Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Tuesday, November 11, 2014

11 NOVEMBER 2014


Hari ini hari selasa 11 November 2014.

Satu tarikh yang tidak akan aku lupakan yang menjadi satu kluster memory yang perlu defragment supaya ianya menjadi satu data yang teratur dan tersusun selamanya.

Hari ini, atas ilmu yang diberi pinjam oleh Allah kepada Doktor dan Jururawat, Tarikh ini merupakan satu tarikh di mana aku akan menimang 2 cahaya mata =)

Namun begitu, semuanya telah tertulis sejak azali lagi.

5 bulan 4 minggu 1 hari yang lalu, memberi kesan yang mendalam kepada aku.

Pengalaman mendewasakan fikiran, mematangkan jiwa dan menjadi sejarah hidup bagi aku dan H.

Dengan diagnosis Delayed Misscariage, pengalaman itu ada aku coretkan di blog ini


Jika pada 5 Mei 2014 yang lalu, Melalui medium seorang doktor, Allah memaklumkan kepada aku dan H yang mana twins kami memang dah tiada. Tetapi dengan kuasa Allah juga memberikan semula kegembiraan kepada kami berdua yang mana H sekarang sedang mengandung yang mana tarikh dijangka akan bersalin pada 5 Mei 2015. 

Aku tidak kisah tentang tarikh tersebut tetapi, aku panjatkan doa kepada mu Ya Rabb agar mengurniakan aku dan H anak yang soleh/ solehah, boleh mendoakan kesejahteraan kepada kami samada masih hidup ataupon setelah tiada, seorang yang memiliki sifat-sifat terpuji, sihat tubuh badan cerdas pemikiran dan menjadi seorang yang berguna untuk agama dan masyarakat dengan berlandaskan ISLAM, seornag pemimpin yang hebat dan niat hanya untuk mendapat keredhaan mu Ya Allah.

Alhamdulillah sehingga ke hari ini, pemeriksaan di klinik tiada masalah. Cuma H suka muntah-muntah di awal pagi dan sudah semestinya aku tak sedar langsung kekekekke. Maafkan saya.

Bau masakan dapur menjadi musuh dan spray febreeze menjadi teman.

Independant seperti selalu.

Setelah apa yang berlaku, aku tidak terlalu berharap kerana takut keciwa lagi tetapi jika ada rezeki aku dan H menimang cahaya mata aku bersyukur kepadamu Ya Allah.

Ini kali pertama aku coretkan di sini tentang kehamilan yang baru ini.

Sekarang, umur kandungan 14 minggu. Jauh lagi perjalanan. Semoga H sentiasa sihat dan positif sepanjang kehamilan ini.

Kepada twins appa ngan ibu, walaupon kita tidak pernah bertemu, kami berharap agar tunggulah kami nanti di sana yang kekal abadi ya. Will always love and remember both of you.

Assalamualaikum

2 comments:

AjlaA said...

Alhamdulillah.Boleh babymoon kat turki. eh?

Mr. H said...

xla,

pergi ngan opah baby hihihii..=)