Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, October 7, 2015

Tragedi Oktober 2015

5 Oktober 2015 detik bersejarah buat aku sekeluarga.

Tidak disangka-sangka Pulau Langkawi dilanda jerebu yang dahsyat.

Walhal semasa datang haritu, Langkawi cerah.

Langit tidak selalu cerah, mendung bukan bererti hujan

Langkawi dilanda jerebu tebal.

Seawal pagi jam 9am 5 Oktober 2015, kami sekeluara bergerak ke Langkawi International Airport (LIA). Flight aku pukul 10am manakala H & KA jam 11.30am.

Selesai urusan check in aku, kami beratur di kaunter check in AirAsia. Just nice H selesai urusan check in keluar pengumuman yang LIA tutup selama 4 jam dan akan dibuka jam 2.00pm.

Kami sekeluarga melepak kat kerusi depan MarryBrown. Keluar pengumuman yang flight aku cancelled. Minta ke Kaunter MAS untuk dapatkan Boarding Pass yang baru untuk flight yang baru ada pukul 1.00pm.

Bila Airport dibuka semula pada jam 12.00 aku pon masuk Boarding Hall duduk dalam tu dan dengar pengumuman flight H dan KA delayed sampai jam 3.00pm. Lepas tu dengar pulak pengumumuman yang flight aku pula cancelled.

Airasia buat pengumuman minta passengers untuk keluar ambil luggage dan beratur tukar flight keesokkannya sebab semua flight hari ini bagi AirAsia cancelled.

Aku p tanya MAS dia cakap tunggu dalam boarding hall nanti flight pukul 7.55pm mereka akan bagi boarding pass baru.

Tahi kucinggggggg (baca macm Mr Os cakap)

Selesai aku beratur dengan H berganti-ganti untuk tukar flight H yang hanya kosong pada 7 Oktober 2015. Aku pon saja-saja p tanya kaunter check in. Dia cakap sepatutnya aku keluar tadi ambil boarding pass baru dan dapat flight 7.55pm. Kesudahannya aku dapat flight 9.45pm dan disudahi dengan tukar flight lagi ke 7 Oktober 2015 2.35pm. Binawe betul orang MAS yang kerja kat dalam boarding hall tu. Aku ada kursus woiiiiiiiiiiiiii. Aku dapat tukar tiket dalam pukul 9.00pm.

Kesian KA tak memasal baby lagi dah stranded dalam airport lebih 12 jam.

Dapat tiket aku, kami ambil teksi dan ke Pekan Kuah pergi cari hotel. Simple survey dan buat keputusan stay di Coco Valley Inn. Badan dah penat otak dah lemas. Mandi2 solat2 tidur. KA masuk bilik, nenen terus tidur. Penat dah dia. Kesian.

No comments: