Taman Damai
Kat sini ada beberapa monumen bersejarah dan ada tempat untuk berehat sambil makan dan minum
Dalam kawasan Taman Damai ini ada gerai makan jual air kelapa, sayap ayam, sate, nasi dan lain-lain lagi. Tapi macam para penjual ni ada masalah sikit hahhaa. mungkin sebab persaingan perniagaan. Kalau order yang penjual tak jual. Jangan mimpila makanan tu nak sampai haha. Padahal boleh je pesan-pesan kan. Untung sama-sama. Rezeki datang dari Allah kot. Aku order ABC dengan sate je pon. Datang ABC ja. Sate kena tunggu pakcik jual sate ambil order. Masalahnya yakin gila makcik tu ambil order sate aku kan. Siap tanya berulang kali ni minta kepastian berapa cucuk nak order. Aduhhh sandiiiii. ABC: RM3.00, Sate: RM6.00 (60sen secucuk). H order air kelapa segar dari bijinya: RM4.00
Aku datang lagi sekali ke tempat ini untuk melawat apa yang ada kat Taman Damai, Pantai Layang-Layangan ini. Haritu tak sempat, rushing nak balik ke arah pekan sebab nak g airport. Sekali member g hotel naik teksi daaaa..... Kali ke-2 aku pergi ni, H tak ikut.
Monumen yang dibina oleh Kerajaan Jepun bagi memperingati perajurit mereka semasa perang dunia ke-2.
PEACE IS THE BEST
Seronok betul budak berdua ni bergambo hihi.. =)
TUGU PERINGATAN PERDAMAIAN
Cuma aku ada beberapa isu yang dibangkitkan semasa berada di tempat ini dan dibincangkan bersama-sama dengan kawan-kawan sebab masa aku ke sini H tak ikut aku.
Pihak Jepun telah menakluk Pulau Labuan dan diusir oleh pihak Australia. Surrender Point Memorial sebelah dengan Taman Damai. Monumen Taman Damai sangat besar dan kawasan yang luas. Bingung sekejap fikir sebab kalau ikut sejarah Jepun ni banyak melakukan kerosakan sepertimana yang tertulis pada Surrender Point Memorial. Mungkin sebab itu nama tempat ini Taman Damai. Maksudnya sentiasa aman damai makmur dalam kehidupan seharian. Walaupon Jepun banyak buat kerosakan di tanah melayu dan borneo, kena guna pakai peribahasa melayu, buang yang keruh ambil yang jernih. Sepertimana pada plak di Surrender Point Memorial - Lets We Forget.
Tidak semudah itu bagi para perajurit-perajurit yang mempertahankan kedaulatan kemanan negara kita. (aku rasa laaaaa)
Jasamu dikenang wahai pahlawan yang mempertahankan pertiwi
No comments:
Post a Comment