Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 16, 2014

Delayed Miscarriage

Allahuakbar

Dear my lovely wife,

Saya tahu awak sedih, awak kecewa dengan atas apa yang berlaku. Walaupon awak tidak tunjuk pada saya secara luaran. Namun jauh di sudut hati awak saya memahaminya kerana saya juga begitu. 

Itulah dinamakan Qada dan Qadar. 

Kronologi

5 Mei 2014



Kami pergi ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah atau lebih dikenali sebagai Hospital Likas. 

Setelah pemeriksaan dilakukan, dengan menggunakan mesin scan. Dr Suthagar memaklumkan kepada kami berdua yang fetus tidak mendapat blood supply daripada ibunya.

Dr. Suthagar memberi beberapa pilihan dan penerangan yang sangat baik untuk kami memahami permasalahan yang berlalu. Beliau memberikan kami beberapa pilihan iaitu
a) Dilation and Curettage (D&C)
b) Serum Progesterone Test
c) Tunggu dan lihat

Kami pilih b. Buat ujian serum progesteron berharga RM18.00 sebab dilakukan di makmal swasta. Katanya buat kat makmal hospital lambat. 

Penmbahbaikan di pihak hospital adalah, mempercepatkan pelaksanaan dan pengurusan ujian tersebut. Penting. 

Beliau memaklumkan bahawa, apabila terima keputusan, JM Lau akan menelefon dan memaklumkan kepada H. 

8 Mei 2014

Setelah selesai taklimat di Kolej Sains Kesihatan Bersekutu, aku dan H sekali lagi ke Hospital Likas untuk buat lagi satu ujian makmal iaitu BHCG. Alang-alang wani, azimah dan yuyun tidur rumah kami. Semua sekali aku angkut ke Hospital Likas

10 Mei 2014

Hari sabtu. Okay, hari ini aku dan H sekali lagi ke Hospital Likas untuk diambil darah bagi ujian BHCG setelah 48 jam dari pengambilan darah yang pertama. Sekali member aku pula yang bertugas di Wad Kenanga 4. Hihiii. Maka dengan utu Dr. Khalif pon menjalankan tugasnya. Ambil darah je pon kan. Selamber je ambil kat kerusi tempat menunggu tu. Kang nak baring-baring kang lambat pula nak menunggu katil kosong hihiii. 

Ok, setelah ambil darah. Kami p layan Spiderman dulu di GSC Suria Sabah hahaha. 



Agak boring laaaa... Peter Parker pon dah ganti dengan orang lain. Tak skema langsung. 

12 Mei 2014

Appointment seterusnya bersama dengan Dr Suthagar. Kalau 5 Mei aritu nampak bentuk fetus yang arch tu. Kali ini bila scan nampak satu ketulan gelap. Aku merasakan sesuatu yang tidak elok telah berlaku. 

Dr. Suthagar cadangakan suruh cuci. Setelah perbincangan pendek, kami setuju dan tarikh cadangan kemasukkan ke dalam wad pada 14 Mei. 

Setelah selesai kami pergi makan di Alamesra. Bertanya dengan adik dan adik ipar aku, mimi dan amy samada nak buat prosedur D&C di semenanjung atau di Hospital Likas. Adik aku risau post operation effect. 

Kami terus ke Hospital Likas untuk berjumpa semula Dr Suthagar untuk meminta pandangan dan pendapat. Setelah diberi penjelasan kami cadang buat sahaja di Hospital Likas sebab Dr Suthagar cakap yang dia beri jaminan prosedur akan berjalan dengan lancar dan kesan yang minima dan boleh pulang ke semenanjung menaiki kapal terbang dengan selamat. 




Lebih kurang jam 10 malam, H sakit perut yang teramat sangat.  Ok, pendarahan berlaku. H pakai pad. Kemudian masa H nak cuci kotoran. Dia memanggil aku. 

Ya Allah. Ada ketulan darah hitam. 

Ok, aku cuak. 


Aku whatsapp gambar kat atas kepada kalep dan amy. Both cakap itu adalah blood clot. 

Ok, aku calm down.

Aku ajak H pergi hospital. Tapi dia enggan. 

13 Mei 2014

Jam 2.00 pagi, H kejut aku dari tidur. Pendarahan sangat teruk. Sakit perut setiap kali contraction. 

Terus aku ajak H pergi ke hospital. 


Aku pergi Jabatan Kecemasan di Hospital Likas. Aku kena tunggu diluar semasa pemeriksaan dilakukan. Setelah selesai, aku dipanggil masuk. Dr plan masukkan H ke dalam ward. Again Kenanga 4. Menyorong H naik kerusi roda. 

H tidak dibenarkan untuk makan atau minum sebagai persediaan untuk melakukan prosedur cuci. 

Kesian pula aku tengok H tak makan tak minum. Dahla masa sampai ward. Dia bole muntah pula apa yang kami makan pukul 8 lebih tu. 

Pukul 5 pagi aku balik rumah. Tidur. 12.30 tengahari terjaga. Siap-siap terus ke Hospital Likas. H belum lagi masuk OT sebab fully booked hihiii. 



Disebabkan H kena puasa, maka dengan itu makanan di atas aku yang telan haha. 

TAK SEDAP..!!!! Hahaha


Masuk Wad Kelas 1. Satu bilik ada 2 katil. Tandas kat dalam bilik tersebut. 

2 malam, 2 roomate H yang berbeza. 

Pukul 6.30 malam aku beredar.

Dalam perjalanna 3 kali aku call H. Tidak bersambut. Ahhh sudahh. What happen. 

Sekali H call, dah siap operation. Aku kompius. Terus aku tanya 'awak ok x..?? Bius separuh sedar atau satu badan?'  . H balas, satu badan. 

OK..!!! Tiada kesan GA ye pada H. 

H ngadu lapar. Yela. Seharian tak makan kan. Aku pula. Bawa balik semua makanan yang diberikan oleh nat, yuyun ngan audrey  masa melawat. 


Ok, H minta makan Bubur Ayam MacDonalds

Terus aku packing barang, tidur rumah mat black. Senang sikit. Dekat dengan Hospital Likas. Tak perlu aku tergesa-gesa. Rumah pon jauh dari Hospital Likas. 

14 Mei 2014

5.40 pagi aku gerak ke Hospital Likas dan singgah MacDonalds di Shell jalan menuju ke hospital. 


Aku bawa sekali buah pemberian nat, yuyun dan audrey. 

Tak lama lepas tu, makanan sarapan pon sampai. Bubur nasi juga hahaa. 





Pad ibu melahirkan anak ini adalah unik hahaha. 


Main tipukan H aku ni. Aku bawa stokin untuk dipakai. Bukan untuk diletakkan di atas kaki hahahaha. 


Alhamdulillah. Setelah doktor cakap boleh discaj dari hospital. Aku pon buka internet nak beli tiket balik kampung. Buka MAS RM580/pax sehala yang paling murah. Itupon awal pagi. Buka Airasia RM199/pax sehala. Ok masuk dalam wishlist. Buka Malindo Air RM128/pax sehala. Ok..!!! Aku beli malindo sebab dapat free luggage 15kg seorang. Syukurrr. Aku beli 15hb Mei 2014 jam 11.00pagi OD1001. 


Muka tak sabar nak balik dah ni kannnn. Hihiiiiii. 

I love you sayang.

Its ok, Allah tu kan hebat. Ada rezeki kita yang lain tu. 

Thanks Dr Suthagar, Dr Khalif , Dr Clifford dan Semua Jururawat di Wad Kenanga 4 . Tidak dilupakan JM/SN Lau dan warga kerja klinik pakar perbidanan dan sakit puan. Tuhan saja yang boleh membalas jasa baik kalian. 

Dear My Lovely Wife,
Awak sangat kuat. Saya kagum dengan awak. 


No comments: