Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Parenting. Show all posts
Showing posts with label Parenting. Show all posts

Wednesday, June 8, 2016

Bila Ibu Seorang Yang Berkaca Mata

Duhai anakandaku,
Ku tahu ada tarikan buatmu
Bila mana ada sesuatu di hidung ibu
Hanya satu tamparan tangan comel itu,
Maka terbelah dua nampak disitu
hahahahhaha.....cabaran buat seorang yang berkaca mata bergelar ibu...=)



Thursday, April 14, 2016

Little Penyu, Kota Kinabalu


Hari ahad yang lalu aku ngan H spend masa untuk melatih KA swimming di Little Penyu Baby Swim Spa di area Metrotown Kota Kinabalu. Lokasi di Blok J belakang Ambank. Senang nak cari kedai ni..=)

Actually masa KA baby lagi aku dah nampak promosi kedai ni di groupon.my

Bila ada promosi lagi di groupon. Aku terus beli.

Aku beli satu pakej 1 sesi je. Rm28. Saja nak mengetest. 


Bila aku tengok list harga, ok...aku jimat rm10 hahahaha....

Kalau tanpa groupon, first timer rm38 dan seterusnya rm48 satu sesi.

Kalau member murah lagi aku rasa kalau rajin nak datang sini selalu hihiiii

Masuk je Little Penyu aku dan H disambut oleh 2 orang staff yang  sangat friendly. Dear boss, sila jaga staff anda yang boleh bagi customer datang balik ni hahahha...=)


Counter yang cantik dekorasinya


Yang aku nampak ada 1 pool besar dan 3 pool kecil.


Juga disediakan penimbang dan tempat bukak pampers mungkin. Towel disediakan.


Mula - mula tukar pampers KA ganti dengan cloth diapers. Siap tukar, staff ajar H untuk warming up KA sebelum sesi swimming.



Siap warming up buat water confident dulu kat pool kecil selama 20 minit. Ermmmm KA rilek as usual, di tepuk2 air tu. Aku perasan yang kaki KA flip flop macam pakai sirip kaki macam pro swimmer. Memang skil masa dalam amniotic fluid maybe.


Siap 20 minit, masuk dalam pool yang besar. Lagi syok la KA mandi hihiiiii


Aku sangat2 rekomen tempat ni. Nak pergi lagi tunggu laaaa...hihiiiii

All the best Little Penyu =)

Info dari groupon.my

The deal

  • 1 session for RM28 instead of RM48
  • 2 sessions for RM48 instead of RM96

Each session includes

  • Up to 30 minutes of hydrotherapy (depending on baby’s condition)
  • Comes with an environmental-friendly cloth diaper and biodegradeable liner

Little Penyu Baby Swim Spa

Particular parents of treasured tots looking for a novel way to spend time together can check out Little Penyu at Metro Town, Kota Kinabalu. The baby spa has baby-oriented swimming pods that are filled with non-chlorinated double-filtered water maintained at 34°C to 35°C, making for a hygienic and safe environment for babies to explore all the new movements and sensations that come with swimming. Little Penyu also offers infant massage classes that teach parents how to massage their babies in a safe and nurturing manner, following guidelines set by theInternational Association of Infant Massage (IAIM) that only parents should massage their babies.

The team is made up of certified therapists who have worked as neonatal nurses and some of whom are mothers themselves, under the direction of Fara, its founder. A section with privacy curtains is available for breastfeeding mothers that need to nurse their babies, as well as facilities like a refrigerator and milk warmer. The thing that sets this spa apart from others is its care for the environment; infants are provided reusable cloth diapers and biodegradable liners, and they are a supporter of WWF’s marine turtles campaign, allowing its patrons to adopt a turtle for a fee in exchange for a photo of their baby on the adoption wall.

Facebook: Little Penyu

Tuesday, August 4, 2015

Baby Selsema ??


Semenjak jadi appa ibu ni, aku dan H macam ada satu aura hebat di mana ianya membawa slogan `anak sihat, ibuappa cukup tidur' hahahaaha...=)

Semuanya perlu dilakukan dengan pantas, diri perlu sentiasa cergas supaya anak sihat sentiasas..erm nak juga hujung `s' kekekeke

Tetiba hidung KA berhingus dan bunyi nafas berkahak...kelam kabut aku p ambil kunci motor berpelikat dan tshirt menuju farmasi.

Sampai farmasi beli nasal aspirator, decongestant nasal drop for infant dan minyak kayu putih


Perlu sentiasa ada dirumah untuk memastian kelegaan dari hingus dan kahak..kesian, nak tidur pon KA tak selesa. Kalau dia tak selesa, merengek, macam mana aku nk tidur hahahaa...


Wednesday, June 24, 2015

Permata Hati Ayahanda dan Bonda

Assalamualaikum dan Selamat Pagi h2diaryku =)

Tanggal 24 April 2015 merupakan detik bersejarah aku dan H apabila menerima kehadiran cahaya mata amanah Allah. Berkat hari Jumaat sebelum subuh lahirlah seorang Khalifah yang akan menjadi seorang anak yang soleh insyaAllah =)

Sebelum subuh 23 April 2014 aku meluncur laju ke Jeti Kuala Abai, Kota Belud untuk menjalankan tanggungjawab untuk meingkatkan taraf kesihatan di Pulau Mantanani, Sabah. Sempat aku bertanya kepada H dia macam mana keadaan H pada waktu itu. H kata dia OK dan aku beranikan diri untuk ke Pulau Mantanai sebab EDD ialah pada 6 Mei 2015.

Gelombang arus ombak di tempuhi. Sesampai sahaja di Pualau Mantanani aku dan yang lain-lain memulakan kerja.

Pada waktu malam tersebut tetiba aku baik hati beli seekor Ikan Merah yang besar amat untuk dimakan oleh kami semua. Saja ja nak buat makan-makan. Cari ikan yang ada duri tajam yang sedap tu tiada la pula.

Hati aku rasa macam ada yang tak kena tapi aku cuba mententeramkan diri sebab tiada line telefon Mr Digi di sana dan WiFi sekolah pon tiada line pada waktu itu.

Subuh tersebut amat mudah bagi aku dan aku dikejutkan dengan text Line dari Ucu mengatakan H dan masuk ward pada pukul 1.58am dan aku tahu berita tersebut pada 5.58am dan pada pukul 6.35am H text dia selamat melahirkan putera sulung kami pada pukul 4.45am. Perasaan pada waktu itu hanya Allah yang tahu. Kegembiraan namun ada sedikit sedih tidak dapat teman H semasa proses kelahiran.

Kemas-kemas barang aku ngan yang lain-lain menunggu di jeti untuk loading barang masuk dalam bot nak balik ke Jeti Kuala Abai. Tetiba bila aku tengok henpon aku lagi satu ada Celcom 3G yer hahaha. Kuasa Allah sebenarnya ni. So dapatlah aku berhubung dengan H. Perjalanan kami dipermudahkan ke Jeti Kuala Abai, ombak arus tidak bergelora, kalau pergi sejam lebih balik setengah jam dah sampai. Syukur Alhamdulillah.

Sampai di Jeti terus aku ke tengok homepage paling hot dalam dunia, AirAsia hihihi.
Dapat beli tiket last minute dengan harga yang tidakla terlampau mahal seperti biasa RM232.30. Sampai jeti pukul 7 lebih, bila nak beli tiket hanya boleh beli tiket 4 jam dari waktu pembelian. Makanya tiket pukul 2.00pm la yang aku beli.

Dalam perjalanan ke KK aku sempat maklumkan kepada boss yang aku bercuti dan kepada yang lain-lain bagi mengelakkan kesulitan yang mungkin akan timbul jika aku tiada.

Sampai rumah, mandi-mandi, kemas barang dan terus ke Terminal 2, KKIA naik motosikal. Masa tu, siapalah yang free nak hantar aku ke airport kan hihii. Gamble je la naik moto.

Pukul 2 naik kapal terbang tu nak je aku minta encik pilot drive laju-laju hahhaha. tapi apakan daya siapalah aku. Tapi, sebelum touchdown aku minta clearance awal dari peramugara. Elok nak landing dia suruh aku pindah tempat duduk. Landing je buka pintu terus aku gerak keluar hahahha



Awan pon mengerti berapa gebunya perasaan aku pada waktu itu hihiii =)

Sampai KLIA2 aku naik ERL ke Putrajaya Sentral. Abg Edi dah tunggu aku kat situ. Balik ke rumah kajang, mandi-mandi siap-siap terus balik kampung.

Dalam perjalanan berbincang dengan Kak La dan Abg Edi nak bag nama apa kat baby. Keputusan dibuat iaitu KA telah dipilih.. Nama yang padu bagi aku. =)

Sampai disimpang nak masuk rumah aku ingatkan abg edi nak masuk rumah sekali dia lajak terus ke Hospital Tengku Ampuan Jemaah, Sabak Bernam. Kami sampai ke hopital pukul 2.00am dan Alhamdulillah aku dapat berjumpa anak lelaki aku buat kali pertama dan isteriku yang tersayang =)

Seronok tidak terkata bila tengok babyboyku itu =)

Tengok sekejap sahaja kemudiaanya aku balik semula ke rumah.

25 April 2015

Ibu dan KA dibenarkan discaj dari hospital dan aku bawa kesayangan berdua balik rumah atuk & nenek =)

26 April 2015

Aku tersentak, adik aku cakap yang KA kuning sampai ke kaki. Aku dah risau.

27 April 2015

aku ngan H ke KK Sungai Besar untuk bawa KA buat ujian bilirubin. 320 mikromol/L dan terus kami dirujuk ke Hospital Sabak Bernam semula. Masa menunggu untuk mendapat rawatan di kecemasan mengecewakan aku apabila melihat bilangan pesakit yang ada, seharusnya KA boleh menerima rawatan agak awal tapi 4.30 baru selesai masukkan branula ke dalam tangan KA  masa tu aku rasa nak je menangis tapi memandangkan H ada depan mata, aku kena kuat.


berapa kali percubaan pon entah aku pon tak tahu. Kesian KA huhuhu =(

Dr cakap kat aku yang bacaan bilirubin KA semakin meninggi dan perlu dihantar ke Hospital Teluk Intan.



Tenang je KA masuk dalam bekas ni.


Ambulans yang berjasa bawa KA & Ibu ke Hospital Teluk Intan.

Memang laju, aku balik Sungai Besar nak ambil baju tetiba Ibu dah call dah sampai hahaha =)

Sampai Hospital Teluk Intan, KA masuk ke NICU.

Kesian KA, menangis-nangis dia, Sakit kot UV Photo Light tu. Biru pekat haaa warna cahaya tu.

28 April 2015

Ibu warded sebab Hipertension. Stress ibu huuuhuhuu. Ibu tingkat bawah, KA tingkat 4, Naik turun naik turun aku tengok kesayangan berdua siap Guard pon dah cam aku hahhaa =) hantar susu, pampers n so on.

29 April 2015

KA dah discaj dari NICU dan dibawa ke tingkat bawah. Sihat dah nampak KA tapi Dr., kata kuning masih ada cuma tidak tinggi seperti mula-mula dan perlu buat rawatan susulan di tingkat bawah dan selepas discaj.

30 April 2015

Lepas Asar, Ibu pula discaj. Jadinya aku pon bawa balik kesayangan ke rumah atuk & nenek.


Pengalaman di hospita buat aku terfikir beginila ceritanya semasa aku admit dulu masa baby. Kesian abah mak mengurus aku hhuhuhhu

25 Mei 2015

aku ngan H bawa KA ke Klinik Desa untuk berklinik 1 bulan.

Anak appa betul, lahir 3.79kg dan setelah sebulan 5.0kg hahhahha =)


Semoga KA menjadi anak yang soleh berkeperibadian mulia, sihat tubuh badan, cemerlang akal minda  dan kualiti kepimpinan yang tinggi =)

Wednesday, April 15, 2015

Tahap Perkembangan Bayi

Persedian awal aku ngan H hihiii

Friday, May 2, 2014

Solat Sambil Mendukung Bayi



Tuesday, February 18, 2014

Birth Position

Birth Position Talk by Matron Daisy Stanislas.