Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, January 26, 2017

Tips Mengerjakan Umrah Anak Beranak


Pergi Bersama Baby (Setahun 7 bulan)

Cari baby carrier front facing : Kami beli brand Anakku. Siap ada Hipseat. Sedap baby nak duduk, kalau yang biasa tu, tergantung sangat. sakit ball & nonet baby kalau lama-lama. Kami beli kat butik Anakku. Macam RM199 dapat diskaun 10%. Sekali usha dalam Lazada, RM130 je. ciskek betul laaaa. hahha..=)

Harnes tangan: Kami beli jugak ni tapi KA tak suka pakai. Alahaiiiii. Yang ni beli kat Lazada. 

Diapers: Ikut baby macam mana.Kami bawa 1 1/2 bungkus Drypers. Kalau nak bawa sebungkus pon takpa. Boleh beli kat Bin Dawood. Banyak jenis kat situ. Dalam flight bawa sikit, kalau tak cukup takpa, boleh mintak kat Stewardess. Tapi keras ooooo hihiih.

Susu: KA still breastfeeding + bottle feeding. Kami bawa 900g Dutch Lady. Cukup. hhihiih. Kalau tak cukup boleh beli kat Bin Dawood. Cuma masa di Madinah dan Mekah, KA minat minum fresh milk. SAR1 je kat Bin Dawood. Recommended. bancuh susu dengan Air Zam Zam ye semua =)

Stroller: Tak payah kot sebabnya kalau di Masjidil Haram, memang tak boleh bawa masuk langsung. Memang tersadai kat pintu masuk. Untung nasib wujud lagi, untung nasib hilang hahhaa. Kalau kat madinah, boleh bawa masuk kat dataran Masjid Nabawi. So ok la. Kalau aku, solat je kat dataran =)

Ubat-Ubatan: Sila bawa...!!!

Bassinet in Flight: Masa tengah-tengah nak check in, jumpa mutawwif minta seat yang boleh letak bassinet kat dinding depannya tu hahaha. So, takla penat nak mendukung meriba baby. Kalau tak minta tak dapat ye.

Ibadah

Masuk Mekah dahulu: Ini ialah pendapat aku d mana, jika masuk Mekah dahulu, selesai umrah alhamdulillah...masa kat Madinah nanti kalau apa-apa terjadi macam contoh kesihatan yang kurang baik, at least ok la jugak hihihii. Perjalanan ke Mekah dari Madinah lama ye. Penat duduk dalam bas. Penat badan. Sampai Mekah, nak selesaikan umrah. Badan dah lemah. So, kureng sikit la bagi aku hihihi. Next time insyaAllah jika dijemput lagi, nak try masuk Mekah dulu hihihi =)

Masjid Nabawi: datang awal, rebut saf depan-depan. tapi aku dok kat dataran je sebab bawa baby =)
Raudhah menjadi impian semua kan. Pergi time tengah malam. Siang siang ramai betul. Boleh je, tapi nanti timbul sifat jahat tu. Mula la siku naik la, tolak orang la.Berdosa beb. 

Masjidil Haram: Masa tawaf dan saie sabar ya, orang bertolak tolak tu biasa. Jemaah dari indonesia baca doa kuat-kuat, zikir kuat-kuat. Agak mengganggu. Tapi cuba abaikan. Fokus dengan ibadat. Terkadang aku terlupa apa yang aku baca dek dengar suara diaorg tu hihihihiii. Tapi takpa, itukan pengalaman.

Pelbagaikan tempat solat: Baru boleh rasa dari setiap sudut hihihihi...=) macam aku tetiba aku terperasan yang aku solat kat area jenazah. Nampak Imam naik dari Mataf ke atas tempat aku solat dan solat kat tempat tu. Alhamdulillah, nampak imam aku masa tu hihihihi. Pernah juga solat kat tempat saie. tapi ada datu port baik punya. Aku ngan H suka solat kat bahagian bawah searas kaabah. Keluar kat kawasan sisi maqam Nabi Ibrahim. terus masuk kat bawah bangunan, terus je, nanti akan nampak ada ramp ke tingkat atas menuju Bukit Safa. Ok, terus je, Nampak ada port solat. Bukan apa, senang nak ambil wuduk, ada tempat ambil wuduk kat situ beb. Rare...!!! Xyah keluar jauh jauh.

Umrah untuk Baby: Sebetulnya baby masih tidak layak untuk mengerjakan umrah. Tapi kalau kita nak buat takdahal. Sama juga, jaga pantang larang. Tapi kau, aku tak buat. Namun, tawaf tu aku niatkan sunat untuk dia. Kalau kita kendong selesaikan 7 pusingan tawaf untuk diri sendiri dan seterusnya 7 pusingan untuk baby. Berbeza kalau tolak dengan wheelchair, orang tolak dapat 7, yang atas wheelchair pon 7 pusingan juga. Make sure, sebelum tawaf, bersihkan baby dari segala kekotoran. Aku mengambil pegangan sepertimana Ayahaji terang kepada aku. Yakin, Allah itu satu dan Allah menerima ibadah kita insyaAllah sebab itu bukan yang boleh kita kawal beb. Saie takdahal sebab saie tak perlu ada wuduk. Tawaf untuk yang naik wheelchair macam mak aku masuk ikut pintu yang ada tanda wheelchair just nice nak sampai dataran Masjidilharam yang sebelah luar.

Saie: Saie ada 3 tingkat. try la rasa tiga-tiga. Aku tak sempat nak rasa yang tingkat atas sekali. Ok kalau nak ke toilet, bila buat saie adalah paling sesuai hahahha. Dekat je. Masa nak tahalul akan ada orang approach nak gunting, ampa amek ampa bayaq la upahnya. Aku memang bawak sedia. Aku suka solat kat tempat saie ni. Tenang je. hihiihihi.

Waqaf Quran: Dua dua masjid ni guna Quran khas. Masa nak masuk masjid kalau ada yang jual Quran sambil cakap Waqaf Waqaf tu, boleh je beli tapi kalau korang letak kat masjid, x lama, Akan diasingkan oleh pekerja masjid. So, minta tolong muttawif beli kat tempat yang betul. Baru berkekalan pahalanya. Takdala simpan dalam stor.

Waqaf Kerusi: Haa, yang ni cara. Beli pastu bawa then tinggal kat masjid hihii..=) (gantung kat tempat properly)

Bagi orang makan: Allahuakbar, Alhamdulillah diberikan teman hidup yang berhati mulia. H beli makanan semasa on da way nak g masjid then siap siap solat, H akan bukak dan bagi orang lain ambil dan makan. Idea lain ialah, kome beli tamar, bawa kat tempat saie, ambil kerusi buat alas plastik tamar tu, cari port dekat tempat air zam zam, saambil cakap tamat tamar, halal. Haaa, menderu orang datamg ambil, pahala dapat, seronok pon dapat. Jangan malu..!!! aku maluuu huhuhuhu. kena buang sikap tu. Besar pahala bagi orang lain makan tau.

Air Zam Zam: Masuk je Masjid Nabawi & Masjidil Haram, jangan lupa minum air zam zam. banyak khasiat di dalamnya =) Bawa botol selalu. Boleh bawa balik hotel, minum masa diperjalanan balik. 

Exit: Make sure ingat pintu masuk sebab nanti senang nak keluar. Tapi kami ingat satu je Ajyad Gate kat Masjidil Haram, Gate 15 kat Masjid Nabawi hihhihihi =)

Selipar: Selipar hilang adalah biasa. Sebenarnya bukan hilang tapi ampa letak selipar tak senonoh. So pekerja masjid akan letak kat tempat Lost & Found kat bawah tangga hahhahaaha. Tapi aku cari tak jumpa jugakkkkkk. Beli la juga selipar. Ok, selipar hilang relaks tau, niat waqaf. selagi orang tu pakai, kita dapat pahala. Selipar hilang jangan kelam kabut beli kat kedai tepi jalan tu, pergi beli kat kedai 2 Riyal hahaha. benda sama harga berbeza hihihihii. Selipar laki tau, selipar pompuan takdak, kena beli mahal jugakla...H beli SAR20 kot. Cokiak je aku tengok hihiihihi

Shopping

Pakaian: Toksah gigih sangat nak ngangkut baju berbondon bondon. Kalau ku tahu, memang aku tak bawak banyak sangat hahaha. Jubah di jual kat tepi jalan SAR15 yer...diulang lagi sekali SAR15. Aku beli jubah kat Mydin pon paling murah aku dapat RM39.90. tu pon kurta hahaha. Ok noted. Lepas ni beli je kat tepi jalan. Kalau beli kat kedai mahal oooooo. Kalau kat tepi jalan tu HARAMMMM...datang enforcement officer, mencicit dieorg larik hahhha =)

Kopiah: Kalau kat tepi jalan boleh dapat SAR1 yang lubang-lubang tu hihihi. Kalau yang keras boleh dapat SAR10. Kalau yang tinggi tinggi macam ala ala pakistan tu SAR15. Teringin aku nak beli yang tinggi tu, tapi takda yang ngam kat kepala aku ni. Kalau kat Madinah boleh cari kat bazaar kanopi putih kat pintu muzium nama nama ALLAH. Kalau masuk masjid nabawi dan menghala ke kiblat. Arahnya sebelah kanan. Boleh runding.

Kurma: Boleh beli kat madinah di Pasar Tamar. Masuk ikut pintu 15, straight sampai keluar masjid Nabawi, arah kanan sikit. terus dari jauh boleh nampak pasar nya. Boleh tanya orang lalu lalang. Tanya Souq Tamar..?? nanti dieorg tunjuk. Tapi aku beli kat bazaar kanopi putih. Harga sama dengan Souq Tamar. Satu kedai kot. Boleh cakap melayu. banyak boleh kurang.

Kacang dan Kekacang: Aku beli kat luar Muzium Haramain masa ke Masjid Hudaibiyah. Sekilo SAR50. Lebih jangan beli la kot. Aku rasa dah malah sebab lebih harga tu. Kalau jumpa kat kedai bawah SAR50. Sambar je hihiihi

Mainan: Layan kat kedai 2 Riyal je hihihi.

Survenior: Beli kat tepi tepi jalan je. 

Wednesday, January 25, 2017

Perjalanan Umrahku Kali Pertama 2016-2017


الحَمْد لله

Alhamdulillah...Syukur pada Allah tuhan semesta alam yang maha pemurah lagi maha mengasihani.

23 Disember 2016 (Jumaat)

Tibalah hari yang ditunggu-tunggu. Sepatutnya kami ke tanah suci pada 25 Disember 2016 namun ditukar oleh pihak Tiram Travel Sdn Bhd kerana katanya tidak dapat pengesahan tempat penerbangan dari Saudi Airlines. Dengan penambahan seorang RM100 kami telah ditukarkan ke tarikh baru dan ke tanah suci naik Malaysia Airlines. Lagi aku suka naik A380 hahaha..=)

Pepagi selepas subuh kami anak beranak ke KLIA. Mak & Abah gerak ke KLIA dari Klang. Cuak gak jammed kat Guthrie nak masuk ELITE hahaa. Mujur ada SmartTag muhahha. Sampai je kat KLIA aku punggah-punggah barang letak kat tepi pastu H & KA tinggal kat KLIA aku gerak g Putrajaya Sentral. Parking kat situ.Then naik ERL ke KLIA.

Aku dapat diskaun tiket ERL dalam 10% rasanya sebab pakai kiosk dia haha...Sampai KLIA aku mencari-cari family aku then berkumpul bersama jemaah lain di Tingkat  5. Ambil nametag, sticker bag dan penyerahan passport. Taklimat oleh muttawif pada masa yang sama membuatkan aku rasa cuak. Eh ehhhh...nak buat umrah dah aku huhuhu..cuak beb..banyak dosa,

Adik beradik aku semua ada kecuali obi. Pagi tu dia ada interview. Harap-harap dapat kerja elok elok yer. Kak La & Family pon datang.

Siap-siap urusan susun beg pada kaunter check in, tangkap tangkap gambar kami pon masuk boarding hall. Fuhh untuk kali ke dua lalu gate antarabangsa hahaha. Cuma aku tercari cari mana model kapal terbang yang bebanyak tuh.

Abah tolak mak yang berkerusi roda, aku dukung KA pakai baby carrier. Urusan kaunter sangat mudah dan cepat. Masuk dalam naik LRT pergi gate antarabangsa. Nampak kapal terbang Turkish Airlines terus rindu kat Turki hihihi...=)

Flight pukul 1 tengahari so kami pon ambil wuduk. Senang atas flight sembahyang zuhur nanti. Alhamdulillah kami dapat tempat duduk yang boleh letak bassinet untuk KA. Lenguh beb kalau tak pakai bassinet. So dapat duduk sama-sama 4 orang. Susun pon cantik Mak, Aku, Abah, H dengan alasan nak jaga wuduk...ceh..batal jugak aku kikikiiii.

Seronok aku rasa dapat bawa mak abah pergi Umrah, Abah 1st time. Mak masuk 2 kali dah sebab mak pernah buat Haji masa aku lepas SPM.



Sampai Madinah dah malam. Masa tu maghrib baru masuk. Urusan imigresen mudah sebab aku sorong mak dan dipermudahkan. Dapat potong Q. Abah & H lambat betul. Orang cakap kena banyak sabar kat imigresen sini. Syukur juga flight aku je yang sampai. Kalau banyak yang sampai serentak, tu yang mahu berjam jam kot.

Kat airport Madinah ni ramai yang nak tolong tolong tapi kami dah kena pesan, segala hal buat sendiri unless nak bayar. Katanya itu tugas sebenar mereka tapi dah jadi kebiasan terima duit salam, last last mintak duit salam.

Selesai ambil beg kami menuju ke Bas. Naik bas, menuju hotel. Alhamdulillah sampai di Hotel, makan-makan dulu, terima kunci bilik dan naik bilik. Alhamdulillah, kami dapat bilik 5 katil hihihi. So KA pon ada katil. Suka dia. Katil timggi, banyak kali dia gedebuk jatuh, kaki tak sampai hihiihi.


owhhh fondok is hotel hihihi. =)

Malam tu, aku ngan abah ikut jemaah lelaki yang lain ke Masjid Nabawi. Allahuakbar. Tak tergambar perasaan masa tu apabila buat pertama kali aku melihat Masjid Nabawi. Selalu tengok masa azan kat TV, kali ini LIVE depan mata.



Muttawif aku, Ustaz Dzul bawa kami masuk dalam Masjid Nabawi ikut pintu depan sebab pintu tepi semua dah tutup. Solat sunat then solat jamak Isyak Maghrib. Allah. Seronoknya aku.

Lepas tu, Ustaz tunjuk kat mana Raudhah. Mula-mula aku tengok orang ramai berpusu-pusu ingatkan ada King dia or VVIP datang ke kan.... Rupanya lorong nak pergi Raudhah. Allah, hihihihi...geli hati aku kat persepsi aku masa tu. Then, ustaz bawa lalu kat Makam Rasullullah, Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar. Tengok melalui lubang-lubang kecil dan memberi salam ke atas Rasullullah dan sahabat. Makam nabi adalah makam yang mula-mula kita jumpa jika dari Raudhah. Lubangnya tu persis penutup hajarulaswad.


Ustaz pesan lepas bagi salam lepas tu doa, Doa tu pulak bukan menghadap ke Makam tapi menghadap Kiblat..=)

Siap semua, kami jalan kaki balik ke Hotel. Sempat singgah beli roti dan air kat kedai bawah hotel. Pandai cakap melayu. hahahaa...kalau tak kena gunakan ilmu Gred B Bahasa Arab dan Komunikasi aku la kannnn..Last pakai tahun 1998 kot muhahahha.

H, KA & Mak stay kat hotel berehat.

24 Disember 2016 (Sabtu)




Owhhh hotel kami tu namanya Az Zahra Al Khair Hotel. Ermmm dok hotel nama KA pulak kan. Az Zahra tu macam Allah nak bagi idea kot nama adik KA hahaha...=) Alhamdulillah, seperti di Turki H pregnant KA, kali ini ke Madinah dan Mekah, H juga pregnant 5 bulan. =) kalau gegirl, mahu Az Zahra juga namanya ni hahaha.

Alhamdulillah dapat menunaikan solat subuh pertama di Masjid Nabawi.


Awal kami datang ke masjid, seawal Azan pertama hihi... Azan pertama untu kejut orang kot, Azan kedua yang betul betul masuk waktu Subuh.

Cabaran pertama bermula apabila KA takut bila dengar suara azan. Allah. Perkara ini memang akau dah discover sebelum ke sini lagi. Kalau bawa ke masjid atau mana-mana tempat yang guna speaker, mesti KA takut nangis-nangis. Risau aku kalau kalau dia ganggu orang lain, aku bawa dia keluar. Bagi dia minum air zam zam kat luar.


Suka KA minum air zam zam. Elok nak solat aku masuk dalam masjid, aku solat sambil dukung KA seperti biasa aku buat kalau aku bawa KA ke masjid.

Lepas selesai solat subuh, leganya rasa. Aku abah dan KA ke pintu Wanita tunggu mak dan H. Dalam masa menunggu tu, seronok KA main-main sebab dataran masjid luas. Jumpa mak dan H, kami bergerak balik ke hotel makan sarapan.

Pukul 8 pagi kami berkumpul depan hotel dan bergerak untuk ziarah pertama di sekitar Masjid Nabawi. Kami sekeluarga follow Ustaz Dzul. Di bawa ke depan masjid untuk tengok Kubah Hijau dan Putih. Di sini yang perempuan boleh bagi salam ke atas rasullullah sebab wanita tak boleh masuk (ye kot, sebab aku tak namapak pulak perempuan kat area tu). Lepas tu, jemaah perempuan ke Pintu 25 @ 27 kalau tak silap untuk melihat Raudhah rasanya. Tapi kami jemaah lelaki, masuk ikut Babussalam terus menuju ke arah maqam rasullullah. Pada waktu ini aku terpisah dengan Ustaz Dzul dan juga abah. So aku ngan KA jalan je lurus ke arah Raudhah, tengok Raudhah, lalu kat maqam rasullullah, para sahabat dan terus aku keluar ikut pintu sebelah maqam tu. Duduk kat lantai. Cuaca panas tapi lantai sejuk so sejuk la aku hahaha. KA tidur. Aku pangku. Tak lama lepas tu abah keluar ikut pintu tu. 

Kemudian kami ke Perkuburan Baqi'. Duduk tepi je sebab macam tak boleh masuk je. Rehat rehat sekejap, aku ngan abah ikut laluan sebelah pintu 25 @ 27 so merasala aku pusing satu masjid hihihi.

Pergi ke pintu pastu aku nampak ada satu tempat macam air pancut tapi bukan. Penuh burung merpati. Suka KA tengok burung. Ramai orang bagi makan kat burung ni. 

Tak dapat nak tunggu mak dan H, kami balik ke Hotel. Alhamdulillah, tak lama lepas tu kami semua bersatu kembali hihihi.

Sembahyang Zuhur - Asar - Maghrib - Isyak.

25 Disember 2016 (Ahad)

Subuh seperti subuh sebelumnya namun kali ini aku dapat idea untuk menunaikan solat secara duduk sambil kendong KA pakai baby carrier. Inipon lepas ada hamba Allah tu dengan bahasa arab cakap yang aku tak faham erti tapi faham yang dia cakap solat duduk atas kerusi. Dan solat solat seterusnya aku solat duduk.

Pagi ni kami dibawa ke Masjid Quba'. Ustaz dah pesan siap siap untuk berwuduk sebelum ke masjid ni. Masjid Quba' ni masjid pertama nabi bina. Fadhilatnya jika seseorang berwuduk di rumah dan solat di Masjid Quba', pahalanya sama dengan mengerjakan 1 umrah. Apalagi weh, rebut peluang semampu boleh. =)

Di Masjid ni, aku ngan KA terpisah dari Abah. Takpa rileks. hihii. Kemudiannya, kami bertemu semula dekat luar. Kat luar sekitar masjid ni ada orang berjual. Abah Mak beli kurma basah. Keras tapi crunchy. Sekali makan sedap, 2 kali makan aku rasa payau pulak lidah aku hahaha. 

Dari tempat bas parking ke Masjid agak jauh, aku ngan abah ganti-ganti tolak mak angkat kerusi roda sebab kurang mesra untuk orang berkerusi roda. Tebing divider tinggi betul, tebing car park pon sama. takpa, Allah bagi kekuatan.




Selepas ke Masjid Quba', 

Selepas ke Masjid Quba' ni kami dibawa ke Ladang Kabun Tamar. 

Sampai di Kebun Kurma, tempatnya macam kebun kelapa sawit abah hahaha. Ada macam kedai kat situ. Boleh rasa boleh cuba, tapi jangan lupa minta izin. Halal..?? halal katanya terus ngap. jangan tunggu lama-lama hahha.

Bawa KA dalam baby carrier memang bawa rezeki kepada aku. Pekerja akan bagi KA makan buat tamar, colat, kacang. Suka KA. =)


kami dibawa ke Jabal Uhud. Sampai je turun bas kami ke dataran yang penuh orang berjula beli. Waktu ini kesian kat mak abah. Abah sorong mak tepi sebuah bas, bas tu pulak nak bergerak menghimpit mak abah, so abah mengelak ke tepi. Aku lari ngan Umar tarik mak keluar dari kerusi roda. Kerusi roda patah kat tempat pemegang di roda. Tapi takpa itukan dugaan nak tangok kita ok ke tak. Alhamdulillah mak abah takda apa apa yang sakit.

Aku kendong KA naik ke Bukit Pemanah. Sampai di puncak nampak abah, abah pon naik ke arah kami. Tangkap tangkap gambar pastu turun. Masa di atas bukit pemanah tu, Aku terbayang-bayang keadaan semasa peperangan uhud. Kekalahan tentera islam kerna dek harta peninggalan. Moral of the story, Patut kepada pemimpin selagi tidak melanggar syara'.



ehhhh...baru aku perasan mamat ni buat gaya viral dalam fb. cisss hahaha.

Berhenti sekejap kat Perkuburan para syuhada ni sedekah al fatihah, aku ngan KA terus mencari mak & H. Jumpa kat kedai membeli belah hahahha.


Dalam perjalan balik ke hotel, ustaz ada tunjuk masjid Qiblatain. Tengok dari bas. Aku berharap satu hari nanti aku pergi ke masjid ni satu hari nanti.

Masa sangat ketat. Sekejap je kat sini dan terus balik ke Hotel dan solat zuhur di Masjid Nabawi. Bila musim sejuk, waktu siang singkat, waktu malam panjang. Jarak antara zuhur ke asar,ke maghrib ke isyak sangat rapat. Katanya bila musim panas, siang panjang boleh bergerak lama-lama. Ustaz Dzul nak kami semua solat 5 waktu sehari semalam di Masjid Nabawi.

Maghrib dan Isyak malam ni aku tak bawa KA, KA letih so H tinggal di bilik hotel.

Dalam 10.20 malam aku sampai ke Masjid Nabawi. Malam ni aku niat nak cuba ke Raudhah. Aku bersyukur pada Allah. Syukur sangat sangat sebab masa aku pergi tu, aku sampai aku solat sunat dalam pukul 11 malam aku dapat ke Raudhah. Allahuakbar, dia punya perasaan tak boleh digambarkan, Tak lepaskan peluang aku solat sunat dan berdoa. Aku pergi sorang-sorang. Alhamdulillah Allah permudahkan aku. Dalam setengah jam aku berada di Raudhah. Aku antara orang-orang terakhir keluar dari Raudhah setelah Polis minta suruh keluar..




Baru aku faham akan kiasan karpet hijau. Bukan sebab karpetnya hijau tapi perasaan berada di taman syurga. Semoga beroleh syafaat nanti insyaAllah.

Masa ini, H juga ke Raudhah tapi bersama-sama jemaah wanita lain. Alhamdulillah dapat juga dia ke raudhah. Tapi sekejap je sebab jemaah perempuan ramai dan bersesak sesak katanya. Memang kena pergi berkawan kawan sebab ala ala sorang jaga sorang solat ganti ganti.


26 Disember 2016 (Isnin)

Hari ini, hari bebas. Kami sekeluarga jadi rutin, solat semuanya di Masjid Nabawi. Balik dari masjid sempat singgah makan ais krim hihiih.


Hari ini kami ambil peluang bershopping hihihi. Mak abah jalan sendiri dan aku ngan H pon jalan asing-asing. Kami jalan jalan kawasan kedai belakang masjid. Kat hotel mana entah tapi ada pasaraya bin dawood yang kat tengah-tengah. Bin Dawood yang kat Pintu 15 tu fevret aku g beli air minum dan makanan hahaha. Murah beb. compare beli tepi jalan. Sebelum naik bangunan ni sempat la kami menyinggah beli survenior, beli jubah kat kedai 40 Riyal. hahah. Semua baju jubah laki ke perempuan semua harga SAR40. H beli jubah Abaya. Bapak Mahallll. Tpi sedapla kan. Membeli belah la kami kat situ hahahaa. KA sentiasa memberi kerjasama yang baik. Alhamdulillah.

Petang sebelum asar kami sekeluarga ke Pasar Kurma, Beli kurma kat situ. Ada satu kedai, ada pekerja orang Indonesia dan masa kami pergi tu, ramai orang indonesia sedang membeli. Ok join the crowd hahaha. Banyak juga memborong. Kurma, kacang, Buah Tin, Aprikot dan coklat hihihi.

Malam lepas isyak aku ngan abah ke Masjid Nabawi dengan niat nak ke Raudhah. Alhamdulillah dapat ke Raudhah dengan abah. Kali ni lama sikit tinggi. Ramai orang. Syukur dapat bawa abah. Kali ni sekejap je. Terus kena suruh keluar dek polis yang menjaga tuh. Tapi feeling tetap sama hihihi. Port kali ni betul-betul tepi sekali nak ke arah maqam rasullullah.

27 Disember 2016 (Selasa)

Subuh terakhir buat perjalanan umrah kali ini.

Allahuakbar, Allah Maha Besar. Inilah pertama kali KA tak takut dengan suara azan yang merdu berkumandang. Alhamdulillah aku dapat solat berdiri dan KA duduk di karpet merah. Seronoknya aku. Alhamdulillah. Habis solat, tunggu H ngan mak keluar dari tempat keluar perempaun, terus aku ceritakan. Alhamdulillah sampai sekarang KA dah tak takut suara azan =) terima kasih Allah.

Pagi ni agak free, aku keluar sorang sorang shopping last minute. aku ke shopping mall tapi last last ke bazaar jugak perginya haahha. Ada dua bazaar. satu kat pintu 15, satu lagi kat pintu yang ada muzium.tu. Ada kanopi putih. Yang tepi Gate 15 tu macam 'haram' je hahahha.

Beli kurma dan mainan KA. Unta sambil bertalbiah. Sampai ke sudah takutnya huhuuhu.

Pukul 2 selesai zuhur dengan memakai pakaian ihram, berkumpul kami untuk meninggalkan bumi rasullullah, semoga dijemput lagi ke sini insyaAllah.


Suka aku masa ni, KA solat ngan atuk dia hahahaa...=)

Naik bas, menuju masjid Bir Ali. Solat sunat ihram, niat ihram. Ok masa ni aku nervous hahaha. first timer kot kan. Masing masing jemaah mengingatkan untuk niat ihram. Naik bas terus menuju ke Tanah Haram, Mekah. Dalam perjalanan adala berhenti sekali kat R&R. Ustaz suruh solat, tapi takla kami. Ramai orang, niat solat kat Mekah je nanti. Cuaca sejuk sangat. Malam.

Sampai bumi mekah dah malam. Sampai hotel, berkumpul kat lobi hotel sekejap dan naik dewan makan. Makan. Rehat dalam sejam kemudian kami semua jemaah ke Masjidil Haram. Allah lagila aku takut dan gementar tapi nak pergi juga. Melihat Kiblat selama ni ku arahkan solat aku. Berjalan kaki kami dari Hotel Qasr Ajyad terus ke Masjidil Haram.Mak ada budak indon tolak. Ingat free (mungkin mutawwif) rupanya berbayar SAR300. Alahaiiiii. Takpela, rezeki dia. Sekali je guna khidmat dia, lepas tu dah tak pakai dah.

Masuk pintu 89, simpan selipar dalam plastik bawak masuk sampai mataf. Letak kat tempat rak kasut. Allah. Nampak Kaabah. satu perasaan yang sukar diterjemahkan dalam penulisan. Kami semua ikut Ustaz Dzul dan bermulalah Tawaf. Selesai Tawaf kami semua solat sunat. Kami terpisah dengan Ustaz Dzul. Takpa, H ada pengalaman buat umrah dan melalui kursus yang telah aku hadiri dengan ingat balik kata kata penceramah. Cari Pintu Kaabah, keluar ikut sudut itu, dan pergi ke arah kanan dan kami semua dah berada di Bukit Safa. Waktu ini, tengok buku tapi aku masih ingat pesan penceramah.. Niat, lambai dan bergeraklah aku, abah, H dan Umar sama-sama kami. Kelibat Ustaz Dzul memang tak nampak dah. Elok di pusingan ke empat aku nak kencing sangat. Untuk ke toilet dari Masa' dekat. tapi kena naik tanggala hahha.

Sekembali aku ke tempat saie, aku sambung balik tempat aku tinggalkan, kebelakang jauh sikit dan teruskan. Terjumpa H dan KA. Aku serah kepada H masa nak ke toilet tuh. Allah, menangis dia serba serbi tak kena. Aku ambil, kendong dan ok dah dia. Kami teruskan sampai siap dan bertahalul lah kami. Alhamdulillah. Selesai umrah pertama. 

Kemudian kami balik hotel sebab KA tak selesa. Penat kot. Aisehman, betul pulak kata kata ustad Dzul. Dia tak nak buat awal -awal sebab tak nak jemaah terlepas solat subuh di masjid. Haaaa...kamila antara orang-orang yang terlepas tu. Penat wehhhh hahhaa.. Pasni tak buat dah. hahaha...=)

Alhamdulillah, hari ini juga merupakan anniversary kami, hadiah ulang tahun perkahwinan kali ketiga aku & H berada di bumi madinah dan juga di bumi mekah. Syukur =)

28 Disember 2016 (Rabu)

Hari ini acara bebas. Ke masjidilharam, membeli belah di kedai dan juga yang meniaga secara 'haram' ditepi jalan.

Kami ambil peluang jalan - jalan di dalam Masjidil Haram. 





29 Disember 2016 (Khamis)

Hari ni kami semua dibawa ke Jabal Rahmah. Haaaa....mendaki lagi aku dengan KA hahaha. H, Abah ngan Mak stay kat bawah. Kat atas tuh aku peratikan macam -mcam ragam ada. huhuhuhuhu.





Lepas ke Jabal Rahmah melawat Padang Arafah, Mudzalifah, Mina, Terowong Muaissim dan Tempat melontar jamrah. Macam-macam diceritakan. Aku tengok banyak khemah-khemah putih. Semoga aku berpeluang dan dipanggil mengerjakan haji satu hari nanti insyaAllah.

Terus ke Masjid Ja'aranah. Solat sunat, pakai kain ihram, niat ihram dan balik ke hotel. Ada yang direct terus pergi tapi aku ngan Hpergi lewat lepas Asar. Kesian kat KA. Penat dia, Mak & Abah lepas lunch terus pergi masjid selesaikan umrah yang kedua.

Umrah kali kedua ni best, KA rileks, masa tawaf dia tidur, masa saei dia bangun ikut saei. Dapatla 4 pusingan. 4 wehhhh 4. Budak umur setahun 7 bulan kot hahaha. I love u son. H je tahalul. Aku simpan dulu. Pergi barber apa lagi, botak terus hahhahaa. SAR10 kosnya. Lebih kurang kat Malaysia jugakla kan.

Dalam masa kami saie, KA suka betul berhenti kat checkpoint air zam zam. suka dia. mesti tunjuk nak minum hihihi. Semoga diberikan ilmu bermanfaat, rezeki yang luas dan sentiasa sihat hendakNYA.

Kenangan Umrah kali kedua ni ialah selipar kami berdua hilang hahaha. Menapak kaki ayam pergi kedai beli selipar hahaha. Kenangan belaka...=)

30 Disember 2016 (Jumaat)

Hari yang aku tunggu tunggu. Solat Jumaat di Masjidil Haram.

Hari ni la kot bermula badan aku tak sihat. Demam + Selsema. Penat gamaknya kan. Tapi kena gagahkan jugakla. Tak pergi aku solat Maghrib & Isyak kat masjid. Takda daya hahahaha. 

31 Disember 2016 (Sabtu)

Hari ni kami ke Mssjid Hudaibiyah untuk berniat ihram di sini. Sebelum ke sini, Kami dibawa ke Muzium Haramain. Banyak sejarah berkenaan Masjidilharam dan Masjid Nabawi. 

Selepas itu kami ke Ladang Unta. Sempatla tengok orang tu perah susu unta. Berbuih bebbbbb. hahaha. 




Sampai di Masjid Hudaibiyah, solat sunat, pakai ihram niat ihram balik ke hotel. Pergi Masjidil Haram. Buat umrah kali ketiga =) Rare cara aku tahalul kali ni, pakai pisau cukur hahaha. Boleh je nak pakai gunting atau melalukan mata pisau kan. Tapi selamber je lah =) Rambut dah tumbuh beb. Laju betul.

1 Disember 2017 (Ahad)

Hari ni aturcara bebas. Pergi solat di Masjidi Haram. Shopping shopping tepi jalan. AKu shopping kat Bin Dawood hihihi =) Beli sejadah, kain serban tu, kopiah dan lain lain lagi hahhaa. Paling best beli kereta KA warna biru boleh bercakap. Haaa...sama juga kes dengan unta tuh...Sampai ke sudah takutnya. hahahaha.

2 Januari 2017 (Isnin)

Subuh kali ni subuh terakhir untuk kami buat kali ini, semoga dijemput kembali ke sini. Usai solat subuh, aku ngan H buat Tawaf Wida' Tawaf selamat tinggal, Allahuakbar. Lain tau perasaan kat Mekah dan Madinah, Kat Mekah ni macam kental sikit. Habis tawaf, buat solat sunat dan berdoa. Allahuakbar....aku dah lama tak berdoa sedemikian rupa. Sungguh berat hati aku nak meninggalkan baitullah ni. Siap semuanya aku, H dan KA bergerak balik ke hotel, makan sarapan, siap-siap nak naik bas untuk menuju ke Airport Madinah. Singgah RnR aku beli wallet hahaha. Merepek betul.

Dalam perjalanan ke Madinah, aku sempat melihat ribut pasir, tapi kecil je la. Masa hentam cermin bas tu, seriau jugak aku hahaha.

Sampai airport, solat solat dulu, makan, check in. Kali ni di imigresen aku selamber je. Pakai set baju melayu dan berselipar. Sangat mudah bagi aku hahaha. Xyah nak bukak kasut bagai. Cuma kena bukak Carrier, KA, polis yang pegang masuk lalu scanner. Lambat sikit la prosesnya. 

Lapo lagi aku, beli burger kat burger king, 2 set dekat SAR50 jugakla.

3 Januari 2017 (Selasa)

Alhamdulillah sampai di KLIA dengan selamat. Cuma balik kali ini kami tak dapat duduk sama-sama. Mak abah dekat upper deck, aku ngan H kat bawah tapi still dapat bassinet.

Semoga Allah menjemput kami sekeluarga lagi nanti InsyaAllah. Sampai sekarang aku tak boleh move on dengan perkataan Umrah Madinah dan Mekah. Harap Haji juga satu hari nanti. Amin.