Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Saturday, March 12, 2016

Dengan Handphone Ajlaa Mengembara di Kota Kinabalu


Tahniah Ajlaa a.k.a Si Puteri Mendaki....bukan daki kat kolar baju eh. Mendaki bukit or mendaki gunung kekekeke....=) berjaya mendaki menawan Low's Peak buat kali ke dua dan merasmikan laluan tangga yang baru dari Laban Rata ke Sayap-Sayap Hut yang mana lebih mudah berbanding dengan trail yang lama.

Syukur Alhamdulillah diberikan ruang dan masa untuk berjumpa dengan alaa buat kali ini. Ya, Misi Lokan belum lagi tertunai walau dah banyak kali datang KK. Mahu 3x dah kot.

Hiiihiiihiii

Call sign pon Putri Mendaki, aku jumpa alaa di Signal Hill, KK. Aku dengan kereta alaa dan rakan-rakan mendaki dari tangga belakang Green Hotel.

Lagi 15 minit nak sunset. Dan alaa & rakan-rakan nak tengok sunset kat Tanjung Aru. Okay...jangan buang masa. Start engine terus g sana hihiii.

Alhamdulillah sempatla dieorg menikmati keindahan alam ciptaan Allah ala ala aurora sabah kekekekke....=)


Lawa pulak gambar ni kannn

Shima - badrul - aishah - ajlaa

Aku bawa dieorg ke beach 1 yang ada foodcourt. Pub & bar dah kena roboh. Musykil aku..hhahaa...lama sangat kot tak datang sini.

Lepas tu aku bawa dieorg makan ABC buah yang jadi favourite aku ngan H. Tapi kedai yang biasa aku pergi tu tutup pula. Mujur ada kedai sebelahnya. Okla...tidak menghampakan

Ajlaa - Aishah - Shima

Siap-siap layan ABC aku ke Masjid Negeri. Proper sikit nak solat =)

Perjalanan diteruskan ke Pasar Malam, Kampung Air.

Dok discuss nak pergi ke tak nak pergi ke tak....silap dieorg la tanya aku....kalau aku, memang kena pergi semua hahaha...risau dieorg kalau2 lokan tutup. Kalau aku, yakin ja buka. Janji dapat pergi semua hahahhaa....=)

Banyak gak dieorg ni menyopping. At least ada la kan something nak bawa balik yang agak murah berbanding dengam harga di Pasar Filipin tu....

Settle semua baru kami ke Salut. Memcari lokan. Dengan menggunakan khidmat abam google, memcari nama kedai yang masuk JJCM. Namanya Bibi.

Dapat cari tapi ada lokan sahaja, makan minum takda sebab tukang masak dah balik huhuuu.... 

Maka ke seberang jalan lah kami kekekke....

Yes, lokan ada, makan ada, minum pon ada.

Lokan kedai ni macam sikit. Yang besar rm12 setompok, yang kecil rm10 selonggok. Order yang besar 2 tompok dapat extra lebih sikit bila akak tu tambah ambil sikit yang rm10 pastu ditambah lagi yang ada dalam bakul dia hihiiii...rezeki alaa & the gangs.

Aku macam biasa, menelan Jeli Kelapa dalam cawan hihiiii.

Bagi dieorg minum air kitchai or kicai hahahaha.....baru sabah style...=)

Tapi sayang, kelapa bakar takdak pula. Akak tanya kedai sebelah, kedai sebelah pon takdak stok. Ermmmmm


Ermmmmm, aku rasalakan, macam lagi sedap yang ni je dari lokan JJCM tuuu...hahhaha..=)

Siap2 makan, hantar balik dieorg balik hotel...=)

Utk ajlaa...Misi Lokan anda telah terlaksana hihiiii...=)


2 comments:

AjlaA said...

waaahhhhh tak sangka ada entri spesel. hik hik. Thanks abg nan bawak kami orang jalan2. Misi kelapa bakar pula ye next time. Kirim salam Sama org rumah dan budak rumah aka amjad. jumpa lagi lain kali in shaa Allah

Mr. H said...

Hihihiiii....=)