Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Monday, January 5, 2015

Pre 1st Anniversary - GO TURKEY - HARI 05: KUSADASI - PAMUKKALE

18 Dis 2014 (4th Night)

- Sarapan Pagi di Hotel dan daftar keluar hotel.
- Melawat Kota Ephesus & Artemis Temple (Wonders in the world)
- Makan Tengahari di Restauran Tempatan.
- Bertolak ke Pamukkale. (Anggaran Perjalanan 03 Jam)
- Melawat sekitar Bandar Pamukkale. Antique City of Hierapolis (Cotton Castle)
- Makan Malam di Hotel.
- Daftar Masuk Hotel. (Buffet or Set Menu) - PAMUKKALE

===============================================================

Bangun pagi siap-siap sarapan di Hotel Tatlises kami berangkat menuju ke satu kedai menjual barangan kulit bernama Kircilar Leatherium.

Di sini kami diberikan minuman teh epal panas dan diberi peluang untuk menyaksikan fashion show depan mata kawwww...hahaha..=)

Macam dalam program runaway pulak kan hihihi..=)

Dimaklumkan kedai barangan kulit ini merupakan pembekal kepada jenama terkemuka dunia seperti Burbery dan Prada.

Harga dia toksah nak cakap la kan. hihihhiihi...=)


Hihiiiiii...dua orang daripada kami kena panggil jadi model runaway kekeke...=)

Selepas fashion show kami di bawa ke showroom. Masa dalam fashion show kita dibekalkan dengan borang nak pilih mana yang berkenan di hati. Aku berkenan kat satu ni haaa...macam dalam gambar di bawah. Tu yang aku tanda dalam kertas tu. Last-last aku mampu untuk mengambil gambar dan borang tu sahaja hahaahhahaa...=)


Jaket kulit yang paling aku minat terus aku cari hahhaa...elok-elok nak try sekali datang pula salesman dia kan.... pastu tolong-tolong aku pakaikan. Aku dah agak dah kalau dah macam ni kompem kena pujuk beli hahhaha...So aku dah stand by da fizikal dan mental untuk menangkis segala ajakan dan pelawaan.

Memang best yer pakai jaket yang aku try ni. Tengok harga USD 1200. umakaihhhh. mau cecah RM4K kot. Lepas aku try-try dia ajak nak p bayar kan...ok aku dah ready, aku kat tak nak. bagi masa fikir, dia dah angin kat aku lalallalllalalallallala.

Tetiba aku nampak Uncle dan Auntie tengah belek-belek jaket, Ok, Auntie angkat sehelai jaket dan Uncle angkat beg golf yer hahaha..=) Abg Suhaimi pon angkat 2 helai jaket kulit untuk dia dan isteri walaupon sebenarnya untuk isteri dan anak dia yang tak ikut. Last-last dapat kat dia hahhha...=)

BASIC IS THE BEST tagline kedai ni mungkin.

Masa nak tangkap gambar H kat tagline tu, uncle yang layan aku tadi marah aku ambil gambar kat situ hahahha...emo pula si uncle ni kan.

Sorry la uncle, tempat ni bukan tempat aku. Aku rasa aku boleh dapat harga jauh lebih murah dari kedai kau ini. Ini semua kerja travel agent untuk membawa kami semua dan melariskan produk ko.

Oleh itu, janganlah terpedaya unless duit mu sangat banyak dan berkepok2 dalam ikatan getah (moga satu hari nanti aku mcm tu hahahha)

Selesai di Kedai Kicilar kami di bawa ke Kota Ephesus. Besar kota ni. Jalan masuk lain, jalan keluar pon lain. Kiranya sehala jalan je la kan.

Masuk je Kota Ephesus harus mencari batu blok berwarna kelabu yang ada tulis nama tempat tersebut kekeke...=)

Aku ngan H apa lagi, silih berganti bergambar dan minta tolong Uncle dan Ghaz & The Doctors ambil gambar kami berdua kekekke...=)


Banyak tinggalan sejarah dalam Kota Ephesus ni dan difahamkan Kota ni merupakn Kota zaman silam yang terbesar.



Banyak tinggalan arkeologi di sini dan aku rasa ahli arkeologi sangat sukakan tempat ni hihihi..=)


Hamam tandas orang dulu-dulu open yer. Yang H tunjuk tu adalah tempat melepaskan tinja yang penuh dalam usus dan sangat dalam. Dihadapannya ada air terjun. Mungkin berfungsi sebagai penebat bunyi. kekekke.

Dimaklumkan jika musim sejuk, hamba akan duduk di atas tempat nak berak ni sampai panas kemudian barulah golongan bangsawan melepaskan hajat. Perghhh penyiksaan dan penderaan berlaku yer.


Dan dari jauh tersergam indah bangunan di bawah yang merupakan satu perpustakaan kedua terbesar di dunia pada waktu itu.

Macam selalu je kan jadi background dalam filem-filem lama.

Alhamdulillah sampai juga kami di sni =)



Gambar d atas dari kiri H, Makcik, Auntie Hajah Aziah dan Auntie Asmah

Aku ucapkan berbanyak terima kasih kepada mereka dan juga ahli-ahli jemaah yang lain sebab sangat menitik beratkan keselamatan H dalam perjalanan ini. Semua pangkat mak kepada kami. Tu yang terasa aura keibuan masing-masing tu. terima kasih semua =)

Selepas tu kami keluar dan sampai sahaja dipintu bas banyak pula gambar aku telah diprint kan oleh photographer di situ. Sekeping 10 Lira. H cakap x payah la, nanti last2 sijmpan juga. (fuhhh selamat duit aku hahahaa...=)

Kami di bawa makan tengahari dan dapat la tengok orang jual aiskrim menguli aiskrim tersebut hihihi..=)


5 Lira satu kon aiskrim

Selesai makan kami menuju ke Pamukkale. Tempat yang aku paling nak pergi. Syukur Alhamdulillah.

masa nak sampai, dari jauh kelihatan satu kawasan berwarna putih. Yes, dah sampai hihihhihi.

Cotton Castle

Subhanallah. Cantiknya keindahan dan kejadian alam ini.


dalam kawasan ini juga terdapat tinggalan arkelogi zaman ancient dinamakan Kota Hierapolis. Tapi disebabkan masa yang diperuntukkan tidak mencukupi dan Kota tersebut sangat jauh untuk berjalan kaki kami berdua menghabiskan masa di Cotton Castle sahaja. Ghaz dengan Rahman pergi Kota Hierapolis. Berpeluh dieorg dalam musim sejuk kekekke. (memang jauh gila kalau berpeluh tau hahahaa)


Cantik sangat tempat ini. Aku suka. Memang aku nak pergi lagi sini satu hari nanti insyaAllah




Aksi di atas merupakan aksi Dont Do This at Home sebab lepas buat aksi kena sound ngan pak guard sebab buat aksi merbahaya hahahaha =) yang kanan tu ilusi optik ye. terapung tu hahahha..=) boleh pulak seakan-akan belum lagi melompat hihihihi


Setelah satu jam berada di Cotton Castle kami menaiki bas turun dari bukit dan menuju Hotel Tripolis. Dari bilik kami boleh nampak Cotton Castle yang sangat cantik dan indah. Hebat 700D aku ni boleh capture gambar dalam gelap dan hasilnya sungguh mengagumkan hihihihihhihihi =)

Hotel Tripolis ni best siap ada Indoor Thermal Pool yer hihihi...=)

Tidur macam biasa, dengan nyenyak sekali tetapi tidak bagi H. Hujan lebat oooooo malam tu...sejukkkkk. tapi aku sedar-sedar, eh-eh subuh pula hihihihih =)

=========================================================

Artemis Temple macam aku tak jumpa pula masa di Kota Ephesus huhuhuhuu =(

No comments: