Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Mosque. Show all posts
Showing posts with label Mosque. Show all posts

Saturday, January 10, 2015

Pre 1st Anniversary - GO TURKEY - HARI 10: ISTANBUL

23 Dis 2014 (9th Night)


Seperti yang diberi dalam aturcara perjalanan:

- Sarapan Pagi di Hotel dan daftar keluar hotel.
- Melawat Masjid Al-Ayyub Al Ansari & Suleymaniye Mosque
- Makan Tengahari dan makan malam di Restauran Tempatan.
.
========================================================================

Suhu bilik agak panas walapon musim dingin. Aku buka tingkap bagi angin sejuk masuk.

Pagi ini aku ngan H bersarapan agak simple. Makanan di Grand Halic Hotel tidak meriah sepertimana hotel-hotel sebelum ini.

Disebabkan hari ini kami akan menaiki Bosporus Cruise maka dengan itu aku telah mengkidnap beberapa keping roti untuk diberi makan kepada burung camar yang berterbangan hihihi. Thanks pakcik masa naik feri ke Bursa haritu bagi idea ini hahaha =)

Bosporus Cruise ini sebenarnya kena bayar USD60 tetapi telah diserap di dalam pakej oleh pihak Andalusia Tour & Travels. Terima kasih.

Best naik cruise ini sebab kita akan menaiki Cruise ini menyusuri Selat Bosporus untuk melihat banguna-bangun yang terdapat disepanjang selat ini.

Antara yang dapat aku lihat ialah Istana Dolmabache dan satu bangunan ada logo team bola Galatasaray =)

Sepanjang perjalanan ini aku ngan H sangat bergembira memberi sang camar makan roti.

Sampai satu tahap yang agak lama di atas cruise aku ngan H masuk ke bahagian bawah Cruise. Duduk di cafe yang terdapat di situ. Menyembang dengan Uncle Syed Zain dan Auntie Asmah =)


Kami turun daripada Cruise dengan hati yang berbunga-bunga. Namun begitu ada cerita tak best semasa kami di sini.

Semasa kami turun dari Cruise macam biasa peniaga jalanan akan approach barang-barang nak dibeli. Tetiba ada seorang mamat ni cakap. 1 Ringgit sambil tunjuk buku Turki. H terus pergi kat orang tu dan membelek buku. Aku tanya H nak ke x buku tu. Dia jawab nak. Aku bagi RM1 kepada H. Tatkala aku buka wallet peniaga lainmenerpa kepada aku dan cuba untuk memegang wallet aku tapi aku tepis. Untung badan besar Alhamdulillah.

Rupa-rupanya semua jemaah tertipu. Bukan 1 Ringgit tetapi 10 Lira.

Dalam pada semua orang excited nak beli buku RM10 dan kemudiannya berlalu pergi. AYie di baling oleh sesuatu. Dia tengok wallet dia jatuh ke tanah. Dia ambil wallet dia dan naik bas. Sampai naik bas dia cek wallet dia, duit note UDS dia semua hilang. 200USD rasanya. Ayie mengadu kepada Ali. Tapi Ali tidak ambil tindakan dan hanya redha atas apa terjadi hahaha.

Tapi pakcik dan uncle otai. Dia ketuk-ketuk pintu bas suruh Ali bukak pintu, Buka je pintu Pakcik dan Uncle pergi mencari orang yang Ayie perasan membaling wallet dia. Surprisingly orang tu tak lari.

Pakcik dan Uncle serta Ayie minta duit kat mamat tu. Dia enggan. Menurut Ayie, dia memegang tangan orang tu dan berkata HARAM...!!!

Orang jahat tu pulangkan semula duit Ayie tapi tak cukup. Ayie pegang semula orang tu cakap Haram dia kelaurkan semua duit dia dan Ayie hanya mengambil bahagian Ayie sahaja.

JAHAT...!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Muka H cuak masa tu, Aku ras syukur kejadian itu berlaku dan dapat membuka mata H sebab dia tak pernah kena sebelum ini.

Cuba bayangkan kalau aku lepaskan wallet aku. mahu kering kontang aku dibuatnya kena ambil

Ali...?? Diam sahaja tak berbuat apa-apa.

huhuuuhuu

Selesai keadaan kelam kabut tadi, kami semua menuju ke Masjid Ayub Al-Ansari yang mana terdapat makam yang banyak di sekeliling kawasan menuju ke masjid. Dikhabarkan seorang pelajar kita disemadikan di sini akibat kemalangan jalan raya.


Jarak Parkir bas ke Masjid Al Ayub Al Ansari agak jauh namun untuk menuju ke masjid sebalah kanan terdapat peniaga yang berjual. Mata aku ngan H meliar melihat barangan yang dipamerkan hihihi.

Di dalam masjid ini terdapat makan sahabat nabi Muhammad Abu Ayyub Al Ansari.

Makam dipagari dinding yang pintukan oleh jejaring besi, Awas jika anda teringin untuk melihat dengan lebih dekat kerana dihadapan jejaring besi tersebut ada ditutupi dengan kaca. Silap hari bulan terhantuk kat kaca tuh sebab nak jeling-jeling kat jejaring besi tu hahahaha. (faham x..??)

Gambar atas sebelah kanan terdapat perempuan minum air yang mana katanya air tersebut air suci tempat ni. Kompius sekejap. hihi.

Sedikit info berkenaqan masjid ini:
(thanks mr wiki;D)
The Eyüp Sultan Mosque (Turkish: Eyüp Sultan Camii) is situated in the district of Eyüp on the European side ofIstanbul, near the Golden Horn, outside the Walls of Constantinople. Built in 1458, it was the first mosque constructed by the Ottoman Turks following the Conquest of Constantinople in 1453.[1]
The mosque rises next to the place where Abu Ayyub al-Ansari (Turkish: Eyüp Sultan), the standard-bearer of theIslamic prophet Muhammad, is said to have been buried during the First Arab Siege of Constantinople in the 670s. Histomb is greatly venerated by Muslims, attracting many pilgrims. Some of the personal belongings of Muhammad are preserved in the building that houses the tomb[citation needed].
The mosque was the traditional site of the coronation ceremony of the Ottoman Sultans, where the new sultan was girt with the Sword of Osman.


Selesai berada di dalam masjid aku ngan H keluar dari masjid dan berjalan-jalan di sekitar masjid. Perghhhh H beli baju banyak ooooo. Aku beli Kebap je hihi.

Tapi masa in the way nak baliik ke bas aku terbeli pashmina ala-ala burbery ngan siganage kereta yang tulis Baby on Board tapi dalam bahasa Turki hihihiihi =)

Selesai melawat kami ke Sultani Restaurant untuk makan tengahari. Lukisan pada restoren ini agak 18SX hahaha. Mungkin lukisan untuk menggambarkan turkish hamam yang mandi ramai-ramai bogel-bogel tu.


Selesai makan kami merentasi Galata Bridge untuk menyusuri jambatan menuju ke Masjid bawah tanah - Underground Mosque.

Yeralti Cami

Solat di sini dan melawat 3 buah makam di sini.

Masjid ini terletak berhampiran dengan stesen tram Korakoy. Jalan kaki pon boleh sampai.


Ada 3 makan terdapat di dalam masjid ini iaitu makam
Amr bin As
Vehb bin Huseyre
Sufyan Uveyne

Info yang menarik tentang mereka sila KLIK SINI dan SINI JUGA untuk memahami pembinaan masjid ini.

Selesai kami solat di sini, kami ke daerah Sultanamad semula dimana sesiapa yang berminat untuk melawati Hagia Sophia akan masuk dan kami yang tak nak pergi ambil angin di sekitar dataran tersebut.

Aku ngan H jalan-jalan sekitar kawasan tersebut dan makan buah berangan. First time makan, selalu nampak kat Petaling Street tak teringin pon nak beli. Ya, ternyata bukan pilihan aku hahahha.

Dalam kami jalan-jalan di sekitar itu ramai penjual menyapa kami untuk promosi barangan mereka.

Ada yang datang rapat dan berkata Dr Mahathir. Durian. Malaysia Bagus. hahahahhaah

Terkenal betul dan hebat sekali. Tengok je dah tahu kami Malaysian hihi.

Kemudiannya kami ke Tourist Information Centre betul-betul di belakang tandas kat dataran tu.

Ambil map dan tanya orang tu macam mana nak ke sini daripada Grand Hotel Halic hihihi.

Selepas jemaah habis melawat Hagia Sophia, kami di bawa nelawat Hippodrome. terletak bersebelahan dengan masjid biru Sultanahmad.

Hippodrome ni ada nilai-nilai ancient world and city tapi bukan tempat untuk lepak lama-lama hihi =)


Jumpa Ghaz & The Doctors tanya best ke tak masuk Hagia Sophia. Jawapannya agak meragukan. Ok la...cantik....ada kerja-kerja renovation baik pulih tutup sebelah kanan Hagia Sophia.

Setelah berbincang dengan H kami buat keputusan cancel untuk ke Hagia Sophia esoknya.

Naik bas, melintasi depan hotel terus menuju ke TP KEBAP HOUSE yang terletak di kawasan sekitar Thaksim Square. Dalam pada masa perjalanan ke situ rupa-rupanya dari hotel aku menginap nak ke Thaksim Square adalah walking distance. Thaksim Square tu sebelah kanan tempat aku buat u-turn sebab penat jalan kaki semalamnya hahahha =)



Lentil Soup  + roti + Kebap with rice + air kosong = sedap =)

Pada asalnya nak direct terus je ke Thaksim Square tapi ubah plan sebab barang banyak nak kena bawa so ambil keputusan balik hotel dan jalan kaki semula ke Thaksim Square dengan Uncle Syed, Auntie Wan & families  dan pemandu juru arah family ayie hhihihihi =)


Destinasi pertama ialah Hard Rock Cafe sebab uncle nak beli baju t-shirt yang aku pon teringin tapi mahal sangat la pulak hahaha. =)

Pastu kami ke KOSKA beli helva, Turkish Coffee (kahve) dan Fresh Orange. Tahu KOSKA ni sebab kat mana-mana hotel kami makan, jem dan coklat berjenama KOSKA =)

Tetiba keluar dari KOSKA boleh pula ada demonstrasi jalanan tapi secara kecil-kecilan. Sekali aku baca internet memang Thaksim Square tu acapkali ada demo.

Sekejap je kami jalan-jalan dan kami singgah di KONAK KEBAP katnya sedap kebapnya diseantero alam maya. Makan kat sini sebab berjanji pukul 10.00 malam berkumpul depan KONAK KEBAP ni.


Makan Kebap saiz medium (200g) + Elmar Cay + Fresh Orange = 49 Lira

What...!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!! 49 Lira = RM90.65

Tanya ballik waiter memang harga dia macam tu. Aku double check memang ikut gram dagingnya. So aku redhoooooo hahahaha =)

Kemudian aku tengok orang sebelah meja kami yang mana sorang makan 2 pinggan kebap. Mahu RM200 beb hahahahaah =)

Duit Malaysia rendah. Kalau tak manakan orang tu nak makan 2 set kebap kot hihi.

Lepas jumpa di meeting point aku ngan H jalan kaki balik ke Grand Halic Hotel =)

Balik hotel, rehat-rehat, mandi-mandi then tidur sebab malam ni last aku ngan H tidur di Istanbul.

Sebab esok cancel  nak pergi Hagia Sophia , maka dengan itu packing beg adalah esok pagi je la hihihhi. Pukul 11 pagi  nak kena letak beg kat luar pintu bilik sebab bell boy akan ambil bawa turun ke lobi.

=)

Friday, January 2, 2015

Pre 1st Anniversary - GO TURKEY - HARI 02: ISTANBUL – BURSA

15 Dis 2014 (1st Night)

Seperti dalam Itinerary Aturcara Lawatan:

- Tiba di Istanbul pada Jam 0535
- Tiba di Istanbul, anda di sambut oleh pemandu pelancong tempatan.
- Melawat Masjid Biru & Hippodrome Square
- Makan Tengahari di Restoran Tempatan.
- Melawat Topkapi Palace dan membeli belah di Spice Market
- Bertolak ke Bursa dengan menaiki Ferry
- Daftar Masuk Hotel
- Makan Malam di Hotel. (Buffet or Set Menu) - BURSA


Namun begitu, Tour Guide, Mr Ali Altin (+905435283989) meminta jemaah untuk mengikuti Aturcara Itinerary Perjalanan yang telah beliau sediakan. Ada sedikit kecelaruan di sini namun dapat ditangani dengan baik oleh Tour Leader, Hajah Aziah.

Maka dengan itu aturcara perjalan telah berubah hari dan masa namun tampat yang akan dilawati pasti akan dikunjungi.

Oleh itu, selepas berkumpul dan pergi ke arah bas persiaran. kami ke masjid yang berhampiran untuk menjalankan tanggungjawab kepada Allah. Di sini bermula membina connection dan membina silaturahim. Orang yang pertama aku tegur ialah abg Suhaimi dari Johor datang bersama isteri dan dua orang anaknya.

Mak aihhhh sejuk betul air nak ambil wuduk ni. Teringat pula zaman-zaman ceria di Seoul hihhihih...=)

Waktu di Istanbul kurang 6 jam dari waktu tempatan Malaysia. Jadi kena tolak 6 jam ke belakang la hihi...=)


Selesai sahaja solat Subuh secara berjemaah kami semua menaiki semula bas dan difahamkan menuju terus ke Bursa. Melalui jambatan yang sama seperti Lisa Surihani lalu sesama penggambaran Istanbul Aku Datang terus rasa syok dan lupa sekejap peristiwa hitam bersama pengurusan Andalusia Travel & Tours.

Untuk ke Bursa kami perlu menaiki feri kereta macam kat penang tu hihi.

Feri ni kena beratur dan syukur kurang orang so, tiadalah kena tunggu lama sangat untuk naik feri kereta dan bas. Elok ja bas parking aku ngan H terus naik ke atas feri tersebut sebab ada cafe. Sampai kat atas terus tengok burung camar berterbangan bebas di angkasa raya. Tetiba aku ternampak seorang pakcik memberi burung camar makan roti. Ok..!!!! Masa Bosphorus Cruise nanti aku nak ambil roti banyak-banyak kat hotel dan bagi burung camar makan hihihihihi. (siap pasang niat kauuuu)


Masa kat atas feri tu aku ngan H beli roti sandwich versi turki yang dipenyekkan hahaha... Minum air Sahlep. Nyummehhhhh. Minuman femes masa winter kata FB Turkey Home.

Destinasi pertama ialah Celebi Mehmed Social Complex yang mana tempat ini terdapat Green Mosque, Green Mausoleum dan Silk Bazaar.

 Dalam Silk Bazzar ni ada jual barangan cenderahati, sutera, Forex Exchange dan Toilet. hahahaha...=)

So untuk ke kompleks ini, kita perlu melalui hadapan Silk Bazaar dan di kiri ada Masjid Hijau dan sebelah kanan ada Makan Hijau. (tengok gambar bawah). Aku kompiu kenapa panggil masjid hijau. Rupanya kat bahagian dalam dia ada jubin warna hijau hihihihihh...=)

Selepas melawat makam dan masjid aku ngan H ambil angin di sekitar kompleks tersebut. Seperti biasa, tampat tumpuan pelancong akan ada manusia yang pandai cakap melayu hahaha.

Murah-murah. Malaysia bagus. 10 Lira sahaja. Murah-murah.
hihihiihihi...=)

Aku ngan Hsinggah satu kedai bakery. Beli sepotong kek. Saja nak rasa. Sekali makan, rasa kek pisang hahaha..=) Orang kedai tu cakap kek terbaik di kedainya hihihihihi.

Kemudian jalan depan sikit singgah kedai jual Turkish Delight, Lokum. Baklava pon ada tapi aku beli lokum. saja nak rasa. Sekilo 7 lira. Murah sebab takda isi (kacang). kalau ada isi boleh cecah sekilo 40 Lira kalau yang biasa (gula) kalau honey sendiri mau ingat hahahha...=)


Selesai beli aku ngan H ke Restaurant Hunkar. Destinasi kena kumpul semula. Sekalli kami yang last sampai hahaha..=)

Makan kat sini sedap. The Best Kebap aku pernah makan sepanjang di Turki 12 hari 10 malam ni.


Selesai makan kami ke Grand mosque.

Syukur dapat berpeluang untuk solat di sini. Menurut Ali, masjid ini binaannya mempunya 20 buah kubah. Ini kerana semasa sultan yang memerintah telah berjanji jika menang perang akan bina 20 buah masjid tapi sultan lupa. So ada bijak pandai ingatkan sultan dan sultan rasa susah nak bina 20 buah masjid sebab banyak. jadinya bijak pandai ni bagi idea untuk bina masjid yang mempunyai 20 buah kubah. Besar masjid ni. Dalam dia banyak tulisan khat yang cantik-cantik.

Kalau nak ambil wuduk, akan ada 2 tuala, warna putih dan warna biru. Gunakan  tuala biru untuk lap kaki dan putih untuk lap anggota lain. Mungkin ada waktu sejuk sahaja Wallahualam.

 Disekita masjid ini ada pasar. Aku ngan H ambil peluang untuk jalan-jalan di sini. Macam-macam barangan dijual di sini dari pakaian sehingga katil baby hihihihi..=) Comel ooo..rasa nak beli je tau.

H dapat la sehelai seluar tidur berharga 5 Lira. Sempat juga aku belajar bahasa turki. sambil pegang seluar tu aku tanya. Pamuk ? terus dia cakap turki sampai sudah hahahahha...Tula memandai kannnn hahahhaa...=)

Pamuk = Cotton

Selesai semua kami semua menaiki bas dan menuju ke tempat penginapan Kervansaray Bursa, International Holiday Courts


Check in bilik ingtak nak turun semula sebab nak jalan-jalan sendiri. Sekali, dua-dua tidur sampai ke Isyak hahahaha. Makan malam di hotel dan terus keluar jalan-jalan di sekitar hotel. Jalan-jalan dapat juga aku beli sehelai baju bulu kambing harga 15 Lira. H beli baju apa entah harga 10 Lira.

Berhadapan hotel ini ada monumen Osman Gazi. So senang nak cari kalau sesat larat di Bursa ni hahahha...=)

Di hujung blok ada macam Mall. Dalam mall tu kalau nak masuk kena scan badan yer hahaha. canggih sangat. Kedai baju banyak. Ada LC Waikiki, Koton jenama antarabangsa dan Coffee Shop.

Kat dataran depan Mall ni jadi tempat orang melepak. Ada budak jual tisu minta sedekah. Ada klinik bergerak bas yer depan Mall ni. Pastu ada billboard tunjukkan bendera turki dan promosi-promosi kedai dalam Mall tu.

Balik bilik terus tidur. Keletihan. H lagi letih dari KK ke KL dan 2 jam setengah, dari KL ke Istanbul dan 10 jam. Sakit punggung dia duduk huhuuhuhhu. Aku yang takda wat papa ni pon letih semcam. inikan pula dia kan.

TBC


========================================================================
Bursa

Standout architectural gems in Bursa include the Green Mosque (Yesil Camii) and Green Tomb (Yesil Turbe), early examples of the Ottoman style and featuring carved marble, calligraphy and glazed tiles.

Merchants have gathered at Bursa’s Koza Han caravanserai since 1490, and the covered market dates back to the 14th century. Shop for traditional shadow puppets and sensuous silks, before visiting the vast imperial Great Mosque with its 20 domes and dozen pillars.

While you’re here in Bursa, enjoy a doner kebap in the town where this favorite Turkish snack was born. Bursa serves up the original and best kebaps in Turkey, topped with tomato sauce, yogurt and melted butter.



A major landmark of early Ottoman architecture, the Grand Mosque is the largest mosque in the city of Bursa. Designed and constructed at the end of the 14th century, the mosque features twenty domes supported by twelve large columns and two minarets. It is said that the twenty domes were built instead of the twenty separate mosques that Sultan Bayezid I had promised for winning the Battle of Nicopolis in 1396.

Nearly 200 inscriptions from major calligraphers of that time cover the walls inside the Grand Mosque and, despite its overall size, the interior is dimly lit and feels peaceful and intimate.  A fountain where visitors can perform ritual ablutions sits below one of the domes, lit from above by a skylight. With a horizontally spacious design, the Grand Mosque is a contrast from later Ottoman mosques that have a more vertical emphasis.


Located in the city of Bursa, the Green Mosque is part of a larger complex that also includes a madrassah, tomb, kitchen and bath. Commissioned by Sultan Mehmed I Celebi, it was built between 1419 and 1421 in an architectural style that would later become known as “Bursa Style.”  Based on a reverse T-plan, the mosque was made of sandstone and covered with marble panels. Two minarets that could only be accessed through the sultan’s apartments were added later. 

The Green Mosque likely got its name from the blue green tiles that once adorned the exteriors of its domes. Similar tiles still embellish the interior walls and ceiling. The imposing entrance features two marble sofas on either side and a variety of inscriptions and arabesques, including a long Arabic inscription in bronze above the door. Underneath the central dome sits white marble fountain with an octagonal pool.

An earthquake damaged the mosque in 1855, after which it underwent extensive renovations. Although many of the original decorations of the mosque’s vaults and walls were not restored, the mosque remains a remarkable site to behold and is a must-see in Bursa.


3. Green Tomb/ Green Mausoleum



The Green Tomb is a mausoleum of Sultan Mehmed I Celebi that forms part of the Green Mosque complex in Bursa, Turkey.  Perched high on a hill in the Yesil neighborhood, the tomb stands above the rest of the complex. Built shortly after the death of the sultan in 1421, the exterior of the tomb features blue green tiles similar to those you will see at the Green Mosque. However, most were replaced after an earthquake significantly damaged the tomb in 1855.


The interior of the Green Tomb is richly decorated, beginning with carved wooden doors and colorful Iznik tiles that adorn the entry portal.  Inside, blue green tiles cover the lower portion of the walls and floral themes are evident throughout the tomb. One niche features a mosaic depicting a garden of carnations, roses and hyacinths while the tiles on the royal catafalque form additional flower designs.

Info lebih lanjut sila klik sini