Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Indonesia. Show all posts
Showing posts with label Indonesia. Show all posts

Monday, June 23, 2014

Supir di Bali, Indonesia

Persediaan masa hadapan. Sr Aliifah telah me'whatsapp' (teruk juga tatabahasa aku ni) untuk perkhidmatan supir di Bali, Indonesia

Bila eh nak g Bali hihiii.

Ok, masuk dalam wishlist la hihiii

Friday, May 30, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 15 - Kartika Sari

Hari hari terakhir di Bandung diisi dengan jalan - jalan di Jalan Cihampelas, Ciwalks. Bergambar dengan patung-patung superhero hihi.

Dapat juga la aku baju Transformers sehelai kat sini hahhaa

Lepas jalan-jalan kat sini, tahan teksi kami pergi ke Kartika Sari, Jalan Dago. Perghhhh besar betul tempat dia ni. Banyak juga yang kami beli. Pisang bolen dan yang kat bawah ni nama apa pon aku dah lupa muhahaha


Lepas beli ole-ole kat sini, kami balik ke hotel, kemas-kemas barang. Call teksi. Gerak g Bandung Airport. Dalam perjalanan ini baru aku perasan yang Pasteur ni dekat ja ngan airport hihihii.

Yes...Alhamdulillah jalan-jalan kami ni ada manis ada pahit. Asam garam dalam kehidupan. Ke Bandung ini adalah hadiah honeymoon aku kepada H. Harap-harap dia enjoy dengan trip ini.

Tuesday, May 27, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 13 - Day 6

Kawah Putih




======================================================

Papitto Cafe & Bistro, Bandung



Air Jus Sirsak (durian belanda). sedap oooo


======================================================

Rumah Kain




Seronok haaaa...jalan kat rumah kain. Kain melambak. Macam-macam jenis. Pilih sahaja. Sempat juga la aku menyambar kain pelekat sehelai hihi. H usah ditanya hahhaha...

======================================================

Ke arah Jalan Cibaduyut



======================================================

Makanan Masakan Padang


Banyak betul makanan yang dihidangkan versi masakan padang. Bayar lauk yang disentuh dan makan sahaja. Sejuk dan tak kena dengan selera aku dan H. Sampai ke hotel H bising makanan tak best. Supir kami pon hanya makan telur rebus masak sambal 2 biji. hihiihihi....









Monday, May 26, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 12 - Day 5

Tangkuban Parahu

Hati kena kuat bila datang sini. Turun ja dari kereta dah kena serbu dengan penjual-penjual barangan cenderamata. Rimas aku. Siap ikut sepanjang sessi sightseeing hahaha..melampau juga english aku kannnn

Kena ikut, pastu balik-balik offer tolong ambil gambar kami berdua.

Siap tunjuk pakai kad yang menunjukkan dieorg ni pekerja di situ untuk memberi input.

Again, aku rimas hahhaa...




==========================================================

Sari Ater Hot Spring

Kolam air panas yang best hihi...agak jauh sedikit daripada Tangkuban Parahu.

Kat sini lain pula ceritanya, diikut oleh penjual aiskrim berlesen hahhaa...

Siap cakap, kalau kat Tangkuban Parahu penjualnya memaksa dan kami tidak. Sori derrr..balik-balik ditanya mahu aiskrim ka enggak. again, aku rimas hahhaa

Tempat ni buka sampai malam

Ada kemudahan surau di sini. Bersih dan terurus.


==========================================================

Strawberry Farm



Kat sini kami layan air strawberry. Mula-mula ingat nak memetik sendiri tapi dari jauh tengok, buah strawberry pon macam suam-suam kuku. Ambil keputusan melepak je la sambil membasahkan tekak. Beli juga la strawberry beberapa biji sebab nak makan sikit ja kan. Masam...!!! tapi kat Tangkuban Parahu adalah manis. Kompius aku hahaha....=D salut ngan gula ka apa strawberry kat Tangkuban Parahu. Pengawetkan. Boleh tahan lama

==========================================================

Lembang Floating Market

Best tempat makan ni. Orang menjual atas perahu kecil. Buat rojak. masak mee jawa dan berjual pisang goreng semua dalam perahu. Unik.



Terung pipit tu...pertama kali tengok pertama kali makan hihiihih


==========================================================

Toko Tiga


Berbelanja sehelai baju t-shirt berkolar di sini. Jeans macam-macam brand ada. Katanya OriginaL. Betul ke tak, aku pon tak tahu hihi...











Sunday, May 25, 2014

Hayukka Bandoeng - Perkhidmatan Supir dan Sewa Kereta di Bandung

Hayukka Bandung, Hayukka Bandoeng. Isk mana-mana lah.

Servis terbaik yang diberikan oleh company ini sepanjang aku dan H melancong di Kota Bandung.

Kereta yang dibekalkan ialah Toyota Avanza dan Daihatsu yang mirip Avanza hihihihihi

Sehari dikenakan kadar bayaran IDR390 000 dan tambahan IDR50 jika ke Kawah Putih atau Sari Ater HotSpring.

Okla kan.

Bagus kita dah rancang kemana hendak dituju supaya tidakla terpinga-pinga. Yes, supir boleh bawa kita kemana-mana yang kita mahu.

Supir kami bernama Yayan

Orangnya simple, mudah berbicara, ada input kemana tempat yang dilawati dan yang paling penting tahu lorong tikus nak ngelak macet. hahahhaha... terbaikkk.... =)

Semua maklumat bolehla rujuk dengan laman web di bawah

http://www.hayukka.net/

https://www.facebook.com/hayuka.bandung

Harga berpatutan, perkhidmatan yang baik. Sangat direkomenkan kepada sesiapa yang melancong ke Bandung hihi.

Wednesday, May 7, 2014

Itinerary Bandung dan Jakarta 2014


Itinerary ke bandung dan Jakarta, Indonesia.

ada banyak tempat yang aku tak sempat nak melawat.

InsyaAllah akan ke sana satu hari nanti.


menggunakan adf.ly (URL shortener). Jangan risau, tunggu 5 saat, tengok kotak bahagian kanan atas. Tekan Skip Ad, Masuk dalam Dropbox, tekan download.)