Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, October 25, 2014

Perjalanan Menuju iPhonefix, Bandar Utama

Alhamdulillah, syukur pada tuhan diberi peluang ruang dan rezeki untuk balik ke tanah semenanjung walaupon untuk seketika atas urusan rasmi dan sorang-sorang pula tu. H tak ikut.

Tapi ok juga dia tak ikut sebab aku ada misi dan visi untuk dilakukan. Pergi kedai baik pulih iPhone tersohor iPhonefix di Centrepoint, Bandar Utama.

Dari KLIA aku ambil bas ke KLIA2, bas Airport Coach bertambang RM1.00. Kemudian aku menaiki Bas SkyBus milik AirAsia untuk ke Bandar Utama dengan nilai tambang berharga RM15.00

So dari One Utama aku ke Centrepoint berjalan kaki dengan membawa beg seberat 6.6kg tidak termasuk laptop.

Tidak jauh mana pon 2km ja sehala kata waze. Tapi aku ok ja. 10 000 langkah disahut bagi mencukupkan jumlah aktiviti fizikal aku hihiii

Sesampai ja aku di Centrepoint aku terus menuju ke iPhonefix. Mengambil kembali iPhone 5 aku yg rosak akibat pakai powerbank semasa di Keningau tempoh hari.

Staff iPhonefix memang terbaik dan penuh dengan etika kerja yang bagus. Aku charge iPhone aku sekejap supaya dapat hidup untuk aku back up iPhone tersebut. Macam mana..?? Brader zaini p tukar bateri aku kat iPhone lain dan charge. Cukup charge pindah balik ke iPhone aku semula hihiiii.

Semasa menunggu sempat juga aku belasah Subway. Tengah ada promo. BMT + air + cookie sekeping rm 10.50. Biasa BMT sahaja dan 12.50 exclude tax kalau tak silap. Kenyang Alhamdulillah. Mencari makanan yang tiada di Kota Kinbalu orang bilang hihiiiii.

Siap back up aku kembali semula ke One Utama. Perjalanan balik aku rasakan hanya sebentar. Jalan jalan jaaaaalan dah sampai OU.

Nampak RotiBoy, apa lagi singgah la kan. Sekali tengok harga dah RM2.50. Mahalnya. Kesian kat aku. Dulu rm1.50 kalau tak silap. Selalu beli kat Alamanda Putrajaya.

Pergi ke tempat tunggu bas RapidKL, aku naik bas menuju ke Putrajaya (U43) untuk ke Stesen LRT Kelana Jaya dengan nilai tambang RM2.00 dan naik LRT dari Kelana Jaya ke Bandar Tun Razak dengan nilai tambang RM4.00.

Adik aku ambil di Stesen LRT Bandar Tun Razak, adik aku ambil dan balik umah dia.

Ok, aku penat. Aku tak tahu kenapa aku bagi info di atas. Hahahahhaaha..... =) (padahal baca sendiri je blog ni muhahahaha)

No comments: