Search This Blog

Daisypath Happy Birthday tickers
Daisypath Anniversary tickers
Daisypath Anniversary tickers
Showing posts with label Islam. Show all posts
Showing posts with label Islam. Show all posts

Monday, February 8, 2016

Kursus Mega Pengurusan Jenazah di Masjid Bandaraya, Kota Kinabalu, Sabah

#throwback

Tatkala H ke KL untuk menghadiri taklimat di Putrajaya, aku pon mengisi masa lapang dengan menghadirkan diri ke majlis ilmu di Masjid Bandaraya Kota Kinabalu.
Aku mendengar ceramah dan perkongsian dari Mejar Anuar Mohd Ehwal yang terlibat dalam proses pengurusan jenazah MH17 yang ditembak jatuh di Ukraine.


Inilah wajah insan yang bertanggungjawab mengurus jenazah-jenazah MH17. Besar pahalamu bang.

Tuesday, January 6, 2015

Pre 1st Anniversary - GO TURKEY - HARI 06: PAMUKKALE - KONYA - CAPPADOCIA

19 Dis 2014 (5th Night)


Seperti dalam aturcara yang diberi kepada kami:

- Sarapan Pagi di Hotel dan daftar keluar hotel.
- Bertolak ke Konya. (Anggaran Perjalanan 06Jam 45Minit)
- Makan Tengahari di Restauran Tempatan.
- Meneruskan Perjalanan ke Konya (Anggaran Perjalanan 01Jam 30Minit)
- Tiba di Konya. Melawat Mevlana Museum & Sultanhani Caravanserai.
- Menerukan perjalanan ke Cappadocia. (Anggaran Perjalanan 3Jam)
- Daftar Masuk Hotel
- Makan Malam di Hotel. (Buffet or Set Menu) - CAPPADOCIA


========================================================================

Perjalanan dimulakan dan singgah sebentar di kawasan R&R namanya OZKAN AKSEHIR. Kat sini tandas kena bayar 1 Lira = RM1.85 hahahha. Kalau kat KLCC ngan Low Yat aras bawah yang RM1.00 atau 50sen pon berkira sangat. Kat turki kena pejam mata je la hahhaa.

Tandas kat sini = WC
Bay = Tandas Lelaki
Bayan = Tandan Perempuan

Mescid = Surau
Cami = Masjid

Di R&R sempat juga H membeli belah haha. Beli gula-gula turki (Gule - Gule = Bye hihiihihi)
10 Lira dapat 3 bungkus



Tu dia H tunjuk gula-gula yang dibeli. Sabah = berita hihihihi. Di Turki aku cari juga paper dalam English tapi tak jumpa.

Kat tempat ni olive oil and products agak mahal. Mungkin sebab tempat pelancong berhenti. Harga pon buat aku terhenti juga hahha..=)

Kat kawasan ni aku ternampak pada satu bahagian di puncak gunung BERSALJI hihiih.
Terus doa harap-harap ditemukan dengan salji sepanjang aku bermusafir lillahitaala ini.




Pada main building R&R ni di pintu masuk kedai ada orang jual satu makanan yang berasaskan yogurt + madu + serbuk popi. Perghhh. Ganja kot hahaha...memang tak berani aku nak test. kekekeke.

Khabarnya ini makanan orang bangsawan dulu-dulu

Harga pon 8 Lira/ USD4

Nampak tempting tapi urin aku lagi penting beb hahaha...=)


Perjalanan diteruskan dan kami berhenti untuk solat jumaat di sebuah masjid.

Perghhh, ambil wuduk terketar-ketar. Sejuk betul. Dengan tempat wuduk pon kat luar. Menggigil dibuatnya.

Tapi masuk dalam masjid rasa lega sebab ada heater dan permaidani karpet ada dipasang heater dibawahnya.

Sebelum masuk waktu, kami mendengar tazkirah dari Imam dan memang sepatah perkataan pon tak faham kecuali ayat-ayat Al Quran dan ALLAH dan Nabi Muhammad hihiihi.

Aku sebenarnya tak berapa setuju sebab dalam bermusafir kita boleh jamak waktu solat dan Ustaz aku pernah berpesan kalau Solat Jumaat mesti dengan 2 Khutbah sebab Khutbah tu seolah-olah macam mengganti 2 rakaat solat zuhur. Dan Khutbah tersebut memainkan peranan penting dalam ingat mengigati sesama muslim, Tapi kalau khutbah pon tak faham macam mana kan hihiihi.

Takpa, pakcik cakap kat aku. Solat Jumaat macam biasa ja. Allah faham keadaan kita hihihi =)


Jauh juga perjalanan nak ke Konya ni.

Mengikut kata Auntie Hajah Aziah, Konya ni merupakan satu bandar yang islamik seperti kalau Malaysia adalah di Negeri Kelantan.

Di Konya terdapat satu cerita yang masyur. Dan kami melawat Mevlana Museum
Info lebih lanjut KLIK DI SINI

Sebelum ke Mevlana Museum kami makan tengahari di HOROZLU HAN (INN) Restaurant bekas Caravenserai. Caravenserai ni macam tempat persinggahan para pedagang yang melalui laluan ini. Tempat menginap dan tempat makan merupakan peranan utama caravenserai


Di sini kami dijamukan seperti biasa Lentil Soup dan Bread serta makanan utamanya ialah Kebap Pilav yang dijamukan menggukanan kuali burger. Makcik depan aku terus buat garisan bahagi 4. kekekke. terus aku sentap sekejap hahahhaha.

Satu pengalaman makan yang menarik dan unik. Ambian yang aku rasakan sangat cool. Binaan yang cantik dan unik cuma dessert kedekut. Kena pilih satu je daripada Buah Oren dan Puding hahaha.

Dah kenyang kami menuju ke Mevlana Museum.

Apa lagi, tangkap gambar terus la kan.

Memang suasan islamik sangat tinggi.


Sebelum masuk kawasan utama muzium, kami kena bungkus kasut masing-masing dengan plastik. Ok juga kan, tak perlu buka kasut dan masuk dalam beg plastik.

Sebelum masuk Ali berpesan jangan ambil gambar di dalam bangunan utama. Tapi bila aku masuk je ramai yang ambil gambar. Aku pon apa lagi, laju ja jari telenjuk kanan tekan shutter hahaha.

Ali bertanya kepada pengawal dan dimaklumkan bahawa dah boleh ambil gambar sejak minggu lepas. Macam rezeki kami je kan hihii.

Masuk di sini sebelah kanan jalan pintu masuk terdapat makam.

dan aku ngan H berjalan hingga ke hujung tempat orang ramai berkumpul berdoa dan menangis di hadapan sebuah makam. Ya, itula makam Mevlana.

Ambil gambar makan Mevlana kemudian aku tertarik dengan satu bekas berwarna silver di tengah-tengah kawasan pameran.

Aku dimaklumkan bahawa di dalam bekas itu terdapat janggut Rasullullah. Di bawah dinding bekas tersebut ada 4 lubang di setiap penjuru dan aku mencium bau-bauan yang sangat harum. Aku tidak tahu itu bau daripada kain atau bekas atau janggut Rasullullah. Yang aku tahu tatkala aku mencium bauan tersebut, hati aku tetiba tersentuh dan terasa berapa rindunya aku untuk berjumpa Rasullullah. Semoga aku dapat berjumpa dengan junjungan besar Nabi Muhamamd nanti insyaAllah.

Di kawasan pameran terdapat juga naskah Al Quran dari zaman-zaman kegemilangan Islam dahulu dan juga baju yang di pakai oleh Derwish. Anak murid Mevlana.

Di dalam bangunan utama ni juga ada ruanagn untuk bersolat.


Disebabkan masa yang diperuntukkam kepada kami sekejap, aku ngan H terus keluar dari bangunan utama dan masuk ke dalam bangunan yang dikatakan tempat menginap anak murid dan tempat belajar anak-anak murid Mevlana. Terdapat alat tulis, seruling, gambus, baju dan lain-lain lagi dipamerkan.


Setelah selasai melawat Mevalan Museum ini, kami menuju ke Capodocia atau Kapodokya atau lebih tepat lagi Nevsehir yakni tempat kami menginap dan makan malam di Ramada Hotel. Khabarnya hotel ini hotel yang baru.

Sebelum sampai ke hotel kami singgah di satu tempat di panggil Sultanhani Caravenserai. Tapi disebabkan waktu malam, tengok macam tu je la. hihihihi.

Jemaah lain p shopping kat bazaar yang ada di kawasan itu.


Siap-siap makan, masuk bilik, mandi-mandi, solat dan tidur awal sebab esoknya kena bangun awal pagi 4.30 pagi sebab nak kena gerak awal untuk menaiki Hot Air Balloon. Satu tarikan utama di Kapodokya. Semalam hotel ni 200 Lira ya. Mahal oooooo.


Friday, October 24, 2014

Doa Akhir Tahun dan Awal Tahun

Awal Muharram detik permulaan

Ya, permulaan bagi aku untuk menjadi lebih baik daripada semalam

Salam 1436H

Monday, June 30, 2014

Zakat Fitrah 2014/1435H - Majlis Agama Islam Sabah (MUIS)

Sudahkah anda menunaikan zakat fitrah untuk tahun ini...??


Zuhur di Masjid Negeri semalam memberi peluang kepada aku untuk mengeluarkan zakat fitrah sebanyak 2 gantang beras untuk aku dan H bagi tahun ini. 

Selesai awal-awal. Takut lewat-lewat nanti lalai pula. 

RM7.00 seorang. 

Alhamdulillah

Saturday, June 21, 2014

Seminar Fiqh Perubatan 2014

Seminar ini anjuran anjuran PERKIPS, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah. 

Alhamdulillah, aku ngan H diberi ruang dan masa untuk menghadiri seminar ini yang diadakan pada 21 Jun 2014 di Auditorium, Komplek Pentadbiran Kerajaan Persekutuan, Likas, Sabah. 


Aturcara majlis:


Wednesday, June 4, 2014

Dengan Siapa Saya Haram Bersalam dan Bercampur


Tazkirah: Dengan Siapa Saya Haram Bersalam dan Bercampur

Suami:


Isteri:


Sumber Ilustrasi: Facebook

Friday, May 2, 2014

Solat Sambil Mendukung Bayi



Thursday, February 13, 2014

Ceramah Perdana Ustaz Haslin Baharin


Alhamdulillh, segala puji bagi Allah tuhan semesta alam

Petang tadi tetiba dapat imessage dari H. Jom kita pergi Masjid Bandaraya malam ni. Ada ceramah Ustaz Bollywood. 

Tinggggg....aku mula kenal ustaz ni selepas aku berkahwin hahaha...sorry ustaz, takda tv sebelum nikah ustaz. La ni baru ada haha. 

First time tengok ustaz ni kat tv masa tu ada Angah Raja Lawak sekali. 

Ceramah ini diadakan bersempena Majlis Hari Ulang Tahun ke 14 Masjid Bandaraya Kota Kinabalu

Tajuk ceramah: Kalau aku kaya, hari hari raya? Kaya macam Rasullullah SAW. 

Intipati padat dengan nasihat dan mudah difahami, tetapi jelas maksudnya. Cuma ustaz, bila ustaz cakap utagha, orang sini tak berapa cekap nak tangkap ustaz (merujuk orang di sebelah saya tadi la) haha. Tapi terima kasih ustaz. Lama betoi dah tak dengak orang cakap utagha hihi. 



Tu dia ehhhhh...bersampin macam nak g nikah satu lagi...eh2 hahaa. 



INTIPATI UTAMA: KAYA HARTA JUGA KAYA JIWA

Sebelum ni selalu dengaq sesapala bagi ceramah ayat dia lebih kurang begini, 'biar miskin tapi kaya jiwa'. Betoi juga cakap ustaz haslin...jadiiii dua-dua pon kaya...secara tak langsung boleh membantu syiar Islam. 

Semoga ilmu yang ku terima dapat dipraktikkan. 

Sekarang hujan turun tidak berenti, sikit - sikit tidak lebat. Kin risau ni. Banjir aritu macam ni juga hujannya. Slow and steady. Harap-harap tiada apa-apa yang berlaku

Barang dah packing...esok aku ngan H nak pergi jalan-jalan Miri.