Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label FoodPorn. Show all posts
Showing posts with label FoodPorn. Show all posts

Wednesday, September 21, 2016

NOOODLES, Kuala Lumpur International Airport Terminal1.

Jumaat minggu lepas aku ke KLIA menanti permata hatiku daripada Kota Kinabalu, Sabah. Macam pelik pulak aku rasa sebab biasanya balik sama sama tapi kali ni balik asing asing. Almaklumkah, aku kan dah jadi Haksaeng UKM 
Biasa aku makan kat food garden tingkat 2, tapi kali ni tukar angin sikit. Makan kat NOOODLES. Dekat tingkat 5 menghala ke surau anjung tinjau dekat ngan KFC & OLDTOWN WHITE COFFEE.


Duduk duduk minta menu terus order Taiwan Beef Noodle Soup yang berharga RM16.90 dengan Teh Tarik. Aku tak tahu la kenapa kalau teh tarik kat KLIA ni sedap ngattt...Lagi lagi kat food court tingkat 2 hihihihii


Boleh boleh la, indah menu dari rupa. Mangkuk bagak besar tapi isi tak penuh macam dalam gambar hahahhaa


Aku menyarakkan pihak Nooodles boleh datang ke Sabah tengok masakan bernama Ngau Chap. Lagi sedap kota dari Taiwan Beed Soup ni. Disebabkan kelaparan. Boleh boleh je la makan.


Mo try lagi...???

Cukup Cukup Sudahhhh hahahhaha....

Aku bagi 3 bintang.

- Hampir hampir staff lupa nak bagi desert aiskrim
- Improve kuantiti sedikit agar rasa berbaloi dengan harga yang dibayar

Wednesday, March 16, 2016

Mee Tuaran: Sweets & Treats Cafe, Likas Square Apartment Hotel


Cubaan kali pertama Mee Tuaran:


Cubaan buat kali ke-2 makan Mee Tuaran.  Last time makan boleh tahan sedapnya.

Maintain pula rasanya....tukang masak dia Chef kot kekekkee


Cafe ini terletak di bawah bangunan Likas Square. Dari tepi jalan dah nampak.


Rasanya sedap, ada rasa telur pada mee nya.. Ayam besar. Nampak macam masin tapi tidak langsung. Secukup rasa. Ayam macam direbus.

Ada masa lain hari nak datang sini makan dengan H...=)

Makan kat sini best. Angin kuat. Macam duduk tepi pantai kekekkee...tapi memang pon. Dekat dengam Tanjung Lipat =)

Harga RM8.00

The Salt Pepper, Metro Town, Kota Kinabalu


Yeahhh, akhirnya hajat kesampaian dapat menjejakkan kaki ke restoren cafe kawan DJ ni hihihii...=)

Turun dari Bukit Taman Tun Fuad terus kami ke sini, senang je cari. Lokasi strategik.

Masuk - masuk mencari sarapan, yes banyak lagi hihi...H sibuk tukar baju KA dalam keta aku sebok nak mencedok food kikikiiiiii.

Ya, banyak pilihan makanan, H makan nasi lemak aku pulak makan nasi goreng hihihi. Ya, buat masa ini, tempat makan sarapan best bagi aku di KK jatuh kepada The Salt Pepper kekekeke...cukup rasa, pedas dan tidak tawar dan tidak juga masin.

H nak makan Ayam Penyet sebenarnya, kompiden aku cakap, manada pagi2 ni Ayam Penyet, sekali masa nak membayar, ada pulakkkk hahahhaha...meleret jelingan H kat aku kekekekee.


Masuk masuk kedai jumpa logo ni, betul dah tu. ...hihihihi...=)


Haaa, kat belakang tu la dieorg letak tray makanan. tp KA ni dok usha Tea C Special ibu pulakkkk kekekeke....nak la tu kannnnn

H cakap, 3 layer tea kat sini cukup rasa, tak kedekut gula kabung, biasanya tawar semacam je kalau kat tempat lain

aku p layan Teh O gula 1 sudu...aku kan on diet sekarang ni hahahhaa...=)

Teh Kopi O FOC. diulang lagi sekali...FOC...sampai jam 11 kalau x silap. ada tertulis kat dinding





lupa pulak aku ambil gambo makanan aku...lapo beb...ngap terus kekeke

hihihihi....H cakap jumaat ni dia nk datang balik sini makan Ayam Penyet hahahah...seteresss ,la tu tak dapat makan hahahha

Melalui gambar aku macam tertarik tengok tomyam dia tu hahahah...=)

akan aku datang balik sini yoshhhh...

Saturday, March 12, 2016

Dengan Handphone Ajlaa Mengembara di Kota Kinabalu


Tahniah Ajlaa a.k.a Si Puteri Mendaki....bukan daki kat kolar baju eh. Mendaki bukit or mendaki gunung kekekeke....=) berjaya mendaki menawan Low's Peak buat kali ke dua dan merasmikan laluan tangga yang baru dari Laban Rata ke Sayap-Sayap Hut yang mana lebih mudah berbanding dengan trail yang lama.

Syukur Alhamdulillah diberikan ruang dan masa untuk berjumpa dengan alaa buat kali ini. Ya, Misi Lokan belum lagi tertunai walau dah banyak kali datang KK. Mahu 3x dah kot.

Hiiihiiihiii

Call sign pon Putri Mendaki, aku jumpa alaa di Signal Hill, KK. Aku dengan kereta alaa dan rakan-rakan mendaki dari tangga belakang Green Hotel.

Lagi 15 minit nak sunset. Dan alaa & rakan-rakan nak tengok sunset kat Tanjung Aru. Okay...jangan buang masa. Start engine terus g sana hihiii.

Alhamdulillah sempatla dieorg menikmati keindahan alam ciptaan Allah ala ala aurora sabah kekekekke....=)


Lawa pulak gambar ni kannn

Shima - badrul - aishah - ajlaa

Aku bawa dieorg ke beach 1 yang ada foodcourt. Pub & bar dah kena roboh. Musykil aku..hhahaa...lama sangat kot tak datang sini.

Lepas tu aku bawa dieorg makan ABC buah yang jadi favourite aku ngan H. Tapi kedai yang biasa aku pergi tu tutup pula. Mujur ada kedai sebelahnya. Okla...tidak menghampakan

Ajlaa - Aishah - Shima

Siap-siap layan ABC aku ke Masjid Negeri. Proper sikit nak solat =)

Perjalanan diteruskan ke Pasar Malam, Kampung Air.

Dok discuss nak pergi ke tak nak pergi ke tak....silap dieorg la tanya aku....kalau aku, memang kena pergi semua hahaha...risau dieorg kalau2 lokan tutup. Kalau aku, yakin ja buka. Janji dapat pergi semua hahahhaa....=)

Banyak gak dieorg ni menyopping. At least ada la kan something nak bawa balik yang agak murah berbanding dengam harga di Pasar Filipin tu....

Settle semua baru kami ke Salut. Memcari lokan. Dengan menggunakan khidmat abam google, memcari nama kedai yang masuk JJCM. Namanya Bibi.

Dapat cari tapi ada lokan sahaja, makan minum takda sebab tukang masak dah balik huhuuu.... 

Maka ke seberang jalan lah kami kekekke....

Yes, lokan ada, makan ada, minum pon ada.

Lokan kedai ni macam sikit. Yang besar rm12 setompok, yang kecil rm10 selonggok. Order yang besar 2 tompok dapat extra lebih sikit bila akak tu tambah ambil sikit yang rm10 pastu ditambah lagi yang ada dalam bakul dia hihiiii...rezeki alaa & the gangs.

Aku macam biasa, menelan Jeli Kelapa dalam cawan hihiiii.

Bagi dieorg minum air kitchai or kicai hahahaha.....baru sabah style...=)

Tapi sayang, kelapa bakar takdak pula. Akak tanya kedai sebelah, kedai sebelah pon takdak stok. Ermmmmm


Ermmmmm, aku rasalakan, macam lagi sedap yang ni je dari lokan JJCM tuuu...hahhaha..=)

Siap2 makan, hantar balik dieorg balik hotel...=)

Utk ajlaa...Misi Lokan anda telah terlaksana hihiiii...=)


Sunday, February 28, 2016

SEPETANG DI SIPITANG, SABAH

Alhamdulillah syukur pada Allah buat kali ke-4 berkunjung je Daerah Sipitang.

Kali ini, aku ke sini bersama-sama dengan 2 orang kawan aku. 

Tak lengkap kalau ke sini kalau tak makan Satay/ Sate Sipitang =)

Sebelum ini akau makan di gerai berhampiran dengan Shell (dekat bulatan Masjid Daerah).

Tapi kali ini aku makan di food court berlatar belakangkan Laut China Selatan di kala matahari ingin menamatkan khidmat buat hari itu.


Sampai di food court, pawi terus mencari kedai yang namanya Siga Siga. Dua dari hujung.

Order satay kambing, ayam dengan lembu. Khabar-khabarnya payau (rusa) pon ada. Tapi aku tak faham kenapa aku rasa macam sate nya macam sedap. Cuma kuah kacang kena improve sikit hihihi...=)

Aku perasan, satay dia ni kan, dalam secucuk ada 3 ketul, ada isi daging, daging dengan tendon, dan tendon...=) lepas tu agak juicy. tu yang buat sedap tu kikikikiiiii.


Nampak tak signboard Siga-Siga tu..?? haaa...gerai sate yang ada jual sayap bakar tu =)

Aku juga ambil kesempatan untuk ke jeti.

feeling macam naik jeti bagan datoh dulu-dulu hahha...=)

Macam-macam aktiviti ada. Memancing, sambut birthday dan merenung masa depan seluas lautan.






Aku perasan kat sini ada 2 jeti dan 1 esplanade.

Aku g tengok jeti yang oldskul ni...jeti yang satu lagi tu agak proper sikit rupanya.

Kunjungan kali ini bukan musim durian.

Sipitang juga terkenal dengan Durian. Kalau masa musim durian, penuh gerai depan petronas tu orang berjual. Tapi ikut rezeki juga ya. Aku ngan H beli durian kat sini aritu, muda lagi beb...rugi ooooo...bila aku cakap kat makcik tu, makcik tu buat nehi pulak..aku mengharapkan dia tukar tapi harammmmm....walhal aku makan kat situ kot hahahah....semoga rezeki makcik melimpah ruah lepas ni...=)


Saturday, December 26, 2015

Mee Rebus Kamaruddin, Teluk Intan


Lama dah tak perkena Mee Rebus paling legend dan tak mainstream kat Teluk Intan ni hahhhaha.

Lokasi kat Jalan Selat, Belakang Medan Mara.

Dulu masa muda mudi kecil kecilan, abah mak selalu bawa aku adik beradik makan kat sini.

Kami panggil kedai mee rebus ni KEDAI MEE SEMPIT.

Hahahahah

Sempit sebab Kedai ni sempit hahahha.


Masuk je pintu macam pintu rumah besarnya. Pastu tengah tengah ada jalan, kiri kanan ada meja makan.

Menunya ada 2 je:

Mee Rebus Biasa
&
Mee Rebus Telur

Tapi ada penambahan dari senarai minuman

Kalau dulu kan ada 2 jenis air je. Air laici dengan air sirap. Harga pon terbaik punya. 2posen je ooiiiiiiii hihiii


Haaaa....nampak kan keluasan restoren ni.

Tapi macam anak dia dah take over. Dulu pakcik yang buat mee rebus ni.



Disebabkan dah terbiasa makan mee rebus air sirap, aku pon order macam selalu. Sekali terpandang Senarai Minuman terus cakap kat abah, fuiyoooo air dah banyak jenis kekeekkee.

Harga pon macam dah mahal dari dulu tapi okla kan, ikut peredaran masa & kenaikan harga bahan mentah.

Rasanya: ermmmm zaman aku makan masa kecik2 dulu sedap lagi kot. Pekat kuanhnya hihiiiii.

Apa apa pon, memang recomended.