Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Friday, August 22, 2014

MH17 Dalam Kenangan - 22 Ogos 2014

Hari ini hari Jumaat, Penghulu segala hari. 

Aku bermusafir balik ke semenanjung. 

Hari ini, penumpang nahas MH17 yang telah dikenalpasti akan dibawa pulang je Malaysia. 

Semasa di KK aku berharap agar aku sempat untuk menyaksikan Upacara Istiadat Penghormatan mangsa tragedi MH17. 

Mendaratnya AK5111 di KLIA2 aku mencari-cari di mana Kompleks Bunga Raya. 

Ya Allah. Sayu hati terasa bila aku tengok upacara istiadat telah selesai. Aku tak dapat tengok. Yang tinggal Kapal terbang yang membawa mereka pulang. Khemah berscallop kuning dari jauh aku nampak. 


Sebelum ini, perasaan aku tidak sebegini malah seperti tiada apa-apa yang berlaku. 

Seorang penumpang yang aku kenali tapi tidak pernah berbicara merupakan mangsa tragedi tersebut. 

Beliau pernah menjadi pelakon dalam cerita sejarah diri aku. Namun cerita itu kini tinggal sejarah masa lalu yang aku rasakan tidak perlu untuk aku ingati kerana kini aku mempunyai sebuah cerita cinta kita antara aku dan H yang kurasakan indah harum mewangi tiada hujungnya. 

Innalillah wainna ilahi rojiun. 

Semoga syurga untukmu. 

No comments: