Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Sunday, October 19, 2014

Secangkir Kopi Celik Hartanah Bersama Sahabat


Seperti hari-hari yang lalu. Sudah berkahwin bukan alasan untuk aku tidak peruntukkan masa bersama brothers di sini.

Melepak kopi-kopi sembang-sembang masa depan seperti selalu di CBTL Wisma Merdeka.

Dua-dua order Coffee Mocha haha...


Lepas layan kopi ngan croisant Yoyo aku nan mat blek jalan kaki ke Suria Sabah sebab ada Sabah Property Expo.
Saja jalan-jalan tengok rumah-rumah yang baru nak naik.


Ada satu company Sunsuria satu developer yang buat Suria Residence menarik perhatian aku.

Lokasi di Bukit Jelutong, Selangor.

Sebuah apartment, 600sf, 1 bilik = RM375 000

Good for investment.

Dijangka siap pada 2018.

Dalam masa tersebut, dijangkakan nilai hartanah meningkat kepada RM467 000.

Aku tertarik cuma hati kecil ku berkata, ada ka orang nak beli sebuah apartment yang mempunyai 1 bilik dengan nilai harga tersebut.

Ok, dapatla aku mmbayangkan yang mana pada waktu tersebut, nilai hartanah akan meningkat dan jika pendapatan seperti sekarang, maka dengan itu ramailah orang yang tidak mampu untuk memiliki sebuah rumah 1 bilik. 2 bilik atau 3 bilik, sendiri mahu ingat.

Pasang azam, cari hartanah semampu yang boleh tanpa menganggu keperluan hidup. Kehendak boleh diminimakan semahunya.

No comments: