Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label KLIA. Show all posts
Showing posts with label KLIA. Show all posts

Wednesday, September 21, 2016

NOOODLES, Kuala Lumpur International Airport Terminal1.

Jumaat minggu lepas aku ke KLIA menanti permata hatiku daripada Kota Kinabalu, Sabah. Macam pelik pulak aku rasa sebab biasanya balik sama sama tapi kali ni balik asing asing. Almaklumkah, aku kan dah jadi Haksaeng UKM 
Biasa aku makan kat food garden tingkat 2, tapi kali ni tukar angin sikit. Makan kat NOOODLES. Dekat tingkat 5 menghala ke surau anjung tinjau dekat ngan KFC & OLDTOWN WHITE COFFEE.


Duduk duduk minta menu terus order Taiwan Beef Noodle Soup yang berharga RM16.90 dengan Teh Tarik. Aku tak tahu la kenapa kalau teh tarik kat KLIA ni sedap ngattt...Lagi lagi kat food court tingkat 2 hihihihii


Boleh boleh la, indah menu dari rupa. Mangkuk bagak besar tapi isi tak penuh macam dalam gambar hahahhaa


Aku menyarakkan pihak Nooodles boleh datang ke Sabah tengok masakan bernama Ngau Chap. Lagi sedap kota dari Taiwan Beed Soup ni. Disebabkan kelaparan. Boleh boleh je la makan.


Mo try lagi...???

Cukup Cukup Sudahhhh hahahhaha....

Aku bagi 3 bintang.

- Hampir hampir staff lupa nak bagi desert aiskrim
- Improve kuantiti sedikit agar rasa berbaloi dengan harga yang dibayar

Thursday, October 15, 2015

Malaysia Airlines Baggage Allowance

Baggage Allowance bagi aku yang belum bersedia untuk menaiki Business Class untuk Malaysia Airlines ialah sebanyak 30kg dan 2 bagasi sahaja untuk seorang. Hand luggage boleh pergi 7Kg. Kalau ada beg ke-4 memang tak lepas kalau travel sorang-sorang

Bagi aku yang bawa KA yang dikira sebagai Infant, boleh bawak beg 10kg dan hanya sebuah beg sahaja.



nah......aritu aku balik satu family dari Kuala Lumpur ke Kota Kinabalu dengan 63.3kg hihihihi =) Drypers KA pon dah nak dekat 13kg muhahahah =)

Monday, October 12, 2015

Opsss i did it again =)


Laut China Selatan ke lintasi, Selat Melaka ku susuri dan Laut Andaman ku saksi buat kali kedua dalam sejarah hidup ini dalam sehari perjalanan =)

Again with AIRASIA =)





Pergi best balik tak best sebab stranded di Langkawi selama 2 hari. Patut balik 5hb, x memasal balik 7hb Oktober 2015.


hahahhahahahahahahhaaahaha

Wednesday, September 16, 2015

KLIA (KUL) - Kuantan (KUA) - Subang (SZB)



Route ke atau dari Kuantan unik. Melalui pencarian internet (fuhhhh ayat....) aku dapati yang ada flight ke Kuantan kalau dari KLIA - MAS, kalau dari Subang ada Firefly dan Malindo Air.

Untuk ke Kuantan aku pilih MAS sebab aku dari Sabah touchdown kat KLIA2 dan terus ke KLIA by ERL Transit (RM2.00) dan ber MAS kali pertama setelah di take over menjadi MAB hihihihi dengan harapan bukan kacang sebagai refreshment. hahahahhaha

Flight delayed. Grrrrrr........9.30 katanya boarding tapi jam 10 malam baru take off. Haishhhhhhh.

Perjalana berflight paling pendek kedua aku pernah naik. 1st time masa naik MasWing ke Labuan =)

Setengah jam dah sampai Kuantan. Kesian aku tengok terkejor kejor stewardess nak serve air epal dan kacang. WHATTTTTTTTTTTTTT..............ya, masih Salted Peanuts hahahhahahahahahhaha walaupon telah di MAB kan. Nasib aku bijak pilih seat kat belakang - belakang sebab kompom makanan lamnbat sampai kalau kat depan depan hahaha.




Kacang kegilaan ramai dan air epal minuman kesukaan aku. Kena offer air oren sebab dah habis dari tray stewardess dan dengan hensemnya aku berkata, xpa, saya tunggu hihihihiihihi.


Sampai je kat Lapangan Terbang Sultan Ahmad Shah, Kuantan aku terus keluar ambil beg dan cari teksi.



Tambang teksi dari airport ke Rocana Hotel RM35.00

=======================================================================

Balik ke Ke Kuala Lumpur kali ini kau turun di Subang (SZB). 

Saja turun SZB nak jumpa sahabat. =)

Kaunter check in di Kuantan sebab tiada pon Kiosk tu. Tapi OK je, Lagi bagus, check in, masuk barang dan selesai. Ermmmm...tak nampak kenapa kena check in dulu. Kalau takda check in luggage OK kot kan...pantas...masuk Boarding Hall terus.

Airport Kuantan ni dalam proses renovation. Kaunter Sewa Kereta kat luar. Kedai makan pon kat luar bangunan.

Kali ini aku naik ATR ...!!! kekekek...terbayang-bayang duduk sebelah kipas masa naik MasWings aritu ahahhahaha. Kali ini aku duduk kat seat 1A.

Phuiiiiiii....sebelah Emergency Door Exit. Tak memasai kena study macam mana nak bukak pintu tu hahahhaha =)


As usual, Malindo punya refreshment. Kira OK la perjalanan 3o minit makan sekut ngan air. Tapi apa ke jadahnya pergi balik dari BKI ke KUL makan sekut ngan air....oh maiiiiiiiii hahahahha...=)







Study study, jangan tak study.



Excited aku bila touch down di Subang. Landing pon smooth dan yang paling best mengembalikan nostalgia hantar Arwah Tok dan ayah cu pergi Mekah =)

Tempat yang sama handbag mak kena ragut. Kuang ajo punya pencopet.

1st time aku landing sini. Best airport dia, besar dan banyak kedai makan kekekkekeke.


Melepak dengan mat blek. Mat blek fetch aku kat airport terus balik rumah dia, on da way singgah minum minum dulu makan cheese Nan hihihi =)

Sunday, September 6, 2015

MITSUI OUTLET PARK, KLIA Sepang

MITSUI OUTLET PARK, KLIA (MOP) seperti memanggil aku setiap kali aku nak ke airport vice versa dan hari ini baru aku berpeluang untuk ke situ.

Aku sampai airport dalam pukul 2pm dan uruskan H dan KA check in barang then hantar ke pintu masuk boarding hall KLIA2. Pukul 3, aku dah mati akal...boring. Aku p beli tiket ERL, RM2 untuk ke KLIA sebab malam ni pukul 10pm aku ke Kuantan dengan MAS by MAB kekekekkeke.

Sampai KLIA aku kembali mengeras haahaha.

X boleh jadi ni, aku pon turun tingkat 1 dari tingkat 5 pastu terus ke pintu 2 tunggu shuttle ke MOP.


Bas sangat selesa ala ala Intra Kota hahahahhaa...phuiiii, RapidKL baaaaa.

Ada tempat letak bagasi dalam bas


Kekerapan dalam 20 minit sekali dan punctual ya. Punctual sampai, punctual gerak semula dari MOP.



Banyak betul kereta kat sini kat parking lot. Entah-entah ramai yang parking sini sebab murah. Kalau kat KLIA semalam rm32.Kalau seminggu...perghhhhhh. Kalau sebulannnn..?? Kekekkekee

Mall dia macam JPO jugakla

Namapon Mitsui, so Japan mari. Kedai kedai pon bnyak yng datangnya dari Japan jenama dan kedai makannya.


Yang paling entah apa apa kalau nak masuk Nike, Adidas, Kedai Spec ngan Puma kena beratur ya bila nak masuk.
Kepandaian apakah ini..?? ko ingat ko nak buat macam Fareeda. Phuiiiiiiii


Yeahhhhhh dapat kasut sepasang 72% and sehelai baju 43% diskaun from NIKE. Kat JPO pon layan NIKE gakkkkk kekekkeke......

Ermmmmm, x da rasa nak pergi lagi. Sorry hhahha...=)
(Unless H ajak maka terpaksalah aku pergi hihiiii)


Hari ni H dgn KA berdua balik KK. Kesian H sorang2 urus KA. Kalau ada aku, boleh gak aku dukung depan belakang depan belakang, tukar pampers cuci montot hihiiiiii. Anakandaku, baik-baik yer kat rumah. Jgn bagi ibu stress. Dahla boss besar nak datang tempat ibu work huhuu...good luck H. U can do it syg... =)

Monday, January 12, 2015

Pre 1st Anniversary - GO TURKEY - HARI 12: ISTANBUL

25 Dec 2014

Berlepas dari Istanbul pada Jam 0055 pagi
Tiba di Kuala Lumpur pada Jam 5.30 petang

Alhamdulillah selamat sampai di Kuala Lumpur. Abang Edi dah sampai lama dah nak ambil kami berdua tapi kami kena keluar paling lambat sebab H jadi orang yang pegang semua tagging beg so kena pastikan semua orang dapat beg baru kami dapat keluar.


Thursday, January 1, 2015

Pre 1st Anniversary 2014 - GO TURKEY - HARI 01: KUALA LUMPUR – ISTANBUL

14 Dis 2014 

Tarikh yang ditunggu-tunggu. Sakitnya hati aku pada waktu ini.

Lagi-lagi nak bersemuka dengan Hanim staf Andalusia Holidays - Andalusia travel & Tours.

Alhamdulillah H berjaya sampai ke KLIA2 lebih kurang jam 6.30 petang dan aku menjemput H di KLIA2 di Stesen ERL. Tak keluar pon, tunggu H masuk je. Kalau tak kena beli tiket lain sebab dah keluar dari hentian KLIA2 kekekeke.

Boleh pula UNIQLO KLIA2 dah kehabisan winter apparel. Arghhh sudah. Grrrr...!!!!!

Kemudian aku dan H ke KLIA dan makan malam di tingkat 4.

Selesai makan kami menuju ke Kaunter H-13. Tengok dua orang bervest Andalusia buat aku rasa nak mengamuk je. Nasib ada H, kalau tak aku rasa aku dah jadi The Rock kot...!!!

Letak beg dan serah passport aku ngan H pergi solat di surau.

Sekembali dari surau, jemaah ke turki sudah berkumpul dan menerima taklimat dari Hanim dan Hajah Aziah binti Abd Aziz

ATAS KETIDAKCEKAPAN STAF ANDALUSIA TRAVEL & TOURS BERNAMA NOR, AKU TIDAK DAPAT MEMBAWA EMAK KE TURKI. KESIAN KAT MAK SEBAB DAH BELI SEMUA BARANG-BARANG WINTER ATTIRE. DAN H TERPAKSA MEMBELI TIKET EMERGENCY DARI KK KE KL. FAHAM-FAHALAHKAN KALAU BELI TIKET LAST MINUTE. BOLEH LA DIKATEGORIKAN SEBAGAI PENGURUSAN YANG LEMAH DARI PIHAK ANDALUSIA TRAVEL & TOURS SEDANGKAN AMENDMENT YANG AKU BUAT DAH LAMA. SEBAIK SAHAJA AKU TAHU H PREGNANT. ADALAH LEBIH KURANG 2 BULAN. BILA AKU TANYA MACAM MANA PROGRESS AMENDMENT, JAWAPAN ADALAH 'OK'. BILA NAK BERANGKAT, NAMA TIKET NAMA H. PHUIIIIII. MENYUSAHKAN ORANG LA KAU WAHAI CIK NOR. HANIM PULA BALIK-BALIK MENGGUNAKAN AYAT, MENGIKUT POLISI LA MENGIKUT AKTA LA. MEMANGLA. AKU PON TAHU SEMUA TU, TAPI MASALAHNYA, AKU DAH BUAT AMENDMENT LAMA DAH, PENGURUSAN ANDALUSIA JE YANG ADA MASALAH. TIDAK BUAT AMENDMENT TERSEBUT. BENGANG BETUL AKU. DAYAH J SURUH AKU BUAT REPORT KAT MANA ENTAH. IKUTKAN HATI NAK PROCEED JE. KES VISA UMRAH TU AKU BOLEH LA FAHAM LAGI, TAPI KES AKU NI SANGATLAH TIDAK EFFISIEN KERJA KAU WAHAI CIK NOR ANDALUSIA.



- Berkumpul di KLIA, 3 Jam sebelum waktu berlepas (0815 malam)
- 2315 Berlepas ke Istanbul dengan Penerbangan TK 61



Duduk je terus buka kasut pakai selipar hotel, bukak plastik selimut. terus tidur-tidur ayam sebab letih kot ke sana ke sini uruskan hal mak dan H.



Dalam pensil case ni ada berus dan ubat gigi, stokin, tutup mata, ear plug dan lip balm


Nah, makan nasi ngan salmon. sekali ada roti. rupa-rupanya inilah roti yang pertama aku makan dan akan makan di setiap kali dihidangkan makanan di Turki hahahhaa. Yang ada udang tu sedap hihiiii. H punya pon aku TOLONG habiskan hihihihihi...=) 




Sekali aku tengok flight route info, route yang sama MH17 lalu cuma membelok di BAKU. Ermmmm. Semoga ditempatkan dikalngan orang yang beriman dan bertaqwa insyaAllah.

Landing time aku siap tengok camera hahahha. Canggih betul pesawat ni kan. (1st time naik flight yang mahal macam ni kan. Paling canggih pon AirAsia masa ke Seoul tahun lepas)

Proses Pemeriksaan Imigresen sangat lancar dan tidak leceh. Ambil beg pon sama. Sekali nak pakai troli kena pakai 1 Lira.  Mana ada coin. Baru sampai kot kekeke..Apalagi menyorong beg aku n H ke luar bangunan Attartuk Havalimani Airport hihihii...=)

Keluar menuju ke Masjid yang terletak di luar kawasan airport.

Tuesday, November 4, 2014

Barang-Barang Yang Dibenarkan Ke Dalam Kabin Pesawat

Barang-barang yang dibenarkan ke dalam kabin pesawat ialah:

1) Beg Tangan Wanita/ Ladies Handbag
2) Baju Kot/ Overcoat
3) Tongkat/ Walking Stick
4) Bakul Makanan Bayi/ Infant Food Carrying Basket
5) Tupang/ Crutches
6) Bahan-bahan Bacaan/ Reading materials
7) Kamera/ Camera
8) Kereta Sorong Bayi (tertakluk kepada jenis pesawat)/ Fully collapsible baby stroller (subject to space availability)
9) Kamera Video/ Video camera


Friday, October 17, 2014

Jadual Perjalanan Bas Teluk Intan ke KLIA & KLIA2

Star Shuttle - Star Sitiawan i-Port Express

Jadual Perjalanan bas dari Sitiawan ke KLIA & KLIA2

Jadual Perjalanan bas dari Teluk Intan ke KLIA & KLIA2

Jadual Perjalanan bas dari KLIA & KLIA2 ke Sitiawan

Jadual Perjalanan bas dari KLIA & KLIA2 ke Teluk Intan

No Telefon Teluk Intan: 05-621 8000
No Telefon Sitiawan: 05-692 8000/017-539 1117

Online Ticket: www.starwira.com

Saturday, May 24, 2014

KLIA KLIA2 Taxi Services


En Yusof Lajis
No Tel: 
1) 019-3094028
2) 012-9400816

Servis tiptop. Suka sharing pengalaman hidup. :)