Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts
Showing posts with label Ramadhan. Show all posts

Saturday, July 26, 2014

Ramadhan 1435 Hijrah/ 2014


Hari terakhir ramadhan. Semoga berjumpa lagi tahun hadapan insyaAllah. 

Berterawikh hari terakhir ramadhan tahun ini di kampung halaman bersama H. 

1st time dia solat kat masjid ni hihiii. 

Abes terawikh sambung kemas rumah. Yihaaaa... =)

Sunday, July 20, 2014

Iftar bersama ikhwan

Alhamdulillah niat hati terlaksana untuk menjamu kawan-kawan untuk berbuka puasa bersama-sama. 

Shahir, mat blek, suen dan aimi datang rumah ni. Bestnyaaaaa.


Juadah yang simple, udon ikan bilis, pengat pisang, kuih muih dan air-airan hihi. 



Selesai berbuka puasa aku, H, mat blek n Shahir solat maghrib berjamaah bersama. 

Khabar-khabarnya diaorg berdua ni akan berangkat pindah ke semenanjung selepas ini. 

Aku n H..?? Lambat lagi la kot hihihiiiii

Plan nak buat open house raya pula laaaa hihihiii

Tuesday, July 15, 2014

Bila Sang Suami Menunjukkan Taring di Dapur

Yeahhh turn aku masak juadah berbuka...low salt hi protein hi vegie hi fiber hi fruit dinner. Hahahaa. Panjang gila klasifikasi masakan aku tu kan. 

Menu hari ini ialah

Jengggg jengggg jenggggg......


Udon Ikan Bilis Black Pepper dan Fruit Punch hihihiiii...

Ok, aku kekenyangannn...syukur alhamdulillah. Maghrib Isyak Terawikh selagi mampu insyaAllah. 

Sunday, July 13, 2014

Bazar Ramadhan Indah Permai, Sabah


Hari minggu adalah hari off dapur sepanjang bulan ramadhan ni hihi ... =)

Bazar Kem Lok Kawi suda, Bazar Sembulan suda dan Kali ni aku dengan H ke Indah Permai. 

Pertama kali aku dengan H ke sini. Tahu la Indah Permai (IP) kat mana tapi tak tahu kat mana lokasi bazar ramadhan. Konsep sempoi telah digunakan dengan menggunakan tema follow majority. Nampak semua kereta belok aku pon belok sekali alhamdulillah jumpa hahahaha. 

Seperti di Bazar Kem Lok Kawi, kat sini para peniaga pon ada yang dari semenanjung. 


Pergi awal, belum sesak lagi. 


Akhirnya, jumpa juga popia basah. Dah lama H cari. Akhirnya jumpa. Tapi hargany tak hinggattttt. Seketul RM1.50/ 4 ketul RM5.00. Melampau kannnn. Hahahaha. Tapi sebab kan dah lama cari, pejamkan mata je la. Isinya bukan padat pon. Kalau padat macam kat SOGO tu puas hati juga kannnn. Hahaha. 


Kuih lompat tikam. Nampak terus aku nak. Hahaha. Mcm murah kannn. Aku sambar 2 bekas. 

Aku ngan H beli:
Nasi kerabu
Nasi beriyani Ayam
Kuih Lompat Tikam
Popia
Apam Balik
Akok
Air Nemo

Ramadhan Buffet Dinner at G Cafe, Gaya Centre Hotel 2014


Tahun ini Ramadhan Buffet by Groupon.my dah tidak seperti tahun-tahun sebelum ini.

Hanya G Cafe, Gaya Centre Hotel ja ada promosi.

Sabah Oriental Hotel dan Ming Garden tak buat pula promosi untuk tahun ini.

RM40/pax (RM55/pax normal rate)



Semalam aku, H, wani, yuyun, sarah dan wani (MO) berenam memenuhkan gaster, merangsang pengeluaran hormon insulin dan mengakibatkan kekenyangan.



Makanan yang disediakan aku rasakan macam kurang pula kali ini sebab ini kali ketiga aku ke sini. Sekali steamboat dengan H dan sekali lagi lunch dengan family aku.

Nasi Bukhara
Satay
Kambing bakar
Ketam
Daging
Sotong celup tepung
Sayur
Kuewteow goreng
Ayam
Salad Bar
Ice cream
Dessert Stall
Marshmallow with Choco
Jeruk Buah
Teh tarik
Air Bandung
Air kosong

star rating 2/5

(aku suka makan kat sini tapi kali ini macam kureng pula kannn...sebab x rasa bebaloi dengan RM40.00 aku tu tauuuu hahahaha...=))  


Aisehmannnn...wani gerak-gerak pula. Ingat kemera handphone ni setajam DSLR ke apa...hihi.




Surau terletak di aras 3, sebelah kiri bangunan jika mengadap dari Suria Sabah.

Lepas makan, kami p shopping kat Suria Sabah.

Sempatla aku rembat 2 helai work shirt from Charlie


Singgah masuk ke Nature Republic sebab facial wash aku dah abes. Sekali yang aku pakai tu xda pula dieorg jual. Maksudnya kena g Seoul, Korea Selatan lagi la ni kan hihhiiiii

Ok. Suis Saving Onnnnn...=)

Sunday, July 6, 2014

Bazar Ramadhan Kem Lok Kawi, Sabah

Tempat wajib setiap tahun di bulan Ramadhan

Buat pertama kalinya aku ke sini bersama isteriku, H.

Pernah juga terserempak H dengan housematenya, tak sangka H jadi Soulmate aku pula hihihiiii.

Jodoh.

Bazar Ramadhan Kem Lok Kawi

Sinonim aku ngan jimbit dan mat blek

Kami ke sini untuk mencari 

1) Nasi Kerabu Makcik Kedai Hujung Sebelah kanan
2) Laksam makcik tu juga
3) Ikan keli masak sambal

Sampai je sini terus aku teringat kat jimbit dengan kerabu kacang botolnya hihhiiii..=)










Alhamdulillah, dapat juga cari juadah wajib dan juadah sampingan hihiiiii

rindu masakan semenanjung. inilah masanya.

Selamat menunaikan ibadah puasa H...=)

i love you so much muahh muahhhhh...=)

Thursday, July 3, 2014

Kasih Seorang Isteri

Semalam yang indah

H: Awk, hari ni awak berbuka sorang ya
Aku: Owh, ok

Terus kepala aku ligat nak merancang juadah apa yang hendak dimakan malam semalam

Ting...!!!! ok, KFC Snack Plate tapau jadi pilihan hahahhhaha

Tetiba aku dikejutkan dengan imessage tertera 2 keping gambar makanan di bawah disertai dengan ayat. Dah siap masak. Nanti rasa dulu baru hidaang ye kot kot x sedap boleh adjust. paling paling kalau x sempat panaskan lauk jer.

Fuiyohhhhh....sempat juga wife aku balik rumah time rehat pastu masak untuk aku berbuka nanti.

Syukur alhamdulillah dikurniakan isteriku ini.

I Love You la yggg.

=)



Seperti biasa, masakan H memang terbaik.

Syukur Alhamdulillah atas kurniaan rezeki.

Sunday, June 29, 2014

1 Ramadhan 1435




Alhamdulillah dapat juga aku bertemu bulan barokah bulan ramadhan. 

Selesai solat terawikh yang pertama di Masjid Negeri bersama-sama H. 

Ramadhan pertama bergelar suami memberi satu maksud jelas untuk menggalas tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga. 

Semoga aku dan H dapat melaksanakan ibadah puasa dengan sempurna dan mendapat puasa yang berpahala dan lillahitaala. 

H awal tidur harini. Semoga aku dapat bersahur pagi ni. 

Kalau dulu memang selamber tak sahur. Tahun ni keberkatan sahur dicari. Lebih2 lagi bersama isteri tersayang. 

I love you forever zaujah ku.