Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Thursday, October 9, 2014

Rent A Car Langkawi

Ad usual kalau melancong jalan-jalan dalam negara aku lebih suka memandu sendiri.
Kalau dulu aku datang Pulau Langkawi, aku berhubung dengan Teluk Yu Holidays. Tapi dekat airport dah takda da booth dia.
So aku berhubung dengan MRP Holidays, Abang Cik. Bila aku call dia, dia suruh call staff dia di airport. Sekali staff dia tolak aku kat company lain BRF Travel & Tours.
Memang tolong menolong diaorang ni.
Kedua-dua syarikat ini mempunyai satu persamaan. Aku booking kereta lain, aku dapat kereta lain. Cehhhhhhh.
Kalau dengan Teluk Yu aku booking Myvi dapat Sentra 2nd Gen.
Kali ini aku booking Picanto dapat Mirage.
Iskkkkk....nasib aku jenis tak berkira.
Aku rasa konsep booking with deposit tu penting bagi memastikan keboleh jaminan dapat kereta. Bila aku nak letak deposit diaorg suruh walk in. Bila walk in, kereta pon habis.
Abg cik bagi aku picanto rm60 boleh lewat hantar. Dengan yang baru ni, rm80 (after less rm10) ada extra charges sebab lewat hantar.
Cool juga Mirage ni. Jimat minyak, pemanduan yang selamat dan selesa, keyless entry dan button start.
Yang tak bestnya, kiri belakng dah kena eksiden kanan belakang dah kena sagat. Memangla kereta sewa tapi penyewa jagala kereta betul-betul huhuuuuu

No comments: