata kawwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwwww
Inilah hidangan makan malam aku malam semalam oleh chef terkenal dan tersohor diserata hati aku iaitu
drummmm rolllsssssssssssssssssssssssssssssssssssssssss
Ms H ....!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
hihihhiiiiiiiii....=)
Boleh juga aku makan ni....ubi kentang jadi sumber carbohydrate aku.
tidak pula rasa lapar dan boleh pon x makan nasi.
kalau nasi kompem aku menambah
SALMON kotttttt hahahhaa....=)
Thanks my wife sayang.
(H dah tak tahan bau kalau masak goreng-goreng di dapur. Jadi, bakar-bakar je sekarang kekekekeke....=))
Sunday, September 28, 2014
Hari ini Hari Ahad 28 September 2014
Pagi ahad yang pelik.
Usai solat subuh aku tidur di hadapan tv beralaskan karpet bertilamkan lantai jubin.
Mungkin aku belum lagi recover dari sakit belakang yang panjang. Selepas drive dari KK sehingga 13km lagi ke sempadan Kuala Lurah, Brunei. Sambung all out menganjurkan Sambutan Minggu Penyusuan Susu Ibu Sedunia Peringkat Daerah Kota Belud 2014, terus ke Kudat untuk Poster Presentation untuk Kolokium Kesihatan Awam Kali Ke-9 dan aku hanya membenarkan badan aku rehat selama 2 hari yakni hari ini dan semalam sebelum menghadiri kursus Demontrasi Masakan di UMS esok dan lusa. 1hb ni aku balik kampung untuk rehat kosongkan minda tenangkan jiwa insyaAllah.
H: Awak, jom kita makan
Aku: Jom jommmm (bangun tidur)
H: jom makan luar nak makan tosai
Aku: owhhh..jom jom.
(pinggang dan vertebra masih lagi sengal-sengal)
Aku pon siap-siap mandi manda dan solat sunat dhuha. Usaha untuk membuka rezeki
Kami berdua ke kereta dan aku pon memandu. Tetiba selera H bertukar menjadi lebih hebat. Nak makan mee kolok. Oh maiiiiiiiiiiii. Mana nak cari hahaha...Mujur di area rumah aku ada kedai orang sarawak. Eh2 bukan, H tak nak makan mee kolok tapi dia nak makan Ngau Chap hihiiiii. Sila sebut nama makanan pula H ni kann hahhhaa.
Ngau Chap ini adalah makanan yang pertama kalinya aku makan di Keningau. Ngau Chap ini sangat terkenal dan macam berasal dari Keningau. Betul ke tak, aku x tahu sebab kalau sembang-sembang dengan kawan. Asal ngau chap mesti keningau, asal cakap pasai keningau mesti sebut pasal ngau chap hihiiiii.
Di Kota Kinabalu ada sati kedai makan yang specialtynya ialah Ngau Chap. Terletak di kawasan OUM Kota Kinabalu.
Nur Sakira Cafe Keningau Ngau Chap
ya ianya HALAL
Board Menu Keningau Ngau Chap
H order Kon Lao Men Ngau Chap ataupon sebutan laju-lajunya ialah konomen ngau chap hahahaha...patutla H nak makan mee kolok, mee nya pon macam mee kolok hahhaha. Ok, H x tersilap rupanya hihiiii.
Ngau Chap Special aku muhahahhaha...sangat berkolesterol hahahhaa.
Ngau Chap ni bagi aku sedap sebab sup nya sangat rasa daging dan dagingnya sangat lembut dan empuk. kalau dapat cili kicap lazat niiii.
Cafe ni waktu operasinya singkat. Sampai pukul 3 petang sahaja.
========================================================================
Selesai makan aku ngan H menuju ke Maybank dan CIMB Kampung Air untuk menyelesaikan segala hutang yang berkaitan dan menjadi rutin biasa untuk aku dan H bila pulang ke kampung. Ikan Bilis Udang Kering di Pasar Besar Kota Kinabalu hihiiii.
sempat jugakla g beli Ulam Raja ngan Pegaga
===================================================================
Alang-alangkan, aku terus ke Centre Point. Seperti selalu aku ke Kaison. H beli spek mata budak2 untuk anak-anak saudara kat kampung nanti hihihi.
Singgah beli Croissant YOYO Cafe yang sedap itu hihiiii
Sebelum itu, aku ngan H ke Proton, Api-Api Centre. Saja nak survey2 kereta tengok Proton Iriz n Suprima. Cool juga tau hihiii.
=================================================================
Selesai semua aku ngan H bergerak ke Parkson Plaza Wawasan. Seperti biasa, AJK Kebajikan yang melantik diri aku sendiri ini menugaskan diri aku untuk membeli hadiah perkahwinan 2 orang rakan sekerja dan hadiah sorang rakan sekerja yang mendapat cahaya mata yang pertama iaitu wan hihiiii.
Seperti biasa, hadiah berdasarkan kutipan.
Supiati dapat Cadar + Induction Cooker
Maggie dapat Iron mahal gila
Wan dapat seat baby nak makan...comel hihiii
Kemudiannya aku ngan H g makan KFC. Lapar sangat sampai rasa nak muntah & pening-pening. Cari barang hadiah sampai lupa nak makan. Not Good...!!! Tak Bagus Begitu....=(
Sian H huhuuuu.
Chicken Chop with Rice yang tak sedap hahhaa
Hidangan tidak sihat kami hahaha...
Harapan agar ada food court di Plaza Wawasan satu hari nanti.
Balik rumah terus rasa nak baring-baring sambil tunggu jam 9
PASTI BERJAYA DI AKADEMI FANTASIA
OOOOOOOOOOOOooooooooooOOOOOOOOOOO
hahahahhahaha................=)
i need rest.
Sunday, July 27, 2014
Misi Mencari Baju Raya Syawal 1435
Oyeayhhhhh (mcm biasa yuyun cakap)
Hahahhaa....
Misi ini bagi mencari baju melayu a.k.a baju raya aku untuk tahun ini.
Baju raya H dah lama dah siap jadinya aku ngam H mengerakkan Ops Baju Raya dan seperti biasa aku bukan seorang yang mudah untuk membeli sesuatu yang bukan menjadi pojaan hatiku.
Misi dimulakan dengan malam pertama aku di kampung isteri dengan mengorak langkah menginjak pedal minyak kereta abah mertua i10 comel menuju ke Stadium Sungai Besar. Perghhhh, meriah. Ala-ala uptown danau kota.
Adala dua tiga kedai yang mempunyai baju melayu yang berstatus boleh laaaa kemudiannya memcari-mencari dan mencari tetap tiada yang menarik hati.
Lain yang dicari lain pula yang dapat haha...H pula yang membeli tudung macam-macam, seluar, baju, kerepek-kerepek, kacang dan kekacang serta asam jeruk. Aku..?? Nyarunnnn.
Jadinya semalam sebelum bergerak ke rumah aku. Aku ngan H pergi Pari Textile Sungai Besar.
Kat sini ada sedikit sinar harapan bila aku memilih 3 helai baju melayu untuk di cuba.
Risau aku kalau kalau saiz XL x muat. Bukan bajunya tapi seluar. Kalau baju L pon aku muat.
Pakai je terus rasa suka sebab aku suka baju melayu yang bukan jenis tipikal baju melayu yang satu warna. Rasa macam semua orang pon pakai baju melayu sama dengan aku hahaaa.
Yes, setelah aku pilih baju melayu ni, aku p cari kain pelekat yang ala-ala padan matching mematching untuk disarungkan bila tak pakai seluar baju melayu tu.
Kes baju melayu aku warna biru sentiasa diingati. Angkata kain pelekat takda yang matching, lama juga aku tak pakai baju melayu tu hahaaaa.
H menambah koleksi baju kurung cotton dan tudungnya di sini hahaha.
Raya tahun ini sungguh bermakna bagi aku ngan H. Kalau raya lepas masih bujang, tahun ni berkahwin, tahun depan mungkin ada baby hihiii insyaAllah. Aminnnn.
Selamat Hari Raya AidilFitri Maaf Zahir dan Batin
Saturday, July 26, 2014
Ramadhan 1435 Hijrah/ 2014
Hari terakhir ramadhan. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan insyaAllah.
Berterawikh hari terakhir ramadhan tahun ini di kampung halaman bersama H.
1st time dia solat kat masjid ni hihiii.
Abes terawikh sambung kemas rumah. Yihaaaa... =)
Wednesday, July 23, 2014
Its Syawal..!!! We're Coming Home
Alhamdulillah,
Selesai urusan check in luggage berjumlah 46.8kg + 5kg udang harimau hahahhaa.
Mak aihhhh. Berattt oooooo.
Pertama kali aku & H pulang menyambut aidilfitri berstatus suami yang hensem dan isteri yang chantek =)
Muhahahahaa.
#prayforMH17
#prayforMH370
#prayforgaza
Semoga perjalanan ini mendapat restu dan rahmat Allah. Selamat pergi dan selamat juga kembali nanti.
Babai wani, babai yuyun, babai nani yang demam. Weols duluan =)
Labels:
Aidilfitri,
AirAsia,
Holiday,
KKIA,
Marriage
Thursday, July 17, 2014
Patah Sayapku Patah
Hari Isnin baru ni ada Sambutan Nuzul Quran di Masjid Negeri. TYT Tun pon datang ke majlis tersebut.
Alhamdulillah, seperti biasa aku dan H pergi ke Masjid Negeri untuk Solat Isyak langsung Solat Sunat Terawikh.
Selesai Solat Sunat Terawikh aku pon pergi la ke arah kereta aku. Lama aku tunggu H. Tetiba aku ternampak kanopi ada jamuan moreh. Aku pon p join the jemaah minum air.
Haisshhh mana H ni..??
Aku pon kembali ke kereta.
Aku ambil iphone aku then H 2x missed call
Pastu aku call semula, rupanya H tak jumpa kereta.
Spek kesayangannya patah tangkai dia.
Aku pula terus mencari kat sekitar parking tapi tak jumpa.
Tetiba H datang dari arah Wisma Muis. Mak aihhhh punya juah dia jalan ke situ.
Kasihan H huhuuuuu.
Moral of the story: Selalu check iphone supaya kes-kes kecemasan dapat disetelkan huhuuuu
Balik rumah terus H snap gambar dan upload di FB dengan bercaptionkan 'Patah Sayapku Patah' bersempena episod terakhir Kerana Terpaksa Aku Relakan hahahhaha.. =)
hahahahhaa kelakar oooooo =)
Aku p cari jam gajah aku p gam terus bingkai so x boleh dah la nak lipat-lipat hahahaa...=)
Nasib ada spek simpanan yang kami dua p buat sebelum kahwin aritu.
Tapi H x suka pakai tapi aku tengok lawa je pon spek tu.
ermmm.... boleh kot nak survey-survey harga buat laser mata kannn. Kesian H tak nampak.
Tuesday, July 15, 2014
Bila Sang Suami Menunjukkan Taring di Dapur
Yeahhh turn aku masak juadah berbuka...low salt hi protein hi vegie hi fiber hi fruit dinner. Hahahaa. Panjang gila klasifikasi masakan aku tu kan.
Menu hari ini ialah
Jengggg jengggg jenggggg......
Udon Ikan Bilis Black Pepper dan Fruit Punch hihihiiii...
Ok, aku kekenyangannn...syukur alhamdulillah. Maghrib Isyak Terawikh selagi mampu insyaAllah.
Thursday, July 3, 2014
Kasih Seorang Isteri
Semalam yang indah
H: Awk, hari ni awak berbuka sorang ya
Aku: Owh, ok
Terus kepala aku ligat nak merancang juadah apa yang hendak dimakan malam semalam
Ting...!!!! ok, KFC Snack Plate tapau jadi pilihan hahahhhaha
Tetiba aku dikejutkan dengan imessage tertera 2 keping gambar makanan di bawah disertai dengan ayat. Dah siap masak. Nanti rasa dulu baru hidaang ye kot kot x sedap boleh adjust. paling paling kalau x sempat panaskan lauk jer.
Fuiyohhhhh....sempat juga wife aku balik rumah time rehat pastu masak untuk aku berbuka nanti.
Syukur alhamdulillah dikurniakan isteriku ini.
I Love You la yggg.
=)
Seperti biasa, masakan H memang terbaik.
Syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezeki.
Sunday, June 29, 2014
1 Ramadhan 1435
Alhamdulillah dapat juga aku bertemu bulan barokah bulan ramadhan.
Selesai solat terawikh yang pertama di Masjid Negeri bersama-sama H.
Ramadhan pertama bergelar suami memberi satu maksud jelas untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga.
Semoga aku dan H dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna dan mendapat puasa yang berpahala dan lillahitaala.
H awal tidur harini. Semoga aku dapat bersahur pagi ni.
Kalau dulu memang selamber tak sahur. Tahun ni keberkatan sahur dicari. Lebih2 lagi bersama isteri tersayang.
I love you forever zaujah ku.
Monday, March 10, 2014
9 March 2014
Syukur padamu ya Allah atas kurniaan diberi.
Berilah kami kesihatan yang baik, kekuatan yang sempurna bagi memegang amanahmu ini.
Kurniakanlah kami rezeki yang melimpah ruah, rezeki yang halal, rezeki yang engkau redhai
Ya Allah ya tuhanku, kurniakanlah kami zuriat yang soleh, taat kepada perintah dan suruhanmu, ibubapa, keluarga, guru-guru dan orang lain. Kurniakanlah kami zuriat yang sihat tubuh badan, akal yang cerdas, berkeperibadian dan akhlak yang mulia. Jadi orang yang berguna.
I love u Allah, i love u rasullullah, i love u both abah, mak and family and i love u so much H.
Wednesday, February 26, 2014
Udang Galah Udang Besar, Kenyang Makan Gelak Besar
Hihiiiii....
Syukur pada Allah ahad lepas aku dan H pergi ke pasar ikan dan bersyukur dapat beli udang galah dan udang besar masing- masing sekilo dengan nilai harga RM20.00. Murah kannn... Hihiii =)
Dan hasilnya, ahad lepas kami makan udang galah masak lemak. Enak.
Close up sikittttt
Dannnnnn
Malam semalam, H masak udang masak sambal. Ya, favourite aku haha.
So, dengan ini aku mengisytiharkan H sangat pandai masak udang kuah sambal. Sangat sedap. Lazat. Tapi apa kan daya, trick H untuk tidak bagi aku makan banyak berjaya. Dia masak nasi sedikit ja. Cukup aku tambah sepinggan sorang-sorang hahaa.
Next time aku nak beli udang lagi la. Bila la aku nak kena pergi beluran lagi ni kan hihii.
=============================
Info:
BELURAN. Terkenal dengan Udang Galah
Wednesday, February 19, 2014
Belated Birthday Party 2014
Setelah bersengkongkol dengan nathirah dan wani. Malam tadi kami atur Suprise belated birthday party for my lovely wife H.
Wednesday, February 12, 2014
Hari Semua Benda Nak Tinggal
Ini semua ketentuanNYA.
Ayat penyedap hati.
Pagiku dihiasi plot drama indah apabila tertinggal iphone dan beg duit aku.
Aku tersedar tertinggal iphone bila aku rasa diri ini kosong tanpa iphone hahaha. Ok fine, tak pa la tertinggal. Bukan ada orang nak call pon kan detik hati aku. Tetiba bila nak dekat trafic light penampang sembulan.
Ya Allahhh. Beg duit tertinggal. Terus aku buat pusingan U (skemanya ayat). Balik rumah.
Sampai rumah ambil handphone ambil beg duit. Patutla aku tak jumpa beg duit. Terselit kat bawah bantal sofa (again...ayat penyedap hati)
Maka gerakla aku ke tempat kerja.
Berkerjalah akuuuuu
Balikkkk...!!!!!! So aku pon kemas-kemas barang terus punch kad terus ke kereta lantas balik.
Againnnnnn
Aku tertinggal beg duit atas meja. Grrrrrr...!!!!!!!!
Lantak kau la. Aku nak balik terus hahaa. Cabarannya. Semasa dalam perjalanan aku merasakan diri tersangat lapar dan aku tidak punya wang. Adeyhhhh. Dugaannnn.
Apa lagi. Sampai rumah terus aku cari makanan hahahaa. Lucu tapi SILA JANGAN BUAT LAGI. Kena tahan polis ke apa ka (palis-palis) kan susah aku hahaha.
My dear H, mohon bantu sediakan barang keperluan untuk ke pejabat ya hahaha.
Dinner kami semalam. Sikitkan nasi aku hahaha. Phuiii. Menambah jugak..!!!! Laparkan.
Sunday, February 9, 2014
Chef Hubby in Action
Today is H's birthday
So, her present is ....
Lunch meals cooked by Hubby hahaa.
Perghhh... Aku masak meals ni dalam masa sejam je tau. Aku pon takjub dengan diri sendiri haha (Minta puji n kan hahhaa)
Menu H's birthday hari ini ialah:
1) nasi putih 2 pot
2) ikan dori masak merah (1kg)
3) kangkung belacan pedas (seikat)
4) ikan liking goreng bawang
5) air kosong
6) air kopiko
Ikan liking goreng bawang.
Alhamdulillah. Bolehla makan, sedap tu biasa-biasa ja. Bukan masterchef pon kan hihi.
Birthday Wife tambah nasi sepinggan ya...!!!!!!!! Hari-hari dia tegur aku tambah nasi, hari ini dia tambah juga nasi. Puas hati aku kannnn hahahaa.
Lapar dan sedap katanya. Nak ambil hati aku la tu kan boleh dia suruh aku nasak lagi hahahaha. Tahu dah taktik dia tu
Happy birthday H. Semoga apa yang dicitakan tercapai, dikurniakan rezeki yang banyak, halal dan diredhaiNYA. Dikurniakan kita zuriat yang soleh dan solehah, sihat tubuh badan dan hidup diberkati dan dirahmatiNYA insyaAllah.
Amin.
Sunset at Beach 1, Tanjung Aru, Kota Kinabalu
Semalam
Hari Sabtu hari rehat bagiku,
Di rumah berdua hingga petang,
Keluar rumah mencari angin bayu,
Menambah kasih sayang menyayang.
Pemandangan ini milik Allah. Dipinjam kepada hambanya agar sentiasa mengingatiNYA.
Semalam aku ngan H pergi ke sini untuk makan makanan yang wajib bila datang ke sini iaitu
ABC buah-buahan dengan ais krim
Hihiiii =)
Dan kedai ni memang destinasi wajib bila ke sini. Cantikkan dekorasi buah-buahan yang disusun kemas.
Minum petang kami berdua. Keropok lekor dan pisang goreng.
Yaahhhhh....masa menjamu selera hihi
Close up sikit ABC ni...tempting kann hihiii. RM5.00 ja sebekas... =)
=============================
Parking: RM 1.50 (sekali masuk)
Keropok lekor: RM 2.00
Pisang goreng: RM 2.00
Saturday, February 8, 2014
Sabtu Yang Bermanfaat
Hari ini macam biasa. Lepas subuh tidur balik. Penat main futsal malam tadi.
Launch camera pon dari katilkan. Nampak sangat malasnya aku ni hahaha.
Hari ini H pergi tempat kerja. Ada program seminar kecemerlangan sahsiah dan jati diri.
Hajat di hati mmg aku nak ikut tapi apakan daya. Desakan tidur yang cukup tinggi tidak memungkinkan aku bangun dari tilam aku ni hahaha.
Bangun dari lena, H tiada di sisi. Tengok jam. Mak aiihhh 11.00am. Bancuh kopi makan swiss roll.
Dannnnn
Projek DIY bermula hahaha.
Memasang penyangkut tuala dan tudung hahaha.
Amanat H sebelum g kerja. Nanti pasangkan ni ya. Tinggi sket sebab nanti sangkut dengan yang bawah. Hahaha. Comelkan.
Usai minum kopo makan swiss roll. Aku pon memulakan projek sabtu aku.
Ops Tebuk Lubang
Dan hasilnyaaaa....
Launch camera pon dari katilkan. Nampak sangat malasnya aku ni hahaha.
Banyak benda aku belajar bila dah kawen ngan H. Pandai tukar choke lampu, pasang ampaian, pasang kabinet dan macam-macam lagi la. Syukur jugala aku kahwin. Kalau tak, memang sampai bila-bila la aku tak reti buat DIY hihii.
Esok birthday H. Apa kau nak buat eh. Nak Surprised........birthday pertama selepas bernikah dengan aku hihi.
Anting-anting...??
Wednesday, February 5, 2014
Subscribe to:
Posts (Atom)