Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers

Wednesday, March 9, 2016

Rest House Kaka, Sipitang Sabah


Permusafiran aku ke Sipitang kali ini, aku bermalam di Rest House Kaka berhadapan dengan Hospital Sipitang.

Kedudukan hotel ini sangat strategik dan tidak terlalu jauh dan tidak juga terlalu dekat ke Pekan Sipitang.

Bagi yang berhajat untuk ke Lawas, Limbang, Temburung, Brunei dan Miri boleh la singgah sini, rehat-rehat sebelum gerak semula perjalanan sebab sepemerhatian aku, tiada Rest House/ Hotel or Motel di Sindumin,Sabah mahupon Merapok, Sarawak. 

Di Lawas ada. Cuma mahu sejam lebih jugak dari sipitang kalau laju.


Aku suka rest house ni sebab dia lengkap untuk seseorang bermalam di sini. 

Ada restoren 'Singgah Ngupi', nasi lemak dia sedap. Hihiiii

Ada kedai Car Wash. Mana tau nak cuci kereta kan.

Juga ada Surau utk kemudahan pelanggan

Aku ada juga nampak dewan dan juga van. Untuk kegunaan pelanggan Rest House juga la kot.


Bilik banyak jenis. Ada bilik yang ada dapur.

Aku punya bilik takda dapur. Bukan nak masak pon. Lagipon JIMAT sikit hahaha...

RM100 kot...=)

Sebelum ni aku pernah juga menginap di Timah Motel. Ok juga tempat tu, tapi Rest House Kaka lagi selesa bagi aku.

Akan kembali ke sini jika diizinkanNYA =)

No comments: