Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Guesthouse. Show all posts
Showing posts with label Guesthouse. Show all posts

Wednesday, April 8, 2015

Namsan Guest House, Seoul, South Korea

Terjumpa pula Business Card ni.

Namsan Guest House ni terletak di lokasi yang strategik. Walking distance ke Namsan Tower dan Myeondong.

Layanan yang mesra dari pihak Namsan Guest House ini. Breakfast free katanya tapi macam setiap masa ja free hahaha. Selagi ada food boleh belasah aja kat pantry dia tu

Mula-mula aku stay dalam bilik dorm ala-ala capsule tapi kena pindah masuk bilik secara percuma hihiii. Mungkin ada orang nak masuk bilik dorm aku ramai-ramai kot.

Tel: (02)752-6362, 070-4164-0007
Mobile Phone: 010-9610-7650
Fax: (02)752-6364



Overall 5 stars :)




Thursday, October 23, 2014

Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan

Kepada semua penjawat awam persekutuan,

Jika anda ingin bercuti bersama keluarga tersayang, buatlah carian dahulu di 

Mana tahu murah rezeki dapat stay di sini. Murah pula tu hihiiii.

Antara lokasi Rumah Peranginan ini ialah
  • Pantai Morib
  • Bukit Fraser
  • Cameron Highlands
  • Pulau Pinang
  • Tasik Kenyir
  • Port Dickson
  • Langkawi
Selamat maju jaya untuk buat permohonan atas talian =)


Wednesday, June 11, 2014

Kenyalang Miri Homestay & Guesthouse, Miri, Sarawak


Selepas kami menginap semalam di  Eastwood Valley Golf and Country Club, Miri kami menginap di Kenyalang Miri Homestay & Guesthouse di Jalan Piasau 3D. Sangat dekat dengan Pasar Malam Seberkas dan Taman Bulatan.

Alkisahnya masa merancang ke Miri aku telah menempah satu homestay, tiba-tiba dibatalkan kerana pemilik mahu bercuti dan tiada siapa yang boleh urus kemasukan kami. Aku pon mencari homestay yang lain. Ok, aku dapat di Pantai Bungai, Rashidah Homestay. Perkara yang sama berlaku dibatalkan booking aku kerana pemilik homestay tersebut ingin menggunakan homestay tersebut kerana ada perkahwinan saudara mara beliau. Ok, aku pasrah. Ermmm duduk hotel la nampaknya huhuuuuu. Tetiba tingggggggg. Buka mudah.my la. Ok aku jumpa iklan seperti di bawah





RM250 semalam. Agak mahal sebab kedua-dua homestay yang telah aku booking berharga RM150/malam.

Dah jadi macam ni. Aku sambar je sebab kebetulan homestay ini baru sahaja ada orang cancel booking.

Rezeki namanya.

Ok deal. RM250 telah aku masukkan ke dalam akaun Maybank Puan Masniah Suhailie.




Homestay ini sesuai untuk didiami bagi satu rombongan yang ramai. Ada 3 bilik dan 2 bilik air. Master bedroom boleh masuk 4 orang, 2nd & 3rrd boleh masuk 4 orang juga tapi agak sempit la. Semua bilik fully aircond.

Tv dan Astro bersaluran Njoi, DVD Player dan 2 keping DVD, Pengering rambut, Seterika dan alas, Meja makan 2 set, Sofa, Peti sejuk, Mesin basuh, alatan memasak. Owh ya, Both bathroom dan sinki ada ari panas.

Yang uniknya, rumah ni tak pakai Tong Gas untuk memasak. Dia guna gas yang disalurkan melalui hose/paip. Style betul laaaa.

InsyaAllah ada rezeki kalau pergi ramai-ramai memang akan aku pergi Homestay ini lagi.

Pn Masniah Suhailie - 016 8705315


Wednesday, April 23, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 9 - Venice Guesthouse

Sebuah guesthouse yang dekat dengan keretapi stasiun bandung dan murah. 

Dengan RM54.42 aku ngan H stay di sini. Sebabnya ialah
1) dekat ngan stasiun bandung. Yela aku sampai malam kan. Jadi pilih yang dekat-dekat je
2) dekat ngan Pasar Baru..!!!! 

Memang tujuan duduk di guesthouse ini adalah disebabkan oleh sebab yang ke-2 hahahaa. 

Dari stasiun bandung cari pintu yang Roti O berada di luar dan bukan berada di kawasan landasan keretapi. Pintu utara maybe. Jalan kaki ke luar. Sampai ke pintu luar dekat booth tiket parkir kereta tu. Belok kanan. Straight sampai jumpa Kenangan Hotel. Guesthouse ini terletak di sebelah Kenangan Hotel yang terkenal dikalangan orang Malaysia ya. 


Kelako aku tengok aircond ni. Ada ka tembak ke tv ngan dinding...tembak ke katil baru betul hahaha


Ada sinki ya dalam bilik


Ok, aku dapat bilik yang tidak senonoh. Dapat bilik pintunya ditutup dengan kertas mahjong warna hitam tu. Tingkap ditutup dengan langsir. Hampa jangan cari pasai nak buat projek aaaaa. Bodo-bodo ja orang tengok bayang-bayang ampa nanti haahha. 

Bilik aku je yang macam ni. Bilik lain aku tengok sempurna ja pon. Maybe last minute booking la kot kan. Tapi takpala. Janji bilik ada private bathroom. 



Landmark adalah aston swiss belhotel dan Kenangan Hotel