Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, May 26, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 12 - Day 5

Tangkuban Parahu

Hati kena kuat bila datang sini. Turun ja dari kereta dah kena serbu dengan penjual-penjual barangan cenderamata. Rimas aku. Siap ikut sepanjang sessi sightseeing hahaha..melampau juga english aku kannnn

Kena ikut, pastu balik-balik offer tolong ambil gambar kami berdua.

Siap tunjuk pakai kad yang menunjukkan dieorg ni pekerja di situ untuk memberi input.

Again, aku rimas hahhaa...




==========================================================

Sari Ater Hot Spring

Kolam air panas yang best hihi...agak jauh sedikit daripada Tangkuban Parahu.

Kat sini lain pula ceritanya, diikut oleh penjual aiskrim berlesen hahhaa...

Siap cakap, kalau kat Tangkuban Parahu penjualnya memaksa dan kami tidak. Sori derrr..balik-balik ditanya mahu aiskrim ka enggak. again, aku rimas hahhaa

Tempat ni buka sampai malam

Ada kemudahan surau di sini. Bersih dan terurus.


==========================================================

Strawberry Farm



Kat sini kami layan air strawberry. Mula-mula ingat nak memetik sendiri tapi dari jauh tengok, buah strawberry pon macam suam-suam kuku. Ambil keputusan melepak je la sambil membasahkan tekak. Beli juga la strawberry beberapa biji sebab nak makan sikit ja kan. Masam...!!! tapi kat Tangkuban Parahu adalah manis. Kompius aku hahaha....=D salut ngan gula ka apa strawberry kat Tangkuban Parahu. Pengawetkan. Boleh tahan lama

==========================================================

Lembang Floating Market

Best tempat makan ni. Orang menjual atas perahu kecil. Buat rojak. masak mee jawa dan berjual pisang goreng semua dalam perahu. Unik.



Terung pipit tu...pertama kali tengok pertama kali makan hihiihih


==========================================================

Toko Tiga


Berbelanja sehelai baju t-shirt berkolar di sini. Jeans macam-macam brand ada. Katanya OriginaL. Betul ke tak, aku pon tak tahu hihi...











No comments: