Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 11, 2014

Pepero - Sijil Pengesahan Halal

Tidak lama dulu kecoh seantero alam maya menyatakan bahawa Pepero adalah tidak halal.
Semasa di Langkawi International Airport aku menyinggah ke sebuah kedai coklat bebas cukai. Aku terpandang akan satu sudut yang di letakkan Pepero pelbagai jenis.
Aku tertarik akan satu salinan fotostat surat pensijilan pengeshan halal untuk Pepero.
Alhamdulillah, statusnya sudah jelas yang pepero telah mendapat sijil pengesahan halal dari JAKIM HAB HALAL MALAYSIA
Di Malaysia ni unik
Mendapat Pensijilan Halal : kompem status halalnya
Tidak mendapat Pensijilan Halal : boleh jadi halal, boleh jadi haram ataupon syarikat, kedai atau pengusaha makanan tidak apply untuk pensijilan Halal.
Haram : Jelas HARAM nya.
Persepsi kebanyakan orang di Malaysia ialah ada Logo Halal adalah Halal, tiada logo Halal adalah Haram. Kesian makcik jual nasi lemak tepi jalan sebab tiada sijil Halal... Opsssss (terperli pulaaaaa hahaaa)
Mencari yang halal adalah kewajiban semua muslim. InsyaAllah. Semoga mendapat keberkatan dan keredhoannya.

1 comment:

Unknown said...

i just tried malaysia halal directory.

nope. i didn't find any halal cert for it..

since your certificate photo is too blurry i can only type the exact company name.

even tried pepero or lotte.

no halal sijil found as of yet