Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Lunch. Show all posts
Showing posts with label Lunch. Show all posts

Tuesday, June 3, 2014

2nd June 2014 - My 31st Birthday



Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah, tuhan semesta alam.

Syukur ke hadrat ilahi dengan limpah kurnianya aku masih bernafas menggunakan oksigen yang dipinjamkan olehNYA bagi meneruskan hidup sebagai hamba yang ditugaskan untuk taat kepada perintah dan suruhannya. Melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang.

Ini pertama kali aku menyambut hari jadi dengan memegang jawatan suami kepada H.

Sebelum tidur (belum masuk lagi 2 Jun 2014), H dah wish Happy Birthday kepadaku. Indahnya bila ianya diungkapkan oleh seorang yang bergelar isteri kepadaku.

Aku tidur lewat sebab aku bersengkang mata untuk cuba menjejak tiket-tiket murah untuk pulang ke kampung sebab AirAsia ada buat sales bagi travel period Jan - 31 Julai 2015. Alhamdulillah aku dapat beli tiket untuk pulang berhari raya aidilfitri tahun hadapan.

Ting...!!!! iphone aku berbunyi. Ada message whatsapp masuk. Sapala msg aku pukul 1.30am ni kan. Oh Muzlifah a.k.a Cik Pah. hihiii...Dia wish aku Happy Birthday. Dia ingat sebab kami pergi Pulau Mabul masa birthday aku tahun lepas. tu yang dia ingat tu hiihiiii. Terharu aku sebab dia ingat. Aku pon dah tak ingat birthday dia. Bulan September rasanya hahaha.

Sarapan pagi bersama H, yuyun dan nani. Sambil-sambil membahan wani dalam kotak chat facebook dengan membawa topik 'tahniah wani, dah bertunang' hahahaa.

Siap sarapan jam 10pagi aku bertolak ke kota belud untuk jumpa boss. Minta tandatangan dia untuk claim. Jem betul. 2 jam baru sampai pejabat. Sampai pejabat boss takda. Dia ada hal. Aku pon balik rumah. 

'Awak balik makan tengahari yer'

Cantik...!!! aku semenjak kahwin ni memang tak suka makan kat kedai apa tah lagi makan luar ataupon 'makan luar' satu lagi tu...hahaha.

Memang aku agak laju jugala balik rumah.

Sampai rumah, dah ada bungkusan parcel yang dikirimkan oleh adik bongsu aku syamel a.k.a owyte. Jam tangan untuk running. Ada heart rate & pulse monitor. Kirim hari khamis dapat hari Isnin. tak berapa laju sebagai poslaju sebab cuti umum Pesta Kaamatan.


Inilah jamnya. Tengah sedap-sedap setting jam sekali suruh masukkan berat badan dalam pound. Memang aku tak tahu la kan hahaha.


Ayam Goreng + Sup Brokolis Cendawan + Ikan Bilis tempoyak
Yummeyhhhh...=)



Akhirnya, penantian berakhir. Yes, aku nak kad happy birthday. Dan akhirnya tercapai dengan pemberian isteriku tersayang. Handmade yer hihi..=)
Cantik dan berbakat.
Tak sangka pula aku H boleh buat kad yang sebegini rupa.

Sebelum tidur aku ada cakap kat H, saya kalau boleh saya nak satu benda ni. Tapi esokla saya bagitahu. Sekali, takyah bagitahu pon kan. hihiiiii. Dapattttt..=)

Jam 2.00 petang kami masuk kereta terus pergi ke Gaya Street. Nak g tengok-tengok jam tangan. H kata nak bagi aku hadiah jam tangan. yeayyyyy.

Semalam dia ada tanya, awk nak spek atau jam tangan. Laju je aku jawab, jam tangan sebab boleh pakai hari-hari. (adalah kebiasaan bagi aku untuk memberi sebab atas sesuatu pilihan jawapan) hahahha...=)




Dan akhirnya kami memilih seutas jam tangan berjenama Buzz. Tak pernah aku dengarpon haha. Suka sebab cantik, automatic dan pilihan hati H juga. Kalau H suka, aku tak perlu risau sebab taste citarasa dia adalah tinggi hahhaha.

Berharga RM988.00. Setelah rundingan dibuat.Satu persetujuan nilai harga termaktub dalam resitnya setelah dibayar. Alhamdulillah.


Terus pakai yer, jam Casio Edifice aku terus masuk dalam kotak hahaha.

Lama dah Edifice tu berjasa. Bermula dari gaji pertama aku dulu pada tahun 2009. Lama dah 5 tahun aku pakai. Calar balar tu adalah perkara biasa haha.

Kemudian aku ngan H pergi ke Karamunsing Capital. I Beauty menjadi tempat dituju. H buat facial treatment. Aku tunggu kat luar. Malas aku nak berfacial hahaha.



Kemudian kami ke Central Point (CP). Popular Bookstore menjadi tempat dituju, Aku suka dengan buku. Rindu dah rasanya sebab dah lama tak pergi sini hihiiii.


Hajat nak p makan kek di Secret Recipe, CP. sekali banyak kek takda. Mango delight aku pon takda. So aku ngan H turun lif g Plaza Warisan. Ada satu lagi Secret Recipe di sini bersebelahan dengan Starbucks.


Beli dulu promo Buy 1 Free 1. haha. Pastu bawa masuk dalam Secret Recipe. Selamber...!!! hahaha



Mango Delight + Tiramisu + Singapore Meehoon Curry


Beso beno haaa. American Express Cards Welcome. Phuiiiiii. tak boleh guna pon. Kalau x boleh kumpul points lagi hahahhaa.

Dear My Wife, H. I love U so much.












Tuesday, May 27, 2014

Babymoon di Bandung dan Jakarta - 13 - Day 6

Kawah Putih




======================================================

Papitto Cafe & Bistro, Bandung



Air Jus Sirsak (durian belanda). sedap oooo


======================================================

Rumah Kain




Seronok haaaa...jalan kat rumah kain. Kain melambak. Macam-macam jenis. Pilih sahaja. Sempat juga la aku menyambar kain pelekat sehelai hihi. H usah ditanya hahhaha...

======================================================

Ke arah Jalan Cibaduyut



======================================================

Makanan Masakan Padang


Banyak betul makanan yang dihidangkan versi masakan padang. Bayar lauk yang disentuh dan makan sahaja. Sejuk dan tak kena dengan selera aku dan H. Sampai ke hotel H bising makanan tak best. Supir kami pon hanya makan telur rebus masak sambal 2 biji. hihiihihi....









Wednesday, March 5, 2014

Restoren Warisan Kari Kepala Ikan, Labuan

Selesai check-in di tempat penginapan, kami semua pergi mencari restoren yang dicadangkan oleh kawan kami yang berkhidmat di Labuan ini

RESTOREN WARISAN KARI KEPALA IKAN



Sedap masakan kat kedai ni cuma ikan patin yang aku makan ada bau sikit. Gatal nak makan ikan patin kan. Dekat pulau, makanla makanan laut. Apadaaa.....

Yang menarik kedai ini minuman ambil sendiri dan telah disediakan. Ada cendol, jus tembikai, air teh bunga. Macam segelas tu RM1.50

Total aku makan RM9.00 hihi.

Sunday, February 9, 2014

Chef Hubby in Action


Today is H's birthday

So, her present is ....

Lunch meals cooked by Hubby hahaa. 


Perghhh... Aku masak meals ni dalam masa sejam je tau. Aku pon takjub dengan diri sendiri haha (Minta puji n kan  hahhaa)

Menu H's birthday hari ini ialah:
1) nasi putih 2 pot
2) ikan dori masak merah (1kg)
3) kangkung belacan pedas (seikat)
4) ikan liking goreng bawang
5) air kosong
6) air kopiko


Ikan liking goreng bawang. 

Alhamdulillah. Bolehla makan, sedap tu biasa-biasa ja. Bukan masterchef pon kan hihi. 

Birthday Wife tambah nasi sepinggan ya...!!!!!!!! Hari-hari dia tegur aku tambah nasi, hari ini dia tambah juga nasi. Puas hati aku kannnn hahahaa. 

Lapar dan sedap katanya. Nak ambil hati aku la tu kan  boleh dia suruh aku nasak lagi hahahaha. Tahu dah taktik dia tu

Happy birthday H. Semoga apa yang dicitakan tercapai, dikurniakan rezeki yang banyak, halal dan diredhaiNYA. Dikurniakan kita zuriat yang soleh dan solehah, sihat tubuh badan dan hidup diberkati dan dirahmatiNYA insyaAllah. 
Amin.