Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, May 2, 2014

1 Mei 2014 - Selamat Hari Buruh/ Pekerja


Oh yeahhhhh

Both of us is cuti....

You and me. 

Setelah bersolat subuh 2 rakaat aku terus menidurkan diri tanpa mengenal erti jemu dan di kala berkumandang azan zuhur...alamakkkk lama gila aku tidur hahahaa. 

Bangun-bangun H bising-bising sebab baru bangun tidur. Padan muka aku hahaha. 

Selesai mandi dan solat zuhur, aku dan H ke segama untuk ke kedai baju. H mo beli baju sebab bajunya dah kurang katanya. Padahal kat almari tu belambak kot. Yg kain tak jadi baju pon belambak lagi hahaha. 

Ok...pencarian berakhir dengan mendapat 2 tudung dan sehelai jubah yang boleh nampak H kurus kesan daripada permainan corak motif dan desainnya. 

Kemudian ke Suria Sabah dengan tujuan untuk ke kedai SWATCH. Tak sempat ke kedai swatch. Aku dan H termasuk kat kedai kasut LEA CENTRE. Fulamak kauuuu. 50% discount all item yer... Hahaha. 

Apa lagi kannnn. Memang buat OPS KASUT la. Aku p beli sandal dan kasut jalan. Sandal dan kasut joging untuk ucu, kasut jalan untuk H dan Owyte. Dengan mengakibatkan kehilangan sejumlah wang bernilai RM232.70. Ini bererti nilai kasut yg aku bayar itu ialah RM465.40. Wowwww...ini satu penjimatan. Awak memang bijak dari kecil ke..?? Hahahaa


Gila ramai. Sapa taknak barang murah-murahkan hihi. 


Calon kasut owyte tapi aku beli yang lain sebabnya aku pon tak tahu hahaa


H menggayakan kasut barunya hihi



Selesai beli kasut ngam2 azan maghrib. Ok waktu berbuka puasa hihii. Aku puasa sorang-sorang arini. Nak prektis bulan ramadhan yang bakal menjengah tiba 60 hari lagi. Pening aku + nguap2 beso tak berenti henti yeaaa...penangan dah lama x puasa. Dengan sebiji gula-gula DAIM. aku berbuka puasa kerana Allah ta aala. 

Tiba masanya ke surau, terjumpa kawan lama amir dan rek serta anak comelnya. Sedikit duit raya diberi untuk dibelanja makan aiskrim Baskin Robbin hahahah. 

Belum sempat ke surau singgah pula kat City Grocer untuk cari Milkis. Sekali tiada pula kannn. Selama ini ada je. 2 botol yourgurt dan nescafe mocha aku beli. 

Terus langsung ke surau menunaikan solat fardhu maghrib dan terus menuju ke belakang Pasar Filipin. G layan ikan bakar. Mencari kedai akak yang biasa kami makan. Kedai kat sini sama ja. Semua bakar-bakar. Yang menbezakannya hanyalah sambal asam dan jenis ikan. 

Aku beli ikan sulit bakar rm18, sotong bakar 5 ekor rm10, jus mangga rm4 dan nasi 2 pinggan rm2 dan latok rm3 = rm37

Owh ya. Nak jimat. Aku bawak air minuman sendiri hahaha. 

Selepas itu aku ngan H pergi ke pasar ikan beli ikan cemcaru sekilo rm3, sayur kacang buncis rm2, peria rm1, terung rm1, brokoli rm1.50, cili rm2, mangga rm5 dan ikan bilis kopek sekilo rm18. 

Pulang ke rumah dengan hati yang giramg sebab hari ni adalah dating hihiiii. 

Ok, nak sleep. H dah lama dah sleep. Siap ngigau 'kenapa dieorg macam tu yer,'. Ok, apalah yang difikirkannya sebelum tidur tadi hahaha. 

Good night H. I love you so much. Muaaahhhhhhh =*


Ok, ada anak tudung NINJA SILANG, NINJA BIASA dan NINJA SILANG 4 yer hahahaha. Lucu sekali... Hahhaa
Lokasi: KK PLAZA


No comments: